◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, November 01, 2015

Lagi marah lagi comel!

Salam,

Selamat petang dan selamat bersuka ria. hehe. Dah nak masuk tahun baru, 2 months left kan.. Barulah nak bukak blog ni balik. Sekadar suka suka je post hari ni. Boleh baca, boleh komen, boleh buat tak tahu je. haha

Okay. Tetiba idea terbang melayang hari ni masuk ke otak yang tengah dok mencari idea. Terima kasih kepada pemberi idea. Moga anda sentiasa ceria dan gembira di bawah rahmatNya. So, kenapa lagi marah lagi comel? Pernah tak dengar kawan-kawan atau family yang cakap macam tu kat diri korang? Lagi korang marah, lagi nampak comel and that's why mereka-mereka ni suka sakat korang and sampai tahap korang akan menangis teresak-esak macam budak kecik mintak gula-gula. Kesian pulak nampaknya kan. hehe..

Kalau kita yang dengar ni, rasa macam kelakar bila orang cakap macam tu dekat diri kita. Yelah, cuba bayangkan. Ada ke orang yang tengah marah nampak comel? Kalau tanya aku, aku rasa macam tak comel pun orang yang tengah marah ni. Nampak menakutkan adalah.. Macam "monster" hehe. Maaf kalau ada yang terasa hati atau ayat tu terlalu kasar. Tapi hakikatnya la kan.. Kalau orang tengah marah, mmg menakutkanlah. Silap hari bulan, awak pun akan menangis sama walaupun orang tu tak marah awak.

Tapi ada orang yang macam ni. Suka buat orang marah, kacau orang, sakat orang sebab dia suka tengok orang tu marah-marah. Lagi marah lagi comel. Kalau lelaki, selalunya ada perasaan mcm ni kat perempuan and mcm tu jugak perempuan. Vice versaaa. hehee. Walaupun aku rasa tak comel orang tgh marah ni, tapi ada part yang aku rasa comellah. Macam tgk lelaki yang quite close dgn kau tetiba merajuk. Haha. Aku rasa comel je lelaki kalau tengah merajuk ni. *lelaki pulak rasa "apa yang comelnya. Tak kelakar ok.." Wuuu.. serioussnya beb*


Yang ni nampak comel je kalau lelaki jeles tapi kalau perempuan yang jeles.. haha.. World war 3 all over again okay. haha


Biarlah apa pun orang nak cakap kat diri awak, kita semua makhluk Allah yang diciptakan dengan keunikkan dan keistimewaan berbeza. Apapun,


You are here to do something you are uniquely created for. No one else can do it like you can, that's why you're here. Trust me. Big or small, there's different only you can make dear.. 


p/s: Kalau orang dah kata awak tu nampak lagi comel bila tengah marah, marah2 lah selalu. Mesti lagi comel. Hihihii...  

Thursday, September 10, 2015

Tengok-tengok je malam ni.

Salam,

Jengah-jengah je blog malam ni. Dah berbulan-bulan tak menulis. Rasa tak tahu nak tulis apa. Hahaa.. *acah2 mcm ramai pembaca je kan aku ni..* Dah lama sangat tak menulis sampai semangat nak menulis tu hilang sikit. Idea pun entah ke mana-mana je.. Apapun, kepada sesiapa yang meluangkan masa anda di blog saya, terima kasih guys! Moga peroleh manfaat ye. Semoga hidup kita sentiasa di bawah belaian rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin ya Rabb.. 


Perbanyakkan istighfar. Moga Allah permudahkan segala urusan, diampun segala dosa. InsyaAllah...



Friday, February 13, 2015

Rezeki itu kurniaan Allah

Salam,

Alhamdulillah.. Kegembiraan yang kurasakan ini tidak tergambar dengan kata-kata. Sedang asyik membantu adik menyiapkan tugasan sekolah, bunyi telefon bimbit cukup menggetarkan rasa hati. Satu notification email telah diterima. Dengan pantas tangan mengambil telefon bimbit dan membuka email yang diterima. "sims" . Perkataan itu sahaja sudah cukup memberikan tamparan hebat buat diri. Keputusan peperiksaan final exam semester ke 5. For the first time aku menerima email seawal ini sepanjang 5 semester di UiTM.. Dikuatkan hati, selawat dan zikir sentiasa bermain di bibir. Takut tapi aku harus berhadapan dengan realiti.. Bukak sahaja peti inbox, mata terus melihat keseluruhan gred subjek kerana bagiku itulah yang paling penting. Pengalaman pahit yang pernah menimpa diri suatu ketika dulu cukup menjadikan aku seorang yang sangat paranoid dan sentiasa hilang keyakinan diri.. Alhamdulillah.. Kesemua subjek yang diambil tidak ada yang gagal. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sepanjang minggu ini, semakin dekat tarikh keputusan akan diumumkan, semakin terasa debaran di hati. Semakin hilang mood untuk bergembira dan bergelak tawa.. Susah hati setiap masa namun tetap menyerahkan segala harapan dan impian pada yang Maha Kuasa agar diberikan sesuatu yang terbaik dan menjadikan hati ini redha dengan setiap yang diberikan. "Ya Allah, apapun yang bakal aku terima, aku yakin itu yang terbaik buat aku menurutMu.. Mudah-mudahan hati aku redha menerima setiap yang bakal Engkau berikan.. ya Allah, mudah-mudahan apa yang bakal Engkau berikan tidak akan menghampakan hatiku dan yang paling utama adalah hati kedua ibu bapa.." Seringkali doa ini yang terdetik di hati.. Semakin dekat tarikh keputusan bakal diumumkan, semakin bertambah kerisauan hati. Yelah, hati mana yang tak risau memikirkan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (klik sini) yang bakal diterima.




Setiap hari akan minta mama mendoakan yang terbaik.. Dan sebelum email diterima pun, masih meluahkan keresahan hati pada mama dan akak.. Begitu juga pada insan-insan yang rapat dengan diri.. "Malam ni tak boleh tido kot.. Esok result keluar.. Susah hati.." Hanya Allah yang lebih memahami apa yang aku rasa.. Tak sanggup rasanya andai kata aku harus menambah semester pengajianku.. Tak sanggup melihat raut wajah kedua ibu bapaku yang telah banyak bersusah payah. Apatah lagi semester kali ini aku menetap di luar kolej kerana dipindahkan ke Puncak Alam. Pastinya telah banyak wang dilaburkan untukku.. Perjalanan dari Melaka ke Puncak Alam bukannya dekat dan disebabkan itu mama dan ayah hanya 2 kali sahaja naik ke Puncak Alam itu pun pada awal semester dan akhir semester berbeza semasa keberadaanku di Shah Alam. Di penghujung semester pula, macam-macam yang menimpa diri makin menambahkan kerisauan di hati mama terutamanya. Seringkali mama menelefon ketika itu dan sering jugak aku pulang ke Melaka.

Walaupun keputusan yang aku terima mungkin tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain, namun aku tetap sangat bersyukur kerana aku yakin dan percaya, apa yang Allah beri itu adalah terbaik buat diriku. Perjalanan hidupku telah diatur oleh yang Maha Kuasa. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri. Aku yakin rezeki Allah itu luas. Ada di mana sahaja dan setiap manusia yang Allah jadikan telah ditentukan rezeki mereka.. Janji Allah itu pasti.. Kita yang harus sentiasa bersangka baik padaNya. Selagi mana kita berusaha dan bertawakal hanya kepadaNya, pasti ada ganjaran yang disimpan olehNya buat kita. Itu jaminan Allah..

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Tidak perlu membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain sebab tiap orang kemampuan mereka berbeza.. Berusaha menjadi lebih baik dan menerima segala ketentuanNya. Sentiasa berdoa dan berbaik sangka. Pergantungan dan harapan yang tinggi hanya padaNya. Ku sandarkan hanya padaNya. Mungkin inilah kurniaan Allah di atas segala ujian yang ditimpakanNya. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Kalau Allah dah tetapkan itu yang terbaik buat kita, pasti Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Rezeki itu kurniaan Allah. Milik Allah. Kita hanya hambaNya yang sangat kerdil berlumur dosa. 


Masa ambil result PMR. Satu family ikut sama sebab baru balik dari bercuti kat PD. Tengok result, terus menangis. Beyond my expectation.. Family pun tak sangka sebab aku ni study dalam tido. hehee


Rakan-rakan yang lain masih lagi cuak, risau dan ada yang tak boleh tidur ketika aku sedang ralit berkongsi kegembiraan ini. Sabar ye rakan-rakan.. Mudah-mudahan Allah berikan mereka yang terbaik. InsyaAllah everything will be okay my sayang-sayang sekalian.. Bersangka baik dan berharap padaNya. InsyaAllah ada pelangi yang indah Allah simpan buat kalian. Wallahu a'lam..


"Ya Allah, mudah-mudahan hati ini Kau pelihara kerana sesungguhnya Kau yang membolak-balikkan hati manusia. Aku bimbang sekiranya terdetik sedikit perbandingan result ini dengan rakan-rakan yang lain. Aku bimbang sekiranya mulut, hati dan fikiran ini mula menyoalkan apa yang telah Kau berikan buatku.. Sesungguhnya aku tahu, "kalau" itu akan membuka pintu masukkannya syaitan. Mudah-mudahan hati ini Kau pelihara sentiasa untuk sentiasa mensyukuri segala rezeki kurniaanmu.. Aamiin ya Rabb.."



Berfikir seketika...


p/s: Gembira sangat sebab result semua lulus.. Seriously tak hebat mana macam rakan-rakan yang lain.. Cukuplah semuanya lulus dan lepas.. One step closer.. InsyaAllah :') . Terima kasih kepada semua yang mendoakan . Moga Allah membalas kebaikanmu dengan sesuatu yang indah dan penuh makna. 

Tuesday, February 10, 2015

Cinta itu BUKAN milik kita

Salam,

Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas. Biasakan diri sebut Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala yang dikurniakanNya. Okaylah, mood hari ni adalah cinta. Pyaar is dosti. Love is friendship. Ni ayat Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai. hehe.Ni kes malam semalamlah dok belek-belek buku lama then jumpa ayat-ayat cinta yang penulis suka tulis dalam buku then simpan. hehe..

Cinta. Tak perlulah nak explain panjang-panjang kut. Sebab semua orang tahu cinta tu apa. Tak tahu, boleh tanya cik google yang mempunyai 1001 jawapan tentang cinta. Semua orang pernah jatuh cinta. Semua orang pernah bahagia kerana cinta. Tapi.. tak semua orang mampu memiliki apa yang dia cintai. Berbahagialah wahai hati andai apa yang engkau cintai, mencintaimu kembali sebab love is not only about I love you and you love me. No! The way to love anything is to realize that it might be lost. Ni baru betul..




Pernah dengar madah pujangga cinta? Katanya,


Untuk cinta yang tidak kita miliki.. biarkanlah dia pergi. Lepaskan dia dari hati.. Doakan kebahagiaan dia bersama cinta yang dipilih. Mudah-mudahan kebahagiaan itu menjadi penawar buat hati yang terluka. 


Tak mudah bukan untuk bertindak sebegini? Melihat orang yang kita cinta bersama dengan insan lain. Serious memang tak mudah. Macam mana nak jadikannya mudah? Adakah dengan menangis sepanjang malam menangisi pemergian dia? Atau drive kereta laju-laju tak tahu ke mana arah tuju untuk melepaskan kesedihan di hati? Atau mungkin bawak motor laju-laju tanpa memikirkan keselamatan diri dengan harapan kekecewaan dan kesedihan itu reda?

Semua tu bukan cara yang betul. Memanglah tak mudah untuk melepaskan rasa cinta yang telah lama bertapak di lubuk hati tapi semua yang terjadi pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan dari kita buat sementara sebab Allah akan bagi kat kita bila dah tiba masa yang sesuai menurutNya. Belajar melepaskan dan belajar untuk redha.. Redha.. Itulah kunci kebahagiaan diri. Bila kita redha dengan setiap inci ujian yang Allah beri, perjalanan hidup kita akan lebih mudah dan kita akan lebih tenang mengharungi hari-hari yang mendatang, insyaAllah dengan izinNya.. 

Memula memanglah kita pasrah je tengok orang yang kita sayang dengan orang lain. Sedih, kecewa.. Tapi lama-lama pasrah tu akan berubah menjadi redha. Bila hati kita dah redha, kita dah tak ada rasa apa-apa dah bila tengok dia. Kita cuma akan rasa seronok tengok dia dengan pilihan dia. Rasa seronok tengok dia bahagia tanpa kita. Kita sama-samalah mendoakan kebahagiaan dia. Aku cakap macam senang je kan? Tak mudah. Aku tahu tak mudah... Really take times. 



Relationship is more than finding the right person. Maybe it's about being the right person. To be loved, be lovable. When the time is right, the right person will appear. Let love be the one to knock at your door. Besides, true love is worth waiting for.



Cinta itu BUKAN milik kita. Frust macam mana pun kita, kalau Allah dah kata dia bukan milik kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Merintih dan merataplah sepuas hati. Dia tetap bukan jalan kita. Tak salah menangis. Sekurang-kurangnya dengan tangisan itu, kita dapat meredakan sedikit rasa hati yang kecewa.. Aku sendiri pernah je frust sebab cinta.. Emosi menguasai diri. Memang kerja aku time tu menangis jela.. Cari kawan nak cerita tengah2 malam buta. Nasib baiklah time tu dia okay je nak dengar. Aku pun tak tahu kenapa boleh nak cerita kat dia. Lepas dah cerita, malu sedunia. Haha.. Tapi biasalah.. Bak kata orang.. 


Meletakkan pengharapan yang tinggi dan cinta kepada manusia, pasti akan dikecewakan.. Tapi meletakkan pengharapan yang tinggi dan cinta itu kepada Pemilik Cinta iaitu Allah, pasti tidak akan pernah dikecewakan walau sedikit kerana itulah cinta yang hakiki..




Apapun, ingat! Frust menonggeng macam mana pun kita, jangan buat sesuatu yang membahayakan diri. Fikirlah sikit perasaan mak dengan ayah dah jaga kita sejak kecik. Tatkala kita kehilangan si dia yang kita cinta, kita masih punya ramai manusia yang mengasihi kita. Ramai... Paling penting family kita. Jangan terlalu mengikut rasa hati yang kecewa tu. Sebab masa tu akal di luar pertimbangan. Emosi menguasai diri. Bila emosi menguasai diri, kita lupa semuanya. Kita turut rasa hati yang dah dikawal oleh emosi tu. Sepatutnya kita yang mengawal emosi. 

Setiap pertemuan pasti akan perpisahan. Pasti.. Semuanya telah diatur oleh Allah. Mungkin kita mengenali dia sebab dia memang jodoh kita. Tapi mungkin juga Allah aturkan pertemuan kita dengan dia sebagai satu ujian dan boleh jadi juga kedua-duanya sekali. Ingat kisah Asiyah isteri Firaun? Jodoh itu telah Allah tentukan namun perkahwinan itu menjadi satu ujian untuk menguji keimanan Asiyah. Walau sehebat mana ujian yang Allah beri buat Asiyah, sedikit pun Asiyah tidak goyah dan berputus asa. Malahan semakin mendalam keimanan Asiyah kepada Allah. Subhanallah.. Mampukah aku menjadi seperti Asiyah?  :'(


Being single doesn't mean that you're weak, it mean that you're strong enough to wait for what you deserve. If you keep thinking the past, you can't see a front of you and become blindness. Past is past and you will go forward..


p/s: Penulis tak perfect. Kekadang kalah jugak dengan emosi. Kekadang ke? Selalu jugak kot. hehhe.. Yang mana kenal, mungkin faham.. Biasalah.. Setiap hari kita akan bermain dengan emosi. Kadang-kadang kita tewas dengan emosi. Nak-nak, aku ni jenis yang cepat touching walaupun benda tu bergurau je. Apa yang aku tulis sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak. Macam yang aku cakaplah, bila kita menulis, kita berfikir.. dan kita mengingatkan jugak diri sendiri.. Wallahu a'lam. 



Berfikir seketika...