◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, February 27, 2011

Bertuahnya hari sabtu ni !

Salam blog ! hehe ! arini aku rasa happy sangat ! tahu tak kenapa ? kerana sabtu ni adalah sabtu yang bertuah !!! tahu tak kenapa ? kerana ... jeng3 ~~ hehe..

1.Mujhse Dosti Karoge


2.Main Prem Ki Diwani Hoon


Kenapa aku tulis tajuk tu ? gambar tu ada ? Kenapa ? haha.. Sebabnya citer tu adalah pada hari ni ! hari sabtu ! Petang tadi aku tengok citer  

Mujhse Dosti Karoge ! 
 hero and heroin : Kareena kapoor,Hrithik Roshan and Rani Mukerji. Malam ni pulak 

 Main Prem Ki Diwani Hoon ! 
 hero and heroin same bezanya Rani tiada .. hehhe.. Dua2 cerita best3 !! lagu pun best3 !!! Seronok !!! aku ni kaki hindustan la jugak yang penting hero and heroin dia tu ! I really3 Love it !!! Love Hindustan ! haha.. tapi macam aku kate r,tgk dulu sape hero and heroinnyer,hehe..hahha.. Waaa... cerita dah start !! bye2 !!!  ^^

Saturday, February 26, 2011

Hanya kerana sebuah novel ...

 

Salam blog ! Malam tadi aku ada kata nak cakap pasal satu topik yang mungkin menarik dan mungkin tidak. Jadi inilah topiknya... Tapi kenapa mesti novel? Sebenarnya ada story yang tersendiri di sebalik semua tu. Sebab tu lah aku cakap mungkin menarik mungkin tak tentang topik ni.Tapi tak pe,teruskan membaca ye..

(Sedikit story mengenai novel kegemaranku)

Ok ! segalanya bermula di sini!!! Novel yang menjadi favretku! Actually lebih kepada penulisnya la! hehe.. yelah! everyone ada penulis kegemarannya kan?!! macam tu jugak farra miera! Susahlah sikit bila orang nak pinjam novel kesayanganku.. Pasti hari2 ku tidak akan tenang bila novelku berada di tangan orang lain..sentisa memikirkan novelku. Soalan2 lazim yang bermain di minda: 

"MACAM MANE NOVEL TU HARI NI?? MESEJLAH TANYA! TAPI KALAU TANYA NANTI DIA FIKIR AKU TAK CAYA PULAK KAT DIA.. EMMM.. AH! MESEJ JELAH!"


"EH! NOVEL TU BAIK KE TAK? KO JAGA TAK ? MACAM MANA AKU BAGI MACAM TU LA PULANGKAN YE! JANGAN ADA YANG BERUBAH! "

"JANGANLAH ROSAK! TAPI KALAU BETUL ROSAK CAMNE? " Masih lagi hati berasa ragu.

(Macam bercinta dengan novel je kan! )

Sebenarnyer masih ada yang belum aku miliki tapi majoriti dah baca! Tapi Tak apa,aku akan berusaha untuk kumpulkan semua novel2 beliau sebagai koleksi dan sebagai teman di kala aku sedih dan gembira.. :) Fell in love with novel Aina Emir time aku baca novel SETULUS JANJI..konflik cinta antara Ilham dan Insyirah! Mase tu umur aku 14thn..Mulanya aku just tengok2 je tapi hati aku benar2 tertarik nak baca..Bile da baca,OMG...really2 like it!!

Bermula dari detik tu,hati aku benar2 jatuh cinta kat novel Aina Emir! Setiap novel mempunyai kisahnya yang tersendiri. Yang pasti hari2 ku akan dipenuhi senyuman setelah membaca novel beliau..hehe.. macam orang angau! Hati sentiasa berbunga riang..Keseronokan yang sukar digambarkan setelah membaca novel beliau! Walau sesedih manapun hati ni....novel beliau mampu menjadi penawarnya umpama sinar matahari yang menerangi segala kegelapan..seperti karya beliau MATAHARIKU..

Untuk pengetahuan korang semua,Aina Emir bukan sahaja menggunakan nama Aina Emir sebagai nama pena beliau,tetapi beliau juga menggunakan nama Lea Mansur dan Jenna Jehan. Lea Mansur digunakan bagi cerita awal remaja contohnya Kek Keju Kek Pisang..manakala Jenna Jehan digunakan untuk novel2 triller seperti Perempuan Ini Lelaki Itu.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Aina Emir,bolehlah layari:
 http://aina-emir.blogspot.com/.. :)


Ok aku sambung cerita.Dulu,aku memiliki sebuah novel..Novel pertama yang aku beli hasil dari tabungan aku.Novel Setulus Janji by Aina Emir.Untuk pengetahuan semua,novel tu adalah novel pertama yang aku baca yang membuatkan aku terus jatuh cinta kat novel2 karya Aina Emir. Terimakasih kepada kakngah ku kerana memperkenalkan novel tu kepada tu kepadaku.

Ok,sambung semula ceritanya.Nak dijadikan story,satu hari tu kawan aku pinjam.Katanya nak baca.Yelah,takkan pinjam novel nak buat tidur plakkan,hehe..Dia kata dia minat baca novel..Terus aku cakaplah "aku tak suka orang baca novel aku bukak besar2 sampai berline-line kat belakang novel tu.Then kalau pinjam jage betul2 macam jaga nyawa sendiri." Mana taknya,diaorang kalau baca novel orang macam novel sendiri je diaorang buat.Aku punyalah jaga novel aku tu..Punyalah payah aku nak dapatkan novel tu.

Satu hari tu aku bagilah pinjam kat dia..sebab dia kata "aku pun macam kau jugak.Baca novel bukak kecik2 je..tak nak novel tu rosak " .aku percayalah apa dia cakap.Aku pun bagi dia novel tu..Then beberapa hari lepas tu aku nampak dia tengah baca novel.Novel aku tu.. desis hati kecil aku.Time tu aku memang dah ada kat situ.Dia yang datang kat aku.Sampai je kat meja tu,dia letak novel aku tu atas meja,then...tahu tak dia buat apa? Dia bukak novel tu besar2 sampai kedua-dua muka buku tu mencium meja ! Ya Allah.. 

Dalam hati aku Allah je yang tahu..Betapa hancurnya hati aku melihat novel kesayangan aku diperlakukan begitu. Novel pertama yang aku beli. Betapa sakitnya hati aku hanya Allah je yang tahu..Rasa nak tengking je dia.Nak marah je dia.Tapi aku tabahkan hati aku..Balik tu,aku menangis,marah,geram! Dah lah tu,novel tu dah tak macam dulu.Banyak yang berubah ! Sedih aku tengok novel aku tu.Novel tu lah yang paling banyak kali aku baca .Paling aku sayang sangat !!!!!! Tapi bila orang buat macam tu pada barang aku sayang,Allah je yang tahu betapa sakitnya hati aku..

Sejak dari tu,aku serik sangat2 nak pinjamkan novel aku kat orang ! Aku tak kisah orang nak cakap ape bila aku tak izinkan novel aku berada di samping mereka.Aku tak nak barang yang begitu berharga,begitu penting dalam hati aku diperlakukan begitu.Hanya disebabkan sebuah novel tu,aku hilang kepercayaan dengan kawan2 aku yang lain.disebabkan seorang kawan,semua aku dah tak percaya dalam bab2 novel ni..

***Berfikir seketika...


Friday, February 25, 2011

Sesuatu berlaku ! heee

Salam midnight blog ! hehe.. sebelum ni aku ade citer aku pegi jalan dengan akak aku kan .. hehhe.. hari ni kami pergi berjalan lagi ! hehe.. Akak aku lah,dok uma bosan.ape lagi,ajak jalan la.Amik2 gambar ! sape kate jalan perlu ade banyak duit? haha.. tahu tak masa kiteorang jalan2 kat jambatan old bus station uh,ade la sorang mamat ni seberang jambatan tu dengan geng die.berdua..tdo sambil dengar lagu..hahha..perbualan kiteorang lebih kurang macam ni la..*mase tu kami berada tidak jauh dengan mamat tu.kiteorang kat tangge nak naik ke seberang nak pegi kat moto la.nak beredar pegi jonker walk
.

Aku: Diorang ni kenapa tak tidur kat rumah aje ? Dah la panas.Tidur kat rumah lagi best.

My sis: Entah ! Mane aku tahu diorang. Biar jela

Tiba2 mase kiteorang kat motor...aku tanye something kat akak aku..

Aku: Dia dengar ke ape kite cakap tadi kak ?

(mase tu budak laki tu bangun dari tempat die tdo menuju ke jambatan)

My sis: Entah la. dengar kot !

(time tu aku dah gubra giler la kan.takut ! haha.. dalam imaginasi aku dia nak datang kat kiteorang orang sebab terdengar ape kiteorang cakap ! haha..tapi tak mungkin dia dengar.jauh kot !)

Aku: Kak,cuba kau bayangkan dia bangun terus datang kat kite. Kejar kite ! Baik ko cepat ! Dia dah bangun tu !

(nada suara aku kedengaran cemas. hehe)

My sis: Memang tak ar kan.

(mase tu budak tu semakin hampir.aku semakin takut.aku suruh akak aku cepat ciket,hahha..imaginasi aku semakin giler,haha)

Aku: kak cepat lah ! kang betol2 die datang ! 

My sis: kau ni buat aku gubra jelah ! 

(aku tahu akak aku pun rasa macam yang aku rasa ! panik ! cemas ! haha..die sampai je kat tangga terakhir kiteorg dah jalan.sepantas kilat aku suh akak aku bawak cepat sikit motor tu.takot2 dia tarik belakang moto tu,haha ! giler betul imaginasi aku ni ! haha..memang terbaik !takot punyer pasal !!! haha)



haha.. then kiteorang ke jonker walk .. tahu tak during my "tour" around JONKER WALK with my sis, suddenly a guy passing to me n said " ARE U TWIN?" errmm.he looked so puzzle just now..n my sis n i said " NO..." why i have to answer the same question everytime i hang out with my sis...kadang2 rasa seronok pulak.. hehe.. rasa nak je cakap " ha ah,ye kami kembar.cuma saya 4 tahun lewat je,heheh.." tak baik pulak nak kenakan orang macam tu ! haha.. dah diaorang dok tanye macam tu. haha..

Tapi sebelum ke jonker walk,mase kat jambatan tu kiteorang jalan2 kat area bangunan yang ade seni lukis tu.Sebab dekat je tempat tu dengan jambatan ! its look great ! sangat teruja tengok bangunan yang dilukis dengan gambar2 sejarah melaka ! Dah penat tu,kiteorg balik la ! takkan nak bermalam kat ctu plak kan ? hehe..Malam pulak baru teringat nak update blog then ayah dengan mak aku ajak keluar.hehe..kiteorang pegi makan kfc. Ok lah tu ! kat kfc tu pulak dok lentok layan lagu jiwang2 je. Bosan betul la.. Bukak la lagu yang rancak2 ! Minggu depan akak aku ajak jalan tempat lain pulak ! huh.. Ni ade gambar2 kiteorang jalan petang tadi.hehe..

NI TEMPAT2 YANG ADE LUKISAN TU,YANG AKAK AKU NAK PEGI SANGAT ~ HUHU

NI LAH JAMBATAN YANG AKU CAKAP JUMPE LAKI TU,HAHA..LAWAK !

NI SEKITAR JONKER WALK !



Saturday, February 19, 2011

Kawan tapi orang kata mcm kembar ?!?!



Salam blog ! hari ni nak cakap pasal kawan aku dulu.. hehe .. Dulu aku ada seorang kawan .. dia ni kepoh same macam aku .. Kiteorang kenal masa form 1..tyme tu aku same kumpulan sivik dengan dia.. tyme tu berlaku salah faham .. start tu la kiteorg rapat ~ hehe.. die ni baik.. kelakar ! haha.. bes kawan dengan dia.. ada sekali tu aku gaduh besar dengan dia ,tyme tu masa form  3.. Dalam berkawan biasalah kan..kalau rasa something yg tak bape bagus,takkan kita nak terus ckp kat die kan..mesti rasa cam segan and takot..Luahkan pada kawan yg lain..yang akhirnya telah merosakkan segalanya..Mungkin itu dah menjadi ketentuanNya dalam menguji persahabatan kami ! siyes aku memang menangis gler3..sedih sangat ! aku duk sebelah dia.. bila duduk sebelah dia,die pusing belakang..sedih ! beberapa hari aku dan dia tak bertegur.. siyes aku rasa sunyi sangat .. tersangat2.. kawan2 pun ade yg perasan ! sampai satu hari tu aku jumpa cikgu bm aku..depan cikgu tu aku menangis2..


Then cikgu offer nak tolong baikkan kiteorang..tapi aku diam je..cukuplah bagi aku bila aku dapat luahkan rasa sedih tu kat cikgu..at least beban yang aku tanggung berkurang.. masa tu aku rasa sunyi sangat3 ! Pastu cikgu pun ade berkongsi cerita cikgu dengan aku.. Kisah cikgu lagi complicated dibandingkan dengan aku.. mungkin kami dah terlalu rapat sampai aku jadi sedih cam tu sekali.. Yelah,die jelah kawan aku..maksud aku kawan rapat ! ape2 semua dia..Mungkin antara kami ada chemistry kot.. hehe.. Sebab masa reunion tu aku pakai baju merah then kebetulan pulak sama warnanya dengan baju die,hehe.  sweet ! hehe .. ada yang kata bila kiteorang berjalan muke nampak macam adik beradik .. hehe.. 1st tyme dalam hidup ! tapi dia lagi cantik !

 Masa kiteorang form 4 tiba2 semuanya berubah! jadi semakin dingin .. semuanya berubah ! semuanya lain.. entahlah.. start dari tu la kiteorang dah tak rapat .. sedih.. tapi setiap manusia tak lari dari melakukan kesilapan .. salah aku jugak kan.. tapi semua tu mengajar aku erti persahabatan yang sebenar .. tapi persahabatan dengan dia adalah perkara yang paling bahagia.. Aku still simpan mesej2 dia yang menarik ! contohnya: walau apepun yg terjadi kita tetap kawan. segala pergaduhan dan pertelingkahan mungkin akan merapatkan lagi hubungan namun adakala ia cuma merenggangkan lagi persahabatan.. takkan sama macam dulu .. dah lain dah .. susah kan macam ni .. tapi siyes aku memang rindu dia .. rindu dia ! haha... ***berfikir seketika

Wednesday, February 16, 2011

Leteran itu ujian :)



Salam. Ya Allah , ujian2... Teringat kata-kata cikgu sekolah dulu...kalau dengar mak atau guru membebel,anggap je mereka sedang menyanyi lagu untuk anda.. Macam mana lah tu.. Aku salute lah pada insan2 yang dapat berbuat begitu.. 


Memanglah bebelan guru ataupun ibu bapa itu mempunyai seribu satu nasihat yang kita takkan dapat kat mana-mana tapi bosanlah kalau hari2 nak membebel nak bising. Ya ,salah aku juga. Kalau kita tak ada buat salah takkan orang nak marahkan.. Tapi kadang2 orang yang sabar pun boleh hilang sabar . Orang yang pendiam pun boleh jadi bising ! Hebat sungguh lah yang namanya membebel ni kan. Boleh buat orang stress tahap giler! Hebatlah kamu leteran! Hebatlah kamu bebelan ! 

Tapi nak buat macam mana..kalau difikir2 balik the reality is :


Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang… 


aduh, luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibu bapa seperti ini.

Yang penting kena sabar dan mencuba merubah perangai mungkin itu adalah yang terbaik..Sabar tu kan separuh daripada iman. Orang yang kuat kan orang yang berjaya menahan diri dari marah. kena sabar! sesungguhnya sabar itu adalah perkara yang paling mulia...Take a breath..Think deeply...one day u will see the advantage of "leteran dan bebelan" itu to yourself..

***Berfikir seketika 

Tuesday, February 15, 2011

LirikLagu: Setanggi Syurga




Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W....


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. 

Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

***Berfikir seketika...

Monday, February 14, 2011

Valentine's day?

Hari ni dah tiba hari valentine. mereka-mereka yang bercinta pasti sedang meraikan hari valentine. Sibuk nak fikir beri hadiah apa...Nak pakai baju apa..Nak date kat mana...Tapi aku pelik lah..Bagi mereka-mereka yang bergelar Islam..Mengapa sama sibuk nak sambut valentine yang tak ada kena mengena dengan mereka?

Kalau sebut valentine semua dok hafal bila..Kalau ditanya tarikh lahir ibu bapa,adik beradik,tak ingat pulak..

Yang lebih parah kalau ditanya tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW,mesti ramai akan jawab " entah" , "tahu tapi tak ingat lah.." , "tak berapa nak ingat lah.."..huh! Hari yang kita sebagai umat Islam dilarang sambut,pandai ingat..tapi hari yang umat Islam perlu sambut sebagai tanda mengingati kelahiran baginda,hanya segelintir je yang ingat..Mujurlah sekarang ni kat radio and tv ada menyiarkan tentang hari Maulidur Rasul..kalau tak,tak nyer lah orang nak ingat..tak semua! hanya segelintir...Kebetulan pula tahun ni kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 15.02.2011 sehari selepas Valentine day's..Mana yang akan meriah? Sama-samalah kita saksikan..

Sepanjang aku hidup di atas muka bumi ni,tak pernah aku hafal nya tarikh valentine ni..Ingat pun tak pernah! Pernah sekali tu,kawan2 aku dok sibuk bercerita pasal valentine..tiba2 diaorang dok tanye aku tarikh valentine..aku dengan rasa tak bersalahnya jawab "perlu ke tahu?  entah" Ataupun diaorang akan cakap.."valentine dah nak dekatlah" ..Pelik sungguh...Kenapa nak sibuk2? Tak pernah tahu ke sejarah valentine tu? Atau tak nak amik tahu? sedangkan di dada akhbar malahan di internet pun kalau dicari pasti akan ada larangan bagi umat Islam untuk menyambut valentine..dan pasti sekali akan diceritakan mengapa umat Islam dilarang menyambut valentine..


Kita sebagai umat Islam tidak boleh menyambutnya..Kita kena lah tahu sejarah benda2 tu semua..Penting!!! Jangan pandang remeh je..Dalam family aku pun,mama selalu cakap kita tak boleh sambut valentine..Peranan ibu bapa juga penting dalam memberi anak-anak pendedahan tentang perkara2 macam ni..Bohonglah kalau kata dalam akhbar tak ada maklumat tentang valentine sebab aku ada simpan keratan akhbar yang menceritakan tentang sejarah valentine dan larangan bagi umat Islam menyambutnya..

Kalau tak ada pendedahan tu yang jadi nya benda2 yang tidak dingini..Kes2 pembuangan bayi pun ada kaitannya.


Kasih sayang tu ditunjukkan hari2..Bukannya sekali dalam setahun..say NO to valentine!


*bagi yang bergelar Islam...


***berfikir seketika

Say no to VALENTINE DAY'S !


Hari ni nak story pasal valentine! terima kasih kepada pemilik asal artikel ni...


Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. 

Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. 



SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. 

Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. 

Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

"Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus." – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: 

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
- Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. 

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: 

"Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka."
 - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. 


Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. 



Allah Ta’ala berfirman,

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.”


Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya:

 "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata:

 " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.

***Berfikir seketika...

Sunday, February 13, 2011

Hadis tentang cinta...

Macam biasalah..Share artikel2 yang aku rasa menarik..article ni di ambil dari kumpulan  hadis dan artikel tentang Islam


Cinta yang memberikan cahaya

“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :


“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)


Cinta yang menggugurkan dosa
“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut” (H.R. Tabrani)

Cinta yang memberikan keteduhan
“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku” (H.R. Muslim)


Cinta yang berbalas cinta
“Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku” (Hadits Qudsi)

Karena cinta, dicintai-Nya
“Bahwa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk membuntutinya. Tatkala malaikat menemaninya malaikat berkata,

“Kau mau kemana ?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu ?”
Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya karena Allah SWT”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut karena-Nya” (H.R. Muslim)


Tiga cinta yang manis
Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan manisnya iman, iaitu
"cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang karena Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mau dicampakan ke dalam api neraka” (H.R. Bukhari-Muslim)

 ***Berfikir seketika...

Kelebihan Surah As-Sajdah



Kita sama-sama kongsi pengetahuan tentang kelebihan surah As-Sajdah...SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. 

Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.


***Berfikir seketika...

Saturday, February 12, 2011

Koleksi kata-kata hikmah !


Hi blog! tadi time aku blog walking terjumpalah dengan article ni~ nak share same2 yer... Menarik sekali! 

1) Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

2) Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 

3) Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 

4) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

5) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

6) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

 7) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

8) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

9) Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. 

10) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

11) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.


***Berfikir seketika