◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, April 25, 2014

Redha: Itu yang terbaik..


Salam,

Alhamdulillah. Jumaat terakhir untuk bulan ni. Rejab tak lama je lagi. Mudah-mudahan kita diberi usia yang panjang dan bermanfaat. Aamiin. Baiklah, bila kita sebut tentang redha mesti dalam kepala kita dah terkeluar ayat "Redha tu terima ajelah apa yang Allah dah tetapkan." Majoriti akan kata macam tu kan bila kita sebut tentang redha ni. 




Baiklah (mula nak bukak cerita sedih). Semalam merupakan hari yang sangat membuatkan aku rasa macam orang putus cinta. Frust bukan main. Sebak je memanjang. Seriously sangat sedih sebab dari tahun lepas aku dah plan nak gi Pesta Buku. Bila masuk je 2014, mula cari member nak ajak teman. Hari Selasa pagi tu aku dok sakan mesej dengan kak Aina. Betapa terujanya aku time tu Allah je yang tahu. Tapi mungkin bukan rezeki aku kali ni. Last minutes, memasing cancel. Tinggallah aku sorang. Nak ajak adik, hari Isnin ni dia dah start exam. Usaha jugak tanya rumates sem-sem lepas tapi Zaida dengan Mas ada program society.. Musfirah pulak ada kelas.

Bukak facebook, tengok orang dok post pasal Pesta Buku, mulalah nak nangis. Nekad dalam hati nak pergi sorang jelah. Tapi as usual, apa-apa aku mesti akan tanya mama dulu. Telefon mama, wish birthday dulu sebab hari ni birthday mama and she said "Tak payahlah pergi. Kalau ada teman tak apalah. Ni sesorang. Apa-apa jadi nanti." . Time tu air mata memang dah bertakung habis kat kelopak mata. Suara dah lain tapi cover beb cover. Control. Gelak, senyum time cakap dengan mama. Lepas je letak fon, mulalah drama swasta aku tu. 

Dalam hati masih je nekad jugak nak pergi Pesta Buku pagi ni. Tapi bila teringat mama tak izinkan pergi sesorang, niat tu terpaksa dilupakan. Kalau mama tak izin, aku tetap pergi, takut pulak jadi sesuatu. Selalunya memang macam tu. Kalau mama tak izin, aku bantah dan buat jugak, mesti adalah yang menanti tu. Semalamanlah tak tidur. As usual jugak, bila time-time macam ni je, dia mesti muncul tetiba. So, kat dialah aku ceritakan semua. Air mata mencurah-curah. Tapi bukan call ok. Mesej je. Walaupun kekadang ayat dia tu buat aku rasa "Ishhh dia ni. Macam tak faham je. Cakap macam ikut suka hati je.. Ishh.. Dia ni.. blablablaa.. " but at least apa yang dia kata tu sedikit sebanyak meredakan kesedihan hati ni. 

Redha. Itu yang dia kata. Biasalah, kita ni manusia biasa. Kita dok nasihat orang cakap redha, redha tapi bila jadi kat kita, kita gagal menjadi penasihat untuk diri kita sendiri. Kan? That's why we need someone untuk menasihatkan kita pula. Sebab itu pentingnya kita untuk saling nasihat-menasihati dan ingat mengingatkan. In case jadi macam ni, ada orang lain yang akan ingatkan kita pulak. Hari Selasa lepas aku baru cakap kat dia, redha itu mengikhlaskan. Redha itu bahagia. Tak sangka pulak itu hint yang Allah bagi untuk aku melalui dia tentang apa yang akan aku lalui pada hari selepas itu. 


Redha... Itu yang terbaik. Dan inilah hakikat kehidupan. Semuanya berjalan bukan mengikut kehendak kita tapi mengikut kehendak Allah. Kita hanya mampu merancang. Allah jualah yang menentukan..


 Kita tak tahu apa perancangan Allah untuk kita. Jika kita redha dan ikhlas menerima semua ni, mesti Allah akan aturkan sesuatu yang lebih baik. Mungkin kali ini aku tak ada rezeki nak jumpa dengan kak Aina, spend time together macam tahun lepas kat Pesta Buku. Sedih.. Memang sedih.. tak sampai hati nak bagitau kak Aina.. Dia (bukan kak Aina. Ni dia yang atas tu) always reminds me suruh bagitahu jugak kak Aina tu yang aku tak dapat datang. Sampai hati atau tak tu belakang cerita. See? Sebab tu aku cakap, dia ni macam ikut suka je cakap. Tak memahami langsung. Tapi betullah apa dia cakap. Straight to the point. Dia kata, aku kena percaya one fine day aku boleh jumpa kak Aina jugak. Cuba kena bersabar. Allah has a bigger plan for me that I have for myself.

Ya Allah, jika ini bukan jalanku... Redhakan hatiku dengan ketentuanMu. Kau lebih tahu apa yang aku tidak ketahui. Moga Engkau temukan kami di suatu pertemuan yang lain atas izin dan rahmatMu.. Aamiinn.. Kak Aina sayang.. Fara minta maaf.. Fara tak dapat datang ke Pesta Buku kali ni.... 

First time jumpa kak Aina. Pesta Buku tahun lepas. 01 May 2013.. :')

*Bukak Fb, tengok Page kak Aina ada post gambar kak Aina dengan peminat-peminatnya, sebak sekali lagi... Ya Allah, redhakan hatiku dengan ketentuanMu... Sobsobsssss*


Tuesday, April 22, 2014

Cuti Mid-Sem!



Salam,

Alhamdulillah. Cuti dah pun habis. Seminggu yang berlalu begitu sekejap tapi penuh dengan suka dan duka. hehee. Dah 2 minggu tak update, rindulah pulak nak menuliskan. Okaylah, entry malam ni tak nak tulis apa-apa. Saje nak menyibuk kejab kat blog ni. Next entry baru kita akan kongsi akivitivi kita sepanjang seminggu kat rumah tu. Btw, Pesta Buku tak lama je lagi. Jangan lupa okay. Berhajat nak ke sana lagi tahun ni. May Allah ease. Takecare readers  

Sunday, April 06, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 3

Salam,


Alhamdulillah. Sampai pun the last part. Seriously. Ni memang the last part. Entry kali ni lebih banyak berkongsi gambarlah daripada membebel semua. Atau mungkin sama je banyaknya.Balance okay. hehehhe


*Entry Part 3: Last memang panjang. 
Sabar dan teruskan membaca. 
Thankyou :-*



Lepas sampai rumah je, kak Shira terus bersiap-siap. Kawan kak Shira pun ada. Kak Ayu and Kak Kyra. Happening giler akak2 ni. Baru jumpa masa ni tapi aku selamba badak je dok gurau semua. Hahaa. Mungkin sebab akak-akak ni peramah and ceria orangnya. Merekalah yang tolong kak Shira bersiap. Memula je aku macam memalu sikit. Lepas tu keluaq perangai gila aku nih. 


Yang tudung purple tu namanya Kak Shakira. Yang sebelah kri, kak Ayu. Yang cantik tengah bersiap nilah kak Shira.. ^_^

Tadaaa !!! Muka macam pernah tengokkan? Ni lahh Princess of the day. Atau mungkin memang princess pun sebab she is so beautiful. Gorgeous. Suka sangat tengok kak Shira nih. Pakai apapun cantik je. Jelesss.. kbai. *Hand bouquet tu DIY by Laluna.* 


See? Very very beautiful. Superb beautiful. Waarghh. Bestnyaaa. Ni sahabat sejati namanya. Suka gambar ni. Sweet. 

Aku bersiap sesimple yang bolehlah. Malas nak over sangat. Sebab memang tak confident langsung pakai dress labuh yang aku bawak tu depan orang ramai exspecially depan kaum kerabat. The truth is, aku hanya akan rasa sangat confident nak bergaya bila aku di samping kawan-kawan. So, bila balik UiTM memamng nak pakai shawl tu confident sesangat. kbai. *Iklan*

Aku dengan kak Iti tak sempat nak siap. Settlekan hantaran kejab. Sebab ada lagi yang belum complete. Kek jelah yang tak complete sangat. haha. Time tu pulak rombongan lelaki dah sampai. Memang sikit kelam kabut sebab kek tu.. Tapi Alhamdulillah everything goes smoothly. Tapi seriously sedih and terkilan giler sebab tak dapat nak tengok masa sarung cincin tu. Gambar pun tak dapat nak amik. Haihh. Sodehh ni. 

Time ni barulah faham perasaan mak-mak bila time kenduri, dialah orang yang terakhir akan makan. Lepas tu bila amik gambar, diaoranglah yang tak dapat nak join sama. Sebab apa? Sebab sibuk uruskan hal lain. Walaupun kitaorang ni belum lagi jadi mak-mak kan, tapi rasa tu ada. haha. Ok. Lawak hambar. Kbai

Jom tengok gambar-gambar. Macam tak ada idea pulak nak membebel. Nanti merapu lagi. By the way, muka Kak Shira tu macam familiar kan. Hah. Ni lah nak cerita. Perasan tak muka kak Shira tu macam mereka-mereka kat bawah ni. Nurul Syuhada Nurul Ain and Preity Zinta. Cantik. Perfect! 


  



  

Okaylah. Sekali tengok memang sama. Banyak kali tengok pun bertambah-tambah sama. hiks. Honestly, dari dulu sampai sekarang aku memang suka tengok kak Shira ni. Perfect. Kalau menyanyi tu memang sedaplah suaranya. Superb! Lepas tu kalau aku dok scroll gambar kak Shira kat instagram tu, memang level confident aku teruih jatuh gedebak gedebuk. Haha. Yang kelakarnya, pernah tau aku sampai menangis lepas tengok gambar kak Shira. Ini memang kelakar. Kak Shira kalau sedang baca ni, tolong jangan gelak. haha. And and... Kak Shira, ni namanya pengakuan berani iolss. uhuk uhukk. haha >.<



...Okay! Jom tengok gambar lagi. Kan iolss dah kata sama banyaknya. hehee...



Gambar-gambar ni lepas majlis sarung cincin. Masa ni barulah kitaorang keluar ke depan. Aku and kak Iti baru lepas siap. Memang lambat. Takpe, yang penting, majlis berjalan lancar. Tetiba teringat masa aku masuk bilik nak ambil barang sebelum tu, kak Shira tengah nervous giler, dok selawat banyak kali nak hilangkan nervous tu. Masa tu mestilah berdebar sesangat kot. Kalau aku pun, macam nak gugur jantung. hahaa.



Dalam banyak-banyak gambar, gambar ni yang paling aku suka sekali. Let say lah kan, kalau aku bertunang, aku nak letak gambar macam ni jadi default pic untuk semua laman sosial yang aku ada. Seriously aku suka sangat gambar ni. Sangat suka. hehe. Pernah tgk gambar Irma Hasmie masa bertunang? Sweetkan..


Ni lah gambarnya. Aku suka gambar ni. Cantik! *muka teruja* . Eh, cincin macam sama je. hehe


Ni adik beradik kak Shira. Yang baju sama warna hitam and baju kelabu, tu adik beradik kandung. Baju kotak-kotak tu adik beradik baru. Hehee. So, nampak tak memang kak Shira the only princess. Bodyguard ramai ohh. hehe


Hantaran buahh tu serious iolss suka sangat. Tema sebelah perempuan adalah purple.  Kak Shira yang cantik.. ^_^


Ni lah cik abangnya. Diaorang ni sweet. Muka pun lebih kurang je. Ni namanya jodoh. Gambar candid lebih cantik sebenarnya. And gambar ni serious suka. Doakan moga-moga pertunangan ni hingga ke majlis pernikahan bulan 11 nanti. InsyaAllah. Aamiin..

Cantikkan? Kalau berminat nak hantaran macam ni, bolehlah tempah kat DIY by Laluna. 


Tengok pun dah tau kan. Ni tempat letak cincin. Diy by Laluna. Dibuka untuk tempahan.

So, nilah barang hantarannya. Simple but awesome. 


Lepas semua tu, aktiviti menjamu selera. haha. Lauk macam2 ada. Semua sedap-sedap melaka. Cream puff, pavlova, mee sup, mee kari, nasi impit, kek coklat, caramel apetah. Haihh. Macam2 jenis makanana. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi. Wan pulak, sempat je aku mengusik dia. haha. Time tu aku berdiri kat sebelah sup. So, aku lah tolong amikkan sup untuk dia. Dalam masa yang sama, ada pulak orang hulur aku mangkuk kuah yang besar tu. Aku memang selamba. Dah agak comfortable kan. 


"Wan, masukkan dalam ni eaa."  (Tunjuk mangkuk besar kat tangan kiri aku. Dalam mangkuk tu sup jugak. Time ni aku pegangkan mee sup dia.).
"Eh jangan. Kang daripada 87 jadi 107.." dia gelak.
"Alahh... Bolehlah. Sekali je.. Sekaaali jeee... Masuk eaa. " terus kenakan dia lagi. hahaa
"Eh jangan.. " terus tersengih-sengih amik mangkuk dia then masuk bilik makan. Sebab time ni ramai orang.  Bukan sebab malu okay. hahaa
Aku rasa macam "fuhh, Umie. Berani dah kau sekarang kan dok mengusik. Dulu nak cakap pun malu. tengok muka pun segan." . hahha


Lepas makan-makan semua, sesi photoshoot kat luar rumah. Memandangkan orang yang ramai dan aku yang pemalu, hehee. Aku tak turun joinlah. Duduk je dalam bilik tu.. Tunggu semua settle baru makan.. So, jom tengok gambar seterusnya pulak.



Tu Abang Long kak Shira. Yang sebelah tu kak Sepupu iolss, Nurul Atiqah tapi jadi Nurul Laluna. haha. Adik beradik kak Shira panggil Kak Long.  Abang Long, Kak Long. Hah ! Kan sesuai je tuu. Bolehlahh ni. Doakan! hahha >.<  *jangan marah. hikss*


Okay. Gambar ni memang superb awesome. Aku suka sangat! Kan aku dah kata, gambar candid tu lebih cantik. Ditambah pulak dengan orang yang cantik. Amik lah sudut mana pun, memang cantik! hehee

Baiklah, lepas mereka-mereka dah bergambar sakan kat bawah, now, time to aku pulak bergambar sakan. haha.. Tapi tak banyak sangat gambar sebab dah lewat. Nak solat asar lagi kan.. Tapi makan dululah. Time makan tu, ada seorang pak cik ni. Aku tak kenal tapi senyum jelah sebab aku memang confident tu sedara mara diaorang atau jiran diaorang tapi aku tak kenal. So, senyum je dengan semua. Memula pak cik tu dok atas kerusi, lepas tu dia dok pandang aku je, aku senyum jelah. Tengah makan time tu. Mungkin ada seribu satu persoalan di situ. haha. Lepas tu, pakcik tu duk sebelah aku. Tanya aku ni siapa. Ada kaitan apa dengan Kak Shira. Hah. Kan betul tekaan aku. Mesti dia ada seribu satu persoalan. haha. Sebab tu asyik pandang je. 


Dengan ramahnya aku pun melayan ajelah. 
"Saya sepupu kak Shira. Anak buah arwah mokde. Ayah adik mokde."
"Ohh. Patutlah muka sama." time tu datang seorang lagi pakcik duduk berhadapan dengan aku. Pak cik tu cakap dengan yang pakcik sorang lagi. 
"Ni haa. Dah dapat tahu dah siapa dia ni. Anak buah mokde rupanya." Pakcik yang datang tu pun jawab,
"Oh. Patutlah. Muka iras dengan mokde. Ada pun sorang tinggal ikut mokde. " (The exactly words aku tak ingat sangat. Tapi maksudnya lebih kurang, adalah jugak yang mewarisi muka mokde.)
Aku pun muka memang terkejut tapi still senyum. 
"Macam muka mokde ke?"
"Ha'ah. Macam muka mokde. Tu dok tengok dari tadi, siapa dia ni. Rupanya anak buah mokde. Kak Shira ada iras mokde tapi tak banyak. Kamu iras mokde."
Wallahi sangat terkejut. Mungkin sebab muka aku iras ayah. Jadi adalah sikit macam muka mokde.. 


Perbualan diteruskan macam dah lama kenal. Hahaa. Yelah, orang layan baik, so aku pun layan baiklah.. Kata pakcik2 tu, dia sedara dari pahang. Sedara pokde. Pakcik yang awal2 tu gelaran Pak Teh. Yang second datang masa kitaorang tengah berbual tu Pak Long. Macam tulah.. Dia ajak datang Pahang sebab aku kata aku tak pernah tengok diaorang. hehee. Lepas tu masing-masing beransur balik. Mulalah kami bergambar sakan depan mini pelamin tu. hehe.


Walaupun tak cukup tidur, tapi muka tetap ceria. hehee. Tak kisah pun tak cukup tidur sebab dah biasa. Yang penting kami enjoy dan seronok.


Gambar sweet. Candid. Suka tengok!


Ni semua semua ni amik berkat. haha.

Mereka-mereka di sebalik tabir. hehe. Ada lagi sebenarnya. Ramai kot. Bukan kitaorang je. Moksu Ila tu semua. Tapi disebabkan kepenatan nak edit, malas nak upload. hehe. So gambar ni adalah mereka-mereka di sebalik tabir mini pelamin. hehhe..



Gambar ni kelakar. haha. Kang belakang tu macam frust kena tinggal. hikss *sukahati*
 \

Bak kata orang-orang tua, amik berkat. heheee. Mana tau lepas ni kitaorang pulak. haha . Doakan! 


Pendek itu comel. Pink tu gorgeous. Hitam itu menarik. hehhe. Jubah seluar kegemaran. Berangan-angan nak jadi puteri impian jugak. hahha

Ni terlebih rajin namanya. Pening pulak mata aku tengok gambar nih. hehe. Tapi aku suka! 


Okay. Aku memang suka berangan kat pelamin2 ni. Haha. Jangan tanya kenapa muka yang 1st tu macam tu. Time tu tak ready lagi. heheh

Gambar ni iolss suka sangat tapi masa snap gambar ni, kamera gelap. Adeehh. Puas dok edit tetap tak memuaskan hati. So, ini jelah termampu nak edit. Sobsobsss..

Okaylah. Alhamdulillah bersyukur sangat majlis semua berjalan lancar. Konon nak kemas kerusi bawak masuk semua tapi disebabkan keletihan, malam tu memang kitaorang semua tidur kat ruang tamulah ceritanya. Mulanya kak Shira dok buat assignment, kak Iti dengan aku dok wechat dengan Wan saampai terkekek-kekek gelak. Wan memang suka melawak. kahkahkah. On the same time, kitaorang layan ceramah Ustaz Kazim. Memang tergelak-gelaklah kan. Kak Shira yang buat assignment pun tak boleh nak concentrate. Dok gelak sekali. 




Syafiq balik, aku dok melayan paranormal activity dengan dia kat astro ape tah. Lepas tu dok berbual, berwechat padahal dia duk depan mata aku je nih. Betul-betul atas kepala aku. Sampai tergelak-gelak wechat. Lepas tu aku tak sedar bila aku terlenaa. Tau-tau dah siang. Kak Shira mulanya tido bilik, tapi lepas tu join jugak tidur kat depan. Kak Iti ni tidur pakai telekung. haha. Aku dengan tudung-tudung sekali tidur. haha. Harap-haraplah aku tidur sopan. hikss. 

Pagi tu bangun lambat. Akulahh bangun lambat. Pukul 10. Nasib baik pepagi tu aku dah pindah masuk bilik. Aku bangun tengok kerusi semua dah bawak masuk. Woooo.. Segan giler... orang dok mengemas, aku sedap tidur. Adeehh.. So, aku memang dah segan giler, so why not aku kemas benda lain. haha. Kemas bilik ajelah. Pembahagian kerja yang baik. hehe. Kak Shira makin tak sihat. Kak Iti bawak gi klinik sebab kak Shira ni ada semput..  

Aku dok umah sambung buat apa yang patut. Memang sukahati aku je dok kemas macam tu rumah aku. Haha. Sorrylah uolss ye. Jangan marah. hehe. Ni hasilnya, hahaha.


First time gubah bunga sendiri. Selalunya iolss tengok mama je yang buat. Sekarang mempraktikkan. And you know what, aku makin jatuh cinta gubah bunga. heheh. Ok kan tu. Aku tengok cantik je. haha. Ada bakat terpendam aku ni. hehee  >.<


Bunga tu nak letak situlah. Sebab meja tu nampak kosong. So, nak naikkan seri meja, terfikir nak letak bunga. Mintak kak Iti bunga pelamin tu. haha

Petangnya berangkatlah ke kehidupan normal masing-masing. And I bought bouquet of roses from DIY by Laluna. Bunga ni cantik and I love it. Tahan lama. Sebab tu beli. hehehe. Untuk birthday kawan. Saja bagi lambat. Penutup kan.. hehhe


Birthday kad buat sendiri. Dah lama bersara buat benda-benda kreatif macam ni. Time sekolah dulu, ni lah kerja aku. Sanggup berhabis duit beli kertas warna warni buat aktiviti kreatif aku ni. And now, mula balik semata-mata untuk awak tau Zafirah! hehheee. Terharu tak?? haha




Terima kasih banyak Kak Iti. Nanti iolss tempah lagi okay. Walaupun dah reti buat tapi saje nak nengada. hehe. Korang kalau berminat, boleh terus ke kat 
facebook DIY by Laluna 
atau lebih mudah 
terus ke blog Kak Iti.

Alhamdulillah. Berakhirlah cerita ini. Sekian sahaja cerita saya. Salah dan silap mohon maaf. Terkurang terlebih tu maaflah ye. Apapun thankyou so much kepada korang yang sudi luang masa untuk baca. Jazakallahu khairan kathira. May Allah always bless you. Doakan yang terbaik okay. >.<

Saturday, April 05, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 2

Salam,


Alhamdulillah. Dapat teruskan sambungan cerita yang lepas. Maaflah cerita Part 1 banyak pasal aku je. Motif sangat awak ni Farah oii.. Okay, #Eday Part 2. hehe. Dengan gigihnya tak tidur semalaman dok tapis gambar-gambar yang menarik untuk di publish kat sini. (Maaf. Pengunaan bahasa rojak. Jangan amalkan selalu okay. hehe) . Tapi bila dah di kira bilangan gambarnya, nampaknya entry ni akan ada Part 3 pula. Takpe, tengok dulu macam mana. Kalau panjang sangat then kita buat Part 3 ye. 

Baiklah... Kita teruskan cerita yang tergantung tak bertali tu. hehe. Jumaat malam Sabtu, mulalah sibuk duk buat mini pelamin tu. Seronok sangat rilex hari Jumaat siangnya tu kan. Rasakan kesibukkan di malam hari. Yeah! haha. Jangan nak mimpilah hang dapat tidoq malam ni ye. Mataku sayang, malam ni kita akan bekerja. Jadi awak jangan nengada nak mintak tidoq ye. Settle semua ni baru boleh tidoq dengan lenanya. hehh..


* Entry ni pun agak panjang. 
Teruskan membaca, jangan bosan okay :) *


Sebelum itu, jom kita balik ke belakang sekejab iaitu hari Khamis malam Jumaat. Hah. Malam tu adik aku dengan si Aiman ni gigih betul dok study. Student rajinlah katakan. Memang dok study lah ceritanya.. Aku ni dok layan Asoka. haha. Padahal aku sepatutnya buat nota untuk quiz hari Isnin. Tapi disebabkan terlalu rajin, aku doklah layan Asoka kat astro malam tu. Wan dengan laptop dia and kak Iti join the club layan Asoka. haha. Kak Shira sepatutnya dah tido lepas berinai tu. Tapi tetiba keluar bilik, datang kat ruang tamu terus cakap pasal dewan semua dengan Wan. hehee. Kan dah lambat tidurnya.


Gigih sungguh adik aku sorang ni study. Tapi lepas tu dia punya main fon mengalahkan masa dia study. lols. Nampak sangat handphone melekakan. Lepas ni sila off ye Ewan sayangg..


Konon-konon penatlah tu study. Haha. Yang baju oren tu sedang melakukan proses penyerapan ilmu. Sebab tu jadi lagu tu. Konon-konon bila bangun ilmu semua dah berjaya diserap masuklah. Macam tu eaa? Hah? haha. 


Okaylah. Stop. Jangan marah ye uolss gambar ni sesat kat sini. haha. Balik semula pada cerita tadi. So, malam tu memang aku dengan Kak Iti tak tidurlah.. Dok siapkan apa yang patut. Berjaga sepanjang malam sampai kebuntuan idea. Kat tengah-tengah tu tak tahu nak letak apa. Bunga ke, lampu ke. Sampai datang idea yang mula merapu-rapu, dengan selambanya aku cakap dengan kak Iti,  

"Kak Iti, susah-susah sangat kita letak akuarium tu hah kat tengah-tengah." . Teruih tergelak. Kak Iti kata pun gelak sama. Haha. Tak pernah dibuat orang oiii. Tapi orang tak pernah buat kan, so kita buatlah. Lain dari yang lain. Unik dan kreatif. Beli ikan warna warni, cantik sikit. haha. *Petah sungguh berkata-kata.* Ok, seriously kitaorang memang kebuntuan idea. So, ini hasilnya. hahaa.


Gambar ni guna kamera handphone. So kualitinya kurang sikitlah.. Dengan lampu kat tongah tu hah menambahkan lagi kesilauan mata ini. Maaf lantai bersepah. Baru je siap buat mini pelamin time ni. *Fuhhh ayaattt* hikss.


Again! hahha. Kan iolss dah cakap. Kucing ni memang suka selfie. Tak dapat dinafikanlahh. hahaa. Berpotensi jadi model dalam kelompok kucing. hehe. Tapi dahh Rest In Peace :'(


Lepas tu terbaring sat depan mini pelamin tuh tunggu subuh. Sakit pinggang. Adeehh. Dah macam nenek-nenek sangat iolss ni tau. Lepas solat Subuh, Kak Iti tidoq sat. Aku keluar dok depan mini pelamin tu. Kak Shira pun dah bangun. So, suruhlah kak Shira try baju tunang tu. Masa kitaorang dah siap mini pelamin tu, nak suruh kak Shira try. Tapi kak Shira dah tidur kan. Pagi tu, baru kak Shira try. Hasilnyaa.. Memang dah cantik tapi kak Shira tenggelam. Mungkin sebab background tu belakang kot. Kalau tak memang cun dah.


Cantik dah kan. Tapi mungkin sebab kain belakang tu warna pink, so bila kak Shira amik gambar, jadi tak timbul. Tenggelam.. 


Lepas tu dok fikir nak tukar. Kejut Kak Iti tapi disebabkan kepenatan yang teramat, memang tak laratlah nak bangun. Bila bincang2, takut macam tak sempat nak tukar. Idea pun tak ada. Terima ajelah seadanya.. Tapi Allah tu Maha Mendengar dan sentiasa akan memberi yang terbaik untuk hambaNya sesuai pada waktunya. Suddenly dapat called dari mama. Mama kata nak tengok gambar kak Shira bila dah duduk kat situ. Then I sent it to her. And she said Kak Shira nampak tenggelam. So, mama pun mulalah mendekorasi pelamin tu. Perbualan dari Melaka - Kuala Lumpur. Guna handphone. Aku ni dahlah loading. Bila mama cakap, macam tak dapat nak imagine apa yang mama maksudkan.

So, aku pun buatlah macam apa yang mama suruh ikut fahaman aku yang masih dok loading lagi nih. Kak Shira pun tolong sama. Sebenarnya, dekorasi ni lebih kurang macam bilik pengantin pokcu dulu. Aku ni banyak benor makan semut gaknya. Proses nak ingat tu memang tahap kura-kura. Bila dah buat barulah nampak dan ingat. Disebabkan fon aku tak berapa nak canggih, guna fon Ewan, skype teruih. Mama ni pepaham je anak dia sorang ni sebenarnya tak dapat nak tangkap apa yang mama cuba sampaikan. heheee. Proses mendekorasi jadi lebih mudah. Letak kerusi kat tengah2 ruang tu, letak fon. Hah. Kelas kau maria. haha. So mama nampak apa yang kitaorang buat. Ni faedahnya kecanggihan teknologi. ( kenapa macam pelik sangat ayat aku tu. haha. Tapi maksud tercapaikan? Fahamkan? hehe) . Thankyou mama and akak!




Aku risau jugak kot-kot kak Iti marah atau terasa hati kitaorang tukar mini pelamin tu. Yelah, cuba korang bayangkan, semalaman tak tidur buat mini pelamin tu then tetiba bila korang bangun tidur tengok dah totally difference dari apa yang korang buat. Meluahkan pada kak Shira then kak Shira kata "Tak apa. Lagipun Kak Iti tak tengok bila kak Shira dah try baju tu." . Legalah sikit hati ni. Terus siapkan pelamin tu. Perbualan yang lama dengan mama. Siaran langsung okay. haha. Wan dah mula dah membahan. Bila aku cakap "Sesia je tak tidur malam tadi. Last-last tukar.. Kalau tahu, baik tidur je.. hehe." . Dia pulak dengar. So dengan selambanya dia jawab "Itu namanya takdir. Tak siapa yang tahu.." haha. Fuhhh. Waaannn. Puitis sekali ayatnya. Maksud mendalam. Mesti SPM subjek Bahasa Melayu A+++ . Lolss

Si Aiman ni sama sibuk jugak nak bercakap. Teruih duduk tepi fon Ewan tu. Seronok dok bahan aku. Last-last when I said something to mama, teruih dia diaamm. Malulaahh tuu. Malulaahh tuu. Nah bantal tutup muka. kahkahkah *muka bangga + puas hati* . Few hours lepas tu, misi berjayaa. Simple but awesome. 





Alhamdulillah Alhamdulillahh Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak. Sarung bantal dengan lampu ada sedikit masalah. Sebab bantalnya putih. So memerlukan warna yang boleh menaikkan seri mini pelamin tu. Hah kau. Mini pelamin pun ada seri okay. hehe. Sekali lagi, pertolongan Allah sampai tepat pada masanya. Cik Ina ( Jiran sebelah kak Shira merangkap mak kepada Kak Kyra iaitu kawan baik kak Shira. Panjang pulak explanationnya. hehh ) tolong carikan sarung bantal warna purple tu and tolong jahitkan sekali. Seriously cantik! Suka sangat!!! Lampu pun Cik Ina bagi pinjam. Memang cun-cun je lampunya kat situ. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Terserlah warna bantal tu dengan pancaran cahaya matahari. Silau sikitlah tepi tu. So kalau nak amik gambar kena tutup pintu and bukak lampu ruang tamu. baru cun melecun >.<


Dah siap semua, kenalah bersihkan carpet tu semua. Kena pakai vacuumlah ye. Yang aku ni penakut nak guna vacuum. So, mulalahh suruh Wan buat. Wan masa tu tengah jalan nak duduk kat dinding sebelah tepi tu menghadap carpet. Dengan muka selamba, "Eh! Wann. Kenapa duk situ. Duduklah sini... Buat nih" . Dia kata nanti kejab lagi dia buat. Si Aiman ni terlebih rajin. Dia pulak buat. Mulalah dengan iklan free dia tuh dengan aksi yang kononnya kelakarlah kan. Dia pi vacuum diri dia dulu. Haihh. Tak lawaklahh. Lempang karangggg. Haha. Kak Iti bangun-bangun tidur tengok mini pelamin tu dah berubah. Kak Iti kata, kalau tuan nak pakai tu kata okay, kak Iti okay je. Kak Iti jangan terasa hati ek.. Kak Iti pun tolong sama settlekan mini pelamin tu. 

Lepas tu buat hantaran buah. Lap buah tu and sapu dengan minyak masak supaya nampak berkilat. Minyak masak okay. Minyak maaasak. Bukan minyak yang korang pakai nak pasang pelita tu. haha. Wan macam biasalah. Dia dah nampak anggur tu, masuk mulutlah citernya. Yang kelakarnya, dia amik anggur tu then lap lepas tu dia kata tak berkilatlah. Yang tak berkilat, masuk mulutlah. Haihh. Sabar jelah melayan karenah kazen-kazen yang pelbagai ragam ni. Around 11.40am to 12.00pm, mata aku memang tak boleh nak angkat dah. Tidur sat dalam bilik then dalam pukul 1.00pm kak Iti kejut. Kejut nak pi Jusco, mandi. haha. Sebab tak ada air kot. Kan kena catu.. Aku keluar tengok rumah dah mula ramai dah datang tolong hidang makanan.

Terasa malu sikitlah. hehh. Kitaorang pun bersiap-siap around 2.30pm kot balik rumah. Masa tu dah makin ramailah pulak. Aku dengan kak Iti memang dah macam mak-mak ceritanya. Tak sempat nak siap kitaorang ni. Tumpang solat kat bilik Syafiq, tak dapat nak focus sebab pintu asyik bukak tutup. Aku ingatkan kenapa. Rupanya diaorang dok pos kucing-kucing dalam bilik. Macam mana aku tau??? Hah. Time aku solat, sekor-sekor kucing lalu depan mata aku. Nasib baiklah alergic aku tak seteruk dulu. So, masih boleh tahanlah dengan kucing-kucing tu semua.. Nak tergelak rasanya time tu. >.<

Okay, tak larat nak sambung.. Kita buat Part 3 okay. Tunggu #Eday Part 3. Ni pun dah panjang sangat rasanyaa... Next entry will be more interesting. Seriously! Apa dia? Wait and see okay. Bye! Thankyou readers <3 ^_^ 


*Maaplah ye. Den ni kalau berchegito memang banyak pulak gelaknyaa. hikss*


Bersambung.....

Friday, April 04, 2014

Event penutup bulan ni (2) : #Eday Part 1

Salam,


Alhamdulillah. Hari ni 04.04.14. Tarikh yang cantik dan jugak jatuh pada penghulu segala hari. Jumaat. Full of barakah. Okaylah, entry ni sambungan dari yang lepas. Walaupun tak ada kaitan pun cerita satu sama lain tapi ni merupakan sambungan tajuknya. haha. Untuk entry kali ni, aku buat 2 part. So this is Part 1. Cerita panjang sangat. Kenalah buat ber"part2" . hahha

So, event pertama iaitu birthday party antara kami sahaja dah settle. Sekarang beralih pada event ke dua, iaitu Majlis Pertunangan my sepupu. Nama diberi Siti Nur Shahirah binti Saari. Tua setahun je dari aku. Sebaya dengan Kakngah tapi jodoh kak Shira sampai dulu. hehee. So, hari Khamis lepas dah berangkat dah pergi KL rumah kak Shira. Memandangkan aku ni memang penakot nak naik kemudahan awam untuk ke sana dan memandangkan kak Shira pun ada meeting kat Shah Alam, so petang tu kak Shira datang amik. hehe.

Kak ngah tak dapat datang sebab pergi kursus kahwin. Senang nanti sebab lepas ni kursus kahwin ada exam katanya. Akak pulak tak dapat naik KL. So, aku dengan ewan ajelah yang pergi. Dalam pukul 8 sampai KL, kemudian solat makan semua.. Then aku tolong kak Iti jahitkan langsir. Masa baca moments wechat tu ingatkan jahit pakai mesin tapi rupanya gagah sungguh menjahit pakai tangan. haha. Lawak. Serious aku tergelak. Then aku tolonglah jahitkan langsir tu. Tengah dok leka menjahit, aku tak sedar yang aku terjahit sekali langsir tu dengan baju aku. Lolss. Kak iti ni sepupu aku jugak . Sekarang ni tengah berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan. Do visit her blog and like her page on Facebook. DIY by Laluna . 

Kalau korang cari DIY by Nurul Laluna kat fb mesti akan jumpa. Gambar ni okay! :)

Okay baiklah, Khamis malam Jumaat tu tak buat apa sangatlah. Jahit-jahit langsir, kemas-kemas pinggan mangkuk basuh apa yang patut. Dari aku sampai tu je dah kena bahan. Adeeh . Memanglah seronok sebab terasa kemeriahannya di situ tapi yang tak sanggupnya kenapa mesti aku sorang kena. Mana acii 3 lawan 1. Kalahlahh akuu. Kak Iti, Wan dengan Aimaaannn. Adeehh. Sabar jelah. Kalau rajin, aku jawablah, kalau malas aku diamkan je buat muka. haha. Tapi ada satu part tu yang aku rasa funny je. Kak Shira dok kemas kasut-kasut kat pintu, si abang long pulak dok tolong memasak kat dapur. Tumbuk bawang segala. Kelakarlah. Patutnya dialah yang settlekan kasut-kasut tu semua. Kak Shira yang dok dapur. Macam kecelaruan identiti di situ. kahkahkahhh  >.<   (uolsss jangan marah okay. iolss gurau je. hehe)

*Sebelum korang konpius, Wan ni sepupu iolss. Ewan tu adik iolss. hehe. Sorang Ewan. Sorang lagi Shazwan*.

Wan ni dulu senyap je tau.. Dululaahh.. haha. Dia bawah setahun dari aku. Wan tu adalah jugak tegur-tegur aku. Bual-bual. Tapi mostly tanya pasal belajar, matrik semua. Bab-bab pelajaranlah. Aiman tu ke lautt. haha. Start kenduri ni je dia macam over giler. Pantang ada peluang, ada je nak kenakan aku. Wan pun lebih kurang je cuma belum nak terserlah sangatlah. Baru terserlah sesikit je. haha. Diam diam ubi berisi wan nii. 3 bulan ye wan. haha (bajet macam wan bacalah blog nih. haha).  Makin maju bebudak nih tau. Iolss sabar jelah yang boleh. Syafiq ! haha. Macam tu lahh dia. Comel, sweet. haha. 


*Entry kali ni agak panjanglah jugak. 
Jangan bosan eak? haha*


...Okay sambung cerita...



Hari Jumaat tu pulak KL kena catu air. So agak payahlah nak buat kerja. Aku dengan kak iti dok buat bunga untuk hias mini pelamin. Cantik tau bunganya. DIY by Laluna. Dulu aku pernahlah belajar buat bunga macam tu masa sekolah rendah join badan beruniform Puteri Islam, haha. Tapi time tu guna tisu je kot. Ni kak ti buat serious cantik. Beruntungnya kak Ti sebab praktikal kat wedding ministry. Macam-macam ilmu dapat sampai boleh buat business sendiri. Bouquet of roses pun cantik tau. Kreatif.  Dibuka untuk tempahan. Korang boleh visit blog tu. Mini pelamin, hand bouquet, hantaran. Nak tahu lebih banyak, kenalah like page DIY by Laluna and also visiting her blog. Ada kawan2 nak konvo, nak bagi bunga yang simple tapi boleh simpan lama, order je kat DIY by Laluna. Aku ada tempah 1, next entry I'll show you. InsyaAllah.. *promote nih.. Kak ti belanja eaa. haha. Penat nih promote. haha *


DIY by Nurul Laluna. Simple tapi cantik. Berminat? hehe


Time kitaorang buat bunga tu, si Aiman ni tidur. Memang kenalah kann. Idea jahat mencurah-curah. haha. Dok letak bunga-bunga kat dia, then amik gambar with caption "sleeping beauty". lolss. Nak share kat instagram rasa macam tak patutlah pulakkan link teruih ke FB. Lolss. Dapat bayangkan. Mesti dia rasa macam nak duk je dalam rumah tak nak keluar. haha. Nak share sini boleh tak Aimann??? Hahhaa. (habehh jatuh market dia nanti. haha) . Kak Shira dengan Wan beli barang nak masak. Menu hari Jumaat adalah Tomyam. Serious banyak gilo. Yang aku ni dah dok touching with someone, lepas solat Zohor teruih tertido atas tikar sejadah dengan telekungnya tak bukak, tafsir Al-Quran kat tangan. Sedar-sedar masa Kak Iti dengan kak Shira kejut tanya nak ikut gi Jusco tak. Lepas tu Ewan masuk bilik mintak baucer buku dia. Aku, kalau dah touching mood memang zero lahh kann. Rasa nak baring, tidur dan tak nak buat apa-apa. Lolss. Perangai yang tidak patut diamalkan. Lagi-lagi kalau ada kat rumah orang.. Nasib baiklah hari tu macam tak ada kerja sangat siang tu.. Sorrylah korang.. Kalau mama ada ni, confirm-confirmlah aku kena marah. hikss



Yang kecik-kecik tu iolss tolong. Yang besar bulat tu memang dah siap buat. Kak Iti buat! hehe. Nak order boleh terus ke DIY by Laluna :)


Lepas tu aku ni bila kat rumah orang memang susah nak makan. Hahaa. Maluu kot. Sebab rumah orang kan.. So, aku macam malu nak makan.. Walaupun bukan orang lain, family-family jugak tapi dah terbiasa perangai ni. Melainkan rumah makwe. haha. Masa Makwe ada dulu, sukahati aku je nak bukak tutup peti ais, almari, tudung saji. Sebab dari kecik aku dah duk situ. So memang macam rumah sendirilah kan. haha. Tapi tu semuaa dululah.. Masa Makwe ada.. Hmm. I missed her so muchh.. Okay iklan jab. haha. Kesiann Moksu Ila dok suruh aku makan je. Sampai Moksu Ila cakap, " Umiee, kenapa tak makan. Moksu masak tak sedap ke" . Allahu.. Maaflahh... Tak bermaksud macam tu pun. Memang perangai ni susah nak buang bila dah ada kat rumah orang. Keluar jejalan pun sama. Aku mesti susah nak makann. Adehh.. Melainkan orang tu aku betul-betul comfortable, baru aku akan okay je. heh.

Wan memang seronok bahan aku cakap aku diet. Sebelum-sebelum ni pun, ayat yang keluar dari mulut dia, "Dak Umie diett..". Dah boleh hafal tau. haha. Yang kelakarnya masa malam kak Iti ada baca satu fakta kalau tak makan malam kita lagi gemuk. Si Aiman ni suruh kak Ti pusing 90 darjah. Dia perli aku sebenarnya. Kak Iti pulak dok sebelah aku time tu. Datang Wan, dia suh Kak Ti pusing 360 darjah ke 180 macam tu.. Hampehh betul budak-budak ni. Terseksa jiwa raga. Memang kalahlahh kann. Tak ada orang back up.

Memandangkan majlisnya pada hari Sabtu. Jumaat malam tu dah mula dah kesibukkannya. Kak Shira pulak demam. Esok nak bertunang, hari ni pulak demam. So, suruh rehat ajelahh.. Tak payah buat kerja sangat nanti lagi teruk. Ewan dok pakaikan inai kat jari kak Shira. Lawa kaler inai tu. Suka sangat! Malamnya tu aku, kak Iti, Moksu Ila and salah sorang sedara diaorg sebelah pahang (Tak pasti nak panggil apa) ikut beli barang untuk masak esok. Aiman jadi driver lah. Okay, sekali lagi kena buli. Mentang-mentang iolss duk tengah, bukan main seronok lagi dok membuli. Singgah beli bunga lepas tu iolss cakap dengan Kak Iti nak duk belakang. Gara-gara nak cepat, tersungkur kat seat depan tu masa nak gi belakang (kalau pakai Avanza mesti korang dapat bayangkan bila seat depan tu kita lipat supaya dapat gi belakang) . Dia punya sakit tu sampai tak mampu nak cakap apa. Tapi tak lama lepas tu, okay dah. Tapi tapi... lewat malam tu, bila tengok, dah biru bengkak lebam semua. Allah...


Gambar ni Encik Kazen yang amik.. Entah bila kala dia amik kitaorg pun tak perasan. Hari Ahad dah sampai kolej, dok scroll wechat tu baru perasan ada gambar ni. Nasib baik sopan je semuanya.


Beli barang kat Tesco Ampang, troli pulak tak tahu mana nak amik, so pakai bakul jelah kan. Sorang satu bakul. So ada 3 bakullah semua. Tengah dok beli barang, aku nampak gaun baby yang sangat comel warna merah. Banyak gaun2 yang lain buat aku rasa nak angkut je beli semua tu. haha. Okay Iklan. haha. Tengah dok beli barang tu, kak Iti dengan Aiman entah kemana tetiba hilang lenyap. Kak Long dengan Abang Long memang tak boleh terpisah. Eh? haha. Gurau jep. hehe. Tinggallah den sesorang ikut makcik-makcik ni cari barang. Bakul jangan cakaplah. Memang tak larat dah sebenarnya nak angkat tapi ku gagahkan jugak acah-acah larat dan kuat. Akibatnya, bila balik rumah, lewat malam tu tengok, lengan kiriku dah lebam biru . Sepanjang lengan pulak tu. Tak pernah lagi kena macam tu kot. Sakitnyaa Allah je tahu. Lengan kanan ada jugak tapi tak seteruk yang kirinya. Sampai hari ni pun still ada lagi. *muka kesian. kbai.*



Ni namanya kucing selfie. haha. Pantang amik gambar, mesti pandai posing. Tapi kucing ni dah Rest In Peace. Sobsobsss *amik tisu*


Sambung ceritanya lagi.. Balik-balik je mulalah operasi untuk buat mini pelamin. Satu malam tak tidur langsung. Kebuntuan semuaa. Wan pun dikerah tolong buat bunga. haha. Memandangkan dia pun memang tidur lambat, dialah teman aku dengan kak Iti. Borak macam-macam pasal zaman sekolah dulu. Dengan zaman kanak-kanak. Wan banyak mendengar je. Tak banyak cerita. Dia tolong gelak je. Hahaa. Bising jugak kitaorang ni gelak-gelak tetengah pagi tu. Aku ni kalau dah gelak memang non stop. heheh. Yang lain dah tidur. Lepas Wan tidur, Syafiq pulak jadi pengganti. haha. Tanya Syafiq okay ke tak. Buat macam mana supaya nampak okay mini pelamin tu. Borak-borak kejab dengan Syafiq lepas tu dia tidur. Ruang tamu memang tak ada ruang time tu. Kesian Syafiq kena tidur depan pintu. Tidur dengan kucing dia pulak tu. Alahai comel. hahaa...


Tido dengan kucing tu. Comel sangat. hahaa. Syafiq ni suka sangat kucing. Kucing nampak dia je terus datang kat dia. Penyayang Syafiq nih. hehe

Untuk kali ini, kita berhenti setakat ni dulu ye. Satu entry satu malam berjaga. haha. Nak tahu macam mana rupa mini pelamin kitaorang? Nak tengok kak Shira di hari Pertunangan dia? She is so beautiful. Seriously. Tak tipu..  And more from DIY by Laluna. Tunggu entry seterusnya okay. Bye! >.<


Bersambung.....

Tuesday, April 01, 2014

Event penutup bulan ni (1) : Birthday party

Salam,

Alhamdulillah hari ni dah berada di penghujung bulan Mac. Bulan Mac akan melabuhkan tirai. Bulan April pula menjadi pengganti. Mudah-mudahan lebih baik. InsyaAllah. 

Penghujung bulan ni ada dua event (macam besar sangat bunyinya. haha) yang berlangsung. Fuhh ayat aku. haha. Sambut birthday kawan and majlis pertunangan sepupu aku. First of all, nak cerita tentang birthday party kawan aku. So dalam entry yang ni, semua pasal birthday kawan aku. Majlis pertunangan sepupu aku tu tunggu entry yang akan datang ye. InsyaAllah dalam masa terdekat. hehee


24.03.2014. 


Tarikh yang sangat bermakna bagi gadis tinggi lampai ni. Nama diberi NurZafirah. Tarikh ni merupakan tarikh ulangtahun kelahiran dia. Dari minggu lepasnya aku dah fikir nak buat apalah birthday Fira ni. Malam sebelum birthday tu, aku dah mesej kawan2 tanya nak buat apa. Masing-masing suruh senyap je. Konon-konon buat-buat lupa then nanti malam baru wish.. ( trick yang sama digunakan masa birthday aku duluu. hehee). So, esok pagi tu pergi kelas sesama tapi buat dek je. Tak wish pun. Masa kelas petang, tiba-tiba salah sorang daripada kami, Jannah tetiba dengan selambanya dia wish birthday Fira. Dahlah time tu aku duk tengah-tengah antara Fira and Jannah. Maunya tak terkejut aku. Terdiam teruihh. Nasib baiklah Fira tak perasan muka aku yang sangat cuak giler terkejut tu. Tapi takpe. Relax and cuba untuk cover. So, aku pun buat-buatlah terkejut macam tak tahu hari tu birthday dia. Haha. 

Belakang tabir. hehe. Gambar iolss tak ada sebab iolss kan kena lekakan Zafirah. hehe.

Mulalah aku dok bagitahu Fiqa and Far yang Jannah dah wish tadi. Masing-masing cuak. So, mulalah memasing buat-buat tanya then wish kat Fira. Lepas tu mulalahhh nyanyi-nyanyi lagu birthday sampai Fira rasa malu. hehee. Petang habis je class, aku and Janna rushing pergi Giant nak beli kek and barang-barang lain. Dalam pukul 6.00 kitaorang pergi. Around 8.30pm baru balik kolej. Dengan penatnya tak mandi, tak rehat sangat teruih mesej Fiqa and Far tanya nak buat apa. Fiqa yang terawal sampai bilik. Time tu kitaorg dah terbaring jab keletihan. Mana taknya. Penat bawak barang yang banyak. hehe.

Dok pakat macam mana nak ajak Fira turun. Tetiba dapat idea. Ajak jogging kat court mawar. hahaa. Fira memula kata nak tidur. Kitaorang dah cuak. Tapi pujuk jugak sampai dia nak. Time tu lah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Ada dua court badminton. Plan kitaorang nak kenakan Fira kat court A tapi tetiba bila Fira turun, dia nak main badminton kat court B. Terpaksalah berpura-pura mesej konon nak ajak Far turun join sekali. Padahal dia tak tahu kawan2 dia ni dah pakat nak kenakan dia. hehee. Aku pun mulalah text Fiqa and Far bagitahu yang plan tukar. 

We're all together :)

Layankan Fira main badminton. Borak-borak. Bual-bual. Tengah dia dok leka nak kutip bola badminton tu, Fiqa datang dari belakang dengan tak pakai kasut, curah bedak kat Fira. hahaaa. Kesiannyaaa. Habis putih tapi wangi maaaa. hahaa. Kalau pakai tepung, membazir pulak. Makanan kan tu.. Kesian Fira. Dia kata dia dah agak dahh. Sebab sebelum turun tu dia send mesej kata "wondering something" . Cuak habis kitaorang. Tapi buat-buat biasa je nak cover. haha. Fira kena taklah seterok aku. haha. Aku kena dulu habis satu baju putih dengan bedak. Tapi apapun kitaorang sangat enjoy. Indahnya ukhwah.. Mereka ni lah yang jadi kawan2 aku since sem 2 lagi. Allah hantar diaorang untuk aku. Alhamdulillah. Sangat bersyukur.. Alhamdulillah sampai sem ni masih bersama lagi.. 

Muka bahagia. hehhee. 

Lepas tu semua dok makan kek sesama. Borak sesama. Luangkan malam tu bersamaaa.. Seronok. Gelak sakan sampai tabung gelak aku habis terus. Terpaksa charged semalaman. haha.  Happy Birthday Firaaa ! Moga segala impian Fira jadi kenyataan ye. Ukhwah fillah abadan abada till Jannah, insyaAllah.  :)

Tapi disebalik kegembiraan terselit kedukaan. Balik je bilik, rumate kata pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Time tu penat sangat.. Sedih tapi sedih macam tu ajelah.. Mandi lepas tu tidur. Tidur dalam 1 jam setengah je lepas tu terbangun dan secara tiba-tiba air mata keluar laju tak nak berhenti. Mencurah-curah macam hujan... Sebak sedih teramat sangat mengenangkan pesawat tu.. Terus mesej orang-orang yang dipercayai to be my listener. Dah lewat pagikan tapi Allah tu Maha Mendengar. Kak Iti respond.. Dok cerita kat kak Iti. Rasa lega sikit.. Serahkan semua urusan ni pada Allah. Moga Allah mudahkan segalanya. Entah kenapa jauh di sudut hati masih mengatakan mereka masih hidup. Hanya pesawat tu yang terhempas. 


Bersambung...