◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, March 21, 2013

Alhamdulillah, Hadiah Terindah!


Salam , 

Alhamdulillah hari dapat berita gembira from my only one lil brother. Malam tadi memang aku tak boleh nak lelap mata memikirkan dia yang akan ambil result SPM dia. Minggu ni hati aku memang nervous semacam je. Ada je tak kena dengan apa yang aku buat. Dan yang paling teruk sekali, handphone kesayangan aku jadi puzzle masa aku keluar pergi beli buku dengan kawan2. Memandangkan kelas hari ni semuanya telah dibatalkan oleh lecturer ( cuma kelas koku jelah tetap berjalan macam biasa hari khamis malam ) , aku semakinlah nervous memikirkan dia. 

Hubungan kami adik beradik sangat rapat. Bagai aur dengan tebing. Dia tahu masalah aku , aku pun tahu masalah dia. Hampir semua kawan2 aku dia tahu. So,aku memang tak boleh nak sembunyikan apa2 dari dia. Kami sering berkongsi cerita bersama. Teringat masa sem 1 dulu, waktu tu SPM dia semakin hampir, dia agak stress. Kami berbual agak lama. Aku baru topup RM10 malam tu , habis terus. Adakalanya kitaorang ketawa, adakalanya menangis. Macam2 cerita yang kami kongsi bersama.

Pagi tadi, dia call.. Suaranya kedengaran sayu sahaja. ( sedang menahan tangisan ). Aku lagilah cuak. Mujur aku on number hotlink aku. Then dia kata " Umie, aku rasa aku tahu aku dapat berapa. Cikgu aku dah tengok. Dia kata aku ada 1 subjek dapat B. Kawan aku straight A's. Tak apelah, aku redha je.." Suaranya kedengaran sangat sedih. Walaupun tak berada di tempat dia, sedikit sebanyak aku memahami perasaan dia ketika itu. Tak naklah buat dia makin risau. Aku just cakap, " Result tak dapat lagi kan. Tak apelah, Tengok dulu macam mana. " . Sebelum handphone aku cedera parah, semalam aku sempatlah hantar mesej kat dia bagi kata2 semangat. 

Aku tahu dia macam mana. Itu yang membuatkan hati aku semakin risau dan tak senang duduk. Dalam hati sentiasa berdoa kepada Allah mohon yang baik2 untuk dia. 2 jam lepas tu aku dapat mesej dari ayah, katanya ewan straight A's. Kemudian kak long juga menghantar mesej yang sama. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Air mata jatuh tak henti2 tatkala aku mendengar suara ayah dan mama. Kemudian bercakap pulak dengan dia, hati aku semakin sayu. Air mata kesyukuran tak dapat ditahan. Ya Allah, Alhamdulillah...

Satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Loveyou! :')

Terima kasih ewan. Sungguh ini adalah hadiah yang terindah buat mama dan ayah terutamanya. Biarlah orang sering merendahkan kita, Allah itu Maha Adil. Terima kasih ya Allah di atas rahmat dan kasih sayangMu buat kami sekeluarga. Di sebalik hujan yang lebat , rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang sangat indah. Alhamdulillah...Dia telah melakarkan sejarah yang paling indah dalam keluarga kami. Kami sangat bersyukur dikurniakan dia dalam kehidupan kami. Hadiah terindah , Alhamdulillah :')


p/s: Buat mereka yang mengambil keputusan SPM , tahniah. Walau apapun keputusan yang anda perolehi, percayalah itu yang terbaik buat anda. SPM bukan pengakhirnya. SPM adalah permulaan untuk semuanya. Perjalanan masih panjang, hidup perlu diteruskan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya dan berjaya sekali bukan bermakna berjaya selamanya. Apa yang penting, kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Dia Maha Mengetahui. Jangan sesekali melupakan Dia.. :)


***Berfikir seketika...

Friday, March 15, 2013

Bertemu yang Maha Pencipta


Salam , maaf buat sementara waktu aku takkan update blog ni. Ingat lagi post terakhir aku? Mokde yang sangat aku sayang telah kembali ke rahmatullah sehari selepas aku pergi menziarahinya. Means , hari pertama aku start belaja untuk Sem ke 2. Masa tu aku tengah duduk berbual dengan rakan2 kelas sementara menunggu azan Zuhur. Suddenly aku dapat mesej dari akak aku. Katanya pokde hantar mesej kata mokde tengah nazak. Ya Allah , masa tu Allah je yang tahu perasaan aku macam mana. Hati aku tak henti-henti berdoa. Tapi ajal maut tu di tangan Tuhan. Tak cepat atau lambat walau sesaat pun. Lepas aku menunaikan solat Zuhur , aku dapat mesej dari akak aku mengatakan mokde dah tak ada. Air mata berguguran seakan-akan tak mahu berhenti. Semangat aku hilang entah ke mana. Aku terus memikirkan anak2 nya. Lebih-lebih yang nombor 3 sebab dia belajar di Kolej Matrikulasi Perlis. Perjalanan dia untuk pulang mengambil masa yang lama. Entahlah , aku tak ada mood nak menulis buat masa ni. Sampai hari ni hati aku masih menidakkan.... Walaupun aku lihat sendiri... InsyaAllah aku akan sambung cerita ni. Kak Aina kata , " kena belajar terima kenyataan. Segala-galanya adalah pinjaman. Doa untuk dia selalu, supaya rohnya aman di alam barzakh. Amiin."

Doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mokde aku, Aliah binti Tawil . Mudah-mudahan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin... Kami sayang mokde sangat2!!! Kami rindu mokde sangat2!!! :'(

Sunday, March 03, 2013

The Day Has Come...


Salam , sekian lama tak update , now sempatkan diri jugak untuk update. So, tempoh 6 minggu bercuti telah pun sampai ke penghujungnya. Nak atau tak , aku kena jugak hadapinya. Selamat Datang Semester 2 ! Semoga semester kali ni memberi kekuatan yang lebih untuk aku meneruskan perjuangan. Sedih tu memanglah sedih . :'( Lama duk rumah. Gelak tawa,gurau senda. Lagi2 aku ni jenis yang HOMESICK terlampau. Susah nak berjauhan dengan keluarga. Tapi bila difikirkan , aku kena dan harus cuba untuk kuatkan semangat jugak. Demi mama dan ayah yang ingin sekali melihat kejayaan anak-anaknya... Doakan kami. :) Alah , bukan lama pun kan. kena sabar sikit. InsyaAllah... Lagipun sem ni insyaAllah adalah banyak cuti. ( kalau nak dibandingkan dengan sem 1 ) Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan aku. Amiin...  Im going to miss my family and my home so much !!! Selamat meneruskan pelajaran. Goodluck! Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Sem ini lebih baik dari sem yang lepas, InsyaAllah.. Amiin...



I'M GOING TO MISS YOU!!!



p/s: Doakan mokde aku diberi kesihatan yang baik , dikuatkan semangat untuk terus melawan penyakitnya ya...