◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, February 07, 2013

Rindu Nora Elena!


Salam , heee. Macam tak ada apa nak tulis je kan. Tapi tak apalah. Aku menulis ikut apa yang terlintas di benak fikiran. InsyaAllah takkan menyimpang jauh dari aku. Kalau tak suka maaflah ye. Oklah , semalam dok layan lagu Opick, Kak Siti, keluar pulak cerita Nora Elena part Seth suruh Nora panggil dia abang. Haha. Comel sangat2! Banyak kali tengok. Tiba-tiba rasa rindu pulak kat drama tu. Tu lah drama yang berulang kali aku tengok tak jemu-jemu.

Tapi sayangnya sekarang drama tu dah tak ada dalam simpanan aku. Hilang masa my sister format laptop dia. Aduhai, sedihnya... Rindu Nora Elena. Habis tengok kat tv, aku akan tengok pulak kat tontontv3. Masa tu memang mood tiap hari Nora Elena jelah aku. Cerita lain tak layan aku. Aku suka tengok Aaron Aziz dengan Siti Saleha. Diaorang ni ada chemistry. Seriously sepadan. 


Sekarang ni dah dok umah time-time cuti ni, aku layan Setia Hujung Nyawa dan Aliya. ( semua nak bagitahu kan? hee) . Kalau korang tengok Aliya , watak Faris tu comel kan? Suka sangat tengok si Faris tu! Tengok pulak Surat dari Langit Biru , macam menarik. Semenjak dua menjak ni macam minat pulak kat Johan Asari tu. Haishh.. Tengok Siti Ooo..Som kat Astro Prima? Comel je kan. Kak Siti asyik ketawa je. Pecah perut tengok. Cumanya tak suka dengan 2 orang girls dalam tu yang pakai seluar yang entah apa-apa je.

Inilah Faris dalam sinetron Aliya tu :)


p/s: Mohon maaf di atas segala entry yang telah aku tulis sekiranya ada yang menyakiti  hati kalian atau kurang menyenangkan kalian. Entry2 bosan pasal rindu lah ape tu semua mohon tidak salah anggap tentang aku. Itu semua cerita lama. Kita mulakan episod baru. Aku pun dah tak nak tulis benda2 macam tu . Dan atas sebab itu , beberapa entry yang agak over telah aku hidekan. Entry2 yang tak dihidekan tu kalau membuatkan korang rasa tak suka bila baca, tolong tutup terus ye. Terimakasih. May Allah always bless you.  Thanks for being my readers :)

Sunday, February 03, 2013

Saya tak bersalah



Salam , Alhamdulillah hari ni dapat meluangkan masa di sini. Moga2 kalian yang meluangkan masa untuk membaca di  blog ni diberkati dan dirahmatiNya. Amin.. Ok. Sambung cerita kita. Pernah tak korang berada di satu situasi di mana korang tak bersalah tapi desakan oleh pihak lain seolah-olah menuduh anda yang bersalah membuatkan anda berkata " Saya tak bersalah takkan saya nak mengaku yang saya salah. " 

Sebagai manusia biasa , aku pun selalu je berhadapan dengan situasi macam ni. Contoh simple, air tumpah lepas tu kena pulak kat bantal. Bila mama tanya siapa yang buat ni? Semua dok diam seribu bahasa. Pelaku tu tentu2 lah tak mengakukan. Orang dah bersalah ada ke nak mengaku? Kalau orang yang bersalah terus mengaku dia yang bersalah senanglah kerja pihak polis. Tak payah soal siasat bagai. Yelah , orang bersalah dah mengaku salah. Senanglah kerjakan? 

Nak dijadikan cerita, macam kes polislah. Selagi tak ada pengakuan dari tertuduh, selagi tulah soal siasat terus menerus dilakukan. Tapi keadaan masih sama. Masing-masing masih dengan jawapan "bukan saya yang buat" . Jadi kalau masing-masing tak nak mengaku macam mana masalah nak selesaikan? Aku sering berhadapan dengan situasi macam ni. Jadi bila berhadapan dengan situasi macam ni sedikit sebanyak mengganggu emosi dan aku akan terus cakap "Saya tak bersalah takkan saya nak mengaku yang saya salah". Walaupun jawapan tu tak cukup menjawab persoalan dan meredakan kemarahan yang sedang bertanya tapi sekurang-kurangnya kita dah betul2 mengaku yang memang kita tak salah.

Jadi kepada yang melakukan kesalahan, bila dah terkantoi tu mengaku jelah ye. Jangan sebab kamu, semua orang terlibat sama. Kesian lah sikit kat orang yang tak bersalah ni. Berperikemanusiaanlah sikit. Jangan pentingkan diri je. Nak lepaskan diri sendiri. Kat dunia ni terlepaslah tapi kat alam sana? Durian kalau sorok kat mana pun pasti orang akan terhidu jugak baunya. Tupai pun sepandai-pandai dia melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Firman Allah SWT:
" Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula." ( Surah Al-Zalzalah ayat 7-8 )
***Berfikir seketika..." 

Saturday, February 02, 2013

Pertandingan Menulis E-Book

Salam , okay. Berita baik! Kepada anda di luar sana yang minat menulis , ingin menyerlahkan lagi bakat anda, digalakkan ramai-ramai menyertai pertandingan ini. Untuk maklumat lanjut, boleh lah layari facebook Pertandingan Menulis E-Book . Seronokkan? Kalau ada yang daftar di e-Sentral , korang akan dapat email juga pemberitahuan tentang pertandingan ni. ( e-Sentral Newsletter ). Di blog Aina Emir pun ada. 



Selamat berkarya , selamat menulis dan selamat bertanding. GOODLUCK kepada anda yang menyertai pertandingan ni ye. :)

Friday, February 01, 2013

FEBRUARI 2013, Alhamdulillah :')




Salam , Alhamdulillah hari ni Februari mula jadi pengganti setelah sebulan bersama dengan Januari. Alhamdulillah masih diizinkan yang Maha Kuasa untuk terus bernafas menikmati segala kurniaanNya walaupun setiap hari diri ini terus diselubungi dosa. Namun Dia yang Maha Pengampun masih tetap mengizinkan kita untuk terus menjadi khalifah di muka bumi ini.

Alhamdulillah,sebulan telah berlalu. Jika kita renung dan kita kaji semula #MuhasabahDiri, cukupkah amalan kita untuk kita bawa menjadi bekalan di alam sana? Aku manusia yang lemah. Dia memberiku kekuatan untuk mengharungi apa jua ujianNya. KepadaNya ku mohon kekuatan untuk terus berada di jalan yang diredhaiNya dengan penuh ketabahan dan kesabaran. 

Alhamdulillah dengan segala nikmat kurniaanNya , aku masih terus hidup sehingga hari ini. Sebulan telah berlalu bagi tahun 2013, aku masih tetap aku. Kadangkala di atas , kadangkala di bawah. Sering terjatuh namun terus diberi kekuatan untuk berdiri semula. Aku hanya insan biasa yang takkan pernah lari dari melakukan dosa walaupun sebesar zarah. Lumrah kehidupan. Dosa dan Pahala menjadikan kita berhati-hati dalam mengatur perjalanan hidup. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini Dia masih memberiku peluang untuk memohon keampunanNya walaupun ku tahu , dosaku umpama pasir di tepian pantai. Alhamdulillah. Kalimah kesyukuran yang begitu indah meniti di bibir-bibir insan yang tahu erti mensyukuri nikmat kehidupan yang diberikan ini. Aku hanya insan biasa yang begitu kerdil,tercari-cari sinar disebalik kegelapan. Masih terlalu banyak yang perlu aku pelajari. Berada di samping mereka yang bijak pandai, terasa begitu kerdil. Berada di samping insan tersayang, terasa begitu dihargai. Alhamdulillah...

Alhamdulillah ya Allah di atas segala nikmat yang diberikan. Keluarga, sahabat, kehidupan, segala-galanya. Terlalu banyak nikmat yang Kau berikan. Aku bermohon agar diteguhkan hatiku untuk terus berusaha mencari sinar yang selama ini ku dambakan. Ku mohon agar diberikan aku kekuatan untuk terus istiqamah. Apa pun yang Kau berikan, itu yang terbaik buatKu. Apa pun yang aku lalui , ku pasti akan ada hikmah disebaliknya. Mudah-mudahan bulan ini lebih baik dari bulan yang sebelumnya. InsyaAllah, Amin...


"Heart full of Zikr of Allah is a happy heart and a happy heart is a healthy heart."

***Berfikir seketika...