◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, February 13, 2011

Kelebihan Surah As-Sajdah



Kita sama-sama kongsi pengetahuan tentang kelebihan surah As-Sajdah...SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. 

Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.


***Berfikir seketika...

Saturday, February 12, 2011

Koleksi kata-kata hikmah !


Hi blog! tadi time aku blog walking terjumpalah dengan article ni~ nak share same2 yer... Menarik sekali! 

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.


***Berfikir seketika

Wednesday, February 09, 2011

BENCI: Kenapa mesti ada benci ?

BENCI ? Satu perasaan yang ada dalam diri setiap insan bergelar manusia. Lumrah kehidupan. Dalam setiap perhubungan sama ada cinta atau persahabatan,pasti kadangkala wujud rasa benci. Benci itu wujud disebabkan sesuatu hal atau perkara yang membuatkan kita rasa sakit hati yang tersangat2 sehingga membawa kepada kebencian. 

Benci juga boleh hadir dalam diri setiap insan pabila diri rasa ditipu dan dipermainkan. Benci juga boleh hadir di saat kita melihat sesuatu keburukan dan kemungkaran. Semuanya terpulang kepada diri individu terbabit.Namun harus diberi perhatian.
"Perasaan benci dan marah boleh berjangkit-jangkit."
Benci kalau kita lihat rasa benci itu dari sudut pandang yang positif kerana ia akan membawa kebaikan dalam diri seseorang. Contohnya,kita benci melihat kejahatan,benci melihat kemungkaran,benci melihat kekotoran,benci kepada kemalasan,benci kepada syaitan. Apabila benci yang sebegini ada dalam diri kita,ia akan membawa kita menyusuri jalan yang benar. Sekiranya kita mengatakan kita benci kepada syaitan..Pasti kita akan taat dan patuh pada perintahNya kan..Kita akan meninggalkan segala perkara buruk dan mendekatkan diri kepadaNya..Dalam masa yang sama kita sudah terhindar dari pelbagai perkara buruk dek kerana rasa benci itu.


Tapi kadangkala benci ini akan membawa kemudharatan.Maksudnya benci yang membawa seseorang itu ke jalan yang salah yakni benci dari sudut negatif.Natijahnya sangat la berbahaya.Tamsilannya,kita benci sahabat baik kita kerana dia telah melakukan perkara yang menyakitkan hati kita lantas kita membalas dendam.Nah!!! di situ lah bermulanya impak yang buruk.Kita benci kerana lelaki itu mempermainkan cinta kita lantas mengambil keputusan membalas dendam dengan cara mencederakan lelaki tersebut.Itulah yang dinamakan benci yang membawa kemudharatan..

Kita merasa benci..Sebenarnya tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati kita sendiri..Orang lain tidak akan rasa benci yang kita rasa makanya mereka hanya tenang melewati hari-hari mendatang sedangkan kita mensia-sia hidup dengan rasa benci ini.Masa umpama emas itu dibiarkan berlalu tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.betapa ruginya kita di situkan..Dalam Islam juga ada menyebut...
"Bencilah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin satu hari nanti ia kan menjadi perkara yang kamu suka..dan cintailah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi perkara yang paling kamu benci.."
Maknanya kita janganlah merasa benci atau suka pada sesuatu benda berlebih-lebihan..
Rasulullah ada bersabda:
" Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
[HR Abu Said Al-Khurdi ]
Benci dan marah itu bergerak seiring. Benci juga boleh menghilangkan rasa sayang yang telah lama terjalin.Bahaya sungguh benci.Tanpa rasa benci tidak akan adanya cinta kerana perbezaan benci dan cinta itu sangat tipis.. hurm??Sekiranya kita bijak menguruskan rasa benci itu,ia kan menjadi baik..sekiranya tidak "lu pikirlah sendiri.."..ehhehhe..
Ingat! hati kita cuma ada 1 hati.Jangan disakiti hati itu dengan rasa benci..Cubalah memaafkan antara satu sama lain walaupun perit sekalipun.Walau sebesar mana dan selama mana benci dan marah di hati,suatu hari ia akan hilang..namun tak dapat dinafikan parutnya itu tetap ada..And kalau kita benci dengan seseorang bila bertemu senyum je... ^^


 ***Berfikir seketika...

Tuesday, February 08, 2011

Tahniah adik kesayanganku!!!

Ni gambar sekolah adik kesayanganku!
Salam,helo,hai..heheh.. Arini dari pagi tadi dah bangun...Maksudnye tak seawal selalunya lah sebab nak hantar adik pergi Sekolah Menengah Sains Seremban(SASER). Mase pmr tu ari macam biasalah,telah diduga! adik aku akan mendapat result yang cemerlang. Alhamdulillah... Walaupun orang kata dia macam blur2 tapi otak dia pandai ape! huhu.. Bangga sangat! Lebih-lebih lagi sekolah tu adalah sekolah n0.1 di malaysia terbaik.. Semua hebat2..dan apabila one of my family ade kat sane,itu akan menjadi sesuatu yang sangat mengagumkan Mama! Ayah! dan semua Adik-beradik! 

Masa sudah selesai pendaftaran semua,raut wajah dia nampak cam sedih je..Tapi lelaki kan,kita faham jelah..takkan nak nangis pula..sedaya upaya cuba tahan..Banyak kali dia cakap nak balik lah! aku tahu dia tak nak daftar! Berbelah bagi...hmmm...Mula-mula,biasalah...Nak biasakan diri dengan kawan yang baru,tempat yang baru,guru yang baru serta situasi yang baru... Semoga dikuatkan semangat dia meneruskan pelajaran selama 1 tahun 10 bulan di sana! Aku yakin dia boleh! Kadang2 kita kena korbankan benda yang kita sayang untuk mencapai seribu kejayaan.

Aku pun memang sedih bila nak balik tinggalkan dia kat sana.Menangis la jugak tapi aku dapat cover line la,hehe...Yelah..jauh tu..hehe..dulu berada di brass dekat je..ni jauh..sedih aku! Sunyi bila dia tak ada... Tapi tak apelah.. dia ke sana untuk menuntut ilmu..

Ya Allah,berikanlah kekuatan kepada adikku dalam mengharungi cabaran baru di sana.Semoga dikuatkan semangatnya..diberi ketabahan dan kesabaran yang tinggi..Semoga kejayaan yang diimpikan menjadi miliknya Ya Allah..Amin....Luv u my lil bro! luv u so much!!