◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, February 09, 2011

BENCI: Kenapa mesti ada benci ?

BENCI ? Satu perasaan yang ada dalam diri setiap insan bergelar manusia. Lumrah kehidupan. Dalam setiap perhubungan sama ada cinta atau persahabatan,pasti kadangkala wujud rasa benci. Benci itu wujud disebabkan sesuatu hal atau perkara yang membuatkan kita rasa sakit hati yang tersangat2 sehingga membawa kepada kebencian. 

Benci juga boleh hadir dalam diri setiap insan pabila diri rasa ditipu dan dipermainkan. Benci juga boleh hadir di saat kita melihat sesuatu keburukan dan kemungkaran. Semuanya terpulang kepada diri individu terbabit.Namun harus diberi perhatian.
"Perasaan benci dan marah boleh berjangkit-jangkit."
Benci kalau kita lihat rasa benci itu dari sudut pandang yang positif kerana ia akan membawa kebaikan dalam diri seseorang. Contohnya,kita benci melihat kejahatan,benci melihat kemungkaran,benci melihat kekotoran,benci kepada kemalasan,benci kepada syaitan. Apabila benci yang sebegini ada dalam diri kita,ia akan membawa kita menyusuri jalan yang benar. Sekiranya kita mengatakan kita benci kepada syaitan..Pasti kita akan taat dan patuh pada perintahNya kan..Kita akan meninggalkan segala perkara buruk dan mendekatkan diri kepadaNya..Dalam masa yang sama kita sudah terhindar dari pelbagai perkara buruk dek kerana rasa benci itu.


Tapi kadangkala benci ini akan membawa kemudharatan.Maksudnya benci yang membawa seseorang itu ke jalan yang salah yakni benci dari sudut negatif.Natijahnya sangat la berbahaya.Tamsilannya,kita benci sahabat baik kita kerana dia telah melakukan perkara yang menyakitkan hati kita lantas kita membalas dendam.Nah!!! di situ lah bermulanya impak yang buruk.Kita benci kerana lelaki itu mempermainkan cinta kita lantas mengambil keputusan membalas dendam dengan cara mencederakan lelaki tersebut.Itulah yang dinamakan benci yang membawa kemudharatan..

Kita merasa benci..Sebenarnya tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati kita sendiri..Orang lain tidak akan rasa benci yang kita rasa makanya mereka hanya tenang melewati hari-hari mendatang sedangkan kita mensia-sia hidup dengan rasa benci ini.Masa umpama emas itu dibiarkan berlalu tanpa diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat.betapa ruginya kita di situkan..Dalam Islam juga ada menyebut...
"Bencilah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin satu hari nanti ia kan menjadi perkara yang kamu suka..dan cintailah sesuatu perkara itu sekadarnya kerana mungkin suatu hari nanti ia akan menjadi perkara yang paling kamu benci.."
Maknanya kita janganlah merasa benci atau suka pada sesuatu benda berlebih-lebihan..
Rasulullah ada bersabda:
" Awasilah diri kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.
[HR Abu Said Al-Khurdi ]
Benci dan marah itu bergerak seiring. Benci juga boleh menghilangkan rasa sayang yang telah lama terjalin.Bahaya sungguh benci.Tanpa rasa benci tidak akan adanya cinta kerana perbezaan benci dan cinta itu sangat tipis.. hurm??Sekiranya kita bijak menguruskan rasa benci itu,ia kan menjadi baik..sekiranya tidak "lu pikirlah sendiri.."..ehhehhe..
Ingat! hati kita cuma ada 1 hati.Jangan disakiti hati itu dengan rasa benci..Cubalah memaafkan antara satu sama lain walaupun perit sekalipun.Walau sebesar mana dan selama mana benci dan marah di hati,suatu hari ia akan hilang..namun tak dapat dinafikan parutnya itu tetap ada..And kalau kita benci dengan seseorang bila bertemu senyum je... ^^


 ***Berfikir seketika...

Tuesday, February 08, 2011

Tahniah adik kesayanganku!!!

Ni gambar sekolah adik kesayanganku!
Salam,helo,hai..heheh.. Arini dari pagi tadi dah bangun...Maksudnye tak seawal selalunya lah sebab nak hantar adik pergi Sekolah Menengah Sains Seremban(SASER). Mase pmr tu ari macam biasalah,telah diduga! adik aku akan mendapat result yang cemerlang. Alhamdulillah... Walaupun orang kata dia macam blur2 tapi otak dia pandai ape! huhu.. Bangga sangat! Lebih-lebih lagi sekolah tu adalah sekolah n0.1 di malaysia terbaik.. Semua hebat2..dan apabila one of my family ade kat sane,itu akan menjadi sesuatu yang sangat mengagumkan Mama! Ayah! dan semua Adik-beradik! 

Masa sudah selesai pendaftaran semua,raut wajah dia nampak cam sedih je..Tapi lelaki kan,kita faham jelah..takkan nak nangis pula..sedaya upaya cuba tahan..Banyak kali dia cakap nak balik lah! aku tahu dia tak nak daftar! Berbelah bagi...hmmm...Mula-mula,biasalah...Nak biasakan diri dengan kawan yang baru,tempat yang baru,guru yang baru serta situasi yang baru... Semoga dikuatkan semangat dia meneruskan pelajaran selama 1 tahun 10 bulan di sana! Aku yakin dia boleh! Kadang2 kita kena korbankan benda yang kita sayang untuk mencapai seribu kejayaan.

Aku pun memang sedih bila nak balik tinggalkan dia kat sana.Menangis la jugak tapi aku dapat cover line la,hehe...Yelah..jauh tu..hehe..dulu berada di brass dekat je..ni jauh..sedih aku! Sunyi bila dia tak ada... Tapi tak apelah.. dia ke sana untuk menuntut ilmu..

Ya Allah,berikanlah kekuatan kepada adikku dalam mengharungi cabaran baru di sana.Semoga dikuatkan semangatnya..diberi ketabahan dan kesabaran yang tinggi..Semoga kejayaan yang diimpikan menjadi miliknya Ya Allah..Amin....Luv u my lil bro! luv u so much!!

Wednesday, January 26, 2011

Kehidupan : Bercinta?



BERCINTA!  wah!!! seronoknya..(bagi yang belum pernah merasai) Disayangi dan dikasihi oleh insan yang bernama lelaki.Rasa dihargai sebab everyday..everytime..mesti ada yang caring tentang kita kan.. Kalau difikir-fikir,orang yang something wrong dengan mind dia je yang tak nak ada cinta.. Tapi bagi yang pernah merasai cinta..pernah dilukai dan disakiti,pasti serik mencari cinta atau menerima cinta lagi..Tak semua la,sesetengah je..Tapi bila dah lama-lama mesti mencari cinta itu kembali kan? 

Hebat sungguh yang namanya CINTA ni kan. Sampaikan yang sakit menjadi sihat..yang gemuk menjadi kurus..yang kurang pandai menjadi pandai..yang malas menjadi rajin..yang jahat menjadi baik..Besar sungguh jasa cinta ni..Mampu merubah yang negatif menjadi positif..(kalau cinta itu di jalan yang betul la..maksudnya,berada di landasan yang betul seperti yang ditetapkan syarak.. 

Orang selalu cakap cinta pertama..tapi wujudkan ia? tu no komen kot! maybe ada.. atau maybe TIDAK! pape pun selamat maju jaya kepada insan2 yang bercinta..semoge percintaan itu berakhir dengan akad nikah yang membawa kepada kebahagiaan..Amin.. Kan orang kate,jodoh itu selalu bersama cinta..tapi cinta tak selalu bersama jodo.. Bunyi cam pelik kan.. tapi entahlah..Faham-faham sendiri jela kot..hehhe.. Semua insan mempunyai perasaan cinta..Memang seronok! Sape je yang tak nak kan? Yang penting batasan dalam pergaulan tu harus dijaga ! Tapi seeloknya bercintalah selepas kahwin.. Itu lebih seronok lagi ! Bukan sahaja terhindar daripada melakukan dosa malahan terhindar juga dari fitnah manusia. 

***Berfikir seketika

Kehidupan: Kesiannya kat baby tu..



Zaman sekarang ni pelik betul la kan.. Isu-isu pembuangan bayi semakin menjadi2..Dalam dunia metropolitan ni,masalah-masalah macam ni susah nak tangani..Makin teruk..Orang yang tak ada anak sangat nya la nak ada anak..tapi mereka-mereka yang ada anak ni,sesuka hati je buang anak. Kesian kat bayi yang dibuang tu..Comel-comel semuanya..Apa nak jadi dengan dunia sekarang..Moga2 aku dijauhkan dari kelakuan sebegitu..Ya Allah..lindungilah aku selalu...

Berita hari ni pula,kanak-kanak ditikam bertubi-tubi di dalam baldi sehingga mati..Masya Allah..Kejamnya mereka yang melakukan perbuatan itu..Apakah mereka sudah tidak ada sedikit rasa belas kasihan dan kasih sayang di hati? Apakah sudah hilang perikemanusiaan di hati mereka sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan-perbuatan keji tu..

Di mana rasa kasihan? Yang ada hanyalah nafsu yang menguasai diri sehingga sanggup melakukan kejadian sekejam itu..Baru-baru ini juga dalam akhbar,seorang kanak-kanak didera oleh ibu tiri dan bapa kandung sendiri sehingga akhirnya dia meninggal..Apa salah kanak-kanak itu..Dia hanyalah kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa..pabila dimarah,dia hanya tahu menangis..Pabila dipukul,dia hanya tahu duduk diam tanpa menyelamatkan dirinya..

Kasihanilah kanak-kanak itu..Bayi-bayi yang tidak berdosa..kenapa dia mesti menanggung keperitan sedangkan kita yang melakukan kesalahan..Berani buat beranilah tanggung.

Anak itu anugerah Allah..Amanah daripada Allah..

Anak-anaklah yang akan menyelamatkan ibu bapanya dari seksa kubur dan neraka..Doa anak-anak untuk ibu bapanya..

***Berfikir seketika

share link : Harapan tanpa suara

Harapan tanpa suara..

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu


Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku


Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang


Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah