◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, November 16, 2011

Leka di lamun mimpi ...


Sama ada aku sedar atau tidak , mungkin cuma aku yang terlambat menyedari kerana leka dilamun mimpi..mimpi di siang hari ... tidak aku ketahui apa2 mengenai hidupnya masa kini... Susah untuk ku duga apa di benak fikirannya. Mungkin aku terlambat menyedari bahawa aku dan dia umpama langit dan bumi... Sebelum ni aku ada juga terasa semua tu tapi entahla.. Baru sekarang aku betul2 sedar hakikat yang sebenar. Aku dan dia tak mungkin bersama... Bukan sahaja buat masa ni tapi juga masa akan datang. Aku sendiri buntu dengan apa yang terjadi.. Atau aku masih belum dapat menerima hakikat.. 

Ya Allah , Kau Maha Mengetahui , berilah aku petunjukMu... Yang mana harus aku ikuti agar aku lebih tenang melangkah menjalani masa2 yang ada...susah untuk kubuang perasaan yang telah lama terpahat dalam hatiku. Apa2 pun aku redha dengan apa jua ketentuanMu kerana Kau Maha Mengetahui segala-galanya yang terbaik buatku... Buat insan yang aku cinta, jangan khuatir ye. Aku tidak akan menjadi pengganggu hidupmu. Cukuplah sekadar kau menjadi sahabatku dan aku menjadi sahabatmu. Jangan sampai ikatan persahabatan antara kita terputus kerna hanya itu yang ada supaya aku sentiasa dekat denganmu...Kau bahagia , aku turut bahagia... Aku yakin kelak ,akan ada insan yang mencintaiNya akan mencintaiku.insyaAllah... :')

Tuesday, November 08, 2011

Belajarlah untuk menghargai

cute beach love girl

Seringkali aku duduk termenung mengenangkan kisah lama yang telah lama menjadi lipatan sejarah dalam buku perjalanan hidupku. Dalam hidup ni , kadang2 kita sebagai manusia selalu terlepas perkara-perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya itulah yang bererti.. Kadang-kadang dalam mendapatkan sesuatu kita seringkali terlepas pandang bahawa apa yang kita cari itu sebenarnya dekat dengan kita. Sebagai manusia biasa kita tak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Dan setiap kesilapan yang berlaku itu mematangkan kita tentang erti kehidupan yang sebenar. 

Kadang-kadang kita terlalu leka menantikan kehadiran insan yang telah pergi dari hidup kita sedangkan tanpa kita sedari ada insan lain yang sedang menanti kita . Kita harus belajar untuk cuba merelakan. Melepaskan .. Dan cuba menghargai kehadiran insan lain dalam hidup kita.. Menghargai apa yang berlaku di sekeliling kita. Kerana setiap yang berlaku itu adalah di atas kehendakNya. Dan pasti Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat kita.. Atau mungkin ianya bukanlah suratan takdir semata-mata. kadangkala mengajar kita juga untuk berfikir. Walaupun hakikatnya aku sendiri tidak mampu untuk lakukan... untuk merelakan pemergian cinta itu dari hatiku... KIta harus belajar untuk cuba menghargai...

Aku belajar melupakan seseorang yang melupakanku
Aku belajar memaafkan semua yang menyakitiku
Aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi
Tapi satu yang sukar untuk aku pelajari adalah
Aku harus bisa tersenyum di saat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain..
kerana kebahagiaan baginya adalah kebahagiaan buatku....

***Berfikir seketika...

Sunday, November 06, 2011