◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, June 05, 2013

#Maaf

Mohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kita. Aamiin ya Rabb. 

( Dengar rumate buat group discussion bahasa Arab, Allahu, bestnya. Teringin nak belajar bahasa syurga tu. Seronok dengar diaorang cakap :') )


Tuesday, June 04, 2013

La Tahzan, Innallaaha Ma'ana :')

Salam ,

Cinta itu milik Allah. Hati ini Allah pegang. Rasa cinta itu fitrah dan perasaan ini sama sekali tidak haram. Cuma apabila perasaan ini di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu, cinta ini menjadi haram. Bukan kerana perasaan yang hadir, tapi kerana perbuatan insan tersebut yang menjadikan cinta itu haram. Sudah pasti dalam diri setiap insan, rasa ini akan hadir. Kan ? *angguk-angguk kepala* . 



Cinta bukan sahaja kepada Allah dan Rasul. Tapi jugak cinta kepada sahabat, cinta kepada mama dan ayah, cinta kepada keluarga. Namun sudah menjadi fitrah kejadian manusia, cinta yang hadir ini bukan sahaja untuk mereka tapi juga untuk insan yang bergelar lelaki atau perempuan yang bukan siapa2 bagi mereka. Dalam ayat yang mudah, cinta kepada seseorang yang bukan mahram. *senyum*

Semua orang mesti ada perasaan ni kan? Budak sekolah pun dah pandai cinta-cinta ni. Oklah, sekarang bukan nak cerita pasal budak sekolah okay. So, ada ketika cinta kita kepada seseorang itu tidak berbalas. Ayat mudah, cinta bertepuk sebelah tangan. A cinta B tapi B tak cinta pun kat A tu. A sibuk2 cari tahu pasal B, caring sangat tapi B tak kisah langsung pasal A. Tak kisah langsung. Sedih kan? *amik tisu lap airmata* Kalau ada pun sebagai seorang sahabat. Benda ni ada terjadi di sekeliling kita. Mungkin kita yang tak sedar.

When a girl gives up, it's not because she doesn't love you, but 
because she's tired of getting hurt and feels like you'll never care.

Dalam bab-bab ni kalau nak dibincangkan memang panjang. Tapi cukuplah dengan berkata  La Tahzan, Innallaaha Ma'ana. Janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Lumrahlah tu. Mencintai tak bermakna akan memiliki kan. Kadang-kadang kita kena merelakan. Semua tu ketentuan Allah. Kalau benar dia adalah jodoh kita, lari jauh mana pun tetap akan bersatu dengan izin Allah. Adam dan Hawa pernah terpisah lama. Tetapi mereka bertemu kembali. Kerana apa? kerana dengan izin Allah. Ada jodoh tak kemana. Jangan sedih okay? Doakan kebahagiaan dia bersama insan pilihan hatinya. Allah amik orang yang kita sayang dan cinta, pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah :')  





Benar kata orang, mulut petah berbicara tapi hati yang merasai. Kita tak boleh nak paksa orang untuk cinta kat kita. Kalau dia dah ada pilihan dia, doakan yang terbaik buat dia. Buka hati, beri peluang pada insan lain. Tapi bukan senang nak lupakan seseorang yang dah lama bertakhta kat hati. Doalah mudah-mudahan Allah mudahkan buat kita. Jangan diharap cinta orang yang dah pergi jauh dari hidup kita. Jarang sekali mereka akan kembali. Mungkin anda dah jadi sejarah dalam hidup dia.


Love someone because of Allah, Allah will make it last for ever. 
Leave someone because of Allah, Allah will give you someone much better...

Perjalanan hidup kita masih panjang. Teruskan capai cita-cita. InsyaAllah cinta yang baru akan hadir. Jangan seksa hati awak tu. Penat hati awak menangiskan. Dekatkan diri awak dengan Allah. InsyaAllah awak akan lebih tenang. Walaupun kita selalu cakap " tengok dia bahagia, kita pun bahagia " tapi hati yang merasai Allah sahaja yang tahu. Fara kuatkan ? :')

***Berfikir seketika... 

Wednesday, May 29, 2013

Cuti , Pesta Buku, Macam2 ! :)

Salam, 

Alhamdulillah sekarang aku sedang bercuti seminggu. Sejak balik hari Jumaat tu, baru hari ni ada kesempatan untuk aku dok lelama depan laptop ni. *Acehcehh* Ada je masa sebenarnya. Tapi tak ada mood nak update. Sebelum cuti hari tu, alhamdulillah berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Akhirnya diizinkan Allah untuk kami bertemu. Teruja dan seronok. Lama juga meluangkan masa bersama beliau, Aina Emir. She is very friendly. Walaupun macam2 halangan yang datang, tapi alhamdulillah dapat jugak pergi sana. 

Kemudian macam biasalah. Minggu sebelum cuti kami memang sibuk. Setiap hari ada discussion. Pantang ada masa terluang mesti ada discussion untuk group assignment. Banyak nak kena submit. Aduh, pening. dengan aktiviti kolej yang kami join lagi. Badan satu, tapi nak dibahagi2 kan tu tak dapatlah. Kadang2 terpaksa dahulukan yang lebih penting daripada yang penting. Tapi tak apa. Walaupun rasa tak tertanggung, jangan pernah lupa dengan firman Allah SWT ,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." ( Surah Al-Baqarah : 286 )

Dan bukankah Allah juga ada berfirman ,


"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." 
(Surah Al-Insyirah: 6)


Alhamdulillah walaupun kelam kabut, semuanya berjalan lancar. Perbarisan Sukol selesai. Firedrill pun berjalan dengan lancar. Assignment pun Alhamdulillah okay lah. Cumanya untuk group discussion yang aku tak dapat nak hadirkan diri, aku terpaksalah merelakan diri aku untuk mewakili group jadi presenter. Hopefully everything gonna be okay. Amiin ya Rabb... 

Semua yang terjadi itu kan adalah ujian daripada Allah. Terimalah dengan hati yang sabar kerana di setiap kepahitan terselit seribu satu kemanisan .

"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan,"KAMI TELAH BERIMAN" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta." (Al-Ankabut: 2 - 3)
Kemudian Ahad lepas aku sekeluarga hantar adik ke Shah Alam. Alhamdulillah dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di INTEC untuk program A-level selama 2 tahun. InsyaAllah kalau dia lepas, dia akan ke Germany untuk sambung dalam bidang engineering. InsyaAllah... Sedih jugak sebenarnya nak berjauhan dengan dia. Tapi dia pergi untuk menuntut ilmu kan. Sabarlah ye fara... Time tu kan dah graduate, insyaAllah... Semoga semuanya berjalan dengan lancar, diberkati dan dirahmatiNya sentiasa. Amiin ya Rabb... Takecare ( ceh bajet mcm ada pembaca setia, wakaka ) . Barakallahufik :)

***Berfiikir seketika...

( Gambar untuk tatapan ^^ )

She is Aina Emir. My bestfriend forever ! 

Ingat novel je ada kompilasi. Nih ha kompilasi gambar2 aku bersama Kak Aina . hee. Effect gambar over. haha 

Comel je kostum mereka. Tak ingat pula kolej mana ni, hee

Meriah. Teruja ^^
With Zafirah masa perbarisan sukol, kolej mawar :)

Nak ambil gambar dengan Rimau tu tapi tak dapat., :(
Smart kan baju merah tu. Diaorang menang perbarisan sukol ni. 

Ini adalah latihan firedrill kolej saya. Aku salah seorang ajk yg terlibat. Seram woo.. Kolej blackout

Cara-cara memadam kebakaransedang ditunjukkan oleh pijak JPAM .


Thursday, May 16, 2013

Quick update: Rindu Bertamu Di Hati ;)


Gambar hiasan.. Tak ada kaitan pun. hehe..

Salam ,

Alhamdulillah... Hari ni sempat curi-curi bukak blog ni. Lama sangat dah tak update. Rindu nak menulis. Rindu dah mula bertamu di hati. Bukan di Abu Dhabi tau. hehe. Allahu... Sabar ye fara. Sedar tak sedar dah 2 bulan meneruskan pengajian untuk semester 2. Final exam semakin hampir. Assignment, presentation, kuiz dan test perlu diselesaikan. Ya Allah...Seriously sem 2 ni sangat sibuk. Syukurlah diberi kesihatan yang baik. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi. Tapi kesibukan sebagai seorang pelajar membuatkan masa yang ada cukup terhad. ( Wahh.. Ayat... Macam buat karanganlah pulak. haha.. lol ! ) Minggu ni tersangat sibuk. Tapi walau apapun kesibukan yang kita rasakan, ingat, jangan sekali-kali melupakan tanggungjawab anda sebagai hamba Nya. InsyaAllah , Allah akan permudahkan segala urusan. Takecare. Barakallahufik... ♥

..:: InsyaAllah hujung minggu ni my bestfriendforever Syuhadah Hafriz akan datang ke Shah Alam. Abang dia konvo. Flight dari Sabah ke Kuala Lumpur, insyaAllah esok. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan insyaAllah dengan izinNya kami akan bertemu. Ya Allah, aku merindui dia :') ::..