◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, February 26, 2014

Magnet Jodoh

Salam, 

Okaylah, jam memang dah menunjukkan waktu ni adalah waktu untuk tidur. Tapi memandangkan aku baru lepas dengar ceramah Magnet Jodoh ( Tanyalah ustazah ) *Jumpa video ni time tengah dok scroll timeline fb My Islam Media * . Bila pasai jodoh ni, memang nombor satulah. hehe.. Nak berkongsi serba sedikit ilmu yang bermanfaat dari video ni. Ceramah ni disampaikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah.

Bercakap soal jodoh, kata ustazah, selagi belum lafaz akad nikah, kita belum tahu lagi sama ada dia jodoh kita atau bukan.




Nak tahu jodoh serasi ke tak ???


1. Kita rasa bahagia dengannya, rasa seronok, rasa sayang

2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Serasi tak semestinya semua sama.

3. Rasa tenang dan bila dah kahwin pun rasa tenang, tak rasa serabut bila tengok muka dia

4. Selalu ada di sisi kita lebih-lebih lagi ketika dalam saat-saat kita memerlukan

5. Kita rasa selamat bila berada di sisinya

6. Perkahwinan kita dengannya, perkenalan kita dengannya akan membuatkan kita semakin dekat dengan Allah (Membuatkan kita sentiasa ingat pada Allah)

7. Ketawa dan menangis pun bersama




Antara cara-cara untuk menarik MAGNET JODOH ni...


1. Baiki hubungan dengan Allah.

2. Baiki hubungan dengan ibu bapa

3. Baiki diri sendiri

4. Mohon ibu bapa doakan

5. Suka tolong orang

6. Sucikan hati, bersihkan hati

7. Solat hajat

8. Puasa hajat ( Masa hari jadi )

9. Minta alim ulamak doakan

10. Diri sendiri doa

11. Istikharah

12. Pelihara hubungan silaturahim

13. Usah putus asa

14. Banyak bersedekah


Mintak mak ayah tolong doakan juga jodoh kita. Selain tu, ustazah ada jugak berkongsi doa-doa untuk
mendapatkan jodoh yang baik. Doa supaya hajat kita dimakbulkan. Nak tahu, kenalah tengok ye. Mudah-mudahan bermanfaat. Salah silap mohon dimaafkan. Barakallahufik :)


***Berfikir seketika...

Monday, February 24, 2014

Kita sangka BESAR rupanya KECIL

Jambangan roses yang besar belum tentu pasunya pun besarkan. Kita sangka besar rupanya kecil

Salam,

Alhamdulillah syukur. Syukur di atas segala nikmat yang Allah beri kat kita. Sedang hati berdukacita di atas ujian yang menimpa diri, Allah hadirkan sesuatu yang buat aku sedar, ujian Allah ini tidaklah sebesar yang aku sangkakan. Allahu... Wallahi, hati ni sedikit tersentuh, sebak dan sayu.


Di saat aku merasakan diri ini keseorangan. 
Di saat aku merasakan diri ini ditinggalkan
Di saat aku merasakan
"Ya Allah, betapa beratnya ujian ini."
"Ya Allah, betapa besarnya ujian ini" 
Aku gagal menilai diriku yang hanya bergelar hambaNya
Yang memang selayaknya menerima segala ujian Allah.
Aku gagal dalam melihat alam sekeliling
Ujian ini hanya kecil jika nak dibandingkan dengan insan lain


Setiap orang Allah datangkan ujian berbeza-beza mengikut tingkat keimanan mereka and the most important thing is Allah beri ujian kat kita sesuai dengan kemampuan kita. Tapi aku admit yang kadangkala aku sendiri rasa aku tak mampu nak hadapi ujian Allah. Kita sangka ujian kita BESAR sampai kita dah tak tahu nak buat apa. Hanya mampu menangis, menangis dan terus menangis. Tapi rupa-rupanya ujian ni hanyalah KECIL. Betul kata orang, di saat kita merasakan diri kita susah, pandanglah ke bawah. Ada lagi insan yang lebih susah daripada kita. Dan di saat kita merasakan kitalah yang paling beruntung, dongaklah ke atas. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi manusia yang tahu menilai erti syukur..

Jom kita try satu aktiviti mudah. Anda cuma perlu,


Take a minute. Cuba kita pejam mata jab, lihat ke belakang. *kira flashback lah*


Berapa banyak dah ujian yang Allah beri, yang kita kata kita tak mampu nak hadapi, tak mampu nak lalui tapi sampai sekarang everything just goes smoothly mengikut kehendak Allah? Nampak tak kita ni kuat sebenarnya. Kita ni mampu nak tanggung.. Sekarang kita masih kuat kan. Buktinya, kita berjaya melewati waktu-waktu sukar tu. Aku sendiri bukan manusia yang sempurna. Kadangkala ujian yang Allah beri, aku mengeluh. Aku masih insan yang lemah. Masih mencari-cari sesuatu yang hilang. Masih belajar dan cuba memperbaiki diri.



Sometimes, life doesn't go the way that you planned or wanted because Allah has far greater plans for your life. The moment we understand, Allah's decisions are always in our best interest, life becomes that little bit easier. Alhamdulillah. La tahzan, innallaha ma'ana :')



Kadangkala aku tersasar di landasan yang sepatutnya. Tapi kasihnya Allah, masih lagi memberi aku kasih sayangnya untuk aku kembali ke jalanNya. Setiap yang aku tulis ini menjadi pendorong buat aku. Menjadi peniup semangat untuk aku bangkit meneruskan perjuangan di samping berkongsi apa yang aku tahu. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat manfaat.



Walaupun kita tak disuruh mencari sedih tapi sedih berjaya membawa orang berjumpa Allah. (Dr Asri)



Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba. Aamiin ya Rabb...


***Berfikir seketika...

Friday, February 21, 2014

Sayang biar berpada




Salam,

Alhamdulillah. Masih Allah beri kesempatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh warna-warni ni. Ok, cakap pasal sayang. Macam-macam cerita yang aku dengar. Walaupun tak banyak tapi sedikit sebanyak memberi banyak pengajaran buat aku. Kisah hidup aku sendiri takkan lari  dari perasaan sayang ni.

Sayang. Lumrah kehidupan untuk kita jatuh sayang kat seseorang. Bukan mudah nak menyayangi tapi kalau dah sayang memang susah nak lupakan. Kan? In fact, kita akan selalu ada rasa sayang tu. Ok, sebagai contoh mudah, kita pergi pada sayang yang kita curahkan pada keluarga. Keluarga tu pulak merangkumi mama dan ayah serta adik-beradik kita. Kalau yang ni, tak salah untuk kita curahkan kasih sayang tu sepenuh hati kita. Keluarga itu anugerah Illahi. Sejak kita kecil hingga kini, mereka sentiasa ada dengan kita. Segala tindak tanduk kita, mereka lebih mengerti.

Tapi bukan sayang ni yang aku maksudkan untuk entri kali ini. Sayang yang aku maksudkan di sini adalah sayang yang kita beri pada insan yang bukan sesiapa. Insan yang boleh kita kahwini. Insan yang bukan dalam kalangan ahli keluarga kita. Contohnya kawan dan juga bakal pasangan hidup. Uhukk uhukk. >.<




Sayang biar berpada. Mudah tapi penuh pengertian. Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya sayang pada insan-insan ini pastinya akan mendatangkan kekecewaan dalam hati kita. Tak semua tapi pasti ada. Percayalah. Kawan. Tak salah nak berkawan. Tak salah untuk saling kasih mengasihi. Tapi selalu semat dalam diri, sayang macam mana pun kita kat seseorang, jangan serahkan sayang yang kita ada tu 100% untuk insan tu. Tinggalkan sedikit buat kita rasa sayang tu supaya apapun yang terjadi di masa datang, kita masih ada rasa sayang kat diri kita. Kat ahli keluarga kita. Betul tak?

Sayang biar berpada supaya jika ada sesuatu yang mengecewakan hati kita atau melukakan hati kita, kita masih mampu untuk melangkah dengan yakin meneruskan kehidupan tanpa perlu menoleh kebelakang, hanyut dengan perasaan kita. Di saat kita merasakan semua pintu telah tertutup, kita jangan pernah lupa masih ada pintu yang terbuka buat kita.

Apa yang penting, jangan lupa Allah. Ingat Allah dalam setiap hal-hal yang menggembirakan hati kita, pasti Allah akan sentiasa ingat kita bila kita dalam kesusahan. Jangan lupa yang kita juga masih ada mama dan ayah serta adik-beradik sebagai sumber kekuatan kita. Jadi sayang biarlah berpada-pada ye. Begitu juga benci. Biar berpada-pada :)

***Berfikir seketika...

Usia bukan penghalang




Salam,


Pernah tak kita berkawan dengan mereka-mereka yang lebih tua daripada kita? 

Atau 

Pernah tak kita berkawan dengan mereka yang lebih muda daripada kita? 



Dua-dua persoalan ni mesti jawapannya YA. Kan kan ? Sebab dalam hidup ni, kita bukan bergaul dengan sesama sebaya kita je. Ada masa kita akan berkawan dengan mereka yang lebih muda dari kita dan lebih berusia dari kita. Toksah gi jejauhlah. Dalam family je kita dah ada mak ayah kita. Akak dan adik. Walaupun mereka ahli keluarga kita but sometimes they can be our friend right?

Kat sekolah pulak, mesti kita ada berkawan dengan akak2 dan abang2 senior betul tak? Memang takkan lari daripada berkawan dengan mereka yang lebih muda dan mereka yang lebih berusia. Macam aku sendiri, bila kerja partime, aku banyak berkawan dengan mereka yang berusia dan ada juga berkawan dengan adik-adik. Selalu berbual bersama, berkongsi cerita bersama.

Kadang-kadang kita rasa macam susah je nak kawan dengan mereka yang lebih berusia. Kita rasa lebih senang nak kawan dengan mereka yang pangkat adik2. Betul tak? Yang adik2 pulak, lebih selesa berkawan sesama mereka sebab takut macam susah nak berbual dengan yang pangkat akak2. Actually bagi aku, tak susah nak berkawan dengan sesiapa yang penting kita tahu batas kita.

Mula-mula memang susah nak berkawan. Aku sendiri mengaku yang aku jenis susah nak dapat kawan sebab aku takut and malu nak mulakan perbualan. Tapi bila dah berkawan, mulalah keluar perangai "gila" aku. Cuba untuk berubah tapi dah terbiasa dengan sifat malu and takut ni. Cuba jadi orang pertama yang mulakan perbualan bila berada dalam situasi ni. Mana tahu, orang kita nampak macam garang sebenarnya ramah aje. Kenalah kena pada caranya. Eh, macam pelik ayat ni. Tapi fahamkan?




Usia bukan penghalang untuk kita berkawan dengan sesiapa yang kita nak. Berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Eh ! hehehe . Aku sendiri ada berkawan baik dengan mereka yang lebih berusia dari aku dan aku rasa selesa sebab pengalaman mereka lebih banyak. Nasihat dan tunjuk ajar mereka sangat memberi manfaat buat aku. Bila berkawan dengan adik-adik pulak banyak mengingatkan aku dengan zaman ketika aku seusia mereka. Memberi aku inspirasi untuk menjadikan kehidupan mereka yang mendatang menjadi lebih baik dari kehidupan aku. Yang penting, aku tak nak kesilapan yang aku lakukan masa usia aku seperti mereka, mereka ulangi.

Memang manusia takkan lari dari buat silap. Tapi selagi mereka boleh elakkan, aku berharap agar mereka dapat elakkan. Usia mereka masih muda. Dan aku pula, dengan jalan hidupku. Berharap agar kesilapan masa lalu aku ambil jadikan iktibar and learn something from it to be a better person in the future dengan izin Allah. InsyaAllah.. Aamiin.


p/s: Bila kena tang kahwin nanti, belum tentu jodoh kita sebaya. Majoriti yang kahwin, lelaki lebih berusia and perempuan lebih muda. Ada jugak yang terbalik. So usia itu bukan penghalang. hehe >.<


***Berfikir seketika...

Wednesday, February 19, 2014

Melangkahlah dengan yakin...



Salam,

Setiap yang hidup pasti akan di uji olehNya. Kadang-kadang kita rasa macam kita tak kuat nak hadapi semua ujian-ujian yang Allah berikan. Ada kalanya iman kita terlalu lemah untuk menerima segala yang terjadi ini adalah di atas kehendak Allah dengan izin dan redhaNya. Ada ketika kita rasa macam kita ni yang paling teruk. 

Wahai hati, kuatkanlah imanmu. Bangkitlah dari kelemahan dan kegagalan diri. Teruskan melangkah dengan yakin Allah akan permudahkan jalanmu. Yakinlah wahai hati, setiap yang terjadi pastinya tersembunyi 1001 hikmah. Pasti.. Walaupun kini hakikatnya pahit untuk ditelan, yakinlah... Di penghujungnya nanti, Allah akan hadiahkan kita dengan sesuatu yang di luar jangkaan kita. Pastinya akan membuatkan kita tersenyum dan bersyukur. We never know. Teruskan melangkah dengan yakin tapi jangan jadi orang yang over confident. 



Melangkahlah dengan yakin kerana Allah tidak akan jadikan sesuatu itu sia-sia. 
Melangkahlah dengan yakin kerana perjuangan ini harus diteruskan. 
Melangkahlah dengan yakin selagi diberi peluang olehNya untuk meneruskan kehidupan. 
Melangkahlah dengan yakin kerana kita masih ada hati yang perlu dijaga.
Melangkahlah dengan yakin kerana kita masih ada visi dan misi untuk dicapai.
Melangkahlah dengan yakin kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Teruskan berdoa, berusaha, istiqamah dan tawakal.



Dan di saat kita merasakan kita tidak ada sesiapa di jalan perjuangan ini, ingat sentiasa. Kita ada Allah. Kita ada mama dan ayah. Kita ada keluarga yang sentiasa di sisi. Apa yang penting, kuatkan semangat dan jangan pernah menyerah sebab apapun yang terjadi dalam hidup kita ni, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita. Yakin itu. InsyaAllah.. Everything will goes smoothly. Ingat 2 ayat ni : Surah Al-Baqarah 216 dan ayat 286. InsyaAllah hati akan tenang dengan setiap ujian yang menimpa. Wallahu a'lam. 

***Berfikir seketika...

Wednesday, February 12, 2014

Nasyid itu menenangkan :)



Salam,

Suka dengar lagu nasyid ? Macam mana anda rasa bila dengar lagu nasyid ? Kalau ditanya pada empunya blog ni, seriously bila dengar lagu nasyid memang memberi ketenangan. Especially masa kita tengah sedih, marah atau hati rasa tak tenang. Lagu nasyid sesuai dijadikan pilihan utama awak. Lagu nasyid ni kan banyak. Pilih je mana-mana yang awak rasa boleh beri ketenangan kat awak. Zikir dan bacaan suci ayat al-Quran pun sama jugak. Yang pasti lagu-lagu genre Islamic memang akan beri ketenangan buat pendengarnya.

Lagu-lagu nasyid banyak mengingatkan kita kat Allah. Sebab tu beri ketenangan. Allah dah kata, hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Betulkan? Subhanallah.. Banyak sungguh nikmatNya. Kadang2 bila dah suka kat satu-satu lagu nasyid tu, dok dengar banyak kali  pun tak bosan. Rasa nak dengar jee... Lepas tu lagu2 nasyid ni dapat menambahkan ilmu kita. Contohnya lagu Kasih kekasih (In-Team) . Tengok bait-bait lirik lagu tu,


"Sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan. Pelajari ilmu rumah tangga agar kita lebih bersedia menuju hari yang bahgia."


Dalam lagu Balqis (UNIC) pun,



"Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia. Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya. Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina. Itu hanya di pandangan mata. Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa. Kesempurnaan, Tuhan menilainya..."



Jadi bila kita dengar lagu-lagu nasyid, ia bukan hanya dengar kosong je. Tak dapat apa-apa. Kita dapat sesuatu bila dengar lagu tu. Macam-macam mesej yang disampaikan. Kita je. Nak atau tak terima mesej yang disampaikan tu.Sekali sekala bagi peluang kat lagu nasyid untuk mengisi tempat kat kita punya playlist lagu tu. hehee. Selamat mencuba dan selamat mendengar ! Moga hidup kita sentiasa dibawah lindunganNya, Aamiin ya Rabb..

***Berfikir seketika...

Tuesday, February 11, 2014

Fi Hifzillah :)



Salam,

Selalukan kita dengar orang cakap, ucaplah Fi Hifzillah. Itu lebih baik daripada kita ucap Take care. Sebab Take care, kita  pesan kat dia untuk jaga diri tapi kalau Fi Hifzillah, kita mintak Allah untuk jagakan dia. Pernah dengar dan mesti familiar kan? Kalau google search confirm banyak ajer yang cakap macam ni.

So sharing is caring. Fi Hifzillah.. Allah jagakan dia.. Kita tak mugkin dapat jaga dia selalu. Kalau kita serahkan pada Allah, Allah sentiasa menjaga hambaNya. Allah sentiasa ada untuk hambaNya. So bermula dari hari ni, jom sama2 kalau nk cakap ggodbye kat kawan, cakap Fi Hifzillah kat dia. Tapi make sure dia kawan seIslam. Jangan pulak cakap kat kawan yang bukan Islam macam tu ye.

Moga kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Dunia dan akhirat. Awak, Fi Hifzillah :)

***Berfikir seketika...


Friday, February 07, 2014

Soal hati ... Rumit !



Salam,

Alhamdulillah, hari ni Allah masih beri kita kesempatan untuk menarik nafas dan merasai keindahan dunia yang hanya sementara. Buat diriku yang masih leka dan terbuai dengan godaan dunia, moga usia yang masih diberi sebagai pinjaman ni dapat aku manfaatkan dalam mendidik diri menjadi seorang yang lebih baik, insyaAllah. 

Soal hati. Ke mana sahaja kita pergi, mesti ada kawan-kawan sekeliling atau teman-teman rapat yang menceritakan masalah hati mereka. Soal hati ni umum. Selalu yang kita dengar, soal hati yang berkaitan dengan cinta manusia. Soal hati memang berkait rapat dengan suka, cinta, minat, sayang dan kasih. It's normal. Manusia takkan pernah lari dari soal hati.. Rumit ! Ya ! Soal hati memang rumit untuk diungkapkan. Yang merasai pasti memahami. Kan? 

Soal hati memang rumit sayang apatah lagi dalam menjaga hati manusia. Tak mudah tapi cuba be positive, jaga hubungan dengan Allah, baik dengan semua orang. InsyaAllah, bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan mudahkan hubungan kita dengan manusia. Nak jaga hati manusia ni, memang payah. Kadang2 hati kita yang tak terjaga. Sebab tu serahkan pada Allah soal hati ni. Allah pemilik hati. Allah tahu apa yang ada kat hati. Kalau apa yang kita buat tu betul, Allah tak murka, teruskan.. Dahulukan pandangan Allah. Itu lebih mudah. Banyakkan berzikir, ingat Allah. Hati akan tenang. 

Kalau ia melibatkan soal cinta, doalah pada Allah agar Allah pelihara hati kita supaya ia hanya terpaut pada insan yang telah Allah takdirkan untuk menjadi belahan jiwa kita. Yakinlah wahai hatiku sayang, walau 1000 hijab yang menghalang, sebuah pertemuan pasti akan terjadi dengan izin Allah. Biiznillah. Husnudzon itu penting. Kita kena bersangka baik pada Allah. Everything will goes smoothly. InsyaAllah. 

***Berfikir seketika...

Wednesday, February 05, 2014

Sebagai permulaan..



Salam, 

Alhamdulillah, hari ni dapatlah jugak nak menulis kat sini. Sehari lagi genaplah setengah tahun aku tak update blog ni. Haha. Lama sangat tu kan.. Tempoh masa yang tersangat panjang dan terlalu lama bagi seorang blogger kan. So confirm2 lah follower pun dah lari. hehhe. This entry aku jadikan sebagai permulaan bagi tahun ni dan juga sebagai permulaan untuk aku kembali menulis dengan aktif di blog ni. InsyaAllah kali ni bebetul nak aktif menulis walaupun tak ada orang baca kot. haha. 

Dah masuk minggu ketiga cuti semester, insyaAllah jika diizinkan akan meneruskan pulak pengajian ke semester ke 4 pulak, Tahun ke 2. InsyaAllah. May Allah ease. Sekejab je rasanya dah nak masuk semester 4. Mengisi masa lapang dengan bekerja, aku temui banyak pengalaman dan aku lihat pelbagai ragam manusia di sekelilingku. Sekarang ni ramai berkawan2 dengan adik-adik, macam2 gelagatnya dan berlainan pulak ceritanya. Tapi ada dua orang ni buat aku happy dan bersemangat nak pergi kerja, haha. Zulikha dan Thiveeya. Walaupun diaorang ni adik2 je tapi senang ajer aku masuk dengan diaorang. Moga persahabatan yang terjalin ni tak berhenti sampai sini je. Biarlah berterusan meskipun nanti aku dah berhenti kerja situ. 

Zulikha yang mintak aku untuk aktif semula menulis kat blog ni. Terharu rasanya. haha. InsyaAllah akak cuba ye. Terima kasih dik sebab singgah sini. Lama tak menulis, banyak pulak cerita yang ingin dikongsi. Moga Allah mudahkan jalanku dalam mengejar cita-citaku dan dalam mencari redhaNya.

Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir. Aamiin.

p/s : Entry bertajuk SEPTEMBER 2013 tu sebenarnya dah tulis lama. Masa 30 September dah tulis tapi baru malam ni nak publish. Tarikh tu ikut tarikh entry tu ditulislah ea. hheehee...