◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, May 31, 2012

BBC kembali !

Salam , ok . Memandangkan dah agak lama tak update, entri untuk hari ni banyak lah sikit ye. Tapi entri untuk hari ni lebih kepada kehidupan seharian. Relaks lah sikit. kan. BBC ! Nick name untuk Benci Bilang Cinta. Sinetron indonesia yang sekarang sedang di siarkan di Astro prima setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12 tgh hari hingga 1. Ulangan pula pada pukul 12 tengah malam. Sebenarnya cerita ni dah pernah ditayangkan masa aku form 5 dulu. Masa tu dimainkan di Astro Ria.  Entah kenapa macam ada magnet yang menarik aku untuk tengok kembali cerita tu . hehe.. Pelakon2 nya pun tak kurang hebatnya. Hero dan Heroinnya ialah Marshanda dan Baim Wong. Memang sweet sangat mereka ni ! 

Serba sikit maklumat tentang cerita ni :

Dimas Subekti pewaris Bagio Group yang sangat berkuasa harus menikahi seorang gadis miskin, tapi manis dan polos, bernama Winda. Hal in karena dia harus memenuhi amanat dan perjanjian antara almarhum Jendral Subagio Subekti puluhan tahun dulu dengan ayahnya Kuncoro kakek Winda. Dimas sendiri sebenarnya sudah mempunyai tambatan hati bernama Claudia seorang yang bercita-cita menjadi pebalet professional, yang rela meninggalkan Dimas untuk mengejar biasiswa sekolah baletnya.


p/s: Sila layari http://id.wikipedia.org/wiki/Benci_Bilang_Cinta untuk maklumat lanjut ye . Selamat menonton ! :)

Taman 1000 Bunga !

Salam , entri kali ni nak cerita sikit pasal Taman 1000 Bunga . Walaupun dah lama dibangunkan tapi baru sekarang berkesempatan untuk ke sana. Jom cari tahu serba sikit mengenai Taman 1000 Bunga ni:

"Taman Seribu Bunga terletak di Jalan Gapam bersebelahan dengan bangunan Seri Bendahara atau Pejabat Ketua Menteri Melaka ataupun bersebelahan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka. Taman ini dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di kawasan seluas 5.3 hektar. Perasmiannya disempurnakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2007. Dalam ucapannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat Malaysia menanam pokok-pokok bunga kerana ia bukan sahaja mengindahkan kawasan rumah malah turut mewujudkan suasana seronok berada di rumah. "


Banyak juga gambar2 yang kami adik beradik ambil semasa di sini . Tapi upload sikit ajerlah , hehe.. Jom kita tengok !


















Tercari2 jugak bunga ros masa jalan2 kat sekitar situ tapi hampa ajer. Tak jumpa pun bunga ros kat situ. Banyak yang kami jumpa bunga orkid. Baru nak berangan2 jalan2 di kawasan taman yang dikelilingi bunga ros. hehe.. Takpelah , nanti2 kita buat sendiri taman bunga ros. ok tak? KEpada yang belum lagi berkunjung ke sini , sila2 lah ye. Nak jadikan sebagai tempat photoshoot kahwin pun boleh ajer. hehe.. Bapa saudara aku pun amik gambar kat sini lepas majlis persandingan dia. Yang penting jurukamera kenalah bijak mengatur langkah ye. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut bolehlah layari http://tamanseribubunga.phtj.gov.my/ :)

Tepi pantai: Jom ambil gambar !

Salam , alhamdulillah . Kali ni taknak cakap banyak2.. Cuma nak kongsi gambar2 yang kami adik beradik ambil semasa singgah sekejab di tepi pantai .




Banyak lagi sebenarnya . Tapi cukuplah ni . Nanti2 share lagi :)

Thursday, May 10, 2012

Nilai sekeping gambar



Salam , gambar? Apa ada pada sekeping gambar? hmm, Kadang2 macam tak penting je. Tapi... Sekeping gambar tu mempunyai nilainya yang tersendiri. Kadangkala sukar ditafsir akal. Kalau zaman dulu, susah nak ada kamera, so kalau kita nak tengok gambar2 mak ayah kita masa kecil2 dulu pun susah kan. Bila mereka bercerita tentang kenangan zaman kanak-kanak mereka, hanya mereka sendiri yang mampu menggambarkan keadaan yang sebenar bagaimana keadaan itu. Seronok dengar! kalau zaman sekarang ni ,senang je nak dapat kamera. Banyak pula koleksi gambar2 yang diambil . Mana tak nya, pantang tengok tempat cantik sikit, pantang dapat kamera, asyik dk klik je kamera tu , hehe..

Tahu tak,dalam sekeping gambar tu kadangkala mempunyai 1001 makna. Salah satu cara untuk menyimpan kenangan yang dapat dilihat dalam bentuk gambar. Indah semuanya. Namun bagi yang tak ada kenangan dalam bentuk gambar, kenangan di hati akan sentiasa ada. Bermain di minda tatkala hati menginginkan kehadirannya. Pastinya akan membuat kita tersenyum sendiri mengenangkan memori itu. Sama ada kita menyimpannya dalam bentuk gambar atau dalam ingatan , semuanya sangat bererti. Simpanlah gambar2 anda dengan baik supaya akan datang gambar tu dapat kita tengok balik dan dijadikan sebagai satu kenangan sepanjang perjalanan hidup kita. Bak kata Yuna, 

"Di setiap gambar ada lagunya..."

***Berfikir seketika...

Tuesday, May 08, 2012

Kenduri kahwin !


Salam ,sibuk beberapa hari ni , tak sempat nak update. Kenduri kahwin.Tiba-tiba aja. hehe .  Bukan apa, baru hari sabtu tu teman kakak aku pergi kenduri kahwin salah seorang kawan dia.   Cakap pasal kenduri kahwin ni , pastinya dalam kalangan masyarakat kita, perkara yang paling utama bila pergi kenduri kahwin mesti kita nak tengok yang ni kan :

1. Bilik pengantin
2. Pelamin
3. Pengantin
(paling kurang pun lauk pengantinnya, hehe)

Cantikkan ! 
Tapi selalunya kalau orang pergi kenduri kahwin nak tengok bilik pengantin,pelamin dengan pengantinnya. Macam dah jadi satu kebiasaan pulakkan . Seronok dapat tengok tu semua. Bila dah tengok mulalah berangan-angan nak kan something yang macam tu atau yang lebih cantik. kan3??? Nak bergambar atas pelamin yang seronok tu. Alahai, sebenarnya kalau ikutkan tu semua tak ada pun tak apa. Tapi kalau tak ada , tak adalah kenangan nak kita tengok kan. Ni pendapat aku jelah . Nak buat tu semua boleh tapi 

Biarlah ikut kemampuan kita sendiri. Ukur baju di badan sendiri. 

Baru betul tu . Jangan kita kahwin ni kita berhutang semata-mata nak kan majlis yang grand2 gitu.  Buatlah sekadar yang termampu ye. Bukan ke kita adakan majlis ni untuk memberitahu orang ramai tentang pernikahan kita . Bukannya untuk kita menunjuk-nunjuk.

Teringat pulak majlis kenduri kahwin bapa saudara aku , tahun lepas. Walaupun biasa-biasa sahaja, namun tetap meriah. Maklumlah , ada dua pasang pengantin. Mana tak meriahnya. Meriah sangat ! Tapi time tu kitaorang pakai katering aja. Dulu lagi meriah. Masak sendiri lauk-lauknya. Upah orang kampung yang teror bab2 ni. Time tu ramai orang kampung yang datang tolong. Kupas bawanglah , isi bunga telurlah, Potong daging. Meriah sangat masa tu. Kendarat la katakan. Seronok tau! sekarang susah nak rasa semua tu. Kita lebih memilih pakai katering ajer. Mudah. Senang. Tak adalah penat sangat nak kemas2 nanti. Oklah,cukup sampai sini. Nanti sambung lagi , insyaAllah... :)

***Berfikir seketika...

Friday, May 04, 2012

Kehidupan: Suka dan duka...


Salam , alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk melihat keindahan Yang Maha Kuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Sekejab je dah hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ni masa tengah tolong mama di dapur, terdengarlah jiran kami yang senang seronok berkaraoke. Cuaca hari ini pun cerah. Ditambah dengan nyanyian mereka, meriahlah suasana taman kami. Memandangkan hari ni hari persekolahan, suasana taman macam biasalah . Senyap sunyi aje. Hanya kedengaran bunyi-bunyi kenderaan yang lalu lalang.

Sambil-sambil aku memotong nenas untuk buat rojak jelantah, mama aku cakap " Suka hati(senang hati) orang yang karaoke ni kan. Macam nilah kehidupan. Yang suka,suka. Yang duka, duka... " Aku hanya tersenyum memandang mama aku. Ada betulnya jugak apa yang dikatakan. memang inilah realiti kehidupan. Ada suka dan ada duka. Semua tu yang mewarnai kehidupan kita sebenarnya. Cuba bayangkan kalau dalam kehidupan kita ni tak ada duka. Asyik gembira je , mesti tak mencabar. Dan begitulah sebaliknya...

Hargailah detik-detik indah yang hadir dalam hidup kita dan hargailah juga saat-saat duka dalam hidup kita supaya kita sedar dalam hidup ni bukan sepanjang masa kita akan bergembira. Adakalanya kesedihan pasti datang menyapa. Laluilah segalanya dengan penuh tabah. Sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diredhaiNya,insyaAllah.. Amin...


***Berfikir seketika...

Janganlah begitu kawan ! Maafkan :)



Salam , hari ni macam ada banyak benda nak cakap . Tapi ada satu ni yang sangat menarik perhatian aku. Sebagai manusia yang telah Allah ciptakan dengan begitu sempurna kita memang takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Baik dari segi perbuatan mahupun tutur kata . Aku pun sebagai manusia , dalam kehidupan seharian mesti ada perbuatan atau tutur kata aku yang secara tidak sengaja menguris hati orang lain. Inilah yang dinamakan realiti kehidupan yang mesti kita harungi. 

Sebagai manusia, kita takkan pernah lari dari membuat kesilapan. Itu yang pasti! Dan kesilapan itu yang akan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa dalam apa jua tindakan kita. Janganlah dengan mudah kita menjatuhkan hukuman ke atas orang lain disebabkan kesilapan yang pernah dia lakukan dahulu.. Teringat cerita rakan aku,Adam(bukan nama sebenar).Rakan-rakannya tidak mahu berhubung dengannya dan adakalanya tika berhubung pasti akan ada percakapan mereka yang mengguris hati Adam. Semua itu gara-gara perbuatan Adam yang suatu ketika dulu menimbulkan perasaan kurang senang di hati rakan-rakannya.. 

Memang rakan-rakannya itu berhak begitu kerana mereka merasakan Adam itu bersalah . Tapi ingat! Sebagai manusia , kita tak boleh menghukum sewenang-wenangnya seseorang itu atas apa yang dilakukan. Cuba memaafkan dan menerima kehadirannya dalam kehidupan kita . Teruskan hubungan sebagai kawan yang telah terjalin. Bukankah kita sering kali mendengar bahawa sekali kita berkawan,selamanya kita adalah kawan. Ingat! Kita juga pasti ada melakukan kesilapan yang tanpa kita sedari.Cuba kalau kita berada di tempat Adam, pastinya apa yang dirasai Adam turut kita rasaikan. Janganlah begitu kawan! 

Nabi bersabda,
 "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)


Allah sendiri mengampunkan hambanya.. Rasulullah sendiri memaafkan umatnya.. Kenapa tidak kita? Manusia biasa yang dijadikan Allah untuk taat kepadaNya. Aku sendiri akui memang rasa susah nak memaafkan orang lain apatah lagi jika orang tu buat something yang kita rasa sakit hati sangat tapi tak salah kalau kita cuba.. 

Cuba memaafkan...Memaafkan lebih baik dari berdendam. InsyaAllah hati kita akan rasa lebih tenang dan tenteram. Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk bersedia memafkan insan lain dan berilah kami ketenangan di dalamnya...Amin...

p/s : Menarik untuk dikongsi bersama,

***Berfikir seketika...

Wednesday, May 02, 2012

Aku dan Asrama


Salam, alhamdulillah hari ni masih berkesempatan untuk berada di blog ni. Semalam aku ada cakap nak sambung tentang asrama . hehe . Tak banyak sebenarnya cerita tentang asrama sebab aku tak banyak sangat pengalaman tinggal di asrama. Dulu pun time sekolah, aku tinggal di asrama hanya mampu bertahan untuk beberapa bulan je. Tak sampai pun 5 bulan. Entahlah , aku memang tak suka tinggal asrama. Bukan sebab aku tak nak berdikari atau masih nak bergantung dengan keluarga aku tapi aku taknak berjauhan dengan mereka. Mungkin bila dengar macam mengada-ngada but thats the reality! Dalam fikiran aku, aku selalu fikir sekiranya terjadi apa-apa pada ahli keluarga aku dan aku tiada di saat itu , bagaimanakah.

Teringat peristiwa yang terjadi 2 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih berada di tingkatan 5. Dugaan datang melanda kami. Makwe(nenek) kesayangan kami telah dipanggil menghadap Illahi. Dan ketika itu akak aku berada di Matrikulasi manakala adikku pula berada di sekolah asrama. Menerima berita kehilangan makwe ku, pasti mengejutkan akak aku. Dan adikku, tidak dapat pulang ke kampung untuk melihat kali terakhir arwah makweku kerana keesokkan harinya adikku terlibat dengan peperiksaan percubaan PMR. Ya Allah ,kalau aku  berada di tempat mereka pasti aku tak kuat menghadapinya. Sebab tu aku tak suka asrama.

Selain tu,masa aku tinggal di asrama adalah terjadi perkara pahit yang aku terpaksa lalui. Yang pasti aku takkan lupakan hal tu sampai bila-bila. Berada di Matrikulasi, persepsi ku sedikit demi sedikit berubah mengenai asrama. Walaupun begitu, aku tetap tidak suka tinggal di asrama. Tiap-tiap minggu aku pasti akan pulang ke rumah.Sekiranya terlibat program , terpaksalah aku menunggu sehingga program tu tamat. Kadang-kadang tu tak ada peluang nak balik ! Sedih ! Entahlah , mungkin  betul juga. Aku terlalu manja dengan keluarga hinggakan tak sanggup berjauhan dengan mereka. Namun adakala apabila aku sibuk dengan tugasan harian, perasaan sedih tu hilang.Namun tika bersendirian,aku lebih gemar menghabiskan masa dengan mendengar lagu. Tak adalah aku terlalu memikirkan rumah dan keluarga.Berbual-bual dengan rakan-rakan juga membuatkan aku kurang memikirkan rumah.

Sebenarnya tak susah tinggal di asrama. Kita hanya perlu menguruskan diri kita sendiri dan belajar. Bergaul dengan kawan-kawan akan lebih membantu kita menghadapi situasi di asrama. Bila berjauhan dengan keluarga,rakan-rakanlah insan yang perlu kita ada untuk kita menghadapi apa jua yang berlaku. Namun adakalanya kita tak boleh terlalu bergantung sepenuhnya dengan rakan kita. Tapi tak semestinya tinggal di asrama baru boleh belajar berdikari. Tinggal di rumah pun boleh. Semuanya bergantung pada individu itu sendiri. Bila kita kata kita tak suka tapi at last bila kita meninggalkan asrama, kita pasti akan merindui saat-saat itu kembali. Asrama mahupun rumah , kalau niat di hati nak belajar, boleh aje. Yang penting kita selesa dengan tempat yang kita tinggal . Kalau kita tension, susah jugak. Silap-silap datang penyakit lain pula. Yang penting sentiasa ingat Allah. Sesulit manapun kita rasa,Allah tetap ada membantu kita. Oklah nanti kita sambung lagi...

***Berfikir seketika...

Tuesday, May 01, 2012

Alhamdulilah bertemu kembali ...


Salam, alhamdulillah hari ni masih diberi kesempatan untuk berbicara di sini . Blog yang telah lama aku tinggalkan kerana menyambung pelajaran di Matrikulasi. Alhamdulillah , hari ni, pertama kali bagi tahun 2012 , aku menulis semula dalam blog ni , hehe.. Tak sempat2 nak update .. Lama sungguh blog ni ditinggalkan sepi tak berusik. Tak mengapalah , sekarang dah ada peluang , aku akan gunakan sebaik mungkin. hehe.. Sebelum tu , macam dah terlambat je nak ucapkan selamat tahun baru . Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelum ni. Lebih cemerlang dan lebih gembira , insyaAllah...

Macam-macam pengalaman yang aku lalui sepanjang berada di Matrikulasi . Ada manis , ada pahitnya... Semua itu mengajar aku menjadi lebih dewasa untuk melalui hari-hari yang mendatang , insyaAllah... Buat masa ni aku lebih banyak meluangkan masa dirumah bersama keluargaku. Mama aku suruh aku duduk di rumah dahulu sebelum memulakan part time job. hehe .. Maklumlah , bak kata mamaku "masa duk Matrik nak balik , ni dah balik , awal sangat nak start kerja . duduklah rumah dulu.." Tersenyum aku dengar mamaku kata begitu . memang betul apa yang dikata . Sepanjang berada di Matrik aku sering nak pulang ke rumah. Maklumlah , aku bukan jenis yang suka tinggal di asrama,hehe.. Thats the reality. Aku memang tak suka tinggal di asrama. Nanti ada masa aku cerita lagi tentang asrama ni. hehe..

Macam mana dengan penantian aku ? Hmm , taknak kata banyak2.. Aku serahkan ke hadrat Illahi.. Dia Maha Mengetahui. Tapi dia macam dah ada calon . Tak mengapalah . Itu yang terbaik buat dia. Dia pantas mendapatkan wanita yang lebih baik dan sepadan dengan dia. Aku bukan lawan dia. Itu aku dah lama tahu. Kalau dia tak ada calon pun , keluarga dia pasti dah merancang sesuatu buat masa depan dia. Semoga dia bahagia. Hanya itu yang mampu aku lakukan.

Banyak pulak nak tulis ni, ok lah . Sikit ajer nak cakap. Nanti esok2 kita sambunglah ye. Aku dah mula baca novel. Maklumlah selama ni hanya mampu beli sahaja tak berkesempatan nak membacanya. Ni dah ada peluang , dapatlah baca novel. Buat masa ni , aku dah habiskan 2 novel Aina Emir(yang belum aku baca). Nama aku N dan Perempuan Ini Lelaki Itu. Menyeronokkan. Aku suka jalan cerita novel tu . hebat macam novel2 yang lain jugak! Kak Aina memang hebat ! Saya sayang kak Aina !

Apapun yang berlaku dalam hidup ni , kita kena sentiasa bersyukur tau ! sebab kita tak tahu apa akan jadi di masa depan . Masa yang hadir tu hargailah sebaik mungkin sebab  ia tak mungkin kembali lagi . Mudah-mudahan apa yang berlaku mematangkan hidup kita,menjadikan kita lebih berfikiran positif tapi awas! jangan terlalu positif ye , bahaya tu .

***Berfikir seketika...