◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya !

Salam, Hari ni dah masuknya 18.08.2012. Kemungkinan besar 19.08.12 kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hopefully raya tahun ni lebih meriah dan lebih indah daripada raya2 sebelumnya. Semoga kami sekeluarga dan seluruh umat Islam sentiasa berada di bawah rahmat dan lindunganNya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin andai ada tersalah kata , tersilap bicara. 


#Kuihrayamasihtaksiaplagi. Ada lagi satu jenis tak siap, hehe.. esok pagi2 buatlah.. 
and jangan lupa tengok Khabi Khushi khabi Gham pukul 12.30 tengahari di TV3 :)

Dalam kita bergembira,pasti ada yang berduka. Enak menjamu selere,jangan lupa yang tiada...

Mari puji memuji kepada Tuhan,titis kasihnya melimpah seluruh alam. Mari puji memuji Tuhan yang Esa, insafi nikmat diberi di hari raya..

***Berfikir seketika...


Friday, August 17, 2012

Ramadhan dan raya :)


Salam, sedar tak sedar hari ini dah masuk 28 Ramadhan.. Kejab sungguh masa berlalu ye kawan2.  Ramadhan semakin meninggalkan kita. Untuk tahun yang akan datang nanti , mungkinkah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan? Wallahualam... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ramadhan tahun ni membawa seribu satu cahaya terutamanya buat pakcik aku kerana isterinya which is my auntie selamat melahirkan anak sulung mereka. Perempuan. This is my newcousin . :)

Weight : 3.3 kg
Name given : Nur Auni Nabihah

Pastinya dengan kehadiran baby comel ni membawa seribu satu kebahagiaan buat pakcik aku. Tahniah pak andak !

Kami juga ada baby tau. Umurnya 7 bulan baru. Baby girl jugak. She is very cute girl ! Tiap kali tengok dia ,mesti rasa tenang je. Happy !

Name given : Ainul Mardhiah :)


Ok, now, start talking about raya preparation. Seperti tahun2 sebelum ni , our family akan sibuk untuk mengemas rumah,memasang langsir dan membeli barang2 untuk persiapan raya. Macam tak ada mood nak raya tahun ni. Kenapa ehh.. :'(

Semestinya buat adik2 , mereka tak sabar2 nak beraya. Mood mereka dengan mood kita lain ye. #fakta. 



For my family, every year kami akan sibuk bila nak kena buat kuih raya. Selalunya kuih raya memang kami akan buat sendiri. Sejak kecil lagi macam tu. Kuih yang goreng2 and yang tak sempat buat ajer kami akan tempah sikit2. Selalunya kami akan buat kuih raya seminggu sebelum raya. Kadang2 tu 3 hari sebelum raya baru nak buat. Time tulah tak tidur malam nak buat kuih. Haishhh.. Tapi setahun sekali ajerkan. My mum memang pakar buat kuih2 raya ni. My mum kata dulu masa kecik arwah makwe selalu buat kuih.



Tapi setiap kali kehadiran Syawal , pasti terselit rasa sunyi dan sedih bila orang yang paling aku sayang tak ada di sisi. Tahun ni genaplah 2 tahun makwe meninggalkan kami. Bila dengar takbir raya , sayu je hati... Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Amin..

Nothing much to write. ==Busy==

Selamat menjalani ibadah puasa. :)

Thursday, August 09, 2012

Jangan pernah membenci :)


***Berfikir seketika ...

Tuesday, August 07, 2012

BBQ Ramadhan :)

Gambar hiasan . Ambil dari google lah , hehe
Salam , Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Walaupun sudah tidak bekerja secara partime tapi tetap aja tak sempat untuk meluangkan masa di sini . Baru2 ni pakcik aku balik dari Saudi Arabia. Maklumlah , beliau kerja di sana sejak tahun lepas. Sudah hampir setahun berada di sana. Pakcik aku ajak semua family berkumpul untuk buat bbq. Dah lama benar kami tak buat . Tak ingat bila kali terakhir kami buat dengan kehadiran the whole family cumanya pakcik aku lagi seorang tu tak adalah sebab terpaksa bekerja. Tak dapat datang. 

Meriahnya sebab dah lama kami tak buat bbq ni. Gelak tawa ahli keluarga. Gurau senda. Berkongsi cerita. Seronok. Bukan selalu dapat jumpa pakcik aku tu. Maklumlah , duduk jauh... Nak balik Malaysia makan masa 11 jam. Nak transit kat Oman lagi before ke Malaysia. Perjalanan yang sangat jauh. Beza waktu Malaysia dan waktu sana lebih kurang 5 jam. Kami cuma berhubung melalui laman sosial sahaja. Kadang2 tu skype. :)

Nak dijadikan cerita , makanan yang di bbq kan tu , heheh.. Macam arang jadinya. Kehangusan. Haihhh maklumlah , yang sifu tak ada . Lambat sikit datangnya sebab bekerja. Tapi aku tak makan apa pun . Sibuk. Dapat makan sikit2 ajer. Bolehlah daripada tak ada langsungkan. Dah last2 tu barulah okay sikit bbq nyer , hehe.. Pakcik aku ada jugak bawa ole2 dari sana. Semua family yang datang dapat. Termasuk perfume. Wangi. macam bau perfume designer branded namanya Celebration. tapi yang tu sebotol RM199.. Yang ni sekotak perfume tu RM200. Berbaloikan !

Itulah kata orang , air dicincang takkan putus. Walau sejauh mana pun kita ahli keluarga ni terpisah , hubungan keluarga tu takkan pernah putus. Seronok bila kita mempunyai ahli keluarga yang ramai . Suasananya sangat lah meriah! Susah nak gambarkan. Yang penting saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. insyaAllah... Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga walau dimana sahaja kami berada dan tidak lupa juga kepada seluruh muslimin dan muslimat...

Banyak lagi story sebenarnya tapi cukuplah sampai sini. Nanti sambung lagi...

***Berfikir seketika...