◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, January 31, 2013

Memories :')

 
"Life is like a NOVEL, many chapters read and forgotten but there's one I won't forget, that's chapter when I know you and we became friends, take care always. " (0533170508)
"I wrote your name on the sand and it got washed away but its okay. I wrote your name in the air and it got blown away. Huh! Fedup! Than I decided to wrote your name in my heart and Igot.. HEART ATTACK!!! MAN... I'M DEAD! " (0802270608)

Tuesday, January 29, 2013

Perginya seorang Mujahidah...


Salam , hari ni nak update blog tentang beliau , Almarhumah Siti Hajar binti Ahmad Sabir. Aku tak  mengenali beliau walaupun beliau merupakan salah seorang pelajar Kolej Matrikulasi Melaka sama dengan aku . Aku tahu mengenai kemalangan beliau dari kawan aku , Sheda (student UTeM). Masa tu aku dok bukak twitter , nampak status update Sheda. Memandangkan roomate aku masa di matrik namanya jugak Siti Hajar , aku ingatkan dia. Rupanya Siti Hajar lain. Tidak ada lain yang mampu ku bantu melainkan doa. Doa itu kan bertali arus. 

Masa sambutan Maulidur Rasul , aku online salah satu laman sosial yang aku ada, kat situ aku ternampak post dari seorang sahabat ni. Berita tentang pemergian beliau ke alam sana. Tersentuh bila baca kisah beliau .  Mulai saat itu , setiap kali aku online , aku pasti akan menjengah kisah beliau . Seolah-olah tak bosan dibaca berulang kali. Subhanallah..

Moga-moga dengan perkongsian ni dapat memberi maanfaat yang besar buat beliau di alam sana. Amiin.. Mudah-mudahan kita yang hidup ni dapat ambil ikhtibar dari apa yang terjadi. Kecekalan dan ketabahan beliau menempuh ujianNya sungguh benar2 menyentuh hati. Segala apa yang jadi pada kita , sentiasalah bersangka baik padaNya. Allah Maha Mengetahui. Subhanallah , beliau sangat tabah. Sangat kental semangatnya tak luntur walau sedikit pun. 

Semoga ia menjadi peringatan buat kita yang menumpang dunia Tuhan. Dunia dan seisinya ini hanya ibarat debu bertaburan. Sampai masa, semuanya akan berterbangan. Wallahuaklam ( AinaEmir)

(Maaf banyak pulak membebel aku ni..)

 Boleh baca di link ini ye , Perginya seorang Mujahidah...

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya telah ditentukan olehNya. Tak cepat sesaat dan tak juga lewat sesaat. Kita tak tahu pengakhiran hidup kita macam mana, so mulailah hari ni , sama2lah berubah menjadi seorang yang lebih baik demi mencari keredhaanNya. Mudah-mudahan, insyaAllah, Amiin.. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Serikandi syurga. Al-Fatihah buat Almarhumah Siti Hajar binti Ahmad Sabir. 

Thursday, January 24, 2013

Salam Pertemuan 2013 :)


Salam , Alhamdulillah akhirnya setelah sebulan tak update blog ni akhirnya dengan izinNya dapat jugak aku menulis. Sepanjang sebulan yang lalu , sebagai pelajar sudah semestinya aku sibuk dengan tugasan2 yang perlu disiapkan dan dihantar sebelum menjelangnya final exam untuk semester 1. Alhamdulillah Jumaat lepas segalanya telah berakhir untuk semester ini. Suka duka, gelak tawa semuanya tersimpan rapi dialam kamus hidup aku. Tak dapat dinafikan terlalu banyak duka sebenarnya berbanding gembira namun ini semua aku terima kerana aku percaya Allah tahu apa yang terbaik buat aku. Mudah-mudahan aku diberi kekuatan yang lebih untuk mengharungi ujian yang mendatang, Amin.. Minggu sepanjang exam adalah minggu yang paling stress. 


Mungkin sudah agak terlambat tapi tetap nak tulis Selamat Tahun Baru. Semoga kehadiran tahun 2013 ini lebih baik daripada tahun sebelumnya,insyaAllah. Tak lupa juga Salam Maulidur Rasul 1434H, tarikh bersejarah yang harus kita ingat. Kelahiran agung,kelahiran mulia, Rasulullah SAW. Banyakkan selawat bukan untuk hari ni sahaja tapi hari-hari akan datang juga. Setiap hari kita selawat, kita ingat Baginda, Baginda ingat kita. insyaAllah. 

Oklah , entry pertama bagi tahun 2013 berakhir di sini ( ayat skema kan? hee..) insyaAllah akan terus di update , lama tak menulis tiba2 rasa macam blur pulak, hee.. Takecare ye , senyum selalu. May Allah always bless you. 

***Berfikir seketika...