◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, September 11, 2016

Antara dua darjat

Di saat semua mata sedang lena diulit mimpi.. Fikiran aku jadi tidak menentu.. Pada awalnya aku akui.. aku marah.. tp kini amarah itu telah lama berlalu pergi.. Hati aku kini dibayangi rasa sedih dan kecewa.. Ye.. sungguh.. hati aku sangat kecewa dan sedih dengan sikap segelintir manusia yang terlalu cepat menghukum dan menilai..

Pada awalnya, aku sendiri tidak menjangkakan yang aku akan jatuh cinta dengan pekerjaan ini. Pada awalnya, aku menjangkakan aku tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Tp dengan izin Allah, Alhamdulillah sehingga kini aku masih di situ meneruskan pekerjaanku sbg seorang yang bergelar guru tadika. YE, GURU TADIKA. Aku ditempatkan di dalam kelas 4 tahun. 4 tahun yang penuh dengan gelak tawa dan ragam anak-anak kecil yang baru mula untuk mengembara dunia.

Antara anak-anak murid . Semuanya ada 12 orang. Sorang baru masuk.. 




Walaupun adakalanya stress dan pening kepala melayan karenah anak-anak kecil ini, namun selalunya telatah mereka jugalah yang menjadi penghibur hati. Walau seberat mana pun masalah yang dihadapi, bila mata ini melihat mereka.. semua masalah tu seakan-akan lenyap buat seketika. Diaorang ni kira macam ada super power la. Kau sedih macam mana pun, bila kau dah ada dalam dunia diaorg.. kau pun hanyut sama tenggelam dalam dunia diaorg. Automatik kau rasa tenang. Rasa gembira. Rasa seronok.

Tapi sayangnya, bila aku harus berdepan dengan realiti kehidupan, aku tak terlepas dari agenda *ANTARA DUA DARJAT* . Manusia gemar membeza-bezakan aku dgn yang lain. Gemar menjatuhkan hukuman terhadap aku. Terlalu cepat dalam menilai pekerjaanku. Mmg aku berkelulusan degree.. dan memang seharusnya aku tidak berada di situ. Tp salahkah aku untuk memilih? Memang aku tak nafikan.. ramai yg memandang rendah dgn title "cikgu tadika" . Tp pernah tak terfikir.. Semuanya bermula dengan guru tadika selain daripada ibu bapa. Memang gaji guru tadika tak besar. Tak setanding dgn kelulusan yg aku ada. Tp insyaAllah gaji yang Allah bayar kat aku lebih besar dari apa yang aku dapat. Aamiin..

Teringat kata-kata ustaz, jika kamu ingin menjadi kaya di dunia, bukalah business.. Tapi jika kamu ingin menjadi kaya di akhirat, pilihlah untuk menjadi pendidik..




Bukan kerja mudah.
Ye.. walaupun ada yang fikir kerja guru tadika ni senang je. Tp tak semua mampu hadapi "senangnya" itu. Berhadapan dgn keadaan anak murid terberak, terkencing, termuntah, demam, menangis.. tak semudah itu.. Tak ada kerja yang mudah kat dunia ni. Semuanya ada kesusahan yang perlu dihadapi. Ada cabaran-cabaran dia.. Dont simply said "alahh.. cikgu tadika.. senang je.."

Aku juga punya impian..
Aku juga ingin duduk di office, ber air cond..  bergaji besar.. bebas bergerak ke sana ke sini tanpa perlu memikirkan keadaan anak-anak kecil yang sedang sibuk dgn dunia mereka hampir setiap masa . Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Setiap kali berdoa, aku akan minta Tuhan berikan yang terbaik untuk aku, di dunia dan akhirat. Berulang-ulang ku minta padaNya tanpa rasa jemu. Bila Allah tempatkan aku di tadika, aku rasa ini yang terbaik buat aku.. pada masa ni.. Aku redha.. Aku ikhlas. Aku seronok bersama mereka.




Aku pasti suatu saat, Allah akan berikan sesuatu yang terbaik buat aku.. di luar jangkaan ku.. Aku yakin dgn setiap yang Allah tetapkan untukku. Jadi awak awak semua.. janganlah terlalu cepat menilai manusia. Hati manusia tak siapa yang tahu.. Luka di hati boleh dirawat tapi parutnya itu akan terus berkekalan. Sungguh telah lama ku pendam rasa ini. Tapi hari ni hatiku benar benar kecewa.. benar benar terluka.. Allah... :'(

Rezeki tu milik Allah. Kalau Allah kata, itu yang terbaik untuk kau maka itulah yang terbaik. Kalau Allah kata itu bukan yang terbaik, Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kau dan aku sama. Kita adalah hambaNya. Setiap rezeki datang dariNya. Janganlah kau berasa bangga dengan apa yang ada sekarang dan apa yang aku tidak ada sekarang. Tidak ada yang mustahil dengan izin dan pertolongan Allah.. Rezeki kita berbeza-beza. Perjalanan kita jugak tidak sama. Mendoakan adalah yang sebaik-baiknya. Allah knows best. Al Baqarah 216 and 286 :)

Tuesday, September 06, 2016

Ku pendam sebuah duka

Kedukaan itu sukar untuk diukur dengan kata-kata.. Perit luka itu masih terasa sehingga kini.. Walaupun telah ku rawat lukanya.. parutnya tetap berbekas di hati.. Bukan aku tidak ikhlas melupakan dan memaafkan.. Telah jauh ku buang rasa itu agar hati ini penuh dengan warna-warni sebuah kebahagiaan. Namun ada kalanya, hati ini terusik.. Mengenangkan kisah yang telah berlalu..

Aku tidak sempurna bahkan masih jauh lagi untuk mengejar kesempurnaan. Aku hanya insan biasa.. Yang adakalanya kuat dan gagah.. namun ada ketikanya, tersungkur lemah tidak berdaya.. Aku percaya, setiap insan ciptaan Allah tidaklah dia sepanjang masa menjadi seorang yang sangat kuat.. Aku pasti.. ada ketikanya.. walau tidak bersama teman, dia menangis sendirian melepaskan resah di hati.. mengadu hanya pada Penciptanya..




Setiap insan. Setiap makhluk.. pasti ada memendam kedukaan.. Bukan semua mampu memahami rasa hati kita.. lantas kita memilih untuk memendam dan membiarkan sahaja kedukaan itu.. Berharap satu masa nanti semua kedukaan itu mampu terhapus dengan sebuah kebahagiaan yang sungguh bermakna..

Masa.. Masa adalah penentu segalanya. Yakinlah, suatu saat pasti Allah hadirkan sesuatu.. merawat duka yang terpendam di hati. Tetapkanlah hatimu untuk terus berdoa.. terus bersangka baik dan percaya dengan perjalanan yang telah ditentukanNya.. Kadang-kadang Allah datangkan kepada kita hujan ribut sehingga kita menangis merindui sang mentari.. Rupa-rupanya telah Allah persiapkan pelangi nan indah di sebalik hujan dan ribut itu.. Keep strong and be strong.. Allah knows best.

Sunday, September 04, 2016

Jiwanya selembut sutera

Salam,

Hai gais.. Alhamdulillah masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi sesuatu dengan semua. Hehe.. Kepada yang rajin rajin singgah blog cuci cuci mata, bolehlah singgah Cikgu Farah in the house . Selain nak mula panas enjin kat blog sendiri, aku pun mula aktif menulis di blog tadika. Nak tau apa yang Cikgu Farah kongsikan dengan semua? Kenalah mai singgah..

Aku suspek hatinya retak mcm ni bila cakap mcm tu. Hehe

Okay, untuk entry kali ni, siapa la pulak yang jiwanya selembut sutera ni kan.. Jiwa aku ke? Hahaa. Mungkin jugak. Sebab perempuan kan. Biasalah jiwa sensitif. So jangan sekali-kali nak samakan jiwa gegirls ni dengan jiwa lelaki awak tu ye. Haha.. Well actually jiwa anak-anak kecil ni yang sebenarnya selembut sutera.. Hati mereka sangat sensitif. Setiap hari tu boleh dikatakan banyak aduan yang aku akan terima daripada diaorg. Tak kiralah bab kawan ke, bab makan ke, bab pensel ke. Macam-macam bab yang muncul.

Kalau singgah blog entry Cikgu Farah. Aku ada share satu cerita tentang anak murid aku.. Dia merajuk sebab cikgu Farah kata , hanya cikgu je yang boleh panggil Adni bam bam.. hehe.. Kalau kita yang dah besar and tua bangke ni, mmg kita rasa benda tu benda remeh je pun. Kenapa pulak nak merajukkan. Tp jiwa anak-anak kecil ni, sangatlah sensitif mengalahkan orang pms. Pening kepala cikgu nak memujuknya.. sebab tiba-tiba je Balqis yang very happy go lucky person bertukar menjadi seorang yang sangat sensitif. The whole day Balqis not in mood. Diam je..

Sory sayang. Cikgu selfie time awak tertido. Haha.. 

Aku pun mulalah sesi pujuk memujuk dengan dia. Sampai duduk atas riba cikgu. Fefeling macam mak mak sangat sebab tangan sebelah dok mengajar murid lain, tangan lagi satu dok peluk memangku Balqis ni.. Sampai tertido dia atas riba cikgu.. Alahai.. tiba-tiba jauh di sudut hati, terselit rasa kasihan melihat anak kecil ini. More than 1 hour dia Balqis tak nak bangun dari riba cikgu. Nak cikgu peluk je..

Allahu, jiwanya sangat lembut. Sangat sensitif. Dalam perjalanan dia untuk membesar menjadi seorang yg lebih kuat, sekarang dia sedang melalui proses untuk belajar erti kuat. Walaupun dia merajuk dgn cikgu tapi bila cikgu panggil, dia menyahut lembut.. dia datang kat cikgu.. Cuba kalau kita ni haaa yang dah besar ni. Merajuk dengan org, kalau tak bertegur sapa tak sah. Kalau ada pun bertegur sapa, muka tu kalau boleh tak nak langsung pandang mata dia. Jawab pun tak dan dah lembut lembut. Suara bass. Kasaq jaa bunyinya. Hahaa..



Kadang-kadang anak-anak kecil ni, pasal pemadam je pun dah boleh putus kawan. Haha.. tiap hari ada aduan "Cikgu, dia tak nak kawan kita." Kalau tak pun cikgu dgr "Alah awak ni.. kita tak nak kawan awak.." tak pun "awak jangan kawan dgn dia. Dia bla bla bla..(mcm mcm sebab) . Sampai menangis nangis merajuk. Selalunya perempuanlah.. kalau lelaki ni mmg terkenal dgn sifat sado. Merajuk tu ada.. tp jarang sangat sampai menangis. Lelaki kalau merajuk, cikgu nampak dia comel jaaa. Hahaa..

Sebab anak-anak ni jiwa dia sensitif, jadinya kita sebagai orang yang dah besar dan boleh berfikiran matang ni, kenalah pandai tackle hati diaorg. Semua orang sukakan pujian, kalau diaorg buat benda baik, perkara yang bagus, puji diaorg. Bagi kata-kata yg positif. Kalau diaorg buat salah, jangan terus tengking. Bagi amaran dulu. Cakap kenapa tak boleh macam tu. Kalau perkara yg sama still berulang, barulah marah atau denda.. marah marah manja lah. Budak2 kecik ni mmg kuat merajuk tp senang dipujuk.. (kalau dpt yg susah nk pujuk tu, selalunya pujuk sekejab then biarkan.. dia akn baik sendiri)

Banyak benda nk tulis kalau melibatkan nak-anak kecil ni.. boleh buat buku rasanya. Haha. InsyaAllah nanti aku sambung lagi. Jaga diri.. May Allah always showers his blessing to us. Aamiin..

Thursday, September 01, 2016

Hello SEPTEMBER !

Salam, 

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan untuk update blog sendiri. haha.. Acah acah nak aktif balik menulis (from previous post tu kan..) tapi end up senyap sepi. Alwaysss like this Faraaa. haha.. Tengah nak semangat-semangat menulis balik tu, tetiba je wifi rumah kena potong. Tetibaa.. Setelah diselidiki, rupanya ayah memang sengaja tak bayar wifi tu sebab adik-adik leka main internet. Tangan tu melekap je kat handphone.. Hai laaa adik.. Bersabar saje lah kakak-kakak dan abang-abang ni..


Oh.. Hello.. Hai...
SEPTEMBER.. ^^

Image result


Hakak teruja sangat dalam banyak-banyak bulan, bulan September yang paling dinanti. Sebab birthday iolss bulan September. Plus adik beradik iolss and family besar, memang ramai yang akan sambut birthday bulan 9. Hopefully bulan 9 ni lebih banyak diwarnai dengan kegembiraan dan keseronokkan. InsyaAllah. Aamiin..

So, hari ni tak adalah serious topik nak diborakkan. Saje-saje update kemas blog. Hurm,. mungkin boleh cerita sedikit pengalaman yang baru sangat ni dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Senang cakap, Cikgu tadika. hehe.. Next entry maybe banyak sedikit cerita hakak kongsi. So, jadi cikgu tadika ni taklah semudah yang disangka-disangka sebab budak2 kecik ni baru nak membesar kan. Orang kata baru nak explore dunia.. Macam-macam ragam, macam-macam gaya yang cikgu perasan dalam karakter budak2 ni.. Dan yang paling obvious sangat, murid-murid iolss suka tanya "Cikgu,, kenapa mcm tu.. kenapa mcm ni... Kenapa kenapa kenapa.." dan persoalan mereka yang kadang2 cikgu rasa extreme sangat tu buatkan ckg jadi speechless nak jawab.. hehhee

Aku suka melayan karenah anak2 kecik ni sebab diaorg ni sentiasa happy go lucky. Kalau gaduh, merajuk tu semua.. sekejab je.. lepas tu okay balik. Kadang2 benda yg biasa-biasa je, contohnya tgk ckg buat muka pelik, ada yang dah gelak mengekek..sampai ckg pun tergelak sekali. Dunia mereka sangat dipenuhi dengan warna-warna kegembiraan.. Bila dah kerja tadika ni, boleh dikatakan 80% masa tu, tak sempat nak murung sangat. Moody lama-lama. Sebab dikelilingi oleh anak2 kecik ni, memaksa diri untuk sentiasa tersenyum, gembira dan ceria. Good things sangat untuk orang yang mcm ckg ni, bila ada masalah je akan moody sepanjang hari. haha..

Okaylah, sampai sini dulu cerita untuk hari ni. Esok kalau aku rajin, aku nak share something tentang anak2 tadika ni.. Check it out. :) .