◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, May 21, 2014

MyCerpen: Cinta Bersatu (PART 2)

CINTA BERSATU: BAHAGIAN 2


Sejak peristiwa pada malam itu, setiap hari Irfan tidak pernah lupa untuk menghantar ucapan selamat pagi mahupun selamat malam buat Naziha dan sering bertanya khabar tentangnya namun Naziha tidak mahu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Bimbang perasaannya yang akan terluka. Pernah satu hari, Naziha menerima sejambak bunga mawar merah dari Irfan di tempat kerjanya. Apalagi, bergosip sakanlah rakan-rakan office. Dari pagi hingga ke petang Naziha di usik oleh rakan-rakan. Naziha hanya mampu tersenyum sahaja melayan karenah mereka.


Sejambak bunga untuk seorang puteri..
yang senang untuk didekati
tapi sukar untuk dimiliki...
Irfan Danial




Senyuman terukir indah tatkala membaca sekeping kad berwarna merah yang terselit di celahan kuntuman bunga ros yang banyak. Hatinya terbuai indah seakan-akan sedang terbang tinggi di langit. Sedang leka di lamun angan-angan indah, tiba-tiba hatinya berbisik sendirian. Pelbagai persoalan dan perasaan mula hadir menyelubungi segenap ruang hati.

“Tapi Ziha.. Bukankah Irfan telah berkahwin. Malam tu..  Masa di masjid, bila kau tanya mana isteri dia. Bukan ke Irfan kata nanti adalah tu. Ya Allah, apa yang aku buat ni. Dia suami orang. Aku tak patut layan dia. Tak patut layan dia! Aku perempuan. Isteri dia pun perempuan. Macam mana kalau isteri dia tahu yang selama ni, setiap hari Irfan berhubung dengan aku dan macam mana kalau dia dapat tahu Irfan kirim bunga kat aku. Ya Allah..." Perasaan bersalah menyelubungi hatinya. Tetiba terasa gerun memikirkan apa yang bakal terjadi sekiranya isteri Ifran dapat tahu tentang hal ni.

“Irfan. Kenapa kau buat aku macam ni? Kau sengaja nak mainkan hati aku ye?” keluh Naziha sendirian. Sejak itu, Ziha jarang melayan Irfan. Bimbang jika apa yang difikirkan itu benar belaka. Tak sanggup rasanya untuk dituduh perampas suami orang.


***


" Ziha, mama dengan ayah nak cakap sikit ni. " tutur bicara mama begitu lembut namun kedengaran sangat serious.

" Ye maa, ayah. Nak cakap apa? Kenapa macam serious je bunyinya ni.." soal Naziha kebingungan. 

" Macam ni.. Petang tadi ada orang datang merisik. Dia nak pinangkan Ziha dengan anak dia. Dia kata kalau kita setuju, minggu depan dia akan masuk meminang" jawab mama meneruskan bicara.

" Haa ??! Merisik? Meminang? Betul ke ni ma, yah ? Ziha tak salah dengar ke ni ? " soal Ziha bertalu-talu bagaikan wartawan yang sedang membuat liputan.

" Eh anak mama ni. Sejak bila dah jadi pekak pulak ni. Betullah mama cakap ni. Takkan mama nak tipu pulak benda-benda macam ni. "

" Ziha nak terima atau tidak? " soal ayah pula membuka bicara yang sedari tadi hanya menjadi pendengar. Naziha terus terdiam seribu bahasa. 

" Mama dan ayah akan sangat gembira kalau Naziha terima pinangan ni. Kami yakin dia adalah orang yang tepat untuk menjaga dan membimbing Naziha menggantikan kami. Naziha akan bahagia dengan dia nak. " sekali lagi mama bersuara meneruskan bicara. 

Naziha kebingungan. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu tatkala mendengar apa yang dikatakan oleh mamanya itu. Tak tahu apa yang harus dijawab. Terima atau tidak.

" Tapi... Ziha kenal ke orangnya ma, ayah? " soal Naziha perlahan sambil memandang ke raut wajah kedua orang tuanya itu. 

" Irfan Danial bin Azman. Ziha kenal dia kan?" sambil memandang wajah anaknya itu . Naziha terkedu seketika.

" Ya Allah , Irfan? Betul ke apa yang aku dengarkan ini ya Allah.. " bisik hatinya sendirian.  

" Irfan? Irfan Danial? Mama dengan ayah pasti dia orangnya? Tapi kenapa dia tak pernah cakap apa-apa pun kat Ziha. Ma..ayah? " soal Naziha berulang kali. 

" Ye Naziha. Irfan. Dia datang sendiri jumpa kami sebelum dia meminta keluarganya untuk berbuat demikian. Dia betul-betul cintakan kamu nak. Dia ikhlas nak memperisterikan kamu. Dia nak restu dari kami sebelum dia beritahu Ziha. Dia nak Ziha tahu yang dia benar-benar ikhlas untuk menikahi Ziha. Mama dengan ayah yakin dia pilihan yang terbaik Ziha. Kalau kami dah tak ada nanti, kami yakin dia boleh gantikan tempat kami.." bicara mama panjang lebar. 

Tatkala itu air mata mama mula bergenang. Begitu juga dengan Naziha. Air matanya mula berlinangan. Mutiara jernih itu mula mengalir laju membasahi pipi. Ayah hanya menjadi pendengar kerana bagi ayah, isterinya lebih memahami perasaan puterinya itu. 

" Mama,ayah.. " sambil memegang tangan mama dan ayahnya. "Apa yang terbaik buat mama dan ayah adalah yang terbaik juga buat Ziha. Kalau mama dengan ayah betul-betul yakin dia adalah yang terbaik buat Ziha, Ziha terima maa, ayah lamaran ni. Walaupun dia bukan Irfan Danial sekalipun, Ziha akan tetap terima. Asalkan mama dengan ayah restu.. " sambung Naziha lagi sambil memandang raut wajah kedua orang tuanya itu. Air matanya mula berlinangan. Berulangkali dia mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya cinta yang selama ini disimpan dan diserahkan kepadaNya telah mendapat jawapan.

" Irfan... " senyuman kecil mula terukir namun perbagai persoalan masih bermain di mindanya.


*** 





Selepas Naziha bersetuju untuk menerima lamaran itu, mama dengan senang hati terus mengkhabarkan berita gembira itu kepada Aunty Lia, ibu kepada Irfan Danial. Lama mereka berborak di telefon. Ayah hanya mendengar sahaja. Naziha pula meminta diri untuk masuk ke bilik. Masuk sahaja ke dalam bilik, Naziha terus merebahkan badan di atas tilam empuknya. Malam itu Naziha tidak terus menghubungi Irfan. Sengaja ingin mendiamkan diri. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Seperti yang diduga, telefon bimbitnya yang dari tadi senyap mula mendendangkan lagu Starlight tears menandakan satu mesej telah masuk. Tertera nama Irfan Danial di skrin telefon bimbitnya.

Salam.
Awak buat apa tu?
Saya mengganggu ke?

Naziha tersenyum membaca mesej tersebut. "Masih jugak nak berselindung ye Irfan.." rungut hati kecilnya. 

Waalaikumsalam. 
Tak ganggu pun. Kenapa?

Setengah jam selepas itu baru dibalasnya mesej itu. Sengaja ini menduga Irfan.

Lambatnya balas.
Macam tak sudi je... 
Awak sibuk ke? 

"Eh dia ni. Nasib baik tak ada depan mata. Kalau tak, dah kena baling dengan bantal ni. Irfan, Irfan. Masih je nak berselindung. Tolak lamaran tu kang baru tahu. Eh, jab.. jab.. Ziha, kalau kau tolak lamaran tu, kau lah yang rugi nanti. Ish.. Jangan buat pasal Ziha. Elok-elok dapat terus melepas nanti. Tak apa. Kita layankan aje dia ni. Nak main tarik tali ye cik abang. " mulutnya bising mengeluarkan kata-kata lantas membuatkan dia tergelak kecil. 

Eh tak sibuk pun lah.
Sibuk sikit je melayan bf saya ni.
Tu yang terlambat balas.
Maaflah ye.

"Ha, nak sangat main tarik tali dengan aku. Padan muka." Kali ini senyuman makin meleret hingga ke telinga. Seronok rasa hati dapat kenakan Irfan. 

Melayan bf yang mana ni?
Bukan ke saya ni bf awak and
bakal suami awak? Awak tipu ye..
Hehehe...

Kali ni Irfan pula sengaja ingin mengusik Naziha Aleesya. Naziha pula jadi bengang dengan sikap Irfan yang masih berselindung dan sengaja ingin menduganya. Kononnya dia yang ingin mengenakan Irfan. Tapi dia pulak yang terkena. Dek kerana itu, Naziha hanya membiarkan sahaja  mesej itu tidak berbalas. Sengaja ingin menunjukkan protesnya terhadap lelaki itu. Tidak lama selepas itu, lagu Fading Flower nyanyian Yuna mula kedengaran menandakan satu panggilan telefon masuk. Irfan Danial. Namun dibiarkan sahaja telefonnya itu bernyanyi-nyanyi girang.

"Ish aku ni. Orang dah call tu angkat ajelah. Nak mengada-ngada pulak aku ni. Tak payah nak protes sangatlah Naziha. Nanti elok-elok boleh tidur malam, terus tak boleh tidur malam.." pujuk hati kecilnya. Masuk deringan ke 10 barulah diangkatnya panggilan tersebut.

"Assalamualaikum. Irfan, saya nak tidur ni. Lain kali kita sambung ye. Bye..." belum sempat Irfan memulakan perbualan, Naziha sepantas kilat mematikan panggilan tersebut. Entah kenapa, tiba-tiba dia jadi malu untuk berbual dengan Irfan.

Pagi itu, seusai menunaikan solat Subuh, kedengaran satu mesej masuk di telefon bimbitnya. 

Aleesya,
Saya minta maaf kalau saya ada buat salah.
Pagi ni kita jumpa ye. Pukul 10..
Saya ambil awak di rumah.
Saya dah beritahu mama dan ayah awak semalam. 
Ada perkara yang perlu kita bincangkan.

Naziha hanya tersenyum membaca mesej Irfan. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang selepas membaca mesej dari Irfan. Seolah-olah itu kali pertama dia akan berjumpa dengan Irfan. Pagi itu, selepas membantu mama di dapur, mereka sama-sama bersarapan. Mama mula bercerita tentang majlis pertunangannya yang akan diadakan pada minggu hadapan. Kata mama, majlis pertunangannya akan diadakan pada hari Sabtu. Hanya saudara-mara terdekat sahaja yang akan diundang. Naziha tidak berhajat untuk menjemput rakan-rakannya. Biarlah pertunangan ini dirahsiakan dahulu. Majlis pernikahannya nanti barulah dikhabarkan kepada rakan-rakan. 

"Ziha, pukul 10 nanti Irfan nak ajak kamu keluar. Malam tadi dia dah telefon ayah, nak mintak izin ajak Ziha keluar. Ada hal yang perlu dibincangkan katanya. " ayah mula berbicara

"Hmm. Dia ada mesej Ziha beritahu." jawabnya endah tak endah

"Ni kenapa ni? Gaduh ke?" mama mula menyoal

"Taklah ma. Mana ada gaduh. Okay aje.."

"Jawab macam nak tak nak aje. Tak suka ke dengan lamaran tu Ziha? Kalau tak nak, cakap tak nak.. Mama tak paksa. Ini soal masa depan kamu. Kamu ada hak juga dalam membuat keputusan.." mama masih lagi menyoal inginkan kepastian.

"Eh mama ni. Ke situ pulak. Kan Ziha dah cakap malam tadi ma. Tak ada apa-apalah ma. Tak payah risau ye... " sambil tersenyum kecil, Ziha cuba menyakinkan mamanya itu.

"Nanti jangan balik lewat sangat tau. Tak elok anak dara keluar, balik lewat malam." nasihat ayah mula kedengaran. Mama juga mengiyakan apa yang dikatakan oleh ayah.



*** BERSAMBUNG...***


( COPYRIGHT@FARRAMIERA )

Saturday, May 17, 2014

MyCerpen: Cinta Bersatu (PART 1)



CINTA BERSATU: BAHAGIAN 1


Kesibukan di tempat kerja hari ini membuatkan Naziha terpaksa pulang lewat. Memandangkan esok syarikatnya akan mengadakan mesyuarat , beberapa dokumen penting perlu disiapkan segera. Sebagai setiausaha syarikat dia bertanggungjawab dalam memastikan mesyuarat itu berjalan lancar esok . Jam menunjukkan pukul 6.45 petang, Naziha mula melangkah keluar. Azan Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Seperti biasa, Naziha akan singgah sebentar di masjid yang berhampiran dengan syarikatnya untuk menunaikan solat Maghrib. Di situ Naziha berasa sangat tenang. Ketenangan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Segala keletihan dan masalah dunia hilang seketika dari kotak fikirannya.

"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana masih mengizinkan aku untuk melihat bumi ciptaanMu.." bisik Naziha perlahan tatkala azan mula berkumandang. 

Entah mengapa sejak dia melangkah masuk ke masjid itu, jantungnya mula berdegup kencang. Hatinya mula berdebar-debar. Doa sentiasa dipanjatkan agar dia dan keluarganya dijauhkan dari apa jua perkara yang tidak diingini. Seusai menunaikan solat maghrib, Naziha mula melangkah keluar dari masjid menuju ke tempat meletak kereta. Ketika sedang sedang sibuk mengatur langkah, tiba-tiba dirinya disapa oleh seorang lelaki dari belakang. Ketika itu jantungnya semakin berdegup kencang. 

"Ya Allah ,lindungilah aku.. Jauhkan aku dari hal-hal yang tidak baik." 

 "Assalamualaikum...Naziha Aleesya? " suaranya perlahan tetapi begitu lembut. 

Naziha menjawab salam tersebut sambil menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

"Ya Allah...dia? " Naziha terkedu. Hatinya mula berkata-kata.

"Naziha Aleesya, awakkan?" soal suara tadi. 

"Ye saya. Awak... awak.. Irfan Danial?" suaranya tersekat-sekat. Seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya.. Nama yang sudah begitu lama disimpan rapi dalam kotak hatinya kembali disebut. Naziha tetap mengajukan pertanyaan. Dia masih menginginkan kepastian walaupun dia tahu andaiannya itu sama sekali tepat. Matanya tidak mungkin silap.


oh wow. lovely. Oh my God, it's cute ^ ^ eyes, cute, beautiful, blue-eyed, aa, elegant,


"Ye,saya. Irfan Danial. Awak ingat kat saya lagi rupanya. Saya ingatkan saya salah orang.." bicara Irfan meneruskan perbualan. 

"Takkanlah saya boleh lupa kat awak. Awak je yang tak ingat kat saya. Seorang je? Mana isteri awak?" balas Naziha sambil tersenyum kecil. Matanya memandang ke kiri dan kanan Irfan seolah-olah sedang mencari sesuatu. 

"Isteri saya? Oh.. Sekarang dia tak ada. InsyaAllah nanti adalah tu." balas Irfan perlahan sambil tersenyum memandang raut wajah Naziha.

"Eh, awak ni sorang je ke Aleesya? Cik abang mana? Kat dalam masjid lagi ke?" saja Irfan tanya sebegitu.

"Oh, cik abang sayaa... emm.. Buat masa ni belum ada lagi. Nanti-nanti dah ada saya kenalkan ye. Okaylah Irfan.  Kalau macam tu saya minta diri dululah ye. Nanti tak elok pula isteri awak nampak. Tak pasal-pasal nanti bergaduh pulak awak." suaranya kedengaran seperti kurang senang di situ.

"Dia tak marah punyalah. Percayalah.." jawab Irfan selamba sambil tergelak kecil. "By the way, Aleesya, awak masih pakai nombor yang sama ke? " soal Irfan lagi. Irfan lebih suka memanggil Naziha dengan nama Aleesya. Lebih comel katanya.

"Ye, saya masih pakai nombor tu. Kalau ada apa-apa jangan segan-segan contact saya ye. Okaylah , saya balik dulu. InsyaAllah jika diizinkan Allah, kita jumpa lagi "

"Baik-baik drive ye Aleesya. Dah malam ni. Take care. " pesan Irfan penuh perhatian.

"Saya dah biasa. Okay, awak pun . Assalamualaikum." Naziha terus mematikan perbualan.

Kereta proton Myvi berwarna putih meluncur pergi hilang dari pandangan. Irfan mula mengatur langkah menuju ke kereta Honda Accord miliknya yang kebetulan terletak bersebelahan dengan kereta Naziha.  

"Ya Allah , aku yakin dialah orangnya.." bisik Irfan perlahan sambil tersenyum kecil. 



*** BERSAMBUNG...***


( COPYRIGHT@FARRAMIERA )

Friday, May 16, 2014

Teaser.. Cinta Bersatu

Salam, 

Baiklah, bukan nak cakap pasal cinta ke apa. haha. Cerpen akan datang. Cerpen ni dah lama tulis. Dari sem 1 kalau tak silap. Nak baca? Kena tungguu.. hehe.. Jangan lupa berikan komen dan pendapat anda nanti. Pm je pun boleh. Okay, see you soon!  Thank you readers ❤ 



Sedikit petikan dari cerpen: 


Sejambak bunga untuk seorang puteri
yang senang untuk didekati
tapi sukar untuk dimiliki...
Irfan Danial 


"Petang tadi ada orang datang merisik. Dia nak pinangkan Ziha dengan anak dia. Dia kata kalau kita setuju, minggu depan dia akan masuk meminang" jawab mama meneruskan bicara.

"Ha ??! Merisik? Meminang? Betul ke ni ma, yah? Ziha tak salah dengar ke ni?" soal Ziha bertalu-talu bagaikan wartawan yang sedang membuat liputan.

"Eh anak mama ni. Sejak bila dah jadi pekak pulak ni. Betullah mama cakap ni. Takkan mama nak tipu pulak benda-benda macam ni."

"Ziha nak terima atau tidak?" soal ayah pula membuka bicara yang sedari tadi hanya menjadi pendengar. Naziha terus terdiam seribu bahasa.


Tuesday, May 13, 2014

Back to school, Masjid Selat, Chef puding!

Salam,

Alhamdulillah. Memandangkan malam ni mood macam baik je nak update blog, so malam ni nak kongsi sikit aktiviti sepanjang cuti mid-sem yang lepas. Cuti tak adalah lama pun. Seminggu ajer. hehe. Tapi seminggu tu lah yang seronok plus sedih. Hahaaa.

Baiklah. Memandangkan masa nak balik Melaka tu, tiket bas aku pukul 8.30 malam, as usual aku akan naik teksi. Tapi selalunya kalau bas malam aku akan balik dengan kawan2 walaupun kat terminal tu nanti kitaorg naik bas lain2 nak balik negeri masing2. So, for the first time aku sorang2 gi terminal. Cuaknya memang tak payah cakaplah. Tiap kali lepas solat, doa supaya Allah mudahkan. Dah naik teksi, teksi pulak melencong amik customer lain. Adeehh. Pak cik ni. Aku dah cakap bas aku 8.30 malam tapi dia macam relax je. 8.25pm aku masih belum sampai terminal.

Bayangkan aku punya cuak tu Allah jelah yang tahu. Pak cik tu pulak relax dia tu. Haihh. Macam2 cerita yang keluar. Aku senyum jelah. Padahal air mata dah bertakung ni. Kalau bas tu jalan, habislah aku. Dahlah malam. Mana aku nak cari tiket lain. Selawat dan terus selawat. Doa dan terus doa. Itu aje pilihan yang aku ada untuk tenangkan hati. Tepat 8.30pm sampai terminal, bas dah siap menunggu. Alhamdulillah tak kena tinggal. Tapi pak cik, saya minta maaflah sebab terosakkan pancing pakcik. Hahaa. Sampai rumah tengok2 mata kail tu dah dok cangkuk beg aku. Adeehhh. Tu kalau terduduk, bocor tau! lols.


Ni musfirah namanya. Lama kot kitaorang lepak kat sekolah. Tu pun ada cikgu yang tak ada. hehe. kalau tak mesti lagi lama.. hehe


Sampai rumah tu satu kegembiraan yang teramatlah. Masalah2 yang ada semua aku dah tinggalkan sepanjang highway, haha. Ok, Tak payah cerita banyak sangat. Sepanjang seminggu tu macam2 jugak aktiviti. Paling best sekali bila aku dapat jenguk cikgu2 sekolah menengah. Tapi sedih sikit sebab Ustazah Mas tak ada. Alhamdulillah cikgu2 tu masih kenal aku. Cikgu Rosmini cikgu BM kesayangan aku. Paling lama sekali berborak dengan cikgu Rosminilah. Macam2 cerita. Jumpa cikgu2 lain macam cikgu Marina, cikgu Rozana, Teacher Koh, Ustazah Rohaini and cikgu Rafeah.

Lepak pulak kat bilik muzik. Main gamelanlah, sarong peking (ejaannya aku tak ingat dah). Dulu masa sekolah amik muzik. So retilah nak main alat2 muzik tu. Hehee. Ok habis. Move on to aktiviti seterusnya. Pergi Masjid Selat dengan kak Iti, Firdaus (adik kak iti), aca dan aku. Masjid Selat salah satu masjid favourite aku. Suka sangat duk situ. Sampai berangan-angan nak nikah kat situ. hahaa. ( jauh kot dari rumah. Bab berangan aku memang suka. haha).



















Dok rumah, tetiba datang mood rajin aku nak mencuba-cuba resipi baru. Tak adalah baru sangat pun. Aku tetiba mengidam pulak nak makan Puding Kastard Berkuah. Masa E-day kak Shira, ada dessert ni. hahha. Lepas tu mengidam pulak nak makan Puding Roti gara-gara teringat hidangan ni masa kat Parlimen sem lepas. Oh ya. Sem lepas kitaorang memang banyak event. Nantilah kalau aku rajin, aku kongsikan sem lepas punya cerita. hehee. So, tak nak tulis pepanjang sebab aku rasa ni pun dah tersangatlah panjang. haha. Jom tengok gambar! 






p/s: Entry ni aku dah tulis lama dah tapi disebabkan faktor2 kemalasan dan ketiadaan wifi kolej yang semakin mengiler, terpaksalah aku save as draft je. Cuti tu dah beberapa minggu berlalu kot. haha. Nak masuk cuti pesta gawai pulak lepas ni. Enjoy your reading! :)