◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, September 30, 2013

SEPTEMBER 2013

Salam,

First of all, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menulis di blog ni walaupun dah terlalu lama tak update blog ni. Alhamdulillah, minggu ke-2 September 2013, aku melangkah pula ke tahun 2 pengajianku di sini. Tahun pertama membawa seribu satu pengalaman dan kenangan yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Perjalanan masih jauh. Terlalu banyak perkara lagi ujian yang harus ditempuh. Moga Allah beri kekuatan untuk aku.





SEPTEMBER. Apa yang aku suka dengan bulan September ni? Apa yang special sangat?
#FAKTA :



   Bulan ni paling ramai ahli keluarga besar aku yang sambut ulangtahun kelahiran.

   Paling sweet sekali, birthday aku dan 2 org adik aku, jarak antara kami hanya 11 hari je. 


    Bermula dengan Adik Aqis 05.09.2013
Diikuti oleh Adik Aca 16.09.2013 
Dan diakhiri oleh aku sendiri 27.09.2013

   Bulan ni jugak dengan izin Allah, aku dilahirkan ke dunia.


Alhamdulillah, 3 hari yang lepas officially aku dah pun 20 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ada insan di luar sana yang telah pun pergi sebelum usianya mencecah 20 tahun. Ada insan yang tak sempat rasai kehidupan pada usia 20 tahun. Ya Allah, syukur di atas kesempatan yang diberikan di hari ulang tahun kelahiranku.

Dan yang specialnya bulan SEPTEMBER tahun ni :



27 SEPTEMBER 2013. 
21 ZULKAEDAH 1434.
JUMAAT. :')



Lama menunggu birthday jatuh hari Jumaat. Alhamdulillah, 1434H adalah tahunnya. 21 Zulkaedah adalah bulannya. Jumaat yang penuh barakah. Kalau 27 September yang sebenar-benarnya aku lahir adalah hari Isnin. 

Dan untuk first time kalinya sepanjang hidup,



Kena prank dengan kawan-kawan. My best friends! Nasib baik kena dengan bedak je.

♥ Elisa, Zafirah,Far,Fiqah,Janna ♥ 



Masuk sem 3, kami makin rapat. Masa tu tak jangka langsung akan kena. Malam birthday ada jugak fikir, kot-kot kena prank macam budak2 lain. Tapi bila fikir balik, tak mungkin sebab aku bukanlah jenis yang meriah sangat dalam kelas tu. Biasa-biasa je. Then dengan apa yang berlaku sepanjang hari tu, lagilah jangkaan akan terus hilang. Apa yang berlaku? Nanti aku cerita. InsyaAllah. Thanks korang. Dan yang lain2 jugak yang terlibat sekali. 

Walaupun birthday tahun ni ada sesuatu yang membuatkan kekuatan dan semangat aku seolah-olah di bawa pergi, namun keluarga dan rakan-rakan adalah kekuatan bagi aku untuk terus melangkah ke hadapan. Moga Allah beri aku kekuatan agar tabah untuk berhadapan dengan realiti yang sebenarnya. Aamiin.

Alhamdulillah, semoga dengan pertambahan usia ini makin mematangkan aku dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Moga dengan usia yang masih diberi pinjam ni, dapat aku gunakan dengan penuh manfaat. Terima kasih mama dan ayah. Terima kasih akak, kakngah, ewan, adik dan aca. Terima kasih semua ahli keluarga. Terima kasih rakan-rakan. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan hidup aku. Doa kalian adalah hadiah yang terindah buat diriku. Moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita semua. Aamiin... 



Tuesday, August 06, 2013

28 RAMADHAN :')

Salam,

Alhamdulillah syukur. Di penghujung Ramadhan kita masih diberikan kesempatan untuk merasai dan menikmatinya. Two weeks kerja sebagai promoter di Parkson dah pun berakhir. Yeah! (baling pas promoter, hehe) Tapi sedihlah sebab berpisah dengan kawan2. Seriously sepanjang berkerja sebagai promoter, kat sini lah paling best. Dapat kenal dengan kak Fiza. Walaupun kitaorang baru kenal tapi sekepala. hehe. Ada je lawaknya. Kak Ana lagi. Dapat pulak permenant yang sangat baik, Aunty Lim. Last kerja petang tadi, Aunty siap bagi duit raya. heee.




Allah dah beri petunjuk yang jelas pada aku di pengakhiran Ramadhan.. Jodoh tu semua di tangan Allah. Kita tak boleh nak paksa-paksa. Allah knows best okay. Keep calm and move on. Doa agar diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi masa-masa hadapan yang lebih mencabar. :')


Cilok dari instagram : farramiera :)

Malam ni memang tak tidurlah. Nak settlekan kuih raya. Alhamdulillah hari ni semua adik-beradik dah ada. Seronok. Terhibur hati. Pelita pun dari hari tu dah pasang. 2 minggu tak dapat berbuka kat rumah, hari ni berbuka kat rumah. 

# Fatin Nabilah Zakaria, Thanks awak. Thankyou so much ! Sebab atin ada di saat fara memerlukan seseorang. Saya rindu awak. :')



Sunday, August 04, 2013

26 RAMADHAN 1434

Salam,

Alhamdulillah, 26 Ramadhan dah kan. Sekejab je masa tu berlalu. Rasa macam baru lagi update tentang awal Ramadhan tu. Ramadhan tahun ini semakin dipenghujung. Tapi entah kenapa Ramadhan kali ni dirasakan begitu hambar. Bukan kerana bulan Ramadhan ini membosankan, tapi faktor2 sekeliling yang membuatkan Ramadhan tahun ini bagaikan sebuah " Ramadhan yang hilang ". Kehadiran Syawal tidak lama lagi turut dirasakan kosong. Bak kata paksu, tahun ni Ramadhan dan Syawal yang hilang. Hmm..Tak apelah. Kita banyakkan berdoa. Semua yang jadi atas izin Allah. Pertolongan Allah akan tiba. Cepat atau lambat aje. 



So, 2 weeks kerja sebagai temporary promoter. InsyaAllah hari Selasa ni tamatlah kerja aku. Seharusnya Isnin dah habis kerja tapi disebabkan pihak atasan telah melewatkan warehouse tu sampai Isnin, so hari Selasa kenalah datang untuk sesi mengemas bin-bin yang sangat banyak tuh. Nak raya dah kot. Dengar DJ dok pasang lagu raya, seriously rasa sayu. Teringat kat makwe. :'(

Dan kemudian... tahu dah yang si dia tu dah ada seseorang. Rasanya itu sangat betul. Tunggu masa je kot tu. Tak mengapalah. Semoga Allah mudahkan segala urusan dia dan si dia. Aamiin. Mohon diberi ketabahan hati untuk terus melangkah ke hadapan dengan yakin tanpa perlu menoleh ke belakang. Memberi peluang pada yang lain. Tapi tak semudah tu nak terima orang lain. Hanya yang benar2 memiliki kuncinya sahaja yang berjaya membukanya. :')

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mohon maaf di atas segala janji-janji yang tidak ditepati atau tutur kata yang menyakitkan hati. Masih ada beberapa hari lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini . May Allah bless. 

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN kembali :')

Salam ,

Alhamdulillah. Setelah setahun berlalu , sekarang kita berada di bulan Ramadhan semula. Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan pada kali ni. Ada insan2 lain yang tak berkesempatan bertemu Ramadhan. Beruntung sangat kita ni Allah masih beri peluang untuk merasa keindahan Ramadhan. 

Firman Allah SWT, 

" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa." 

(Al Baqarah : 183 )



Jadi puasa tu wajib okay. Jangan berani2 nak ponteng melainkan disebabkan keuzuran. Lagipun bukan lama sangat. Sebulan je. 11 bulan kita diberi makan setiap masa, sebulan ni je Allah suruh puasa, takkan susah kot. InsyaAllah, banyak manfaat kita akan peroleh. Lagipun perasan tak, bila bulan puasa ni, time nilah kita akan berkumpul dengan family, makan sama2, pergi terawih sesama, sahur sesama. Banyaklah sesame nya. Apapun ia makin mengeratkan silaturahim. Tapi kalau kita belajar jauh, sayu tu mesti terasa kan.. :'(

Okay, sedar tak sedar, dah sebulan lebih blog ni tak di"update" . Alhamdulillah , sekarang ni dah nak cuti. Masih dalam mood final exam sebab ada lagi 1 paper belum ambil. InsyaAllah hari Sabtu ni paper last , Banking Operation. Oh FIN426 , please be nice with me. 

Bila tiba Ramadhan, automatically hati akan rasa sayu. Bukan sebab sedih nak kena puasa. Tapi sebab bulan ni mengingatkan aku kat arwah makwe... Ramadhan 2010 telah membawa pergi insan yang sangat aku sayang.. Dan tika itu aku berada di sisinya saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Allahu.. Masih jelas terbayang saat2 itu. Kesedihan yang sukar digambarkan dengan kata2. Kehilangan yang sukar dicari ganti. Walau 100 yang datang , takkan sama dengan yang satu ni... *sebak*.  Makwe, berbahagialah di sana. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak , Marhaban Ya Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Moga-moga kita dapat sama-sama mendidik diri menjadi insan yang lebih baik , insyaAllah. Selamat berpuasa, bersahur, berbuka, berterawih, bertadarus, berqiamulail segala apa pun yang membawa kepada kebaikan. Moga Allah merahmati kita dunia dan akhirat. Aamiin. :')


Ramadhan comes only once in a year. So this might be our last Ramadhan. 
Let's do the best and better than the previous Ramadhan.


***Berfikir seketika...