◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, August 06, 2013

28 RAMADHAN :')

Salam,

Alhamdulillah syukur. Di penghujung Ramadhan kita masih diberikan kesempatan untuk merasai dan menikmatinya. Two weeks kerja sebagai promoter di Parkson dah pun berakhir. Yeah! (baling pas promoter, hehe) Tapi sedihlah sebab berpisah dengan kawan2. Seriously sepanjang berkerja sebagai promoter, kat sini lah paling best. Dapat kenal dengan kak Fiza. Walaupun kitaorang baru kenal tapi sekepala. hehe. Ada je lawaknya. Kak Ana lagi. Dapat pulak permenant yang sangat baik, Aunty Lim. Last kerja petang tadi, Aunty siap bagi duit raya. heee.




Allah dah beri petunjuk yang jelas pada aku di pengakhiran Ramadhan.. Jodoh tu semua di tangan Allah. Kita tak boleh nak paksa-paksa. Allah knows best okay. Keep calm and move on. Doa agar diberi kekuatan dan ketabahan hati untuk menghadapi masa-masa hadapan yang lebih mencabar. :')


Cilok dari instagram : farramiera :)

Malam ni memang tak tidurlah. Nak settlekan kuih raya. Alhamdulillah hari ni semua adik-beradik dah ada. Seronok. Terhibur hati. Pelita pun dari hari tu dah pasang. 2 minggu tak dapat berbuka kat rumah, hari ni berbuka kat rumah. 

# Fatin Nabilah Zakaria, Thanks awak. Thankyou so much ! Sebab atin ada di saat fara memerlukan seseorang. Saya rindu awak. :')



Sunday, August 04, 2013

26 RAMADHAN 1434

Salam,

Alhamdulillah, 26 Ramadhan dah kan. Sekejab je masa tu berlalu. Rasa macam baru lagi update tentang awal Ramadhan tu. Ramadhan tahun ini semakin dipenghujung. Tapi entah kenapa Ramadhan kali ni dirasakan begitu hambar. Bukan kerana bulan Ramadhan ini membosankan, tapi faktor2 sekeliling yang membuatkan Ramadhan tahun ini bagaikan sebuah " Ramadhan yang hilang ". Kehadiran Syawal tidak lama lagi turut dirasakan kosong. Bak kata paksu, tahun ni Ramadhan dan Syawal yang hilang. Hmm..Tak apelah. Kita banyakkan berdoa. Semua yang jadi atas izin Allah. Pertolongan Allah akan tiba. Cepat atau lambat aje. 



So, 2 weeks kerja sebagai temporary promoter. InsyaAllah hari Selasa ni tamatlah kerja aku. Seharusnya Isnin dah habis kerja tapi disebabkan pihak atasan telah melewatkan warehouse tu sampai Isnin, so hari Selasa kenalah datang untuk sesi mengemas bin-bin yang sangat banyak tuh. Nak raya dah kot. Dengar DJ dok pasang lagu raya, seriously rasa sayu. Teringat kat makwe. :'(

Dan kemudian... tahu dah yang si dia tu dah ada seseorang. Rasanya itu sangat betul. Tunggu masa je kot tu. Tak mengapalah. Semoga Allah mudahkan segala urusan dia dan si dia. Aamiin. Mohon diberi ketabahan hati untuk terus melangkah ke hadapan dengan yakin tanpa perlu menoleh ke belakang. Memberi peluang pada yang lain. Tapi tak semudah tu nak terima orang lain. Hanya yang benar2 memiliki kuncinya sahaja yang berjaya membukanya. :')

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mohon maaf di atas segala janji-janji yang tidak ditepati atau tutur kata yang menyakitkan hati. Masih ada beberapa hari lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini . May Allah bless.