◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, June 26, 2012

Apabila kenangan kembali menyapa...




Salam , beberapa hari yang lalu , aku berkesempatan berkunjung ke tempat yang sudah bertahun aku tinggalkan. Di situlah persahabatan mula terjalin, kenangan indah mula terukir satu demi satu.. Walaupun itu bukan tempat pertama aku mengenal ilmu dan mencari erti persahabatan namun tempat itu telah meninggalkan beribu kenangan di hati aku yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Itulah sekolahku... Sekolah yang mengajar aku pelbagai erti suka dan duka. Kebetulan masa tu aku tak sibuk , dapatlah aku ke sana menemani akak ku untuk mengambil buku rekod adik2 kami.


Tapak perhimpunan! Kelas kitaorang selalu menang! 
Tatkala kaki melangkah masuk ke pintu utama sekolah , tempat yang sering menjadi laluan aku untuk masuk ke sekolah, semua kenangan indah mula bermain di minda.. Masih jelas tergambar memori indah aku sepanjang di sana. Langkah demi langkah aku ambil , meneruskan perjalanan ke dalam. Bila kaki sudah melangkah di tapak perhimpunan sekolah , semuanya kembali jelas di mata ku... Rakan2 yang berbaris mengikut arahan, kegembiraan rakan2 ku dan tepukan daripada murid2 lain tatkala kelas kami sering menjadi juara dalam pertandingan keceriaan kelas. Sebagai penolong ketua kelas, akulah yang ambil piala tu . Tapi bergilir2 lah dengan ketua kelas aku. Kalau asyik aku je , seganlah . Macam tak ada orang lain . Mujurlah ketua kelas aku tu tak banyak songeh nye . Okay je bila kita suruh . Jangan pelik pulak bila baca perkataan SURUH tu . Bukan mengarah tapi berkongsi tanggungjawab yang diamanahkan. Tapi kadang2 tu rasa bengang jugak dengan ketua kelas aku tu. Haishh.. Manusia.. Biasalah . Macam2...


Selepas melalui tapak perhimpunan , kaki mula melangkah ke tangga tempat menuju ke kelas kami. Tak sabar2 rasanya nak ke sana. Macam ada magnet pulak. hehe.. Nasib baiklah adik aku tu kelas yang sama dengan aku dulu. Sampai aje ke pintu kelas, aku tersenyum sendiri. Kenangan di situ semuanya bermain di minda. Kembali segar di ingatan. Masih terdengar suara kami memberi salam kepada guru2 yang mengajar kami apabila beliau masuk ke kelas. Gurauan rakan2 dan gelak tawa semuanya terngiang2 di telinga ku. Ya Allah , aku sangat merindui saat2 itu. Tapi itulah realiti kehidupan . Semuanya hadir buat seketika . Meninggalkan memori indah untuk kita jadikan pengubat rindu di hati. 

Ni lebih ceria rasanya! hehe
Teringat mula2 aku menjadi ahli kelas ni. Masa tu aku darjah 5. Mula2 masuk ke kelas ni, aku rasa takut sangat . Maklumlah , semua orang kata guru kelasnya garang. So, mula2 masuk tu aku memang takutlah juga. Bila hari pertama , cikgu minta murid2 calonkan ketua kelas dan penolong, guess what??? tiba2 nama aku dicalonkan. Ya Allah  punyalah terkejut. Dahlah tu 1st time kali aku masuk kelas tu . Tak kenal siapa2. 

Yang aku kenal, rakan2 kelas tu yang satu rumah sukan dengan aku. Sekolah rendah aku aktiflah jugak sukan2 ni. Darjah 4 aku kenal diaorang. Budak baru lah katakan time tu. Sebelum tu aku sekolah lain. Atas sebab2 tertentu terpaksa pindah sekolah. Yang calonkan tu kawan satu rumah sukan dengan aku. Aduhai.... Terasa dikenakan pulak. Tapi aku tak expect aku akan jadilah sebab budak baru . Takkanlah diaorang nak vote kan. Tapi entah macam mana , nama aku pulak yang naik jadi ketua kelas.. Ya Allah , dugaan2... Nilah padahnya takut sangat dengan cikgu kelas tu . Last2 jadi ketua , kenalah selalu jumpa cikgu. Puan Sharipah! Guru kelas kami.. Bonda kami... Sebut sahaja nama Puan Sharipah,semua murid pasti kenal! 

1st time reunion . Cikgu sebak ! kami juga ! 
Memang orangnya garang tapi kalau kita dengar cakap dia, buat apa yang disuruh kita buat , beliau taklah garang pun . Malah sangat baik dan penyayang ! Dari situ aku mula kenal semua kawan2 dalam kelas tu. Mana taknya, kalau dah hari2 kena bagi kedatangan, nak tak nak kenalah tahu nama + orangnya sekali. Mula2 tu kawan2 bantu , dah lama2 alhamdulillah semuanya jadi senang. Tapi bila darjah 6, turun pangkatlah . Jadi penolong pulak. Memang sepatutnya begitukan. Lelaki yang menjadi ketua bukan perempuan . Tapi tugas masih tetap sama. Mula tu tak banyaklah kenangan sebab aku masih tak kenal baik kawan2 kelas tu tapi bila masuk darjah 6 , nah! Banyak kenangan yang dikutip. Ada suka,ada duka. Complete! Yelah , tak lengkap Mr.Gembira tanpa Mrs. Sedih. kan? 

Banyak pulak nak tulis. hehe.. Kalau dah berkunjung ke sana , mestilah nak jumpa cikgunya. Mujurlah adik aku tahu di mana kelas cikgu kami tu. Maklumlah , dah bertahun tinggalkan. Semuanya berubah. Cikgu dah tak pegang kelas kami. Kalau tak, senang cari sebab kedudukan kelas kami masih di tempat yang sama. Cikgu masih seperti dulu. Dan yang paling seronok , semua murid2 nya cikgu masih ingat. Maklumlah , kata kawan2 aku , cikgu memang pegang kelas tu sejak diaorang darjah 2 . Memang kenal sangat lah murid2 nya. Tahun lepas 1st time jumpa cikgu balik cikgu terus buat satu Reunion untuk kitaorang. Masa reunion tu cikgu sebak masa bagi ucapan . Yelah ,kami bagaikan anak2nya . Lama terpisah akhirnya bertemu kembali.



 Ada FACEBOOK semuanya jadi mudah sebab kami ada group untuk kelas kami. Dari situ kami mula menjejaki rakan2 yang lain. Chemistry antara kami memang kuat! Allah mudahkan kami mencari teman2 yang lain. Alhamdulillah.. Facebook kalau kita gunakan dengan betul, baiklah jadinya. Tapi ramai jugak yang tak dapat hadir time tu . InsyaAllah ,lepas ni kitaorang akan buat lagi Reunion dan harapnya semua dapat hadirlah kan . Seronok bila dah jumpa ramai2 then cakap pasal kenangan2 time sekolah dulu. Memang tersenyum sampai ke petang lah !
Apabila kenangan kembali menyapa , terasa diri tidak berpijak di bumi yang nyata! Desakan hati untuk kembali ke zaman tersebut tersangat kuat namun harus menerima hakikat bahawa semuanya sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidup kita. Tak mungkin detik tu akan kembali lagi sama seperti dulu. Tanpa melalui sesuatu hal , kenangan tidak akan terukir,pengalaman tidak akan ada. Apapun yang datang, kita kena laluinya. Yang baik jadikan teladan , yang buruk kita jadikan pengajaran supaya kita menjadi lebih matang di masa hadapan. 

So,hargailah setiap detik yang hadir dalam hidup kita agar penyesalan tidak menyelubungi diri kita kerana suatu saat bila kita mula teringatkan masa lalu kita , kita akan merasa bangga untuk menceritakannya kepada orang lain dan kita sendiri akan tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Ukhuwah fillah abadan abada... :)

***Berfikir seketika...

Thursday, June 21, 2012

Baca Al-Quran tapi tak faham maksud,apa faedahnya?



Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..

Sabda Nabi s.a.w 
"Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" -Riwayat al-Bukhari-

- Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

- Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ?

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung. 

Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. 

Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”

Sumber : Facebook

Taken from : luvislam92

Nak berubah : Kenapa perlu malu?

Gambar ni sekadar hiasan ajer, hehe

" Miera, kenapa kau pakai stoking ni ? Warna hitam pulak tu . Buka lah . Buat malu aku je. Jalan dengan aku nak pakai stoking. Macam ustazah ! " bebel kak longnya apabila melihat adik perempuannya mengenakan stoking ketika mereka hendak keluar berjalan-jalan.

" Biarlah aku ! Buat apa nak malu .Tak salah kan? " sambil memalingkan muka dari kakaknya. Tak suka apabila dia ditegur memakai stoking. Bagi Miera, dia cuba untuk berubah. Tapi sedikit demi sedikit. Namun sokongan yang diharapkan itu tiada.

" Dah ! Kau jangan nak ngada2! Buka stoking kau tu." kini suara kak longnya meninggi. Hendak tak hendak terpaksa dituruti juga apa yang dikatakan kak longnya. Sepanjang perjalanan mereka, hanya lagu di corong2 radio yang kedengaran . Miera mula bersikap dingin dengan kak longnya. Sepatah ditanya,sepatah juga yang dijawab.. Tiada gurauan dan gelak tawa yang kedengaran seperti selalu. Walau bagaimanapun, bak kata pepatah , air dicincang takkan putus. Mereka kembali baik seperti biasa. Setiap kali mengenakan tudung, Miera pasti melabuhkan tudungnya agar menutupi dada sehingga dia digelar dengan panggilan "ustazah" oleh keluarganya. 

Teringat suatu ketika dimana Pak Su mereka pergi bercuti bersama isterinya, apabila mereka pulang , setiap orang diberikan buah tangan. Kak long Miera dapat sehelai baju yang agak elegant manakala Miera pula menerima sehelai baju ala2 muslimah. Kemudian terdengar suara Pak Su Miera memulakan bicara. 

"Susah tau nak pilih baju ni. Kena fikir dulu. Farra nampak macam elegant2 sikit. Miera nampak macam ustazah2 sikit. Itu yang baju semua lain2 . Kena ikut orangnya " 




SETAHUN KEMUDIAN :

" Malu pulak aku keluar dengan kau ni . Siap pakai stoking " kata kaklongnya kepada Miera

" Sukati akulah . Aku tak adalah nak jadi muslimah sangat tapi aku tengok ustazah aku tu pakai menutupi aurat juga tapi boleh je dia bergaya macam yang lain .Buat apa nak malu. " jawab Miera perlahan. Miera tak kisah apa yang dikatakan orang . Yang penting dia selesa. 

Tak lama selepas itu , kaklongnya yang selama ni tidak senang dengan kelakuan Miera dan kadangkala memarahinya kerana berstoking ketika keluar berjalan2 mula berubah. Sekarang dia mula berstoking apabila keluar berjalan-jalan. Malahan turut memakai sarung tangan. Alhamdulillah dia mula menyedarinya. Miera bersyukur dengan perubahan kaklongnya itu. Adalah dia geng sekarang ni . hehe..

" Pakai stoking dah kau ye. Dulu time aku nak pakai bukan main marah aku lagi " usik Miera 
"Alah dulu tu lain lah . Sekarang dah lain . Dulu tu aku tak puas nak berfesyen lagi " jawab kaklongnya tersipu malu

"Alahai , takpayahlah nak berfesyen sangat . Jadi macam ni pun boleh je nak berfesyen. Tapi... Kita kena pilih, nak berfesyen dulu ke ,menutup aurat dulu? Memang betul.Labuhkan tudung,pakai stoking pasti akan rasa panas. Tapi pesan pada diri. Ini baru panas dunia,panas akhirat belum lagi. Biar panas kat dunia, bukan panas akhirat. InsyaAllah... " balas Miera lagi sambil tersenyum memandang kaklongnya. Senang melihat perubahan kak longnya itu.




So macam mana? Ni cerita benar cuma di olah sedikit lah. Jadi KENAPA PERLU MALU? untuk berubah ke arah kebaikan. Tak perlu malu untuk berubah ke arah kebaikan. Tapi malulah sekiranya kita terfikir untuk berubah ke arah kejahatan. Tak perlu berubah secara drastik sekiranya diri masih tak bersedia. Berubah perlahan2 insyaAllah Allah akan dorongkan hati kita untuk benar2 berubah. Bukanlah kita nak berlagak baik tapi sekurang2nya kita cuba untuk jadi yang terbaik disamping kita mengingati diri kita sendiri dan orang lain. Mula2 tu memanglah kita rasa macam kekok tapi bila dah menjadi kebiasaan semuanya okay je! Yang penting niat kat hati ni apa. Jika nawaitu kita benar, maka kita kan sentiasa berada di jalan kebenaran ,insyaAllah. Kuatkan semangat untuk berubah sebab kita tak tahu apa halangan yang bakal kita tempuh dalam mencari redha Illahi... Doa,usaha, tawakal, istiqamah... Kalau nak berubah jadi baik tak perlu kita tunggu. Kita sendiri yang perlu menggerakkan diri kita. Mudah-mudahan kita semua dibawah rahmat dan keberkatan Yang Maha Esa..Amin..



***Berfikir seketika...

Wednesday, June 13, 2012

Ujian tidak akan terus melarat

Salam,

Sekiranya Allah memberi ujian kepada kita, bersabarlah kerana setiap yang Allah jadikan itu pasti akan ada hikmah disebaliknya. Setiap ujian yang dijadikan pasti akan ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah.. Tabahkan hati kita melalui segala dugaan. Hujan itu tak akan selamanya lebat kerana akhirnya pasti akan reda juga. Dengan mengikhlaskan segala yang terjadi insyaAllah hidup kita akan sentiasa tenang dan bahagia. Happily ever after ! InsyaAllah... Kadang-kadang Allah hilangkan matahari lalu menurunkan hujan,kita tercari-cari ke mana hilangkan matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan pelangi yang sangat indah. Dan malam tidak akan terus pekat. Akhirnya fajar akan menyingsing jua. Ujian tidak akan terus melarat. Ia akan bernoktah jua. :)




***Berfikir seketika...

Wednesday, June 06, 2012

iluvislam.com : Insan terpilih

Salam , hari ni tak ada mood nak tulis. cuma nak berkongsi tentang satu artikel ni yang aku ambil dari iluvislam tajuknya insan terpilih . Banyak lagi artikel2 menarik yang nak dikongsi tapi one by one ye. jom lah baca!


Duhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu. Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini?

Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati, Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul 'Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNYA? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa? Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada.. Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah MAHA MELIHAT.





Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati.. "Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?" Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu.. Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang SABAR.

Aduhai hati yang penuh kesedihan. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah..

Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar , mengikut sunnah kekasihNya. Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah TAQWA.





Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana DIA lah pemilik segala yang engkau ‛miliki'.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, putrinya Syaidina Abu Bakr.. Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung Tawakkalnya. Pada Allah sw.t dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak. Maka bersyukurlah.. bersyukurlah.. bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.




Biodata Penulis
Ruhainah Radin Merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan salah seorang staff di iluvislam

Sunday, June 03, 2012

Apa tu P3P ?

Salam , P3P? Apa tu? Itulah singkatan untuk novel Pukul 3 Pagi . Novel terbaru dari Aina Emir. Cetakan pertamanya dijual masa berlangsungnya pesta buku di PWTC and the good news is adik kesayangan aku dah belikan novel tu untuk aku siap dengan autograf dari penulisnya! Teruja sangat2! Sebelum adanya novel tu , aku selalu layari blog KMJ untuk baca novel di situ . Kemudian cerita dalam blog tu dah dibukukan oleh penulis kesayangan aku , kak Aina Emir. Klik untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai penulis kesayangan aku tu :)

"Biar hilang semua yang kumiliki , asal masih ada kamu"


Aku berkenalan dengan Dania Hayat, Anas Zuhayr, Khairin dan ramai lagi. Jom cari tahu sinopsis tentang cerita ni. Seronok tau!

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau ‘Nia’ berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi ‘brutal’ bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia. Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah datang memberi tekanan. 

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti ‘enigma’ di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung. Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana ‘kepelikan’ dan ‘keunikan’ yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania? 

Tetapi… siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih dengan hak orang. 

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan ‘baik’ vs ‘jahat’. Apakah mungkin label ‘baik’ pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan? Tapi… kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon? 


Selamat membaca !