◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, March 22, 2014

RINDU: Kenapa merindu?



Salam,

Alhamdulillah. Diizinkan menulis. Buat masa ni (memandangkan wifi kolej susah sangat nak connect dengan laptop) , aku mengisi masa yang ada dengan menulis sebuah cerita. Mudah-mudahan Allah permudahkan bagiku.

So, malam ni tetiba nak bercakap soal rindu. Rindu? Kenapa rindu? Sebab semua orang pernah merasai perasaan rindu ni kan. Rindu rindu dan rindu. Bukan mudah nak mengubat hati yang dilamun rindu ni. Baiklah, make it short and simple. Sebab rindu ni terlalu universal untuk dibincangkan. Dan... Ia bergantung pada diri memasing. Sebab lain orang, confirm lain pulak pendapatnya. Rindu tu pastinya ada untuk orang yang kita sayang.. Pasti.... 

Baiklah, rindu ni kan perasaan yang Allah kurniakan kepada kita, datang secara semulajadi tanpa sebarang paksaan.. *Fuh... puitis sekali. hehe* . Persoalannya kenapa kita rindu ni.. Apa penyebab-penyebab kita rindu ni. Takkan tetiba datang macam tu tanpa sebab. Kalau cinta, ye. Saya percaya cinta itu akan datang secara automatik tanpa sebab yang kita pasti.


Contohnya bila A tanya B:

A: Kenapa cinta dia?
B: Tak tahulah A. No words can describe. (hah giteww)


Ok. Tak nak menerawang jauh ke bab cinta. Sekarang kita sedang berbicara soal rindu. Back to our discussion. hehe. Ok. Rindu ni terjadi disebabkan..


>> Kita teringat kenangan lama
>> Kita teringat gelak tawa dan senda guraunya
>> Kita teringat  blablabla....


Nampak tak? Rindu tu terjadi bila kita teringat.... Teringat sesuatu yang menyentuh hati. Sama macam benci. Ada hal-hal yang kita tak suka, bila teringat...  mesti ada BENCI  ... Sama macam rindu. Bila teringat, rindu... Bila rindu je, teringat.. kan? haha. So, macam mana nak ubat rindu pulak? 

Simple. Doa.. Doa pada yang memberi rasa rindu itu.. Siapa? Allah.. Allah yang menghadirkan rasa itu. Rasa itu hadir dengan izin Allah. Jadi apa yang datang dari Allah, kita kembalikan padaNya. Selain daripada tu, kalau kita rindu.. Kita boleh call.. Mesej.. Dengan aplikasi yang begitu banyak sekarang ni, mudah dan cepat. Ada Whatsapp, Wechat, Viber, Line. Haihh. Macam-macamlah. Tinggal pilih je. Tapi jaga hati. Jangan sampai rasa rindu tu membawa ke jurang dosa. Pelihara rasa itu sebaiknya untuk kita meraih pahala sebanyak-banyaknya.. Bukan untuk tambah dosa yang sedia ada.

Untuk mereka yang telah tiada.. Pergi meninggalkan kita, sentiasalah doakan mereka di alam sana.. Jangan pernah lupa untuk mendoakan mereka.. Walaupun mereka telah tiada, namun kasih sayang yang mereka beri pada kita semasa hayatnya, tetap akan kita rasakan dan sentiasa ada dalam hati kita.. Untuk selama-lamanya... Sekian.. (Peringatan buat diri sendiri juga)


p/s: Suka untuk diingatkan, rindu ni untuk semuaa.. Mak, ayah, keluarga, sahabat.. Bukan untuk yang dilamun cinta je okay. hehee


**Berfikir seketika...

Tuesday, March 18, 2014

MyCerpen: Salahkah Aku




"Salahkah aku ketika hati ini sukar melupakan apa yang telah mereka lakukan. Tahukah mereka betapa peritnya dibuat sebegitu. Hati ini terlalu terseksa dan menderita. Setiap hari air mata tak jemu-jemu mengalir membasahi pipi. Mutiara jernih ini sudah sebati dalam hidup aku. Aku cuba untuk terus bertahan namun hati ini lebih mengerti apa yang dirasakan. Terlalu sukar rasanya untuk aku hadapi keadaan ini. Terlalu perit. Banyak duri yang harus ku lalui demi menuju ke destinasi ini. Demi keluarga, demi menjaga hati ibu dan ayah, aku kuatkan semangat. Bangkit dari kesedihan untuk meneruskan juga perjalanan ini. Tak mudah untuk aku bangkit. Di bumi yang penuh asing bagiku. Bagaikan seorang musafir yang tercampak jauh di padang pasir. Seluas mata memandang tetapi begitu kosong. Hanya bertemankan pasir dan matahari. Hanya bertemankan pokok-pokok kaktus yang tumbuh subur di bawah teriknya mentari."

Arissa mengeluh sendirian. Segala isi hatinya ketika itu dimuntahkan pada sekeping kertas. Sebak dan sayu hatinya tatkala teringat akan peristiwa itu. Ditinggalkan sahabat yang baru dikenali. Bergerak bersendirian mencari arah yang tidak pasti. Entah di mana silapnya, dia pun tidak mengerti. Kehidupan di bumi asing ini bukanlah semudah yang disangka. Keseorangan ditinggalkan tanpa keluarga yang sentiasa di sisi menemani. Hanya Allah menjadi tempatnya untuk bergantung harap. Hanya Allah menjadi tempatnya untuk meminta kekuatan dan pertolongan. Keperitan yang dirasa kadangkala membuatkan dia menangis tanpa henti. Tikar sejadah menjadi saksi. Al-Quran menjadi penghibur hati. Mendengar dan membaca ayat-ayat cinta dariNya membuatkan hatinya terasa tenang sekali. Zikrullah sentiasa menjadi peneman tidurnya.

"Ya Allah, kuatkan aku mengharungi ujian ini. Arissa, kau kena kuat. Ingat niat kau datang sini sebab apa. Ingat ibu dan ayah Arissa. Jangan disebabkan mereka memperlakukan kau begitu, kau kecewa. Jangan hampakan harapan ibu dan ayah Arissa. Bersusah payah ibu dan ayah datang ke sini hanya untuk melihat kau berjaya. Jangan musnahkan harapan mereka. Kuat Arissa. Kuat! " bisik hatinya sendirian. Itulah yang sering dilakukan tatkala hatinya berasa sedih. Keluarganya menjadi tempat untuk mengadu. Ibu, kak long dan adik sentiasa menjadi tempatnya meluah rasa. Mereka sentiasa memberi dia semangat agar terus tabah di bumi asing ini.




Segala keperitan yang dirasakan membuatkan dia semakin dewasa dalam menilai erti persahabatan yang sebenar. Kita boleh bersahabat dengan semua orang. Boleh saja menganggap mereka sahabat kita. Tapi kita kena ingat. Mereka belum tentu menganggap kita juga adalah sahabat mereka. Kita harus terima kenyataan ini. Walaupun perit. Kehadiran teman-teman baru menjadikan dia kembali ceria. Senyum tawa yang selama ini hilang dari raut wajah kini kembali hadir menyinari hari-harinya. Arissa kembali ceria. Bergurau senda bersama mereka. Dia selesa bersama mereka. Sangat selesa. Teman yang dulu meninggalkannya sudah tidak difikirkan lagi.

Namun kini semuanya kembali berubah. Namun tidak dinafikan juga, masih terselit sikap perikemanusiaan dalam hatinya. Masih terselit simpati buat mereka.

" Ya Allah, salahkah aku jika aku mengungkit kembali kisah lama. Salahkah aku jika aku menolak mereka di atas apa yang telah mereka lakukan. Perit hati ni masih terasa. Sebak dada ni bila memikirkan kenangan itu. Salahkah aku ya Allah.. Walaupun perkara itu telah lama berlalu. Sukar untuk aku melupakan. Hati ini telah memaafkan tapi untuk melupakan tersangatlah sulit buatku.. Kejamkah aku ya Allah.. Tahukah mereka betapa sukarnya aku untuk bangkit dari apa yang mereka lakukan. Tahukah mereka betapa peritnya menelan segala yang dilakukan oleh mereka.. Ya Allah.. Aku hambaMu yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Tabahkan hati ini ya Allah. Ikhlaskan aku dengan apa yang telah terjadi.. Agar aku lebih tenang menyusuri liku-liku kehidupan yang mendatang.. "

Cerita ini dikongsikan bersama mereka yang agak rapat dengannya. Pesannya kepada Arissa, "Tak apalah Arissa. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.." sambil tersenyum manis. Arissa hanya membalas hambar senyuman itu.

"Ada betulnya jugak apa yang dia katakan. Kata-kata itu cukup sebati dalam hidup aku. Kata-kata insan yang sangat aku sayang.. Dia juga sering menasihati aku suatu ketika dulu.. Andailah dia ada di sisi aku saat ini.. Mahu saja aku luahkan segala yang terbuku di hati. Ya Allah..." keluhnya sendirian..

Arissa sering mengingatkan dirinya. Kadangkala memarahi dirinya sendiri seperti seorang kakak sedang memarahi adiknya. Kelakar tapi inilah realitinya. Surah Al-Baqarah ayat ke 286 dan 216 menjadi motivasi buat dirinya untuk meneruskan perjuangan di bumi asing ini. Janji Allah itu sentiasa disemat dalam kotak hatinya serapi mungkin. Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu. Dan boleh jadi kita benci sesuatu hal itu tapi itu adalah yang terbaik buat kita. Boleh jadi juga kita suka akan sesuatu hal itu namun ia bukan yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahuinya..

"Aku tahu salah sekiranya aku masih mengenang cerita lama itu. Tapi aku hanya manusia biasa.. Aku juga ada hati dan perasaan. Aku tahu jika disimpan lama perasaan ini lambat laun dikhuatiri akan menjadikan ia sebuah dendam. Nauzubillah minzalik. Moga Allah pelihara hati ini. Moga ujian ini menjadikan aku semakin tabah dan sabar. Moga Allah ikhlaskan hati ini.. Kita hidup bukanlah untuk manusia tapi kita hidup untuk Allah. Untuk mencari redhaNya. Mungkin ini adalah jalan yang Allah bentangkan buat aku agar aku kembali padaNya. Mungkin dengan jalan ini, Allah permudahkan langkahku untuk menggapai redha Illahi.. Wallahu a'lam... Tabahlah wahai hati.."

Sepahit apapun hidup kita ini, jadikanlah apa yang telah berlaku sebagai satu pengajaran. Setiap yang terjadi pasti tersembunyi seribu satu rahsia. Arissa tahu dirinya belum cukup kuat untuk melepaskan segala yang telah terjadi. Namun dia juga tahu, bukan selamanya keperitan itu harus disimpan. Suatu saat, pasti ia akan berlalu pergi juga namun parut yang terukir tidak mudah untuk lupus begitu sahaja.

"Moga Allah kuatkan aku..." pintanya perlahan tapi penuh makna..



( COPYRIGHT@FARRAMIERA )

Saturday, March 15, 2014

Doa dan Harapan untuk MH370

Salam,

Alhamdulillah.. Minggu ke dua belajar, baru hari ni dapat connect dengan wifi kolej guna laptop. Cuti 6 minggu dah pun berakhir. Jejakkan kaki ke UiTM semula, meneruskan perjuangan selama 14 minggu sebelum bercuti semester lagi. hehe. Macam biasalah, bila dah masuk sessi Mac to July, mesti UiTM banyak cuti sebab bulan 5 ada sambutan Gawai. So, sem ni akan ada 2 kali cuti. Bersamaan 2 minggu cuti. Seminggu untuk mid-sem. Seminggu lagi untuk Gawai. Yeah! Seronok je dengar tapi tang study week tu dah jadi 2 hari je. Adeehh. Seronok? Ni bukan study week namanya. hahaa. May Allah ease everything. 

Sekarang ni kita dikejutkan dengan insiden kehilangan pesawat MH370 semasa dalam perjalanan ke Beijing. Hari ni dah masuk hari yang ke 8, kehilangan pesawat. Berita dari masa ke semasa semua orang akan ikuti perkembangannya. Kehilangan pesawat ini benar-benar mendapat liputan media serata dunia. Worldwide. Mudah-mudahan Allah lindungi dan selamatkan pesawat tu. Minta tolong kepada semua orang di luar sana, stop spreading rumours or speculations tentang kehilangan pesawat tu. Mungkin kita tak kisah sebarkan benda-benda tak betul tu tapi fikirlah perasaan ahli keluarga mereka.. Mereka masih berharap akan ada khabar gembira, begitu juga kita. Tolong jangan punahkan harapan mereka.





Make it easy. Cuba kita bayangkan dalam pesawat tu ada ayah atau ibu kita. Adik beradik kita. Suami atau isteri kita. Anak-anak kita. Sahabat kita. Saudara mara kita. *banyak pulak kitanya* . Yang penting dalam tu ada orang-orang yang kita sayang. Apa perasaan kita? Sedangkan selipar kita kalau hilang pun kita dah kalut. Inikan pulak orang yang kita sayang dan kita cinta.. Selagi belum ada apa-apa confirmation, jangan sebarkan gambar2 palsu atau buat kenyataan palsu. Fikirkan perasaan waris mereka. Letakkan diri kita dalam situasi mereka. Itu lebih mudah. Agar kita lebih faham apa yang mereka rasa.


Wallahi bila aku terfikir tentang pesawat tu, aku terfikir jugak macam mana kalau orang-orang yang aku sayang ada sekali dalam tu and secara automatik, hati akan rasa sebak, sayu. Air mata pun rasa nak keluar sekali. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kesemuanya. Doa itu kan senjata umat Islam. Please keep praying. 



Dalam situasi ni, kita jangan tuding jari kat sesiapa. Satu jari menuding kesalahan orang, 4 lagi jari menunjuk ke arah kita. Bukan masanya untuk kita cari salah orang. Bukan tugas kita cari salah orang. Jangan jadi hamba Allah yang sentiasa mencari kesalahan orang lain. Kita ni nampak baik sebab Allah tutup aib kita. Ingat tu. Dalam keadaan Malaysia yang sedang dilanda kemarau, jerebu dan kehilangan pesawat yang menggemparkan dunia, kita harus sedar ini adalah ujian dari Allah. Pasti terselit pelbagai rahsia dan hikmah. Contoh yang kita nampak sekarang, hampir di setiap negeri, di merata tempat, solat hajat berjemaah di adakan bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia. See? Kita bersatukan. Umat Islam bersatukan. Alhamdulillah.




Soal tok bomoh tu semua, mohon pihak yang bertanggungjawab, please do something. Perkara syirik dan khurafat tu tak patut terjadi. Jangan biarkan hal ni terus berleluasa. Perkara-perkara macam ni mendatangkan kemurkaan Allah.. Doakan mudah-mudahan tok bomoh tu semua kembali ke pangkal jalan. Perkara macam ni tak patut terjadi. Apatah lagi sampai dapat liputan media antarabangsa. Sangat memalukan negara dan agama Islam itu sendiri. Kita ada Allah, mintak pada Allah. Allah Pemilik langit dan bumi. Allah menciptakan segala-galanya. Kenapa nak minta kat kuasa lain sedangkan Allah Maha Berkuasa.


“Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” 
(Al-Insyirah 94:5)


Terus mendoakan itu jalan yang terbaik. Jangan menambah-nambah cerita yang kita sendiri tak pasti kesahihannya. Selagi ada harapan, selagi itu doa terus dipanjatkan. Walaupun kita rasa harapan tu dah tak ada, teruskan juga berdoa. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kun fa ya kun. Remember? Serahkan pada Allah. Hanya Allah yang mampu meleraikan segala kesulitan ini.. Wallahu a'lam. May Allah ease everything.. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang tahu erti bersyukur dan bersabar. Aamiin...


***Berfikir seketika...