◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, January 26, 2011

Kehidupan : Bercinta?



BERCINTA!  wah!!! seronoknya..(bagi yang belum pernah merasai) Disayangi dan dikasihi oleh insan yang bernama lelaki.Rasa dihargai sebab everyday..everytime..mesti ada yang caring tentang kita kan.. Kalau difikir-fikir,orang yang something wrong dengan mind dia je yang tak nak ada cinta.. Tapi bagi yang pernah merasai cinta..pernah dilukai dan disakiti,pasti serik mencari cinta atau menerima cinta lagi..Tak semua la,sesetengah je..Tapi bila dah lama-lama mesti mencari cinta itu kembali kan? 

Hebat sungguh yang namanya CINTA ni kan. Sampaikan yang sakit menjadi sihat..yang gemuk menjadi kurus..yang kurang pandai menjadi pandai..yang malas menjadi rajin..yang jahat menjadi baik..Besar sungguh jasa cinta ni..Mampu merubah yang negatif menjadi positif..(kalau cinta itu di jalan yang betul la..maksudnya,berada di landasan yang betul seperti yang ditetapkan syarak.. 

Orang selalu cakap cinta pertama..tapi wujudkan ia? tu no komen kot! maybe ada.. atau maybe TIDAK! pape pun selamat maju jaya kepada insan2 yang bercinta..semoge percintaan itu berakhir dengan akad nikah yang membawa kepada kebahagiaan..Amin.. Kan orang kate,jodoh itu selalu bersama cinta..tapi cinta tak selalu bersama jodo.. Bunyi cam pelik kan.. tapi entahlah..Faham-faham sendiri jela kot..hehhe.. Semua insan mempunyai perasaan cinta..Memang seronok! Sape je yang tak nak kan? Yang penting batasan dalam pergaulan tu harus dijaga ! Tapi seeloknya bercintalah selepas kahwin.. Itu lebih seronok lagi ! Bukan sahaja terhindar daripada melakukan dosa malahan terhindar juga dari fitnah manusia. 

***Berfikir seketika

Kehidupan: Kesiannya kat baby tu..



Zaman sekarang ni pelik betul la kan.. Isu-isu pembuangan bayi semakin menjadi2..Dalam dunia metropolitan ni,masalah-masalah macam ni susah nak tangani..Makin teruk..Orang yang tak ada anak sangat nya la nak ada anak..tapi mereka-mereka yang ada anak ni,sesuka hati je buang anak. Kesian kat bayi yang dibuang tu..Comel-comel semuanya..Apa nak jadi dengan dunia sekarang..Moga2 aku dijauhkan dari kelakuan sebegitu..Ya Allah..lindungilah aku selalu...

Berita hari ni pula,kanak-kanak ditikam bertubi-tubi di dalam baldi sehingga mati..Masya Allah..Kejamnya mereka yang melakukan perbuatan itu..Apakah mereka sudah tidak ada sedikit rasa belas kasihan dan kasih sayang di hati? Apakah sudah hilang perikemanusiaan di hati mereka sehingga mereka tergamak melakukan perbuatan-perbuatan keji tu..

Di mana rasa kasihan? Yang ada hanyalah nafsu yang menguasai diri sehingga sanggup melakukan kejadian sekejam itu..Baru-baru ini juga dalam akhbar,seorang kanak-kanak didera oleh ibu tiri dan bapa kandung sendiri sehingga akhirnya dia meninggal..Apa salah kanak-kanak itu..Dia hanyalah kanak-kanak yang tidak mengetahui apa-apa..pabila dimarah,dia hanya tahu menangis..Pabila dipukul,dia hanya tahu duduk diam tanpa menyelamatkan dirinya..

Kasihanilah kanak-kanak itu..Bayi-bayi yang tidak berdosa..kenapa dia mesti menanggung keperitan sedangkan kita yang melakukan kesalahan..Berani buat beranilah tanggung.

Anak itu anugerah Allah..Amanah daripada Allah..

Anak-anaklah yang akan menyelamatkan ibu bapanya dari seksa kubur dan neraka..Doa anak-anak untuk ibu bapanya..

***Berfikir seketika

share link : Harapan tanpa suara

Harapan tanpa suara..

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu


Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku


Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang


Dimanakah ibu, dimanakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Tuesday, January 18, 2011

Aku minat menulis !


Salam, Lama meninggalkan cerpen seteguh kasihku,rehat2 dululah..hehe..Actually aku memang minat sangat menulis..Tak kiralah apa pun yang penting ia memerlukan daya imaginasi yang membawa fikiranku terbang ke alam fantasi..Indah sekali..Thats why lah aku minat subjek Bahasa Melayu..Minat time karanganlah,hehe..Memang dari sekolah rendah aku lagi minat bab-bab mengarang karangan ni daripada yang lain.Tapi cita-cita aku sebenarnya lain.Maksudnya bukan ke arah mengarang2 ni..Tapi deep in my heart aku nak sangat melibatkan diri dalam bidang penulisan ni dan menjadi seorang penulis novel yang digemari.

Mengarang bukan mudah.Ye betul..Aku tahu tak mudah tapi kalau kita terus berusaha mempelajarinya pasti Allah akan permudahkan kita.Menulis kenalah dari hati..Berdasarkan pengalaman dan bukan imaginasi semata-mata.kena ada faktanya jugakkan..Orang kata kalau nak mengarang sesuatu cerita kena ada rangkanya dulu kan...Kadang2 aku rasa menyusahkan je nak wat rangka2 karangan tapi bila fikir-fikirkan kenapa ye orang kata macam tu..Rupanya bila kita buat macam tu memudahkan kita tuk menullis.

Seronok menulis ni.Ada je ceritanya..Ideanya..Kadang2 tu kalau kita ada masalah,luahkan melalui penulisan kita,pasti kita rasa tenang walaupun tak adalah sepenuhnya tenang..At least ia mengurangkan sedikit beban kita.Tapi tak semua orang tu minat dalam bidang penulisan.Thats the reality lar kan.Setiap orang ada minat dia orang yang tersendiri..Sebab tu kalau dalam pemilihan kerjaya terutama masa nak pilih course tok further study nanti pasti kita rasa tekanan yang teramat sangat.Oleh itu,


Pilihlah course yang kita minat and kita boleh bawak.Barulah enjoy nak study.


Kalau tak alamatnya separuh jalanlah kita study.sebab apa? Stress lar..Kalau boleh aku nak je further study dalam bidang penulisan ni..Lebih mendalam..Tapi cuba kita lihat penulis-penulis sekarang...Ada yang menjadi seorang penulis terkenal tapi bila dikaji latar belakangnya, bukanlah dari bidang penulisan.Maknanya bidang penulisan ni bebas untuk sesiapa sahaja menceburinya.Mungkin aku nak jadikan bidang penulisan yang aku minat sebagai sampingan,macam part time lar,hhehe..Tapi aku tak bijak sangat pun dalam menulis ni.Sekadar mengisi masa lapang je.Ok what? hehe

***Berfikir seketika

Wednesday, January 12, 2011

LirikLagu: Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Thursday, January 06, 2011

Aku Kehilangan...

Orang kata dalam hidup tak semuanya akan kekal! Setiap yang hadir pasti akan pergi..Setiap yang pergi pasti ada pengganti...Setiap yang hidup pasti akan mati..dan setiap yang hidup harus meneruskan kehidupan! 

Pada tanggal 15.0g0s.2010 bersamaan dengan 5 Ramadhan..aku telah kehilangan insan yang sangat-sangat aku kasihi! aku tak sangka bahawa ramadhan kali ni membawa pergi insan yang sangat aku kasihi...Makwe(nenek)..Masih terasa hangat pelukannya...masih terdengar-dengar gelak tawanya..Masih terbayang-bayang senyumannya...Masih jelas kedengaran suaranya! Mengapa terlalu awal makwe pergi...sedang ira(nickname yang selalu digunakan arwah untukku) masih memerlukan makwe saat ini...Susah untuk ira percaya makwe telah pergi meninggalkan kami semua......susah untuk ira percaya makwe telah tiada..susah untuk ira percaya pabila kaki melangkah masuk ke rumah makwe..makwe tiada di situ memandang kami dengan senyuman......


Ya Allah..aku terlalu merindui makwe!!! terlalu merindui!!!!!!!!!!! Kini,semuanya telah berubah! tatkala kaki melangkah masuk,mulut tidak lagi berbicara memanggil "makwe...makwe...." tatkala kaki melangkah masuk....tiada lagi ciuman dan pelukan untuk makwe...dan tatkala kaki melangkah keluar,tiada lagi pelukan dan ciuman makwe untukku..

Semuanya kini hanya tinggal kenangan.....terlalu sekejab rasanya masa berlalu..ramadhan kali itu merupakan ramadhan terakhir aku bersama makwe! Rumah pun tak seceria dahulu..hanya kesunyian menyelubungi segenap isi rumah..makwe bukan sahaja nenek bagiku malah sahabat juga teman! rinduku hanya Allah yang tahu..


Ketika tangan memegang baju arwah selepas solat,linangan air mata tak maMpu ditahan..mengalir laju..betapa ku merindui....Aku tahu bukan aku sahaja yang merindui arwah malah seluruh ahli keluargaku...Mungkin ini yang terbaik buat makwe...aku harus redha! Aku tak sanggup melihat makwe menahan sakit...Aku redha dengan pemergiaan ini.Sungguh Allah itu lebih mengetahui apa yang Dia tentukan. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku makwe sehebat beliau walaupun hadirnya cuma seketika....Lagu ni sentiasa mengingatkan aku pada arwah...semoga rohnya dicucuri rahmat... Kenangan bersamanya akan ku ingat hingga ke akhir hayatku...

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan

Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia

Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana

Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Apa tu CANTIK?

                             
Cantikkan ? 


Petang itu,Sara telah berjanji untuk keluar bersama-sama dengan Ika dan Lia. Seperti biasa,mereka akan ke shopping mall..Lebih gemar berjalan-jalan daripada membeli-belah..

"Ika! Lia! tengok tu.." sambil memandang ke arah susuk tubuh yang berada tidak jauh dari mereka.

"Kenapa Sara?" soal mereka serentak

"Hmm..Tak lah..Dia cantik! Kan seronok kalau aku cantik macam tu.." jawab Sara perlahan.Suaranya jelas kedengaran seperti orang yang sangat sedih.

"Sara..Kau cantik! semua orang orang cantik,Sara.." jawab Lia seolah-olah mengerti maksud rakannya itu.

"Ha ah lah kau ni! Kita semua cantik.." balas Ika menyokong pendapat Lia

"Tapi kan,kadang-kadang aku jealous la tengok orang-orang cantik ni.Ada je admire.Tak macam aku.Seorang pun tak nak! Apatah lagi ada admire.." rungut Sara.

"Dah lah Sara! Jangan cakap macam tu lagi.Malas aku nak dengar! Lebih baik kita pergi ke sana! Aku ada barang nak beli ni.Baru teringat.Jom!" ajak Lia sambil menarik tangan Sara.Dia tidak mahu perbicaraan itu diteruskan.Sudah kenal benar perangai Sara tu.Kalau dilayan,makin aneh jadinya..


Mungkin dalam kehidupan seharian kita ade yang begini kan? Atau mungkin tidak tetapi maksudnya sama! inginkan kecantikan cukuplah sekadar kecantikan yang cukup membuatkan diri disukai dan dikagumi.Tapi bila difikir-fikirkan,seronok jadi cantik! yelah,ramai orang nak! hehe..tak pun bila amik gambar,tak payah dok penat2 mekap tuk kelihatan cantik. Cantik itu anugerah..Cantik itu sesuatu yang subjektif! Mungkin tak semua cantik dari segi rupa..

"Kecantikan tu hanyalah sementara.."

Takkan kekal..Semuanya terpulang pada diri kita macam mana kita menjaga diri sendiri..Setiap yang dijadikan itu unik..kerana mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri..nobodys perfect right? Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu dan ini. Kita mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri kita..tapi Allah Maha Mengetahui setiap yang terjadi.Apa yang diadikan Allh itu adalah yang terbaik bagi kita. 

Kadang2 susah juga jadi cantik ni. Macam2 masalah lain pula timbul kalau kita tidak tahu menghargai dan menggunakan kecantikkan itu pada jalannya yang benar. So,conclusionnya is jadilah diri anda seadanya! Setiap insan tu cantik. Hanya segelintir yang mampu melihat kecantikkan yang diciptakan Allah...



"Berubah untuk tampak cantik itu boleh tapi janganlah terlalu berlebihan sehingga kita merubah apa yang diciptakan Allah buat kita.."



Semua orang cantik. Mungkin tidak dari segi wajah tapi dari segi budi bahasanya,tingkah lakunya atau mungkin ketulusan hatinya..yakinlah dengan diri sendiri!!! Setiap kejadian itu ada hikmahnya..jadi diri sendiri itu yang terbaik! Kita tak nak kan jika kita mempunyai teman yang hanya menyukai kita kerana kita cantik? bukan kerana mereka benar2 ikhlas menyukai atau mencintai kita...


***Berfikir seketika..

Monday, January 03, 2011

Karya Kreatif : Penantianku ...


Ku lewati masa-masa tanpa dirimu
Sungguh terseksa rasanya
Penantian tanpa jawapan
Penantian yang tidak pasti
Bagaimana harusku lalui
Hari-hari yang mendatang
Menanti,menanti dan terus menanti
Entah bila akan berakhir
Segala penantian ini
Dengan jawapan yang penuh pasti
Mungungkap segala rahsia
Adakah bahagia menjadi milikkn
Mungkinkah duka menyelubungiku
Segalanya ku nanti
Penantian yang penuh harapan


Karya kreatif aku sendiri : Farra Miera :)

Saturday, January 01, 2011

Selamat datang 2011


Diam tak diam sekarang kita dah pun berada dalam tahun 2011.. sekejab je kan  rasenya tahun 2010.. Dan hari ni merupakan permulaan blog aku..hehe.Tanpa kita sedari masa kian pantas berlalu.. Kesibukan belajar dan bekerja menjadikan masa yang berlalu umpama cahaya..Terlalu laju.. Rasenye baru semalam daftar sekolah.. tapi kini tiada lagi semua itu.. zaman persekolahanku sudah tamat..kini aku harus bangkit untuk ke alam realiti...

Walaupun tirai lama telah ditutup,kenangan suka duka akan terus kekal di ingatan. Yaadein yang bermaksud kenangan..Hanya kenangan yang mampu ku simpan selagi hayat dikandung badan.. kerana kenangan itulah yang kekal abadi walau apa pun yang jadi.. Yang manis di simpan rapi.. yang pahit dijadikan pengajaran agar kita berusaha untuk menjadi yang lebih baik pada masa hadapan.. :) 

Selamat datang 2011 
yang sudah pasti menyediakan seribu satu cabaran buat kita..  semoge tabah melaluinya. InsyaAllah..