◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, December 18, 2012

Kalaulah realitinya begitu!


Salam , ok! Kalaulah betul realitinya begitu , ya Allah seronoknya! Terasa bagai di awang-awangan! Hanyut dibuai mimpi, tenggelam di lautan fantasi. (Ceh! Apa yang kau merepek ni! Dushh! ) But realiti apa? Realiti yang "dia" masih kisah pasal aku cuma dia tak nak tunjuk. LAWAK! Degil betul lah hati ni ! Dah kata jangan simpan lagi perasaan tu , buang jauh-jauh tapi masih jugak berdegil nak simpan , kan dah terluka sendiri. Tapi nak buat macam mana , perasaan ini hadir tak dipinta. Semakin cuba ku usir jauh , semakin ia dekat di hati lalu kubiarkan sahaja ia menjadi taman di hati ni. InsyaAllah suatu saat Allah akan berikan apa yang aku dambakan selama ini. 

Bila hati merindui , ku kirimkan doa. Bila hati terluka , ku panjatkan doa. Apa2 pun yang jadi , teruskan berdoa. Semuanya akan menjadi lebih mudah dengan doa! Kekuatan kita adalah doa, ingat tu selalu! InsyaAllah hati kita akan lebih merasa tenang dengan apa yang jadi . Just put your trust in Allah . He knows everything! 
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina . 
(Surah Al Ghaafir Ayat 60)
Selagi terdaya , hanya doa yang mampu aku panjatkan buatmu. Bukan aku tak ingin menerima cinta dari insan lain cuma aku tak nak menjadi insan yang tidak jujur dengan diri dan perasaan aku.Begitu juga dengan  orang tersebut. Sekiranya cintanya aku terima sedangkan pada hakikatnya hati aku mencintai insan lain , sungguh aku telah memainkan hatinya. Terasa berdosa! Sebagai manusia biasa , kita ingin mencintai dan dicintai tapi kita harus tahu bahawa cinta itu tak boleh dipaksa2 dan tak semestinya jugak harus memiliki. kadangkala kita kena lepaskan dia. Siapa tahu , jika dia yang tebaik , Allah pasti akan temukan kita dan dia satu hari nanti kan. Yang penting sentiasa mendoakan. 


Jodoh itu pasti ada. Cuma kita tak tahu bila,siapa dan di mana Allah akan pertemukan ia dengan kita. Orang kata jodoh tu macam rezeki perlu dicari dengan doa dan usaha. Usia macam aku ni masih terlalu awal untuk fikirkan soal jodoh. Apa yang terbaik fokus pada pelajaran ,berbakti kepada kedua ibu dan bapa,begitu juga keluarga. Bentuk diri menjadi insan yang lebih baik bukan sahaja di mata manusia tapi yang paling penting di mata Allah... Kita membentuk diri kita untuk menjadi lebih baik , insyaAllah Allah akan siapkan buat kita insan yang terbaik! Aku percaya semua akan indah pada akhirnya nanti , mudah-mudahan. InsyaAllah , Amin... Semuanya berbalik pada yang awal , just put your trust in Allah , keep praying. Kita ingat Allah , Allah ingat kat kita.  :)
Cukuplah sekadar aku mencintai dan dicintaiNya kerna suatu hari nanti aku pasti orang yang mencintai dan dicintaiNya pasti akan mencintaiku... InsyaAllah ... 
***Berfikir seketika... 

p/s: Saje post gambar Irma Hasmi dan Suami sebab suka sangat tengok diaorang ni! Sweet! Kisah cinta pun sweet sangat! Jangan lupa tengok video perkahwinan mereka dan pre wedding ! Sweet ! Harap tak bosan ye! Gambar diambil dari FB The klikers .



the kliker







Ini video majlis perkahwinan diaorang!


Ni pulak pre wedding diaorang! 


Ni pulak masa majlis pertunangan beliau! 


Sweet kan ! Sweet sangat! Honestly aku sangat mengimpikan benda ni semua! I mean the video , the photoshoot! OMG... And the most important things is the moments when kita bergelar seorang isteri kepada seorang insan dalam hubungan yang halah dan diberkatiNya...(Semua yang bergelar manusia mesti ada perasaan ni kan. Normal lah kan. Nak2 bila tengok video ni , gambar ni.) Tak pelah , buat semua orang ,  One day ,detik tu akan datang juga,  insyaAllah ,
dengan izin Allah , :')

p/s: Aku masih belum bersedia untuk berpisah dengan keluarga aku , adik beradik , mama ayah... Aku sangat menyayangi mereka! 


Saturday, December 15, 2012

Beautiful Asmara!


Salam , okay sepatutnya semalam lagi dah update , heee.. So , berita gembira buat pembaca novel Aina Emir, novel terbaru beliau Beautiful Asmara sedang dicetak dan akan dikeluarkan tak lama lagi . Cover novel tu sangat cantik sebab sangat colouful! Combination colour tu! Thats my favourite colour! Hijau,biru,pink! 

promo_Beautiful_Asmara
This is the novel! Diambil dari website karnaDya ! 

Jadi,buat pembaca e-book, dah bolehlah start membaca! Aku pembaca manual , maksudnya masih guna buka , hehe.. kenalah tunggu novel ni. Seriously tak sabar nak baca! Ni serba sedikit sinopsis tentang novel ni(blog Aina Emir pun ada tau!) :

Sinopsis:

Husna, Khaleeda dan Widad menggelarnya ‘fashionista’ dek kerana tabiat yang suka melaram. Walaupun suka bergaya, Fira tetap biasa-biasa sahaja dan sangat selesa mengaku yang dia bukan minah urban.

Sejak dulu lagi Fira sudah rapat dengan Jazli, juga sekampung dengannya. Sekalipun lelaki itu berada jauh di perantauan, gadis itu tetap setia menunggu. Namun terlalu banyak kisah misteri yang menjadi latar perhubungan mereka, ada kala membuat Fira berasa ngeri untuk melangkah ke depan. Jazli pulang dan sepatutnya mereka berbahagia, tetapi kisah cinta mereka tidak semudah menyusun huruf alif baa taa.

Kemunculan lelaki selebriti yang bermulut ‘longkang’, bersama seorang teman ‘nerd’ di kampungnya, menimbulkan pelbagai episod drama dalam hidup Fira. Mungkin betul agaknya Reez Putra yang dikatakan tidak berperasaan itu mempunyai masalah dalaman akibat pengalaman yang pernah dilaluinya. Kini, Reez ghairah untuk memaparkan sebuah program realiti di kaca TV. Apa pula kaitannya dengan kisah cinta Fira-Jazli? Tentu sekali membingungkan bila Reez hilang dengan tiba-tiba sahaja. Ke mana pula perginya? Siapa pula gerangan Muz yang turut muncul ketika Fira dalam kekalutan?

Beautiful Asmara akan membawa anda berkenalan lalu menyelami hati dan jiwa watak-watak, ada yang ceria, ada pula yang pelik karakternya. Isu rating, hits dan gosip menjadi persoalan sensasi. Yang pasti, anda akan berteka-teki untuk melengkapkan mainan ‘puzzle’ yang terbentang dalam novel ini.

So , jangan lupa dapatkannya sekarang! :)

Friday, December 07, 2012

Minggu ni punya cerita,,



Salam , Alhamdulillah hari ni dah hari Jumaat. Diam tak diam rupanya masa ni sangat laju berjalan. kejab je dah Jumaat pastu kejab je dah akhir tahun. Isnin yang lepas , aku demam .(wuu , nak jugak bagitahu kan? hee) . First time duk kat Shah Alam ni , aku demam. Mula2 tu ingatkan demam biasa2 jelah then esok pagi tu nak pergi kelas , tak larat nak bangun. Jadinya memang tak pergi kelaslah kan. Lepas tu malam nya pergi Pusat Kesihatan sebab classmate kata kalau tak ada surat MC markah Test 0. ( hari Isnin tu aku Test Akaun) . 10% tu berharga sangat!

Doktor dah check semua , doktor tanya "Bila awak demam ni?". Aku pun jawablah "baru pagi tadi kena.(padahal sejak hari Sabtu aku dah tak sedap badan). " awak nak MC tak esok? " . "Tak nak . Saya cuma nak surat MC untuk hari ni je. Sebab pagi tadi saya tak pergi kelas..." Then doktor tu kata , "Kenapa awak tak datang pagi tadi? Sepatutnya tak dapat MC ni sebab awak kena pagi tadi , kalau dengan doktor lain , awak tak dapat ni.. " Aku pun diam jelah.. tak tahu nak cakap apa. Aku cuma cakap aku tak larat nak bangun pergi Pusat kesihatan. Then doktor kata " disebabkan temperature badan awak masih menunjukkan awak demam , jadi saya bagi awak MC. Tapi lepas ni jangan buat lagi tau. Kalau tak larat nak bangun call je ambulans sini , dia boleh datang amik. yang penting awak datang sini masa awak tengah betul2 sakit sebab saya tak tahu sama ada memang awak sakit dari pagi tadi ke apa.." Dah doktor cakap macam tu,apalagi aku boleh cakap melainkan ucapan terimakasih . Banyak kali aku mengulangi perkataan itu. Ya Allah , semoga Kau memberi doktor tu kejayaan dalam kerjayanya..

punyalah banyak ubat den dapat.. dan Alhamdulillad dapat sekali surat MC!
Malam tu pulak kolej aku buat fire drill. Aku salah seorang ajk yang terlibat . Tugas aku sebagai incident controller.. Incident controller ni bertanggungjawab dalam memeriksa setiap bilik memastikan semua pelajar dah turun. Masa taklimat , ketua kami kata kolej akan blackout. Setiap orang dibekalkan lampu suluh . Isnin tu pulak hujan.. Aku dan kawan aku jaga aras 9(tingkat paling atas sebab kami dari aras tu) . Tak larat sebenarnya. Badan aku masih belum cukup kuat tapi disebabkan tanggungjawab tu aku dah terima , aku kena jalankan.. Pretend yang aku okay supaya kawan2 tak risau. 12.30am kami diarahkan untuk bersedia di aras masing2. Time tu Allah je yang tahu macam mana berdebarnya hati ni memikirkan keadaan yang bakal gelap gelita tu . Lebih-lebih lagi kami tak dapat lampu suluh sebab kuantitinya yang terhad. Mengharapkan telefon jelah.

Bila bunyi je siren kecemasan , jantung terus berdegup laju. Tapi tunggu dalam 2 minit , tak blackout pun? Loceng kecemasan rancak menyanyikan lagu. Jadi , tanpa menunggu lebih lama, kami terus menjalankan tugas kami. Habis program semua dalam pukul 2.45 pagi . Pelajar2 lain dah balik bilik dulu masa bomba tengah buat demonstrasi untuk memadam api. Tanya jugak akak tu , akak tu kata, memandangkan keadaan hujan , pihak bomba kata tak payah blackout . Takut ada yang cedera sebab jalan licin. Apapun syukurlah semuanya berjalan lancar . 

Nilah baju korporat kami! 


Esoknya pulak nak pergi kelas, pagi tu terus tak ada kekuatan nak bangun. Badan sakit2.. Mujurlah hari selasa cuma ada 2 class. 1 pagi dan 1 lagi petang pukul 4. Jadi kelas pagi tu aku tak dapat pergi . Petang tu dapat pulak mesej class cancel. Jadi aku dengan roomate tetap ke fakulti untuk ambil baju korporat . Tapi! rupanya baju tu dah diambil semuanya oleh classmate aku sorang ni . Kitaorang terpaksalah menapak ke hostel dia untuk amik baju tu . Bukan baju kitaorang je , baju classmates lain pun kitaorang amikkan sekali. Maklumlah , kelas kitaorang 2 je lelaki, yang lain semua perempuan. Hari ni pun aku tak pergi class... Malam khamis tu join seminar, seminar habis pukul 12am. Balik bilik nak study tapi layan movie dulu pastu study . Gara2 tak cukup rehat (hari khamis kelas sangat pack dari pagi sampai petang),pagi tu aku tak larat nak bangun. Mata tak boleh nak bukak. Jadi terpaksa skipped class.. Harap2 tak jadi apa2 yang menghalang aku untuk ambil final exam. Takut... Ni last! serious! Lepas ni taknak lagi ulang.. Okaylah , ni je untuk malam ni . bye! 

Ni masa seminar malam khamis tu...




p/s : Sesiapa yang baca ni , harap korang dapat doakan mokde saya yang berada di HKL supaya beliau cepat sembuh.. Ya Allah , kuatkan semangat mokde ku dalam melawan penyakitnya dan berilah dia kesembuhan, sihatkan tubuh badannya.. :'(

Friday, November 30, 2012

12 December 2010 :)


Salam , malam ni tetiba teringat pulak dengan statement kawan aku sorang ni. Kata dia " Kau ni memang fanatik sangat dengan penulis novel tu kan ? " . Aku hanya mampu mengukir senyuman. Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza terhadap diri kita . Tak semua sama. Kadangkala tu ada jugak yang sampai membuatkan hati kita tersentuh. Lumrah kehidupan yang harus kita terima. Kenapa tajuk entri kali ni 12 December 2010 ye ? Ada sesuatu yang bermakna ke?


Semula memulakan bicara dengan lebih lanjut, suka untuk aku ingatkan di sini supaya klik di sini Hanya Kerana Sebuah Novel untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Seperti yang aku pernah tulis dalam entri yang sebelum ni, aku sangat meminati karya Aina Emir. Sejak novel pertama yang aku baca, Setulus Janji , aku terus berusaha untuk mendapatkan novel2 beliau yang lain. Alhamdulillah ketika itu perpustakaan kami ada menyediakan novel2 untuk bacaan para pelajar ( hasil daripada perbincangan kami dan guru perpustakaan tersebut). Alhamdulillah juga dapat permintaan yang menggalakkan. 

Memandangkan kami satu kelas sangat baik dengannya pembantu am yang jaga bahagian buku kat library tu, namanya kak Siti , dapatlah kami "book" dulu novel2 baru yang sampai. Tak ketinggalan juga novel Kak Aina Emir. Kamilah orang pertama yang akan pinjam novel tu dulu .Kak Siti tu pun dah faham sangat lah . Teringat pulak ada satu hari tu masa aku ke library, kak Siti cakap kat aku " Dik, ada novel baru dah sampai. Tapi tengah balut dulu. Nanti dah siap akak simpankan untuk kau eh. Jangan lupa datang ambil."Ya Allah , masa tu rasa teruja sangat. Inilah baiknya bila kita baik dengan orang. Nak pinjam novel pulak ada kad ahli tau. Aku antara orang pertama yang mendaftar untuk kad Ahli tu , heehee.. So dari situ aku makin mengenali seorang penulis yang bernama Aina Emir. Masa tu manalah aku pandai sangat guna komputer ni . Jadi tak adalah aku mengikuti perkembangan kak Aina dari blog beliau.. Tahun 2011 barulah aku secara officialnya menjadi follower Aina Emir dan mula mengikuti perkembangan beliau.  The Whispers Of My Soul , nama blog ni pun aku ambil sempena nama blog Maya Kamilla dalam novel Selamat Malam Kekasih.
 ( No wonder lah kawan2 aku kata aku ni fanatik dengan Aina Emir)

12 DECEMBER 2010 :)

Alhamdulillah pada tarikh ni aku mula berkenalan dengan Aina Emir melalui email. Mula2 tu Allah jelah yang tahu macam mana perasaan aku masa nak klik butang send kat laptop tu.. First impression aku ,

 " Penulis ni balas ke email aku nanti? Kan popular , takkanlah ada masa nak layan email dari aku. Peminat dia ramai je pun. Siapalah aku ni. Jumpa pun tak pernah. Mesti tak balas... Tapi tak pelah , cuba2 je , mana tahu dia balas.. "

Masa ni teragak2 jugak nak tekan butang send tu . Fikir banyak kali. Tapi disebabkan masa tu aku ingin sekali tahu siapakah Lea Mansur dan Jenna Jehan , aku teruskan jugak niat untuk send email tu kat beliau dan Alhamdulillah , bila aku buka email aku , tengok inbox ada new email.



Ya Allah , masa tu rasa teruja sangat sebab beliau balas email aku. Kemudian , bila dah dapat replied message , makin banyaklah aku nak tanya tapi masih juga hati berbisik

 " Dia suka ke aku tanya banyak2 ni , macam tak suka je.. Hmm.. Nak hantar email lagi ke.. " 

Tapi lama2 lepas tu semuanya jadi okay , dan aku tidak lagi berasa kekok untuk berbual dengan beliau melalui email.. Ternyata first impression tu tak selalunya betul Beliau sangat baik,sangat memahami, sangat peramah.. Sangat caring.. terbanyak sangat yang tak mampu untuk aku ungkapkan. Aku sayang sangat dengan kak Aina. Umur bukan jarak pemisah untuk kami menjadi kawan. She is my bestfriends! Forever and ever! 


Kawan2 aku pulak akan selalu kata yang aku ni sangat fanatik dengan beliau . Tengok sahajalah blog ni . Macam jual novel kan? Tapi aku tak kisah . Setiap orang ada persepsi mereka yang tersendiri . Kita tak mampu menegah apatah lagi melarang. Biarlah mereka dengan tanggapan mereka . Yang penting aku tak melanggar syariat Islam dan tak buat perkara2 yang tak elok.

 Fanatik tu subjektif. Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan perkataan tu , pasti sedikit sebanyak terlintas di hati " dia ni mesti sanggup buat apa je kan. Fanatik la katakan" Aduhai.. Sungguh fanatik tu tak semestinya begitu sayang.. Aku seperti manusia lain jugak. Yang ada rasa minat dan suka. Tak salah kan minat aku ni? Jadi, janganlah buat andaian buruk terhadap aku bila aku sangat meminati novel2 Aina Emir. Aku baca jugak novel2 karya penulis lain tapi minatku lebih kepada novel Aina Emir.


Buat kak Aina Emir : Terimakasih banyak kak Aina for being my bestfriends! Fara sayang kak Aina sangat! Walaupun kita masih belum pernah berjumpa tapi Fara yakin , insyaAllah satu saat Allah akan temukan kita. Semoga ukhwah antara kita berkekalan hingga ke syurga..  Aminn :')

***Berfikir seketika...

Wednesday, November 28, 2012

Tulis ajelah apa2 pun kan !


Salam , okaylah , malam ni tak ada idea nak tulis apa sebenarnya. Oklah , hari ni sepatutnya aku ada class dari pagi sampailah petang pukul 6. Memandangkan minggu konvokesyen ni ramai lecturer yang terlibat mungkin , so banyak kelas yang cancel. Bagusnya sebab tak payahlah nak jalan kaki selama 15 hingga ke 20 minit untuk fakulti sebab sepanjang minggu konvokesyen yang sedang berlangsung ni , payah nak dapatkan bas ke fakulti. No choice, kena jugak jalan kaki.. Tapi...Tak bagusnya sebab final exam dah nak dekat , banyak topic yang perlu dihabiskan terutamanya akaun. 
"Setiap langkah untuk menuntut ilmu itu pasti ada ganjarannya. Yang penting niat kerana Allah ..insyaAllah.."
Selasa lepas aku berpuasa , sungguh banyak dugaannya. Pagi2 lagi dah jalan kaki ke fakulti. Kemudiannya aku ke Seksyen 17 untuk beli tiket bas pulang ke Melaka(bukan apa , kalau beli awal2, senanglah sikit. Kalau tak jadi macam sebelum ni , pukul 5 baru ada tiket bas yang available walaupun masa tu aku dah sampai seksyen 17 pukul 2 lebih.. Mujurlah Allah sentiasa memudahkan urusanku.. Aku ditemani rakan bilikku untuk ke sana. Mujurlah jugak petang tu lecturer cancel class. Ya Allah , sungguh tak larat nak bangun. Tapi masih mampu bertahan sehingga azan maghrib berkumandang. Alhamdulillah. Okay, Sebelum ni pun , masa first time kali aku nak balik ke Melaka naik bas , aku ditemani dengan rakanku jugak , Musfirah nama diberi . Alhamdulillah , ketika itu dia ingin ke sana untuk menukar tiket basnya , jadi adalah peneman untuk ke sana. Takut juga sebab aku tak biasa dengan Shah Alam ni.. Walaupun urusannya selesai awal tapi dia sanggup temankan aku sampai aku betul2 dah naik bas baru dia balik .. Allahuakhbar.. sangat terharu dengan kebaikannya.. Semoga Allah membalas segala kebaikannya... Terimakasih mus.. :') 

Dahulunya ,masa zaman2 sekolah , aku dan dia pernah bergaduh besar tapi Alhamdulillah , jarak antara kami telah memadamkan api kemarahan yang membara dalam jiwa.. Kami bertemu kembali di Matrikulasi kemudian Alhamdulillah , kami juga ditempatkan di universiti yang sama dan sekarang ukhwah antara kami semakin erat walaupun tak selalu jumpa tapi hati tak pernah melupakan. Setiap yang terjadi tu ada hikmahnya kan. Syukurlah .. Hargailah sahabat anda selagi masih diberi kesempatan untuk bersama ye .. Ukhwah itu indah :)


*Iklan sekejab: Tengah leka menaip,tiba2. "Fara! Dah 4. " Ok, sekarang Malaysia dah jaringkan 4 gol. Tahniah Malaysia!

Okay , sambung cerita tadi , hehe.. Hari ni aku cuma ada 1 class ajer , kelas mandarin! Actually , aku nak sangat belajar bahasa Arab,aku sangat sukakan bahasa Arab tapi... hmm.. nantilah aku cerita kenapa aku tak register bahasa ketiga tu sebagai bahasa Arab. Kata nak sangat belajar, tapi kenapa tak register kan ? Ada sebabnya , tunggu lah ye .. Okay , memandangkan cuma 1 class je , so lepas class bercadanglah nak buat group discussion untuk assignment yang kami kena hantar week 13 tapi lepas class tu aku naik Bas A, so bas tu menuju ke Jakel dan kawan2 aku pun nak ke sana , I mean , area2 situlah nak cari barang. aku ni tak pernah pun ke sana jalan2, tu lah first time kalinya aku ke sana, so aku ikutkan jelah walaupun sebenarnya boleh je aku naik bas tu balik sebab bas tu akan masuk ke kampus semula.

2 orang kawan aku ni dah tertarik dengan durian , so diaorang pun berhentilah makan durian. Aku dan kawan yang lain seorang ni pergi ke Jakel. Kawan aku ni nak cari baju untuk kenduri kahwin. Dah alang2 tu , aku pun ikut jelah , dapat tengok2 kain. Mana tahu ada yang berkenan di hatikan. So masuk ke Jakel , teruja sekejab. Banyaknya kain lawa2. Mata aku tertarik dengan baju kurung pahang warna hijau pucuk pisang berkain songket dan juga baju kurung moden warna putih yang ada sulaman warna turquoise. kalau nak buat baju tunang pun boleh , hee.. Subhanallah , cantik baju tu ! Dan harganya pun secantik baju tulah . RM200 and above.. Hmm , terpaksalah dilupakan niat untuk beli baju tu .


Wah ape ni? Sedapkan? 

Lepas tu jalan lah area2 situ dan kemudian sebelum balik kami singgah makan di Restoran Nasi Ayam Penyek Jawa. Lebih kurang gitulah. Dekat2 dengan Giant. Disebabkan terlalu "sedap" , aku sampai menitiskan air mata masa makan tu , hehe... Then lepas tu balik kolej . Duduk Shah Alam ni ,tu lah first time kali aku jalan2 kat area situ . Paling jauh pun seksyen 2 sebab nak ke seksyen 17 harus ke seksyen 2 dulu , hehe... Oklah , dengan membuang masa , tamatlah cerita hari ni,. heehee... Salah dan silap harap dimaafi.. Barakallahufik :)

p/s: Entri menarik untuk di kongsi, klik je sini: AinaEmir: Siapalah Aku Ni :)

Anythings :')




Monday, November 26, 2012

Salam Cinta :')


Salam , setelah lama cerita ni berada dalam simpanan aku , akhirnya malam semalam dapat juga aku meluangkan masa untuk menonton cerita ni. Mula-mula tengok rasa macam bosan je tapi sedikit demi sedikit timbul pula rasa suka.Sebuah filem Romantik Islamik yang berjaya membuatkan hati aku cukup tersentuh... Tahniah kepada barisan pelakon Kamal Adli dan Diana Amir. Masing-masing berjaya melakonkan watak mereka dengan penuh berkesan.


Hati aku begitu tersentuh bila tiba scene di mana Laila berangkat balik ke Mesir membawa hati yang duka dan Amirul ,setelah mendapat tahu kejadian yang sebenar daripada manager dia terus berlari mendapatkan Laila untuk menerangkan hal yang sebenar tapi malangnya bila Amirul sampai sahaja, Laila telah berangkat untuk balik ke Mesir. Bermula dari detik itu , hati aku benar-benar tersentuh... Tapi ia tidak berhenti di situ sahaja, bila tiba pulak scene masing-masing membuat solat Istikharah meminta petunjuk yang Maha Mengetahui , hati aku kembali terusik . Air mata berlinangan.. Semakin deras tatkala Laila mendapat jawapan di atas segala persoalannya.Ya Allah, sukar untuk ditafsir persoalan yang bermain di minda ku ketika itu. Entah kenapa hatiku terus terdetik nama insan tersebut. Fikiranku terus melayang memikirkannya yang sangat jauh di mata... Allahuakhbar.. Adakah ini mainan hati semata-mata untuk menguji diriku.. Ya Allah,janganlah jadikan aku hambaMu yang tidak tahu erti bersyukur di atas segala nikmat kurniaanMu...


"Rabb, jika Kau izinkan dia untuk menjadi imamku,izinkanlah wajahku untuk menjadi sinar terhadap dirinya ya Allah.. Izinkan sentuhanku untuk menjadi jalan mendekati diriMu ya Allah..Wahai Allah yang Maha Mengetahui,tunjukkanlah jalan untuk hambaMu ini ya Allah... " :')


Saturday, November 24, 2012

Campus Life : Adil tak kita dengan kawan2 lain ?


Salam , Alhamdulillah ,sekian lama tak online blog ni akhirnya hari ni dapatlah juga menulis semula. Ya Allah , terlalu merindui blog. Dah lama tak menulis kan.. Even cerpen aku tu pun tak settle2 lagi... Mungkin azam aku belum cukup kuat untuk menjadi seorang penulis. Suatu masa nanti , insyaAllah... Okay , tergeraknya nak tulis blog ni dah lama tapi disebabkan kesibukan dengan assignment,kuiz, test sampai tak ada masa nak update. Bismillah... Semula memulakan cerita , mohon maaf kepada pihak2 yang mungkin akan terasa dengan apa yang akan diperkatakan. Sesungguhnya manusia itu tak pernah lari dari membuat kesilapan. Teringat kata2 sahabatku dahulu ketika aku memohon maaf kepadanya ,

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : 
"Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat"
(Riwayat Al-Tirmizi) . 

Okay , sebenarnya perkara ni seringkali terjadi dalam kehidupan seharian kita tatkala kita harus berhadapan dengannya. Apa dia ? Tak lain dan tak bukan adalah exam. So , nak dijadikan cerita hari ni Ain dan rakan-rakan kelasnya yang lain akan menghadapi Test 1 untuk subjek Undang-undang. Seminggu sebelum exam berlangsung , pensyarah telah pun memberi klu tentang soalan2 yang akan ditanya. Jadi mudahlah kerjanya. Ulangkaji soalan2 yang pernah dibuat semasa berada di dalam kelas. Mungkin untuk soalan fakta agak susah sedikitlah jika hendak dibandingkan dengan soalan yang berbentuk cases. Tapi dah nama pun undang-undangkan , so semuanya adalah fakta. Masing-masing sibuk dengan dunia mereka menghafal , mengingat dan memahami sehabis boleh tajuk yang dibaca tidak terkecuali juga dengan Nurul Ain. Persediaan Ain untuk menghadapi exam tidaklah begitu hebat. Dia cuba apa yang termampu. Apabila pensyarah tiba sahaja, masing2 mula panik. Baik yang dah habis study dan juga belum. Pelbagai persoalan bermain di minda. "Awak rasa soalan apa yang keluar? Kalau bab ni saya tak bacalah.." bisik rakannya. Jelas terpancar kerisauan yang bertandang dalam diri rakannya itu. Seperti biasa , Ain cuba mengawal perasaannya sebelum menenangkan rakannya itu . "Jangan risaulah awak. InsyaAllah semuanya ok. Lagipun soalan tu kita boleh pilihkan. Kalau awak rasa tak boleh nak jawab soalan tu , pilihlah yang lain." balas Ain sambil mengukir senyuman.


Peperiksaan dimulakan apabila semua telah mendapat kertas soalan. Memandangkan ini bukanlah official exam, pelajar dibenarkan untuk tidak menjarakkan meja masing-masing. Suasana sepi mula mengisi class Ain. Masing-masing tekun menjawab soalan yang diberikan. Pelbagai jawapan bermain di minda,menunggu masa untuk dimuntahkan semuanya. Ain yang pada mulanya nampak tekun menjawab peperiksaan kini mula gelisah tatkala melihat soalan yang seterusnya. Memandangkan soalan itu berkaitan dengan soalan case yang diberikan oleh pensyarah pada minggu lepas, sedikit sebanyak jawapannya masih berada di kotak fikiran. Namun sayangnya Ain hanya dapat mengingati case yang boleh di aplikasikan dengan soalan tersebut. Maksud akta yang berkaitan dengan case itu sudah pergi jauh dari kotak fikirannya. Tapi itu bukan penghalang untuk Ain tidak menjawab soalan tersebut. Selagi terdaya , dia cuba menjawab dan mengingati apa jua jawapan-jawapan yang berkaitan. Sampai satu saat di mana Ain sudah ketandusan idea, dia mula menoleh ke kiri dan kanan melihat rakan-rakannya yang masih tekun menjawab. Ketika Ain sedang menoleh ke kanan , tiba-tiba matanya tertumpu ke arah rakan sekelasnya yang khusyuk menulis jawapan. First impression Ain, "Lajunya tulis, tak mengapalah . Mungkin dia studykan.." Sedang leka memerhatikan gelagat rakannya itu tiba-tiba matanya beralih pula ke arah fail lutsinar yang berada bersebelahan dengan rakannya. Ain terkedu. "Ya Allah , tu rupanya kerja dia. Patutlah laju aje jawab soalan tu... " Perasaan marah,kecewa,terkilan mula menyelubungi hatinya namun ditenangkan hati itu dengan mengingati Allah... 
Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.  
(Surah Ar-Ra'd:28)
Selesai sahaja menjawab soalan-soalan yang diberikan , Ain melangkah keluar dengan perasaan yang sukar ditafsirkan.Marah,kecewa,terkilan semuanya bermain2 di hatinya. Marah dengan sikap rakan-rakannya itu, terkilan dan kecewa dengan apa yang mereka lakukan. Ya Allah , adilkah apa yang mereka lakukan ini. Adilkah mereka dengan rakan-rakan mereka yang lain. Jujur kah mereka dengan rakan-rakan mereka dan juga pensyarah . Bukankah apa yang mereka lakukan itu satu penipuan. Bukan sahaja penipuan terhadap diri sendiri tapi juga kepada rakan-rakan dan juga pensyarah. Dan bagaimana pula dengan keputusan yang mereka akan perolehi. Teringat kata-kata pensyarah yang sering terngiang-ngiang di fikiran tatkala hati ingin menipu dalam peperiksaan. Lebih kurang begini katanya, "Jika kita meniru dalam peperiksaan dan hasil daripada tindakan kita itu membuatkan keputusan kita lebih baik daripada mereka yang selayaknya dan sekaligus menutup jalan orang yang selayaknya itu , adakah wujud keberkatan pada kejayaan kita tu. Dan sekiranya kita mendapat kerja yang baik di atas kejayaan yang kita peroleh itu(hasil daripada tindakan kita itu), berkat ke gaji yang kita dapat ? Dan kemudian gaji itu kita gunakan untuk keluarga .Renung-renungkanlah..."  Ya Allah , berikanlah hambaMu ini kesabaran dalam menghadapi dugaan yang Engkau berikan ini. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui..

p/s : Secara jujurnya semasa aku berada di sekolah dahulu pun , perkara-perkara macam ni aku selalu pandang remeh dan tak ambil kisah tapi bila kebenaran dah terpampang depan mata , barulah aku sedar hakikat yang sebenar. So, bila dah tahu tu cuba-cubalah aplikasikan dalam kehidupan. Janganlah sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kalau kita buat macam tu , adilkah kita dengan kawan2 kita yang lain tu? Cuba kita berada di tempat orang yang belajar sebab nak dapat markah baik , tiba-tiba kita senang2 je copypaste jawapan dari nota.. Melainkan anda seorang yang tidak ada perasaan , mungkin anda takkan rasa apa2. Wallahualam. Sesungguhnya peringatan ini untuk diri aku juga...

***Berfikir seketika...

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 :)


Salam , Alhamdulillah akhirnya malam ni berkesempatan juga aku untuk menulis di blog ni. Selamat Menyambut Tahun Baru bagi semua umat Islam , Salam Maal Hijrah 1434. Semoga kita dapat berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik,insyaAllah... Amin.. Dalam Al-Quran Allah ada berfirman yang bermaksud :
 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. " (Surah Ar-Ra'd 13:11 )


Sekarang ni aku lihat di sekeliling aku seperti ada satu trend masa kini yang mana ada 2 kelompok iaitu yang pertamanya adalah kelompok yang benar2 ingin berubah kerana Allah, mereka berlumba2 untuk mengaut seberapa banyak ilmu yang ada di sekitar mereka , berkongsi cerita antara satu sama lain untuk menjadi seorang yang lebih baik. Alhamdulillah... Syukurlah.. Tapi di sisi lain , aku melihat pulak kelompok yang berlumba2 mengejar fashion masa kini. Pelbagai pakaian yang pelik membaluti tubuh sampai kadang2 tak tahu nak cakap fesyen apa yang dia pakai. Ya Allah , peliharalah aku dan ahli keluarga sentiasa... 


Bila difikir2 balik , mungkin inilah yang dikatakan manusia akhir zaman.. Ya Allah , bila disebutkan umat akhir zaman , hati aku rasa takut sangat . Takut mengenangkan dosa yang masih banyak . Ya Allah , jauhkan aku dari sifat mazmumah.. sifat munafik.. riak.. takbur... Sungguh aku takut sekiranya perasaan2 ini menyapa diri. Moga dipelihara hatiku dari perasaan2 yang tak elok. Melihat berada di samping rakan2 muslimah ,ya Allah.. terdetik di hati rasa sangat kerdil dan kecil. Sesungguhnya masih banyak yang perlu aku perbaiki. Mudah-mudahan penghijrahan kami ini kekal selamanya dan mendapat redhaNya. Apa2 pun yang penting niat kita dalam mengerjakan sesuatu amalan semata2 ini mencari keredhaanNya. Jika baik niatnya,mudahlah jadinya dengan izinNya. Serious tak tipu! Apa pun yang jadi kat kita ,ingat Allah sentiasa ada di sisi kita. Our family sentiasa ada untuk kita :') Salam Maal Hijrah ! May Allah always bless us , Amin...

***Berfikir seketika...

p/s : Pesanan untuk diri sendiri juga...

Wednesday, October 31, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam , lama tak kemas blog, banyak dah habuk nih , hee... Alhamdulillah sekarang tengah cuti mid-sem, sepatutnya dah awallah kan kemasnya tapi sebab terlalu seronok berada di samping keluarga tercinta di rumah tersayang , lupa semuanya.. First of all nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha , semoga kita dapat ambil ikhtibar dari peristiwa yang terjadi ini. (walaupun dah terlambat mungkin)



Okay ! sepanjang cuti ni , insyaAllah cuba dimanfaatkan sebaik mungkin , seminggu je kot.. Sekejab je  ,tak puas .. nak duk rumah lama2 tapi tanggungjawab dan amanah yang dipikul perlu juga dilaksanakan , mudah-mudahan Allah permudahkan... banyak perkara yang hendak dikongsi tapi insyaAllah dalam masa terdekat aku akan cuba untuk mengemaskini blog ni yang semakin berhabuk , hehe.. Macam yang aku cakap sebelum2 ni , walaupun kemudahan dah ada depan mata tapi kalau kerajinan itu tak ada, tak menjadi juga kan?  Semangat kena sentiasa ada.

Walaupun tak ada yang baca tapi aku seronok sebab dapat menulis . Sekurang2nya dapat mengubat rindu ku pada zaman persekolahan terutamanya subjek Bahasa Melayu bahagian karangan . That is my favourite . Bagilah apa pun bentuk cerita , pasti aku akan bersemangat nak buat.  Nak buat macam mana , memang tu minat aku . Dan sebab minat tu jugak , terhasillah blog ni kan.. So , selagi diberi kudrat untuk menulis , aku akan menulis sebanyak yang boleh ,insyaAllah ... Ada yang baca atau tidak , itu tidak menjadi satu masalah. Kalau ada alhamdulillah , semoga bacaan itu mendapat manfaat dan kebaikan insyaAllah ...


Selagi aku boleh menulis , selagi Allah masih memberikan nikmat ini kepadaku , aku akan teruskan selagi mana aku termampu,insyaAllah... Mudah-mudahan aku tak menyalah gunakan nikmat yang aku miliki ni . 

***Berfikir seketika...