◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, October 31, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam , lama tak kemas blog, banyak dah habuk nih , hee... Alhamdulillah sekarang tengah cuti mid-sem, sepatutnya dah awallah kan kemasnya tapi sebab terlalu seronok berada di samping keluarga tercinta di rumah tersayang , lupa semuanya.. First of all nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha , semoga kita dapat ambil ikhtibar dari peristiwa yang terjadi ini. (walaupun dah terlambat mungkin)



Okay ! sepanjang cuti ni , insyaAllah cuba dimanfaatkan sebaik mungkin , seminggu je kot.. Sekejab je  ,tak puas .. nak duk rumah lama2 tapi tanggungjawab dan amanah yang dipikul perlu juga dilaksanakan , mudah-mudahan Allah permudahkan... banyak perkara yang hendak dikongsi tapi insyaAllah dalam masa terdekat aku akan cuba untuk mengemaskini blog ni yang semakin berhabuk , hehe.. Macam yang aku cakap sebelum2 ni , walaupun kemudahan dah ada depan mata tapi kalau kerajinan itu tak ada, tak menjadi juga kan?  Semangat kena sentiasa ada.

Walaupun tak ada yang baca tapi aku seronok sebab dapat menulis . Sekurang2nya dapat mengubat rindu ku pada zaman persekolahan terutamanya subjek Bahasa Melayu bahagian karangan . That is my favourite . Bagilah apa pun bentuk cerita , pasti aku akan bersemangat nak buat.  Nak buat macam mana , memang tu minat aku . Dan sebab minat tu jugak , terhasillah blog ni kan.. So , selagi diberi kudrat untuk menulis , aku akan menulis sebanyak yang boleh ,insyaAllah ... Ada yang baca atau tidak , itu tidak menjadi satu masalah. Kalau ada alhamdulillah , semoga bacaan itu mendapat manfaat dan kebaikan insyaAllah ...


Selagi aku boleh menulis , selagi Allah masih memberikan nikmat ini kepadaku , aku akan teruskan selagi mana aku termampu,insyaAllah... Mudah-mudahan aku tak menyalah gunakan nikmat yang aku miliki ni . 

***Berfikir seketika...

Thursday, October 18, 2012

Forum: Permata Yang Dicari (2)


Salam , alhamdulillah , walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.53 pagi , mata aku masih segar dan jari jemariku masih ligat untuk menyusun bicara. ( Mungkin sebab tadi aku dah tertidur sekejab). Okay ,entri ni adalah rentetan daripada entri sebelum ni . Kali ini , aku akan berkongsi apa yang aku pelajari semasa aku menghadiri majlis ilmu ini. 


Antara persoalan yang dibangkitkan dalam majlis ini adalah :


1. Kedudukan wanita dalam Islam iaitu wanita adalah permata yang dicari
2. Bagaimana cara untuk menjadi maruah permata ini
3. Kelebihan menjadi wanita
4. Orang seringkali memandang wanita yang menutup aurat itu kolot
5. Kenapa kita perlu cari permata itu. Di mana?
6. Cara untuk jadi permata yang dicari dan halangannya.


Kemudian dalam sesi soal jawab pula , antara soalan yang dikemukakan:


1.Pakai tudung tapi tak tutup dada
2. Nak berubah tapi tak kuat.


Kalau nak diikutkan memang banyak tapi aku cuba ringkaskan ye. 


Kedudukan wanita sangat tinggi sejak kedatangan Islam. Kalau dahulu, zaman jahiliah , wanita dipandang hina bahkan ada yang ditanam hidup2. Tapi selepas kedatangan Islam , martabat seorang wanita diangkat tinggi. Jadilah wanita muslimah yang berjawatan seperti bidadari syurga yang digambarkan. Cantik dan tak disentuh. Hanya yang layak mampu menyentuhnya. Di sini anda bolehlah tengok terjemahan Surah Ar Rahman ayat 56 yang bermaksud :

"Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin "

Dan juga ayat 58 yang bermaksud :
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.

Sebagaimana yang kita tahu , permata itu mahal. Sukar dicari. Oleh itu jadilah kita seperti permata2 itu yakni jadilah kita wanita yang berperwatakan yang sangat menggambarkan ciri-ciri wanita dalam al-Quran. Wanita telah Allah anugerahkan cantik. Cantik itu bergantung kepada ilmu,pendidikan yang diperolehi,akhlak yang baik dan lain2 . Bukan hanya paras rupa sahaja. Cantik dalam pelbagai segi. Jaga minda, hati,perasaan, tingkah laku daripada melakukan dosa. Begitu juga penampilan.

Permata yang paling hebat adalah SOLEHAH.


Kemudian kata ahli panel lagi , semua wanita wajib tahu Surah An-Nisa kerana semua ciri2 permata ada dalam surah ini.



Malu itu adalah pakaian seorang gadis.
Tak tersentuh auratnya dengan yang haram , matanya dan lain2.. Pergaulannya tak jejaskan akidah. Gaya hidupnya mengikut syariat.

Sebaik2 harta adalah wanita solehah... Bagaimana untuk menjaga maruah semuanya datang dari dalam diri kita sendiri. Perkara pertama apabila kita mengambil keputusan untuk berubah ialah menutup aurat kerana dengan menutup aurat , ia akan menjadi kunci kepada segala akhlak wanita. Pakaian menunjukkan siapa diri kita dan insyaAllah diri kita akan terpelihara. Indahnya wanita apabila ia menutup auratnya. Sebenarnya bila kita menutup aurat , dia relate dengan semua sekali, once kita dah tutup aurat , insyaAllah yang lain2 Allah mudahkan...

Lepas tu , kalau nak pakai tudung , pakailah betul-betul. Tutup aurat sebetulnya, jangan sekadar ikut trend,terpaksa atau sebagai syarat sahaja. ( Aku pun pernah juga bangkitkan isu ini dalam entri terdahulu...) Bila kita menutup aurat , sebenarnya orang akan lebih hormat kepada kita. Manusia dijadikan mempunyai 2 hal, iaitu jasad dan jiwa. Jiwa harus dipelihara sebaik yang mungkin. Kalau jasad sahaja dipelihara , tetapi jiwa dibiarkan rosak , tak ada gunanya.





Wanita itu ibarat mawar. Mawar itu berduri. Jadilah mawar yang masih ditangkai,dipetik oleh tangan-tangan yang soleh. Jadilah mawar-mawar yang di tanam di istana, tak semua dapat melihat dan memetiknya. Hanya yang layak sahaja boleh melihat dan memetiknya...

Sebagai wanita juga, kita harus menerima diri kita seadanya.Cantik itu subjektif. Cantik itu ada di mata kita dan orang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah jadikan. Sayangilah diri sendiri. Kecantikan luaran tak memberi apa2 makna kalau kecantikan dalaman tak dijaga. 


Lidah itu penanda kita cantik atau tidak.. (Imam Syafie)

Setiap hari salah satu doa yang patut kita lafazkanlah ialah 



"Ya Allah , jadikan aku anak2 solehah, temukan aku dengan ilmu2 yang bermanfaat dan temukan aku dengan jodoh yang Engkau redhai... "


Kita perlu menjaga ibadah kita. Ingat :
1. Cari redha Allah
2. Cari ilmu



Sudah mula jemu untuk membaca ??? Rehat sebentar kemudian teruskan semula bacaan anda, insyaAllah bacaan anda tidak sia-sia dan tidak rugi sama sekali :)  


Persepsi masyarakat kini yang mengatakan menutup aurat itu kolot. Sebenarnya pemikiran mereka yang kolot. Mereka sebenarnya perlu faham betul2 konteks menutup aurat. Sebagai seorang wanita yang ingin menjadi permata yang dicari , janganlah kita menghiraukan pandangan mata manusia kerana pandangan mata Allah itu lebih penting dari segalanya. Cantik wanita itu pada akhlaknya bukan pada labuhnya tudung yang dipakai dan lain2..

Jadilah kita wanita yang dicari. Mempunyai personaliti dan jangan sama sekali ada niat untuk diperhati dan mencari perhatian. Bertudunglah dengan kerelaan hati semata2 untuk mencari redhaNya. Bacalah buku2 yang boleh membantu anda dalam melakukan perubahan seperti dalam wahyu pertama yang diturunkan.
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" .
 (Surah Al-Alaq ayat 1)


Kalau dah ada ilmu, insyaAllah semuanya menjadi mudah. Bila kita mula berhijrah, kita kena istiqamah. kalau kita benar2 ikhlas, insyaAllah Allah akan sentiasa tolong 

Memandangkan sekarang , fesyen tudung terlalu banyak di sekeliling kita , namun timbul persoalan, adakah kita berpakaian seperti yang ditetapkan dan ada juga persoalan sudah pakai tudung tapi jahat ? Sebenarnya semuanya bermula dari hati. Kalau kita buat kerana Allah, cari redha Allah, takut kepada Allah , takkan timbul soal isu pakai tudung tapi jahat. Begitu juga dengan cara pemakaian tudung kita. 

Baik itu bukan buat-buat. Baik itu hidayah. Apa yang kita buat kita kena ada ilmu. Nak makan pun kena ada ilmu kan ? Tunduk pandangan itu pula tunduk kepada Allah . Jaga anggota, perasaan , minda supaya tak tersalah guna. Jaga pandangan, tak sombong, tak takut untuk berbicara di khalayak ramai.. berjalan dalam keadaan yang sangat santun. Sentiasa mengambil kira apa yang agama kata. Memilih , meilhat, menilai berasaskan pandangan agama. 


Pemikirannya memikirkan " Ini Allah bagi buat ke tidak ? Nabi ada buat ke tidak ?"


Seperti yang aku katakan di awal bicara , soalan2 yang ditanya antaranya pakai tudung tapi tak tutup dada. Jawapannya adalah salah dan tidak boleh. Pakai tudung pastikan bawah dada.. Dipandang dari sisi dan dari depan bertutup. Cuba kita renungkan sebentar ,dalam Surah An Nur ayat 31.

Firman Allah, 
“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” 


Bagi wanita yang masih belum bernikah , anggotanya haram disentuh dan dipegang apabila bertudung ataupun tidak walaupun dah bertunang. 

Brave,bright, beauty
Soalan kedua pula , nak berubah tapi tak kuat . Jawapannya adalah : dah ada keinginan untuk berubah, bagus. Bila kita nak, kita kenalah ikut tatacara. Pertama , cari ilmu, dekatkan diri dengan Allah dan dengan orang2 yang lebih baiok dari kita .Orang yang nak berubah sentiasa nampak hujungnya. mesti ada yang menjadi contoh untuk kita berubah. 




Jangan kita berubah kerana orang , berubah kerana Allah. Berubah kerana Allah nescaya kekal selamanya perubahan itu , tetapi berubah kerana manusia , hanya mampu bertahan sekejab sahaja.
Orang yang merasa Allah dekat , lebih dekat dari urat lehernya. Setiap anggota ini kita pinjam , jagalah ia sebaik mungkin. Pulangkan dalam keadaan yang baik.

Berubah itu susah namun ia adalah pilihan kita. Seperti yang dikatakn , berubah kerana orang , anda tak mampu mengekalkannya...

Sekian sahaja yang mampu aku kongsikan , mudah-mudahan membawa sedikit manfaat bagi yang membaca. Yang baik itu datangnya daripada Allah , yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri yang Allah berikan... Wallahualam.. 

#Peringatan untuk diri sendiri juga...



***Berfikir seketika...

Tuesday, October 16, 2012

Forum: Permata Yang Dicari (1)




Salam , alhamdulillah , hari Ahad yang lepas , aku berpeluang menghadirkan diri ke satu majlis ilmu , iaitu forum yang diberi tajuk Permata Yang Dicari. Mula2 bila dengar tentang forum ni , terfikir jugak apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan permata yang dicari tu .. Mungkin berkenaan jodoh sebabnya ada lagu nasyid ni yang bertajuk Permata Yang Dicari. Tak pernah dengar? Cubalah dengar . Tak rugi ! Beberapa hari sebelum forum , aku memang betul2 nak pergi. Lebih2 lagi panel jemputannya adalah Dr Rubiah K Hamzah(Ummi) dan kak Nora. bagi yang tak mengenali Ummi tu , mungkin korang akan kenal bila sebut sahaja tentang ustazah pilihan. Sebab dalam program tu, Ummi salah seorang jurinya dan kak Nora pulak,mestilah semua orang tahukan. Begitu terkenal dengan lagu Desa Tercinta. 

    

Alhamdulillah , Allah mudahkan perjalanan aku ke sana. Ringan kakiku melangkah , penuh semangat  demi mencari ilmu yang diredhaiNya walaupun aku pergi bersendirian. Semuanya bermula dari niat . Dari situ , aku menjadi semangat untuk terus melangkah tanpa ada rasa ragu. InsyaAllah , niat yang baik , akan Allah mudahkan.. Begitu juga pada hari Jumaat yang lepas, aku mengikuti akak sedare aku ke satu majlis ilmu di Masjid Al Munawwarah dan antara ahli panelnya adalah Ustaz Azhar Idrus.

Berbalik kepada forum Permata Yang Dicari , teramatlah rugi bagi kaum hawa yang tidak menghadirkan diri kerana begitu banyak ilmu yang diperoleh yang mana ilmu itu sangat berguna untuk diri kita sendiri dalam menyiapkan diri untuk menjadi sesuatu yang lebih baik . Pelbagai tajuk dikupas terutamanya mengenai akhlak seorang wanita. Ya Allah , terasa begitu kerdilnya diri ku ketika itu. Terlalu banyak perkara yang perlu aku baiki. Nak tahu apa yang dibicarakan? InsyaAllah akan menyusul dalam entri yang seterusnya... Mudah-mudahan... InsyaAllah... Bersambung....

***Berfikir seketika...

Sunday, October 14, 2012

Campus Life: Student dan Wang


Salam , Okay. Berita gembira buat student UiTM kelompok pertama kerana PTPTN telah kreditkan wang ke akaun anda. Melihat reaksi teman-teman yang begitu teruja bila mendengar berita tersebut , terlintas di fikiran betapa bertuahnya menjadi pelajar. Namun jauh di sudut hati , aku tertanya-tanya, adakah duit yang diperolehi itu akan digunakan sebaik yang mungkin atau hanya digunakan untuk keseronokkan semata2... ya Allah , bimbinglah aku . Elakkan aku daripada menggunakan duit tersebut ke jalan maksiat..

Cantikkan ? Tapi aku tak pernah sampai lagi..
Pelbagai rancangan telah dibuat oleh pelajar2 ini. Bagi pelajar2 yang berada di sekitar sini , Mid Valley , I-city menjadi pilihan. Begitu juga dengan tempat2 yang sewaktu dengannya. Sebagai seorang manusia biasa , aku pun turut merasakan seperti apa yang mereka rasakan. Terlalu banyak keinginan yang ingin kita miliki. Tapi sebagai seorang yang bergelar pelajar , anda harus ingat tanggungjawab dan amanah yang sedang anda pikul. Duit yang diamanahkan itu apa tujuannya. Tak salah sekiranya kita ingin berseronok tetapi biarlah berpada2.. 

Jangan sampai jadi macam ni : Ada dua bulan lagi sebelum tamat sem 2, duit dah habis. Terpaksa call parents minta duit. Bank in kan duit.. 

p/s : kalau duit tu habis sebab kita guna beli buku , bayar yuran dan lain2 yang berkaitan pelajaran atau keperluan sebagai pelajar tak mengapa. Tapi macam mana pulak kalau duit tu lebih banyak digunakan untuk keseronokan sendiri ? Tak terselit ke rasa kasihan kat mama ayah kita? Mereka juga mempunyai masalah2 lain yang perlu diuruskan.. dan bagaimana pula jika kita mempunyai adik beradik yang lain .

Tapi sekiranya keluarga anda memang telah Allah berikan rezeki yang lebih daripada cukup , bersyukurlah kerana anda tak perlu terlalu banyak berfikir tentang duit yang anda dapat tu . 

Teringat satu cerita ni, cerita ni diceritakan oleh seorang akak yang bekerja dengan aku. Namanya Emy. Masa tu aku kerja as a promoter untuk handbag. Cerita akak tu lebih kurang macam ni lah.. (Ada sedikit pengubahsuaian)

" Sebelum Fara kerja sini , ada seorang budak ni pun nama sama macam Fara kerja sini. Masa mula2 dapat gaji tu , akak pesan kat dia simpan sikit duit tu untuk sambung belajar. Dia setuju ajelah . Tapi biasalah Fara , bila duit dah kat tangan , macam2 kita nak . Budak tu beli lah macam2 dengan duit gaji tu . Dia kata tak apa . Bulan depan ada gaji lagi . Tapi bila tiba bulan seterusnya , masih sama jugak situasinya. Akak cuma mengingatkan dia . Kemudian dia cakap : "Alah . nak sambung belajar , itu kan tanggungjawab mak dan ayah untuk sediakan keperluan belajar anak2". Sekarang ni bila dia dah sambung belajar , dia kata banyak nak pakai duit. Selalu tanya akak bila gaji dia nak masuk. "

Ok , sekarang apa yang anda nampak di situ ? Aku cuma nak highlightkan di sini 

"Alah . nak sambung belajar , itu kan tanggungjawab mak dan ayah untuk sediakan keperluan belajar anak2."

Bagi aku lah , seorang anak sepatutnya tak boleh terus berfikiran mcm ni. Kena ada perasaan nak tolong kurangkan beban mama dan ayah . Tak nak susah mereka sangat. Ya , apa yang dikatakan itu sangatlah betul. Itu adalah tanggungjawab parents untuk sediakan keperluan kita. Tapi pernah tak kita duduk sejenak dan berfikir betapa susahnya mereka sejak dulu sampai sekarang membesarkan kita . Takkan sebagai seorang anak , kita tak boleh nak ada pemikiran " Aku nak tolong mama ayah. Aku nak simpan sikit duit ni supaya senang nak sambung belajar ni. Mungkin duit ni dapat kurangkan sedikit beban mereka.." 

Personally , bagi aku . Mungkin sebab aku dah terbiasa. ( tak bermaksud nak puji diri sendiri) Bila aku kerja walaupun sekejab , aku rasa satu keperluan untuk aku asingkan sedikit duit yang aku dapat untuk kegunaan masa depan. Sebab sebelum ni , aku terlalu boros sampai kan satu saat bila aku perlukan sesuatu , aku perlukan usahakan untuk dapatnya. tak lain dan tak bukan , mintak dari parentslah.. Start dari situ aku mula fikir betapa pentingnya menabung. Satu keperluan untuk ada perancangan kewangan. Dan sebab itu , sebelum aku keluar beli barang , aku akan list out brg apa yang aku nak beli supaya aku dapat bajet duit di situ dan elakkan pembelian yang mengikut kehendak . Tapi kadang2 kalau aku terasa nak beli , aku beli cumanya aku akan fikir berulang kali sebelum decide nak atau taknak. Bukan nak kedekut tapi kadang2 kita perlukan korban sesuatu yang kita nak untuk sesuatu yang lebih baik di masa depan. 

Sekarang situasinya sebagai seorang pejar yang diberikan elaun atau pinjaman, kita juga harus ada pemikiran begitu . Kalau boleh tak nak susahkan mak dan ayah. Kita dah ada duit , gunakan duit tu sebaik mungkin . Sekurang2 nya ia boleh mengurangkan sedikit beban mak dan ayah . Tapi itu tak bermaksud mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Sebagai anak , kita boleh fikir sendiri.    

Gunakanlah apa yang anda perolehi ke jalan yang betul . Gunakan ia sebaik yang mungkin agar kelak anda tak menyesal. Jangan terlalu diikutkan kata hati. Sebelum lakukan sesuatu , fikirlah sama ada ia satu kehendak atau keperluan . Beringat2 dalam berbelanja.. 

p/s : Pesanan untuk diri aku jugak sebenarnya... yang baik itu datangnya daripada Allah , yang buruk itu datang dari kelemahan aku sendiri yang Allah berikan.. 

***Berfikir seketika...

Friday, October 12, 2012

Cakap tentang FOCUS

Salam Jumaat ! Alhamdulillah , semuanya berjalan lancar hari ni walaupun early in the morning , aku ada kuiz and Im not really ready for it sebabnya... tak study lah (study tapi tak habis), something happened and because of that I cant focus on my study , so aku buat keputusan untuk tidur jelah. Mcm biase , dalam hati niat nak bangun pukul sekian,sekian tapi mcm biasa jugak , tak bangun. hehe.. Teringat pulak kat mama aku . She is the one yang akan sibuk sebab kejutkan kami untuk bangun belajar.. Sampaikan kadang2 , mama yang tak tidur sebab susah hati tengok anak2 nya nak exam tapi tidur ajer... Sekarang bila dah jauh dari mama, barulah terasa kehilangan di situ . Tapi kami adik beradik still pesan kat mama kami tolong kejutkan kami bangun tidur if we want to study on blah3.. and mama pulak akan call kami banyak kali sampai kami angkat call tu , hehe.. see? Mama sangat perhatian kat kami.. Sayang mama ! 

Now Im counting the days to go back to my home. Tak sabarnya ! Tapi perjalanan menuju ke hari tu tak semudah yang disangka. Next week we will have a lots of test. (tak lah lots sangat, saje je,hehe..) We have 2 test and 1 online quiz. Semoga semuanya berjalan dengan lancarlah.. Begitu jugak dengan subjek yang satu ni . Account. Seperti apa yang pernah aku tulis sebelum ni , lecturernya tak masuk lagi.. Harap2lah next week beliau masuk. Tetiba rasa nak share ayat ni. Ayat ni aku ambil dari seorang sahabat... Katanya : 

"Focus itu terletak pada diri kita sendiri. Buatlah apa pun yang boleh membuatkan kita focus... "
Dalam kita menuntut ilmu, focus atau lebih mudah memberi perhatian sangat penting sebenarnya. Manusia ni diberi keistimewaan yang berlainan. Kita ambil beberapa contoh. 

1. Ada orang yang bila mana dia focus ketika menuntut ilmu, tak perlu ulangkaji pun dia dah tahu macam mana nak buat soalan tu. 
2. Ada orang pulak, dah focus tapi still tak faham. Mungkin dia rasa dia focus tapi sebenarnya ada perkara yang menganggu fikirannya yang membuatkan dia tak boleh focus sepenuhnya. 
3. Ada pula yang jenis tak focus dalam class, tapi bila study senang je nak faham. 
4. Dan macam2 lagi keadaan yang ada :)
Semuanya bergantung pada diri kita sendiri sebenarnya kan. Bak kata pepatah , nak seribu daya, tak nak seribu dalihnya kan ... 
Ok ,kembali pada cerita asal, memandang sekarang kemudahan dah depan mata , so memang aku akan rajinlah untuk menulis di blog ni. Tapi bergantung pada masa dan tahap kerajinan aku untuk menulis. Dulu pun banyak je masa tapi disebabkan malas , tak ada jugak. Lepas ni rasanya nak tulis lebih kepada cerita pendek and at the end of the story , kita tengok pengajaran apa yang kita boleh ambil ataupun cerita sekadar suka2 untuk merehatkan minda. As we know , aku sangat suka menulis. Macam yang aku tulis dalam entry sebelum ni . Klik sini Penulisan minatku! . Aku tak kisah tak dapat apa2 ganjaran tapi satu kepuasan jika apa yang kita tulis tu ada orang baca dan ada membawa sedikit sebanya manfaat kepada pembaca tu. Tapi kalau tak ada yang baca pun , aku tetap berpuas hati sebab aku dapat menulis. 

Ya Allah , permudahkanlah segala urusan kami dan bimbinglah kami untuk terus berada di jalanMu yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. InsyaAllah.. (Peringatan untuk diri sendiri)

***Berfikir seketika...

Wednesday, October 10, 2012

Campus Life: Kuliah vs Tutorial vs Lecturer ?


Salam , sekarang ni mungkin aku akan menjadi seorang yang rajin untuk update blog ni. hehe.. This week is already 5 weeks, lecturer ACC masih tak masuk kelas. Honestly aku agak risau sebabnya minggu depan , weeks 6 , almost every subject we have test and quiz before mid semester break... Tak kisahlah kalau tak ada tutorial , yang penting kuliah . Student masih boleh belajar kalau tak ada tutorial class sebab usually tutorial class ni banyak pendedahan tentang cara2 menjawab soalan exam, sample question and bagi student2 yang kurang faham , di sinilah tempat untuk mereka bertanya dengan lebih lanjut. Tapi masalahnya untuk subjek ini, tutorial tak ada , kuliah pun tak ada.

Ye,kami faham , masalah kekurangan pensyarah tapi pensyarah pun kenalah faham kami jugak. Kalau tak belajar subjek ni, how we want to perform well in this subjek. Ya , kami tahu kami boleh ajer belajar sendiri tapi kan bukan semua benda kita boleh belajar dengan sendirinya, sometimes we need someone to teach us bagi mengelakkan kefahaman yang bertentangan dengan maksud sebenar. 

Bagi aku, aku tak sukalah lecturer tak masuk untuk jangka masa waktu yang sangat lama and after that bila dia masuk dalam class, ajar nak laju aje.. nak cepat ajer..  Bukan nak merungut tapi ini kenyataan. Pelajar yang mulanya berminat nak belajar, akhirnya jadi tension dan stress.. (macam benda yang sama je maksudnya, ehhe). kemudian homework yang bertimbun2.. 

kadang2 kawan2 pun penting jugak untuk belajar kan..

As a university student , this is the fact that we have to accept. Kalau anda dapat pensyarah yang memahami, its good enough , bersyukurlah .. Kalau anda dapat pensyarah yang jenis "that's your problem not my problem. I know, on blah3 you submit your assigment/homework ! " Sudah ... tak ke stress jadinya... tapi kita perlu bersyukur jugak sebab she/he sebenarnya sedang melatih kita untuk menjadi seorang  menepati masa dan mengelakkan kerja yang bertangguh. See? Everything happens for a reason, right ? 

Sebagai pelajar kita harus belajar untuk menerima apa juga keadaan yang terjadi di sekeliling kita. Inilah kenyataan yang harus kita terima. Elakkan daripada merungut dengan apa yang jadi (pesanan untuk diri aku juga) , insyaAllah semuanya menjadi lebih mudah.. Apa2 pun ingat mama ayah dan keluarga.. Allah itu sentiasa ada di samping kita. 

***Berfikir seketika...

Tuesday, October 09, 2012

Campus Life: New assignment, gembira ke tak ?


Salam semua. Alhamdulillah , akhirnya i have my own lappy.. But not totally mine ! Erm? Pelik je , hehe.. lappy ni bukan beli guna duit saya sepenuhnya, so it belongs to my parents and family la kan.  Ok , as we know, now I am a UiTM student.  First and foremost , mestilah rasa seronok sangat2 . tapi when the tutorials and lectures class already started, aku mula rasa tertekan . Lebih2 lagi bila ada subject yang nak kena kejar sebab banyak tertinggal. Hmm... 

And now, I have new assignment for subject IT :
1. Create your own blog
2. Write anything about your academics, sucject that you learn dll EVERYDAY in english.(berkaitan pelajaran shj ye)
3. At the end of the day , you have to present you blog. ( Agak blurr di sini ye.. )
4. Marks : 10% individual assignment 


So how? Should I be happy or not ? Hurmm... Seronok memang lah seronok tapi just imagine... Aku taklah pandai sangat dalam english ni.. Even in matrikulasi , tak pernah dapat A pun in english .. B ajer... memang berterabur lah kan english aku . Tonggang terbalik jadinya . Even now pun , my english dah berterabur right ? OMG... But its ok. I try . Who knows, when the lecturer are doing this, at the same times, it can improve my english. :)

All the best kawan2 yang ade kena buat assignment same mcm saya ye . Buat ajer , insyaAllah semuanya akan Allah mudahkan . 

***Berfikir seketika...

p/s : Sangat stress sebab lecturer bagi homework sangat banyak and the bad news is , kena submit before midnight.. memang semalam sempat nak buat semua... Then jam dalam system pulak cepat. aduhai, memang tak lah kan... Sempat submit notes shj, exercise tak.. Now, Im verry worried... :'(

Sunday, October 07, 2012

Siapa dia , dimana, dan bila ?

Kita tak tahu siapa "dia" yang Allah jadikan untuk kita... 


Kita jugak tak tahu di mana dan bila Allah akan temukan kita dengan "dia".. 
Yang kita tahu, walau berapa lama sekalipun, saat itu pasti akan Allah berikan pada kita.. :)  

sincerely farramiera,,

***Berfikir seketika...

Dengar lagu ni , best !




Selain lagu ni banyak je lagu lain yang ade kaitan mcm lagu :

::.Permata yang dicari.::
::.Doa seorang kekasih.::


Wednesday, October 03, 2012

New Entry !


Salam , Alhamdulillah . Setelah sebulan lebih blog ni dibiarkan berhabuk , akhirnya hari ni dapatlah kemas2 sikit. Buang2 habuk tu , ehhe.. Ok , apa jadi pada aku ? Alhamdulillah , sekarang aku bergelar mahasiswi UiTM . Meneruskan pengajian di sini dalam usaha mencapai cita2 dan membawa harapan mama dan ayah #terutamanya membuatkan aku rasa bersemangat untuk belajar. Dan yang pastinya , hehe.. baru start with the first semester, aku dah rancang perjalanan masa depan aku . Dah mula terfikirkan tentang konvokesyen dan lain2! Sangat tak sabar untuk berada di atas pentas  Dewan Agong Tuanku Canselor ambil scroll degree tu . Seriously sangat tak sabar ! Setiap kali bila fikirkan saat tu , tiba2 rasa sebak sangat ... Wajah mama dan ayah mula bermain di minda. 


Tapi aku harus sedar , dalam perjalanan menuju kejayaan , tak semudah seperti apa yang kita sangka. Pastinya lebih banyak pahit dari manis. Ujian,dugaan dan cabaran akan datang silih berganti. adakalanya kita jatuh dan terpaksa berusaha lebih keras untuk bangun semula. InsyaAllah , aku akan lebih bersedia. Walaupun apapun yang berlaku, aku kena sentiasa ingat tujuan untama aku berada di sini. aku kena sentiasa ingat niat aku berada di sini sebab aku bukan sahaja membawa harapan aku untuk berjaya tapi aku juga membawa tanggungjawab dan amanah yang lebih besar iaitu harapan mama dan ayah aku dan juga keluarga. Aku taknak at the end of the days, harapan mereka hancur berkecai setelah mereka bersusah payah menyenangkan anak-anaknya demi melihat kami semua(adik beradik) berjaya. 

Setiap kali aku sedih, hanya itu yang menjadi sumber inspirasi aku untuk bangkit dari kesedihan. Tatkala hati terasa ingin berputus asa, mereka menjadi kekuatan untuk aku bangun semula. Aku tahu walau seribu orang pun yang pergi meninggalkan aku , aku masih ada mereka : Mama , Ayah , Akak, Kakngah, Ewan, Aca dan Adik yang sentiasa memberikan semangat, menyokong dan sentiasa di sisi. Aku juga ada Allah sebagai tempat mengadu. Jadi, aku di sini tidak keseorangan. 

Ya Allah , peliharalah kedua ibu bapa ku sebagaimana mereka memeliharaku sejak dari kecil. Permudahkanlah segala urusan kami, tetapkanlah hati kami. Kuatkan kami dalam menempuh apa juga cabaran yang mendatang . Berkati dan rahmatilah umur yang telah Engkau berikan ini. Semoga umur yang Engkau berikan ini dapat kami gunakan sebaik yang mungkin dalam mencari redhaMu.. InsyaAllah.. Ameen...

***Berfikir seketika...


p/s : Lagi 20hari untuk pulang. Really miss my family! <3