◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, April 09, 2011

Perasan itu satu PERASAAN



Kalau cakap pasal perasan mesti perkara paling penting sekali yang ade kaitan dengannya adalah perasaan. Betul kan ? Setiap manusia tak pernah lepas lari dari perasaan tu . Tak kira sama ade di pihak laki ataupun perempuan.. Mesti pernah terdetik perasaan tu kan . Perasaan tu kalau berbalas alhamdulillah lah .. kalau tak , jangan kecewa pulak .. kalau kita tak pandai control perasaan tu bahaya .Perasaan yang terluka .


"Jangan terlalu berharap pada sesuatu yang belum pasti ...Andai itu bukan milik kita redha dan ikhlaskan saje..."

Kalau kita perasan , then perasaan itu berbalas tak mengapa ... Kalau kite perasan tapi sebaliknye yang jadik , susah . Hati yang terluka . Kalau ade mana-mana kawan perempuan ataw lelaki yang rapat dengan kamu , just layan biase2 je .. Jangan pernah ade perasaan perasan tu ..Kalau ade pun , cubalah kawal sebaik mungkin ... Ingat .. Bila kite terlalu tinggi terbang di awan , bila terjatuh sakit rasenyer ...

***Berfikir seketika...

Tuesday, April 05, 2011

Doa yang biase dipanjatkan oleh Nabi Daud A.S

 
ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri-Mu..Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi Orang yang kehausan..

ya Allah, sesungguhnya aku memOhon cinta-Mu, dan cinta Orang yang mencintai-Mu, dan cinta yang dapat mendekatkan aku kepada-Mu..ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai..Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai..

ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan..ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai para malaikat-Mu, Rasul-Mu, dan hamba-Mu yang sOleh... ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu..

( Hadith Riwayat At Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "inilah dOa yang biasa dipanjatkan Oleh Nabi Daud a.s " )

Tuesday, March 29, 2011

Gaji pertama saya .+ Terima kasih cikgu !



Haha , gaji pertama ? kenapa ye ? Bukankah spm 3 bulan sudah berlalu dan sekarang semakin hampir bulan 4 tapi kenapa gaji pertama saya pulak ye? haha ... Tu la die , 2 Bulan duk tanam anggur kat umah tapi takde hasil tu yang dok tukar tu .. Baru laa ni dapat hasilnya , Tak delah banyak sangat tapi syukur alhamdulillah . lagipun aku baru lagi kerjakan , tapi yang tak besnyer dapat je gaji aku terus benti . Mahu cari kerja lain pulak ! Malas nak kerja situ lagi , semuanya menyakitkan hati jep , Esok bermulalah pengembaraan aku dalam  mencari kerja2 kosong yang ader , hope adelah kan ... 

Dapat je gaji macam biase lah , aku dah bajet awal2 ape nak beli , nak buat ape , berapa nak simpan , berapa nak pakai . Duit keluar duit masuk semua aku catat , Kalau bole biar barang yang aku nak beli semua ade resit , senang sikit aku nak kira . Bukan kedekut atau terlalu berkira , tapi perlulah buat catatan tentang apa yang kita beli , berapa harganya , supaya bila duit semakin berkurangan tak ade lah kusut kepala nak pikir kita beli ape sampai duit jadi sikit kan . Memudahkan kerja . Sebelum beli barang pun aku dah siap plan awal2 nak beli ape supya sampai kat tempat yang dituju aku dapatlah membezakan antara keperluan dan kehendak . Tak adalah main langgar je . hehe ...

Masa 1st time tengok dalam akaun bank aku ade duit , satu kegembiraan yang sukar diungkapkan . Hasil titik peluh aku sendiri aku peroleh duit tu . Dah besar rupanya aku ni . Tak perlulah bergantung sangat pada mama dengan ayah dalam soal duit bila dah kerja ni kan walaupun sementara dapatlah jugak kurangkan sikit beban mereka nak tanggung perbelanjaan aku sepanjang bergelar lepasan spm yang sedang menanti offer dari mana2 ipta @ mungkin matrikulasi .

Jalan2 dengan akak aku , memang penatlah kan . Then terserempak dengan cikgu yang pindahkan aku kat sekolah lain . Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya mendengar kejayaanku dalam spm . Yelah , usaha dia nak pindahkan aku tak lah sia2 kan .. Surat semua cikgu tu yang tolong buatkan sampai hantar ke sekolah tu sendiri . Mana tak nyer , aku sampai menangis2 tak nak pergi , marah2 tapi sekarang nilah hikmahnya . Rupanya kejayaan ku di sana . Terima kaseh cikgu!!!




***Berfikir seketika...

Monday, March 28, 2011

Kami akan Reunion !


REUNION ??!! Hebat! Perkara yang paling menyeronokkan . Sebab :

1.Dapat bertemu semula dengan kawan2 lama yang memang dah lame tak jumpe 

2.Bila bertemu pasti akan bercakap tentang kenangan2 dulu , maksudnyer mengimbau kenangan dulu lah

3.Dapat jumpa dengan cikgu yang mendidik kami time sekolah dulu , kalau cikgunyer join lah kan ,

4.Dapat bertukar2 cerita tentang perkembangan diri masing2

5 .Nak tahu ape lagi try la buat ye , :)

Cakap pasal reunion ni , aku nak kongsi lah cerite mase aku ader reunion dulu . Dengan kawan2 mase form 3 . Time uh kawan aku yang cadangkan and die mintak tolong aku plan lah kan . Sebab aku outsider . Dia insider . Dok asramalah katakan. Aku pun setujulah , cume inform je kan budak2 ni then mintak dorang sependapat bagi tarikh . Tapi ia tak semudah yang disangke kawan . Semuanya menjadi kucar kacir . Berlaku pertelingkahan antara kami dan membuatkan reunion menjadi hambar . Bayangkanlah , reunion ! kalau kita fahami betul2 maksud reunion ni , memang seronok . Tapi bila dah jumpe , kumpulan reunion terbahagi kepada 2 dan semuanya berpecah kepada 2 kumpulan . Sedihkan ! Tak seindah yang aku fikirkan...


Beberapa hari yang lepas aku ade join kawan2 pergi sekolah rendah untuk jumpe cikgu yang mengajar kami dulu . Tak ramai pun . Maklumlah lepasan SPM , semua dok sibuk kerja . Tapi ade jugak yang nak datang , transport plak takde . Cuma 5 orang jelah yang ada termasuk aku . Jumpa dengan cikgu ,


 then dapat berita baik ! cikgu nak plan satu reunion untuk kami ! bertemu kembali . Dalam bulan 4 ni !   Memandangkan aku ader buat group untuk geng kami kat facebook , kebanyakkan seronok mendengar khabar berita ni . Yelah , lama kot tak jumpe . Masing2 dah besar . Semua beri kerjasama dan ade seorang geng kiterorang ni memang memberikan komitmen yang sangat bagus. Yang pasti aku mengharapkan reunion ini berjalan seperti yang dirancang , Amin ...

Kalau bercakap soal kenangan yang maseh aku ingat time darjah 6 dulu , tersangatlah banyak!! yang pasti kalau diaorang , iaitu insan2 yang pernah bagi aku kad raya mase darjah 6 tanya pasal kad raya tu , pasti akan aku tunjukkan sebab semua tu maseh tersimpan rapi , elok ! termasuk biodata2 mereka , hehe .. 

MOOD : Tak sabar nak tunggu REUNIOn!!!