◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, March 29, 2011

Gaji pertama saya .+ Terima kasih cikgu !



Haha , gaji pertama ? kenapa ye ? Bukankah spm 3 bulan sudah berlalu dan sekarang semakin hampir bulan 4 tapi kenapa gaji pertama saya pulak ye? haha ... Tu la die , 2 Bulan duk tanam anggur kat umah tapi takde hasil tu yang dok tukar tu .. Baru laa ni dapat hasilnya , Tak delah banyak sangat tapi syukur alhamdulillah . lagipun aku baru lagi kerjakan , tapi yang tak besnyer dapat je gaji aku terus benti . Mahu cari kerja lain pulak ! Malas nak kerja situ lagi , semuanya menyakitkan hati jep , Esok bermulalah pengembaraan aku dalam  mencari kerja2 kosong yang ader , hope adelah kan ... 

Dapat je gaji macam biase lah , aku dah bajet awal2 ape nak beli , nak buat ape , berapa nak simpan , berapa nak pakai . Duit keluar duit masuk semua aku catat , Kalau bole biar barang yang aku nak beli semua ade resit , senang sikit aku nak kira . Bukan kedekut atau terlalu berkira , tapi perlulah buat catatan tentang apa yang kita beli , berapa harganya , supaya bila duit semakin berkurangan tak ade lah kusut kepala nak pikir kita beli ape sampai duit jadi sikit kan . Memudahkan kerja . Sebelum beli barang pun aku dah siap plan awal2 nak beli ape supya sampai kat tempat yang dituju aku dapatlah membezakan antara keperluan dan kehendak . Tak adalah main langgar je . hehe ...

Masa 1st time tengok dalam akaun bank aku ade duit , satu kegembiraan yang sukar diungkapkan . Hasil titik peluh aku sendiri aku peroleh duit tu . Dah besar rupanya aku ni . Tak perlulah bergantung sangat pada mama dengan ayah dalam soal duit bila dah kerja ni kan walaupun sementara dapatlah jugak kurangkan sikit beban mereka nak tanggung perbelanjaan aku sepanjang bergelar lepasan spm yang sedang menanti offer dari mana2 ipta @ mungkin matrikulasi .

Jalan2 dengan akak aku , memang penatlah kan . Then terserempak dengan cikgu yang pindahkan aku kat sekolah lain . Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya mendengar kejayaanku dalam spm . Yelah , usaha dia nak pindahkan aku tak lah sia2 kan .. Surat semua cikgu tu yang tolong buatkan sampai hantar ke sekolah tu sendiri . Mana tak nyer , aku sampai menangis2 tak nak pergi , marah2 tapi sekarang nilah hikmahnya . Rupanya kejayaan ku di sana . Terima kaseh cikgu!!!




***Berfikir seketika...

Monday, March 28, 2011

Kami akan Reunion !


REUNION ??!! Hebat! Perkara yang paling menyeronokkan . Sebab :

1.Dapat bertemu semula dengan kawan2 lama yang memang dah lame tak jumpe 

2.Bila bertemu pasti akan bercakap tentang kenangan2 dulu , maksudnyer mengimbau kenangan dulu lah

3.Dapat jumpa dengan cikgu yang mendidik kami time sekolah dulu , kalau cikgunyer join lah kan ,

4.Dapat bertukar2 cerita tentang perkembangan diri masing2

5 .Nak tahu ape lagi try la buat ye , :)

Cakap pasal reunion ni , aku nak kongsi lah cerite mase aku ader reunion dulu . Dengan kawan2 mase form 3 . Time uh kawan aku yang cadangkan and die mintak tolong aku plan lah kan . Sebab aku outsider . Dia insider . Dok asramalah katakan. Aku pun setujulah , cume inform je kan budak2 ni then mintak dorang sependapat bagi tarikh . Tapi ia tak semudah yang disangke kawan . Semuanya menjadi kucar kacir . Berlaku pertelingkahan antara kami dan membuatkan reunion menjadi hambar . Bayangkanlah , reunion ! kalau kita fahami betul2 maksud reunion ni , memang seronok . Tapi bila dah jumpe , kumpulan reunion terbahagi kepada 2 dan semuanya berpecah kepada 2 kumpulan . Sedihkan ! Tak seindah yang aku fikirkan...


Beberapa hari yang lepas aku ade join kawan2 pergi sekolah rendah untuk jumpe cikgu yang mengajar kami dulu . Tak ramai pun . Maklumlah lepasan SPM , semua dok sibuk kerja . Tapi ade jugak yang nak datang , transport plak takde . Cuma 5 orang jelah yang ada termasuk aku . Jumpa dengan cikgu ,


 then dapat berita baik ! cikgu nak plan satu reunion untuk kami ! bertemu kembali . Dalam bulan 4 ni !   Memandangkan aku ader buat group untuk geng kami kat facebook , kebanyakkan seronok mendengar khabar berita ni . Yelah , lama kot tak jumpe . Masing2 dah besar . Semua beri kerjasama dan ade seorang geng kiterorang ni memang memberikan komitmen yang sangat bagus. Yang pasti aku mengharapkan reunion ini berjalan seperti yang dirancang , Amin ...

Kalau bercakap soal kenangan yang maseh aku ingat time darjah 6 dulu , tersangatlah banyak!! yang pasti kalau diaorang , iaitu insan2 yang pernah bagi aku kad raya mase darjah 6 tanya pasal kad raya tu , pasti akan aku tunjukkan sebab semua tu maseh tersimpan rapi , elok ! termasuk biodata2 mereka , hehe .. 

MOOD : Tak sabar nak tunggu REUNIOn!!!

Monday, March 21, 2011

Jangan berharap sangat

"Jangan berharap pada sesuatu terlalu tinggi kerna jika pengakhirannya tidak seperti apa yang kita inginkan , kita yang akan kecewa dan terluka.... "

Try to forget someone you love is like trying to remember someone you never met...

Mengapa harus ade cinta jika pengakhirannya berakhir dengan kelukaan. sungguh memeritkan . payah untuk diluahkan dengan kata-kata ..hanya insan yang pernah merasai akan mengetahui bagaimana rasanya ...

So, kita janganlah terlalu berharap sangat pada sesuatu sebab kita tak tahu apa yang akan jadi nanti. Nak berharap boleh tapi janganlah melebih-lebih. Bimbang nanti bila kenyataannya tak sama dengan apa yang kita inginkan,kita akan sedih dan kecewa. Kita doa je yang terbaik, let Allah do the rest ye :)

***Berfikir seketika...

Wednesday, March 09, 2011

Bantulah aku Ya Allah ...

Hari ini aku rasa buntu sangat2 .. sedih sangat2 !! takot sangat2 !!! kenapa dan mengapa biarkan aku je yang tahu .. Ya Allah .. bantulah aku dalam mengharungi ujianMu ini Ya Allah.. Ya Allah ... segala ketentuanMu adalah yang terbaik buatku ..Tentukanlah aku sebaik2 perkara Ya Allah .. Aku sangat memerlukan petunjuk dariMu Ya Allah.. Sekiranya itu yang terbaik buatku,yakinkanlah aku melaluinya..Permudahkanlah segalanya..Sekiranya tidak,Kau jauhkanlah ia dariku Ya Allah .. 

Thursday, March 03, 2011

Ramai orang .. Macam2 gelagatnyer !


Salam midnight ! Hari ni aku tak sempat nak edit awal blog ni .. Macam biase lah,lambat ! Hari ini aku pergi teman akak aku belikan barang untuk mama aku kat Madam King's .. Biaselah dia ade buat offer .. jualan murah ! memang ramailah kan.. Time kiteorang pergi pun dah nak pukul 12.00 .. So memang time puncak ramailah orang kan.. Especially mereka2 yang bekerja berhampiran situ .. Sesak gilerlah kan ! Tension aku .. 


Sampai sane akak aku suh aku tunggu kat satu area dalam Madam King's lah jugak then dia pergi cari barang2 yang mama aku nak .. Lama la jugak ! Maklumlah orangkan ramai .. bersesak2 kat situ .. Dah siap pilih barang semua,kiteorang pergilah kat kaunter nak byr..Takkan nak bawak balik free pulak kan,hehe.. canda ! 

Sampai kat kaunter,beratur la.. Line punyalah panjang.. Tapi tyme aku tu line tak bape nak panjang sangat.. Sebab time tu dah time orang masuk kerja..semua dah beredar.. Tinggal ciket jelah orang kat situ .. tibe2 ade makcik ni pun nak rush ! sebab nak balik tempat kerja dia .. Makcik ni tengok gaye boleh tahan jugak .. Cam laser je.. hehe.. Dia beratur belakang kiteorang .. Time ade orang nak potong line dia cakap " ikut line,ikut line" bila kiteorang pandang die buat memek muka..susah nak cakap camne...tapi dari isyarat memek muka dia cam bermaksud "biarkan dia !" hehe.. 


Then line pulak prob .. Makcik yang same jugak pergi depan marah2 tengok kat cashier..cashier tu pulak tgh sibuk kira2 barang sorang lagi makcik ni Sebab dia salah kira ! huhu.. Makcik tu bising2 then kena sound pulak dengan makcik lain..depan kiteorang..Makcik tu cakap "sabar le..bawak istighfar banyak2" .. hehe..kelakar tengok gelagat makcik2 ni..


Macam2 perangainya.. pelik ! Makcik depan kiteorang tu pulak agaknye memang kaki shopping ! hehe .. tengok barang yang kiteorang beli makcik tu pun nak beli..tengok barang2 makcik tu banyak jugak ! die dengan geng dia.. hee..biaselah..Hari ni je dah macam2 gelagat orang yang aku tengok.. yang pasti makcik2 yang aku jumpa semua ramah2 .. ok lah ,tu je kot story nyer,hehe..


***Berfikir seketika...

Wednesday, March 02, 2011

Video klip lagu Di atas satu cinta ...



Kawan dan Sahabat itu...



Salam,hai blog ! Ok hari ni kita akan berbicara tentang KAWAN. Kawan ? Apa tu kawan ?. Kenapa mesti ade kawan ? SAHABAT. Apa beza kawan dan sahabat ? Penting sangat ke semua tu ? Hmm.. Banyak perkara yang boleh ditulis bila kita bicara soal kawan dan sahabat.

Kawan.. Bagi aku kawan kuantitinya ramai ... Kita berkawan dengan sesiapa je. Kawan lebih kepada hubungan yang umum .. Tidak perlu menceritakan segala hal kepada kawan .. Tetapi berbeza pula dengan namanya Sahabat . Sahabat adalah insan yang paling rapat dengan hidup kita.. diri kita .. selain daripada ahli keluarga .. Kuantiti sahabat pulak tidak seramai kawan .. Tak semua kawan boleh sahabat tapi semua sahabat adalah kawan.. Hurm.. Am i right ? 

Ok .. Berbalik pada isu pertama : Kawan .. Orang selalu kate kawan ketawa itu ramai tapi kawan menangis susah dicari .. Macam2 kaler kawan2 ni .. Kita mula mengenal erti kawan apabila kita mula melangkah ke alam persekolahan .. di situ kita boleh membezakan kaler2 yang terdapat pada insan bergelar kawan . Tak lengkap kehidupan tanpa kawan ! Di kala kita susah dan senang,kawan akan sentiasa menghulurkan tangan untuk membantu .. Kawan tak mengenal bangsa dan agama .. Dengan semua orang kita berkawan .. dan dari kawanlah kita bertemu sahabat ..

Sahabat .. Sahabat di cari bukan dalam masa yang singkat. Hubungan persahabatan bermula dari kawan .. sebab mase kita berkawan kita akan tahu siapa yang pantas menjadi sahabat.. Sahabat bersama ketika susah dan senang..jujur dan ikhlas .. Selalunya sahabat akan menjadi tempat kita berkongsi masalah .. Tapi awas ! jangan sampai sahabat yang kita punya mengkhianati kita.. begitu jugak kawan ! Musuh dalam selimut,duri dalam daging,gunting dalam lipatan ... Ada jugak kawan yang cemburu melihat persahabatan kawannya dengan orang lain sehingga menghalalkan segala cara untuk merosakkan hubungan itu ..





Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Pertelingkahan dalam persahabatan atau kawan adalah perkara biasa .. semua itu bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana menghadapinya ..  Malahan dalam Islam ade menyatakan :
"Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi teman,maka buatlah dia marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat..."
Sahabat sukar di cari .. Dan apabila diketemukan jagalah ia sebaik mungkin kerana apabila retak sukar untuk dicantum semula. Sekiranya boleh dicantum pun tidak akan sama dengan yang dulu.. Persahabatan jugak kadangkala berakhir dengan percintaan tapi percayalah hubungan persahabatn itu lebih indah dibandingkan dengan percintaan..Setiap persahabatn itu mungkin akan berakhir dengan percintaan tapi tak semua percintaan itu berakhir dengan persahabatan.. Kalau itu terjadi percayalah,keakraban anda selepas putus bercinta tidak akan sama dengan yang sebelumnya iaitu semasa anda bersahabat..

Bersahabat dan berkawanlah dengan seberapa ramai yang anda mahu tapi berkasih hanya seorang ! heheh...

So,Mujhse Dosti Karoge ? ^_6