Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
Salam Cinta :')
Salam , setelah lama cerita ni berada dalam simpanan aku , akhirnya malam semalam dapat juga aku meluangkan masa untuk menonton cerita ni. Mula-mula tengok rasa macam bosan je tapi sedikit demi sedikit timbul pula rasa suka.Sebuah filem Romantik Islamik yang berjaya membuatkan hati aku cukup tersentuh... Tahniah kepada barisan pelakon Kamal Adli dan Diana Amir. Masing-masing berjaya melakonkan watak mereka dengan penuh berkesan.
Hati aku begitu tersentuh bila tiba scene di mana Laila berangkat balik ke Mesir membawa hati yang duka dan Amirul ,setelah mendapat tahu kejadian yang sebenar daripada manager dia terus berlari mendapatkan Laila untuk menerangkan hal yang sebenar tapi malangnya bila Amirul sampai sahaja, Laila telah berangkat untuk balik ke Mesir. Bermula dari detik itu , hati aku benar-benar tersentuh... Tapi ia tidak berhenti di situ sahaja, bila tiba pulak scene masing-masing membuat solat Istikharah meminta petunjuk yang Maha Mengetahui , hati aku kembali terusik . Air mata berlinangan.. Semakin deras tatkala Laila mendapat jawapan di atas segala persoalannya.Ya Allah, sukar untuk ditafsir persoalan yang bermain di minda ku ketika itu. Entah kenapa hatiku terus terdetik nama insan tersebut. Fikiranku terus melayang memikirkannya yang sangat jauh di mata... Allahuakhbar.. Adakah ini mainan hati semata-mata untuk menguji diriku.. Ya Allah,janganlah jadikan aku hambaMu yang tidak tahu erti bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu...
"Rabb, jika Kau izinkan dia untuk menjadi imamku,izinkanlah wajahku untuk menjadi sinar terhadap dirinya ya Allah.. Izinkan sentuhanku untuk menjadi jalan mendekati diriMu ya Allah..Wahai Allah yang Maha Mengetahui,tunjukkanlah jalan untuk hambaMu ini ya Allah... " :')
Saturday, November 24, 2012
Campus Life : Adil tak kita dengan kawan2 lain ?
Salam , Alhamdulillah ,sekian lama tak online blog ni akhirnya hari ni dapatlah juga menulis semula. Ya Allah , terlalu merindui blog. Dah lama tak menulis kan.. Even cerpen aku tu pun tak settle2 lagi... Mungkin azam aku belum cukup kuat untuk menjadi seorang penulis. Suatu masa nanti , insyaAllah... Okay , tergeraknya nak tulis blog ni dah lama tapi disebabkan kesibukan dengan assignment,kuiz, test sampai tak ada masa nak update. Bismillah... Semula memulakan cerita , mohon maaf kepada pihak2 yang mungkin akan terasa dengan apa yang akan diperkatakan. Sesungguhnya manusia itu tak pernah lari dari membuat kesilapan. Teringat kata2 sahabatku dahulu ketika aku memohon maaf kepadanya ,
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"
(Riwayat Al-Tirmizi) .
Okay , sebenarnya perkara ni seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita tatkala kita harus berhadapan dengannya. Apa dia ? Tak lain dan tak bukan adalah exam. So , nak dijadikan cerita hari ni Ain dan rakan-rakan kelasnya yang lain akan menghadapi Test 1 untuk subjek Undang-undang. Seminggu sebelum exam berlangsung , pensyarah telah pun memberi klu tentang soalan2 yang akan ditanya. Jadi mudahlah kerjanya. Ulangkaji soalan2 yang pernah dibuat semasa berada di dalam kelas. Mungkin untuk soalan fakta agak susah sedikitlah jika hendak dibandingkan dengan soalan yang berbentuk cases. Tapi dah nama pun undang-undangkan , so semuanya adalah fakta. Masing-masing sibuk dengan dunia mereka menghafal , mengingat dan memahami sehabis boleh tajuk yang dibaca tidak terkecuali juga dengan Nurul Ain. Persediaan Ain untuk menghadapi exam tidaklah begitu hebat. Dia cuba apa yang termampu. Apabila pensyarah tiba sahaja, masing2 mula panik. Baik yang dah habis study dan juga belum. Pelbagai persoalan bermain di minda. "Awak rasa soalan apa yang keluar? Kalau bab ni saya tak bacalah.." bisik rakannya. Jelas terpancar kerisauan yang bertandang dalam diri rakannya itu. Seperti biasa , Ain cuba mengawal perasaannya sebelum menenangkan rakannya itu . "Jangan risaulah awak. InsyaAllah semuanya ok. Lagipun soalan tu kita boleh pilihkan. Kalau awak rasa tak boleh nak jawab soalan tu , pilihlah yang lain." balas Ain sambil mengukir senyuman.
Peperiksaan dimulakan apabila semua telah mendapat kertas soalan. Memandangkan ini bukanlah official exam, pelajar dibenarkan untuk tidak menjarakkan meja masing-masing. Suasana sepi mula mengisi class Ain. Masing-masing tekun menjawab soalan yang diberikan. Pelbagai jawapan bermain di minda,menunggu masa untuk dimuntahkan semuanya. Ain yang pada mulanya nampak tekun menjawab peperiksaan kini mula gelisah tatkala melihat soalan yang seterusnya. Memandangkan soalan itu berkaitan dengan soalan case yang diberikan oleh pensyarah pada minggu lepas, sedikit sebanyak jawapannya masih berada di kotak fikiran. Namun sayangnya Ain hanya dapat mengingati case yang boleh di aplikasikan dengan soalan tersebut. Maksud akta yang berkaitan dengan case itu sudah pergi jauh dari kotak fikirannya. Tapi itu bukan penghalang untuk Ain tidak menjawab soalan tersebut. Selagi terdaya , dia cuba menjawab dan mengingati apa jua jawapan-jawapan yang berkaitan. Sampai satu saat di mana Ain sudah ketandusan idea, dia mula menoleh ke kiri dan kanan melihat rakan-rakannya yang masih tekun menjawab. Ketika Ain sedang menoleh ke kanan , tiba-tiba matanya tertumpu ke arah rakan sekelasnya yang khusyuk menulis jawapan. First impression Ain, "Lajunya tulis, tak mengapalah . Mungkin dia studykan.." Sedang leka memerhatikan gelagat rakannya itu tiba-tiba matanya beralih pula ke arah fail lutsinar yang berada bersebelahan dengan rakannya. Ain terkedu. "Ya Allah , tu rupanya kerja dia. Patutlah laju aje jawab soalan tu... " Perasaan marah,kecewa,terkilan mula menyelubungi hatinya namun ditenangkan hati itu dengan mengingati Allah...
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Surah Ar-Ra'd:28)
Selesai sahaja menjawab soalan-soalan yang diberikan , Ain melangkah keluar dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.Marah,kecewa,terkilan semuanya bermain2 di hatinya. Marah dengan sikap rakan-rakannya itu, terkilan dan kecewa dengan apa yang mereka lakukan. Ya Allah , adilkah apa yang mereka lakukan ini. Adilkah mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain. Jujur kah mereka dengan rakan-rakan mereka dan juga pensyarah . Bukankah apa yang mereka lakukan itu satu penipuan. Bukan sahaja penipuan terhadap diri sendiri tapi juga kepada rakan-rakan dan juga pensyarah. Dan bagaimana pula dengan keputusan yang mereka akan perolehi. Teringat kata-kata pensyarah yang sering terngiang-ngiang di fikiran tatkala hati ingin menipu dalam peperiksaan. Lebih kurang begini katanya, "Jika kita meniru dalam peperiksaan dan hasil daripada tindakan kita itu membuatkan keputusan kita lebih baik daripada mereka yang selayaknya dan sekaligus menutup jalan orang yang selayaknya itu , adakah wujud keberkatan pada kejayaan kita tu. Dan sekiranya kita mendapat kerja yang baik di atas kejayaan yang kita peroleh itu(hasil daripada tindakan kita itu), berkat ke gaji yang kita dapat ? Dan kemudian gaji itu kita gunakan untuk keluarga .Renung-renungkanlah..." Ya Allah , berikanlah hambaMu ini kesabaran dalam menghadapi dugaan yang Engkau berikan ini. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..
p/s : Secara jujurnya semasa aku berada di sekolah dahulu pun , perkara-perkara macam ni aku selalu pandang remeh dan tak ambil kisah tapi bila kebenaran dah terpampang depan mata , barulah aku sedar hakikat yang sebenar. So, bila dah tahu tu cuba-cubalah aplikasikan dalam kehidupan. Janganlah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau kita buat macam tu , adilkah kita dengan kawan2 kita yang lain tu? Cuba kita berada di tempat orang yang belajar sebab nak dapat markah baik , tiba-tiba kita senang2 je copypaste jawapan dari nota.. Melainkan anda seorang yang tidak ada perasaan , mungkin anda takkan rasa apa2. Wallahualam. Sesungguhnya peringatan ini untuk diri aku juga...
***Berfikir seketika...
Wednesday, November 14, 2012
Salam Maal Hijrah 1434 :)
Salam , Alhamdulillah akhirnya malam ni berkesempatan juga aku untuk menulis di blog ni. Selamat Menyambut Tahun Baru bagi semua umat Islam , Salam Maal Hijrah 1434. Semoga kita dapat berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik,insyaAllah... Amin.. Dalam Al-Quran Allah ada berfirman yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. " (Surah Ar-Ra'd 13:11 )
Sekarang ni aku lihat di sekeliling aku seperti ada satu trend masa kini yang mana ada 2 kelompok iaitu yang pertamanya adalah kelompok yang benar2 ingin berubah kerana Allah, mereka berlumba2 untuk mengaut seberapa banyak ilmu yang ada di sekitar mereka , berkongsi cerita antara satu sama lain untuk menjadi seorang yang lebih baik. Alhamdulillah... Syukurlah.. Tapi di sisi lain , aku melihat pulak kelompok yang berlumba2 mengejar fashion masa kini. Pelbagai pakaian yang pelik membaluti tubuh sampai kadang2 tak tahu nak cakap fesyen apa yang dia pakai. Ya Allah , peliharalah aku dan ahli keluarga sentiasa...
Bila difikir2 balik , mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman.. Ya Allah , bila disebutkan umat akhir zaman , hati aku rasa takut sangat . Takut mengenangkan dosa yang masih banyak . Ya Allah , jauhkan aku dari sifat mazmumah.. sifat munafik.. riak.. takbur... Sungguh aku takut sekiranya perasaan2 ini menyapa diri. Moga dipelihara hatiku dari perasaan2 yang tak elok. Melihat berada di samping rakan2 muslimah ,ya Allah.. terdetik di hati rasa sangat kerdil dan kecil. Sesungguhnya masih banyak yang perlu aku perbaiki. Mudah-mudahan penghijrahan kami ini kekal selamanya dan mendapat redhaNya. Apa2 pun yang penting niat kita dalam mengerjakan sesuatu amalan semata2 ini mencari keredhaanNya. Jika baik niatnya,mudahlah jadinya dengan izinNya. Serious tak tipu! Apa pun yang jadi kat kita ,ingat Allah sentiasa ada di sisi kita. Our family sentiasa ada untuk kita :') Salam Maal Hijrah ! May Allah always bless us , Amin...
***Berfikir seketika...
p/s : Pesanan untuk diri sendiri juga...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

