◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, February 24, 2013

Kenangan Itu Indah !


Salam , dengar lagu Kurik Kundi then tiba2 tersenyum sendiri. Rindu kat kawan2 tarian dulu. Rindu kat bilik Muzik yang jadi tempat latihan kami. Rindu semuanya! Macam biasalah ,kalau dah Melaka tu , Dondang Sayang memang takkan lari. WAJIB! Persembahan Dondang Sayang ada 2 version. 1 perlahan, serious memang mengantuk! 2nd rancak! Tu memang seronok! Kemudian tarian lagu Kurik Kundi (agak lama sebab lagu tu kan lama! hehe) then lagu Hala Timur. Yang ni agak penat dan mencabar jugak sebenarnya tariannya. Zapin tu aku tak sempat pulak belajar sampai habis. Gambar2 memang banyak kitaorang ambil, maklumlah masa tu kami ni pantang jumpa kamera. Tapi sayangnya cikgu kata gambar2 tu dah hilang . Agak sedih dan kecewa tapi tak apelah. 

Form 4 aku tak terlibat dengan apa2 lagi sebab aku dah berada di sekolah yang baru. Aku just jadi Pengawas Pusat Sumber je. Suasana yang baru. Sedikit sebanyak mengganggu emosi aku. Masa di sekolah lama, kitaorang yang join tarian ni majoriti pengawas sekolah. hehe. Aktifkan kitaorang? hehe..  KENANGAN !  


Masa sekolah rendah pulak, darjah 4 aku masuk pertandingan bersyair. Masa tu aku student baru kat situ.  Memang cuaklah beb! Masa sekolah rendah, aku aktif sukan. Darjah 6 pulak, orang kata "banyak giler" kenangan yang aku dapat kutip. Seronok. Pernah tu masuk pertandingan menyanyi ( Program lepas UPSR ) . Cikgu kata aku sesuai lagu Nazam Berkasih. Balik sekolah ajak mummy aku cari CD tu tapi tak ada rezekikan.

Aku pakai jubah seluar (jubah tu kainnya ada 2 lapis) so ada 2 colour, dalam merah dan luarnya pulak warna hitam. Then mama dan akak pakaikan aku selendang warna merah hati. Plannya nak nyanyi lagu Balqis , last minute CD hilang entah ke mana. Nak taknak kenalah nyanyi Lagu RINDU.  Sebelum tibanya peringkat akhir pertandingan tu, kitaorang ada acara di padang. Suara aku memang rockers giler lah wei sebab sokongan yang tidak berbelah bagi pada rakan sekelas masa tu,hehe. Lagipun suara aku tak sedap pun. haha (Malam sebelum tu mummy kata nyanyi jelah lagu Awie ke, Ella ke. Takpun Amy search ! haha)


Masa Audition tu ramai jugak kawan2 aku yang join. Memandangkan penyanyi kelas kami, Nina tak ada time tu, jadinya kitaorang lah seronok2 join. hehe.. Aku, Imnie, Mai dan ada lagi rasanya tapi aku tak ingat! Time tu aku bawak lagu Syura. Mai dan Imnie tak berapa sure. Sama ada lagu Pudar ataupun sama macam aku. Seronok time tu! Kalau nak diceritakan, memang tak cukup kertas nak menulis! Terlalu indah!

Tapi lumrah kehidupan. Setiap yang manis pasti kan ada pahitnya. Apapun kenangan itulah yang mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan lebih menghargai setiap detik yang ada. Kata orang, kita mungkin akan kehilangan orang yang atau barang yang kita sayang, tapi kenangan yang pernah dilalui bersama takkan luput dalam hati dan fikiran. Sentiasa segar bak bunga di taman.

Kadang2 kita terlalu merindui seseorang itu bukan sebab kita memang benar2 rindukan dia, tapi sebab kenangan yang ada antara kita dan dia. Kalau aku , aku rindu dua-dua! Tanpa dia, kenangan tu takkan ada kan? Walaupun orang tu tak pernah sekali pun ingat kat kita ( cuma ingat bila kita tegur atau terlihat gambar) , kenangan itu pengubatnya. Hargailah kehidupan ini. Perbaiki apa yang kita rasa kurang. insyaAllah semuanya akan okay ! Amin... Kenangan itu Indah!

"Friends may come and go but the memories are there FOREVER " :')

***Berfikir seketika...

Saturday, February 23, 2013

Dia Gembira,Kita Tumpang Sekaki

 Bertemu insan yang akan berkongsi suka duka bersama :')

Salam , 

Selalu kita dengar orang cakap , "bila dia gembira, kita pun tumpang gembira sekali... " . So , itu semua lumrah kehidupan. Ramai dalam kalangan kita, bila kita gembira , dia pun akan kata , dia juga tumpang gembira. Tapi berapa ramai pulak antara kita akan kata bila kita sedih , dia pun tumpang sedih??? Tak ramaikan ? Hanya sedikit bilangannya. Apapun , itu semua adalah lumrah kehidupan. Bila gembira ramai yang datang tumpang sekaki tapi bila sedih dan susah tak ramai yang akan sudi untuk menghapus kesedihan dan kesusahan kita. Nak tumpang sekaki jauh sekalilah! Ambil tahu pun tidak. 

Macam biasalah gambar  (search google) copypaste,heee

Tak usah sedih dan berduka lara sebab Allah sentiasa ada buat kita walau di mana sekalipun kita berada. Selagi kita ingat pada Dia, Dia akan sentiasa ingat kita. insyaAllah. Tak kiralah saat kita sedih ke, gembira ke. Everytime! 

Bersyukurlah seandainya kita diberikan insan2 hebat yang sudi berkongsi suka dan duka bersama kita tanpa mengira siapapun kita. Miskin ke kaya , pandai atau tidak sebab di mata Allah tak ada bezanya. Amalan kitalah yang akan membezakan satu dengan yang lain :)

***Berfikir seketika...

Wednesday, February 20, 2013

Lain Orang, Lainlah Pula Minatnya :)

Minat #DSN tak? Aku minat lah jugak! :)
Salam, 

Alhamdulillah masih berpeluang untuk menulis di sini. Oklah , seperti yang kita semua tahu, dalam hidup ni , setiap manusia yang Allah jadikan itu minatnya pasti berbeza-beza namun adakalanya minat itu sama. Tapi tak setiap orang yang Allah jadikan itu mempunyai minta yang sama.


Kalau dalam 10 orang manusia yang Allah jadikan, belum tentu sepuluh-sepuluh tu semua minat pada benda yang sama. Paling kurang 3 atau 4 orang mesti tak sama. 


Contoh simple, pergi sekolah tanya kawan2 dia minat apa. Mesti ada yang takkan sama minatnya dengan kita kan? Normal lah tu , tak pelik pun. Yang pelik kalau semua orang minat 1 benda je.

Cuba bayangkan kalau semua orang tu minat satu benda je. Contoh simple, Fara minat dengan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza tapi kawan Fara tak minat sangat dengan kak Siti. Dia lebih minat  Hafiz AF. See? Nampakkan. Tak payahlah pergi jauh2 , tanya je dalam kalangan adik-beradik anda sendiri. Macam aku, minat Nora Elena, tapi akak aku lebih minat dengan cerita Sehangat Asmara. Tak sama kan ?
Minat yang Allah berikan itu ada hikmah di sebaliknya. Bukan suka-suka Allah jadikan minat antara kita tu berbeza-beza.

Tengok pulak dalam kehidupan seharian kita, tengok dari segi kerjayalah. Kalau semua orang hanya berminat nak jadi doktor je, bidang lain siapa nak teroka? Kapal terbang siapa nak bawak? Murid-murid kat sekolah tu siapa nak ajar. Yang nak jadi doktor tu pulak siapa nak ajar? Takkan nak belajar sendiri kot. Mesti kena ada gurunya kan. See? Penting tak minat tu? Kalau mula-mula kita rasa minat tu tak penting pun. Ambil remeh je. Tapi tengok pulak impaknya. 

Sebab tu Allah jadikan kita semua dengan minat yang berbeza-beza supaya manusia dapat kaji bidang-bidang yang lain. Bukan hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Disebabkan minat tu lah kita lihat sekarang macam2 kerjaya yang ada kat dunia ni. Cikgu, doktor, arkitek, engineer, peguam, hakim. Masing-masing mempunyai kepentingan mereka yang tersendiri. Walaupun kadangkala minat tu kita pandang sebelah mata je.

Tapi harus diingat, apapun yang kita nak buat misalnya menulis, mesti kena ada minatkan. Kalau terpaksa, tak seronoklah. Tapi harus diingatkan juga bahawa tak semestinya kalau kita minat sesuatu, kita akan dapat. Yang penting kita berusaha untuk dapatkannya. Selebihnya serahkan pada Allah sebab Allah lebih tahu. Kita dan berusaha, doa dan tawakal. 


Katakanlah kita tak dapat apa yang selama ni kita nak, kita minat sangat. Contoh simple, Aiman minat sangat nak jadi akauntan, Alhamdulillah keputusan dia dalam exam pun ok tapi bila nak sambung belajar, dia apply Accounting tak dapat pulak. Yang dapat Finance. Kita tak bolehlah nak frust menonggeng sangat. Mula-mula tu memanglah agak frust jugak sebenarnya kalau apa yang kita nak tak dapat. Tapi kalau kita terima dengan hati yang terbuka, yakin dengan apa yang telah Allah tentukan, insyaAllah lama-kelamaan semuanya akan berjalan dengan lancar. Allah lebih tahu.

Kalau Allah tempatkan kita kat situ, mesti ada sebabnya. Mungkin bidang itu lebih sesuai dengan kita. Lebih baik untuk kita. Kita pulak kenalah belajar untuk perlahan-lahan minat dengan perkara yang pada mulanya kita tak minat tu. Ingat ! Buat sesuatu tanpa ada rasa minat, sungguh membosankan. Be cool and enjoy life as it comes. Sentiasa bersangka baik pada Allah.

Minat ni kalau nak cerita, 1 pages tak cukup. Apapun, pesan cikgu aku dulu, kalau nak sambung belajar, apply course yang kita rasa minat dan boleh bawak. 2 ni penting. Macam aku pulak, aku dah lah tak minat , rasa macam tak boleh bawak pun ada tapi macam aku kata, Allah lebih tahu. Terima dengan hati yang terbuka. Doa banyak2 agar dipermudahkan untuk kita melaluinya. InsyaAllah satu masa nanti kita akan tahu betapa indahnya ketentuan Allah itu. :')

***Berfikir seketika...

Monday, February 18, 2013

Aku dan Cinta Tak Pernah Jauh


Salam, 

Cinta begitu sebati dalam diri setiap insan. Macam tu juga dengan aku. Tak terlepas dari cinta. Sebenarnya aku dan cinta tak pernah jauh. Dalam hati aku sentiasa ada cinta. Setiap hari, setiap detik dan ketika, cinta tetap ada dalam hati aku. Takkan pernah pergi jauh. 

Ye, cinta. Cinta aku terhadap mama dan ayah aku yang telah banyak bersusah payah untuk membesarkan aku dan adik-beradikku. Mendidik kami agar kami berjaya menjadi insan yang berguna kelak. Mereka tak pernah jemu mencurahkan kasih sayang buat kami. Dengan rasa cinta inilah kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Dengan rasa cinta inilah kami dibelai dan dimanja. Aku dan cinta tak pernah jauh. 

Ye, aku dan cinta tak pernah jauh. Cintaku terhadap adik beradikku sentiasa mekar di hati. Gelak tawa, senda gurau menjadi pengubat rindu tatkala kami berjauhan. Perpisahan yang jadi ini mewujudkan jurang antara kami tapi di sebalik perpisahan ini, rupa-rupanya kami menjadi semakin akrab. Masa kecil dulu, pantang berjumpa. Macam anjing dengan kucing. Ada sahaja yang tak kena. Tapi sekarang, kami lebih menghargai detik2 ini. Gaduh2 kecil tu biasalahkan. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak kakak dan adik. 

Ye,benar sekali. Aku dan cinta tak pernah jauh. Allah menganugerahkan rasa cinta itu dalam diri setiap insan untuk kita merasai betapa indahnya cinta. Untuk kita mensyukuri nikmatNya. Allah menjadikan cinta itu bukan untuk kita melakukan dosa tapi untuk kita meraih pahala. Jadi janganlah kita salah guna pulak cinta itu.
"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya..."
#NoteToMyself
Tapi walau apapun, semua orang tahu bahawa CINTA yang lebih penting adalah cinta kita terhadap Allah dan Rasul-Nya. Itulah Cinta yang sebenar-benarnya. Pupuklah ia, bajalah ia di taman hati. Mudah-mudahan kita juga merasakan cinta itu. InsyaAllah, Amin.. Cinta yang sebenarnya yang perlu kita dambakan. 

"Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang begitu mencintaiMu melebihi apa pun. Ya Rasulullah, mudah-mudahan kami menjadi salah seorang kekasihmu yang sangat mencintaimu... Amin.. "

***Berfikir seketika...

Sunday, February 17, 2013

Jangan Berlagak Sangat Boleh ?

Tengok Aaron teringat Nora Elena :)
Salam , terimakasih kepada anda2 yang sudi meluangkan masa di blog yang tak seberapa ni, huhu. Bosan kan blog ni. Maaflah. Tak pandai nak ambil hati sangat. Aku tulis je apa yang aku rasa menarik untuk aku tulis. Oklah , seperti biasa , hari Sabtu ada #FearFactorSelebritiMalaysia kan. Honestly aku jarang layan. Kadang2 banyak episod dah tertinggal. Cumanya baru2 ni aku start layan Fear Factor ni. Mungkin sebab kak bedah ada. Hehe .. Kak bedah hok aloh. Sape je tak kenal kan orang yang comel dan sweet ni #HairulAzreen. 

Ni ha, kak bedah hok aloh. hehe
So, bila dah dok depan tv melayan Fear Factor ni, adalah salah seorang peserta yang aku kurang gemar dengan sikap dia. Episod2 sebelum ni aku okay je tengok dia.( tapi kadang2 tak okeylah,hehe) Bila tiba episod ni, haishh bertambah2 tak okey aku  tengok dia. Kalau kita tak suka orang, banyak lagi orang tak suka kita. Mohon maaflah ye. Entry ni bukan nak memburukkan siapa2. Cuma aku tulis perkara yang aku rasa betul. Ye, memang betul bila tiba rancangan2 yang macam ni, psycho dari orang lain itu memang ada sebab masing2 berebut untuk menjadi juara. Tapi come on lah. Kita bukan budak2 lagi. Kalau ye pun nak psycho orang, banyak cara lain yang kita boleh buat. Bukan dengan cakap besar dan buat aksi2 yang tak sepatutnya. 

Bersyukurlah sebab Allah tak turunkan musibah time tu jugak . (maksud aku time2 dia tengah buat aksi2  atau cakap perkara yang tak sepatutnya tu) . Bersyukurlah sebab Allah masih beri peluang buat anda untuk terus beraksi kat program tu. Kalau tak, episod sebelum tu dah tersingkir dah. Entah kenapa tiba2 pihak program kata tak ada penyingkiran pulak. Pelik bin ajaib sebab setiap minggu ada penyingkiran, tiba giliran anda, tiba2 tak ada. Tu pun masih tak mahu bersyukur ke? Nak jugak buat penonton rasa marah dan benci dengan anda. Suka ke penonton benci kat anda?



Kita sebagai manusia ni janganlah berlagak sangat. Penulis ni pun bukannya orang yang baik . Kadang2 ada salah dan silapnya jugak yang kadangkala penulis tak sedar. Kadang2 penulis juga terlupa untuk bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya.. Itu lumrah kehidupan. Manusia tak lari dari melakukan salah dan silap. Cuma sebagai manusia, kita tak usahlah nak berlagak sangat. Rasa diri cukup hebat ke. Kalau kita rasa kita bagus, sebenarnya kat luar sana ada lagi manusia yang lebih bagus dari kita. Banyak lagi cara nak psycho orang, bukan dengan cara macam tu. Masing2 ingin menjadi juara tapi apa salahnya kalau kita juga saling memberikan semangat antara satu sama lain. Aku tengok rakan2 yang lain ok je support antara satu sama lain. Jarang sekali aku nampak diaorang tu cuba menjatuhkan. Kalau ada pun,cara mereka sangat baik. Baik dari tingkah laku atau tutur kata. Kalau boleh, kita cubalah jadi orang yang disenangi. Jangan jadi orang yang hadirnya dibenci, matinya di syukuri. Ya Allah , jauhkan penulis ini dari situasi yang macam tu ya Allah... 

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindunganNya. Sentiasa diberkati dan dirahmati... Dijauhkan dari apa juga keburukan... InsyaAllah.. Amiin.. 

p/s : Mohon maaf di atas salah dan silap penulis sepanjang menulis di blog ini. Barakallahufik... 

***Berfikir seketika...

Friday, February 15, 2013

KeputusanPeperiksaan: Itu Yang Terbaik Buat Kita Sebenarnya :')

copy paste. Link pemiliknya ada disitu. :)
Salam Jumaat. 

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan hari Jumaat ni. Oklah , seperti semua orang tahu ( satu dunia mungkin, haha ), keputusan peperiksaan Semester 1 2012/2013 bagi pelajar degree telah pun selamat dikeluarkan sama ada di student portal ataupun melalui email masing-masing. Ada yang cemerlang, syukurlah. Tahniah! Ada yang sederhana dan ada yang biasa2. Apa2pun tahniah sebab anda telah berjaya menghabiskan Semester 1. ( tepuk tangan ) 

Sedih , kecewa, menyesal tu memang akan ada kalau tak dapat DL (bagi student U). Lebih-lebih lagi ini sem 1. Orang kata subjek senang. Lecturer kata patut score. Sem awal ni lah patut score pointer sebab makin lama belajar makin susah. Tapi ingat satu perkara, setiap yang Allah jadikan itu pasti akan ada sebabnya. Apa yang Allah beri itu , itu yang terbaik buat kita sebenarnya walaupun hati sering menidakkan. Allah Maha Mengetahui kan. Kita ni hambaNya harus terima setiap ketentuannya. Sabar itu penting.


"Bersabar itu bukanlah bermaksud kita sanggup menerima segalanya tetapi kesabaran itu adalah bagaimana kita sabar dalam mencari penyelesaian pada setiap permasalahan yang ada ... "


Apabila kita redha dengan jalan Allah..InsyaAllah, Allah mempermudahkan segala yang kusut...





Kadang2 tu yang terjadi bukanlah takdir semata-mata tapi untuk buat kita berfikir. Bersyukurlah dengan apa yang kita dapat. Kalau kita rasa kita terbaik, kita salah. Sebenarnya ada yang lebih baik dari kita. Kalau kita rasa kita ni paling teruk , kita salah. Sebenarnya ada lagi yang kurang bernasib baik . Satu perkataan "Alhamdulillah" . Bersyukur dengan apa yang kita dapat. Terima seadanya. Allah Maha Mengetahui. Sesungguhnya "kalau" itu membuka pintu masuknya syaitan...


Rasulullah SAW bersabda :
Apabila ada sesuatu menimpamu maka janganlah berkata "Seandainya saya bertindak begini tentu hasilnya begini." tetapi katakanlah " Allah telah mentakdirkan dan apa saja yang dikehendaki pasti terjadi kerana "seandainya" itu membuka pintu masuknya syaitan. (HR Muslim)


p/s : Dalam Majalah Al Islam ada bincang isu perkataan "kalau" ini . Untuk tahu dengan lebih lanjut, bolehlah baca majalah tu. 



Biarlah apa orang nak cakap tentang kita , yang penting kita sendiri jangan terlalu ambil pusing dengan kata-kata mereka. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Yang positif kita ambil, yang negatif kita biarkan. Kadang2 orang tak faham situasi kita. Dia rasa dia faham tapi sebenarnya tak 100% dia faham pun. Kita lebih tahu siapa diri kita. Kita dah berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah. Doa dan Tawakal. Apapun keputusan yang kita dapat , terima dengan ikhlas dan redha. Mungkin itu yang terbaik buat kita. 


Tapi jangan pulak dok usaha je, doa tak ada. Dan jangan pulak asyik doa je, usaha tak ada. Biarkan mereka bergerak seiring ok. Fikir positif. Ambil ikhtibar. Tingkatkan lagi usaha di masa akan datang. Jadikan kegagalan ini sebagai pendorong untuk kita lebih maju di masa akan datang. insyaAllah...Selamat Maju Jaya. Goodluck! :)



***Berfikir seketika...

Hati Manusia Kita Tak Tahu


Salam , Jam menunjukkan pukul 4.14 pagi tapi mata masih terasa segar , tangan menyusun rentak dari satu huruf ke satu huruf. Memang aku rindu sangat dengan cerita Nora Elena. Mungkin juga merindui watak Seth Tan yang begitu caring dan penyayang walaupun satu masa dulu dia pernah melakukan kesilapan yang sangat dia kesali. Bertahun dia mencari Nora. Bertahun memendam rasa cinta yang terbit sejak kali pertama mereka bertemu tapi tak punya kesempatan untuk meluahkan. (Mukadimah je, macam tak ada kaitan pulak kan) 


Hati manusia kita tak tahu. Apa dia rasa kita tak mengerti. Sedih, gembira,kecewa.  Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati. Kalau tengok Nora Elena, kita tak tahu hati Seth. Apa dia rasa sebenarnya. Yang kita tahu dia rasa menyesal,dia rasa cinta. Tapi kita tak dapat nak selami rasa tu sebab dia empunya badan lebih tahu. Samalah macam kita. Sebab tu hati manusia ni kita tak tahu. Hanya yang pernah merasai mampu memahami tapi tak 100% lah. Manusia. Jalan hidup berbeza. Tapi mempunyai tujuan yang sama.

By the way , entry ni cuma nak menghilangkan sedikit keraguan di hati dan fikiran yang asyik memikirkannya.   Baru-baru ni aku berhubung dengan sahabat baik aku. Lagipun dah lama sangat aku tak tanya khabar dia. So, bila aku tengok something different with his pic, aku cuma nak cakap yang gambar sebelum ni lebih okaylah. But he said pic tu "berkepentingan sikit" . So, sejak tu aku asyiklah dok terfikir ape maksud berkepentingan sikit tu. Mungkin dia..? atau mungkinkah dia ?? Macam2 persoalan yang timbul. Jadi, taknak saratkan fikiran , just let it go je. Malas nak fikir. Ingat pesan kak Aina, layan dia sebagai kawan. Itu lebih mudah dan kita pun lebih selesa. ( jangan fikir lain ok? )

Sweet kan? :)
Cuma apa yang aku suka tentang dia kali ni adalah cara dia memberi respond. Jauh berbeza dengan sebelum ni sebab kali ni aku tak adalah rasa macam aku je yang sibuk2. Tapi macam aku kata , hati manusia kita tak tahu. So, kita tak bolehlah buat conclusion ikut rasa hati kita. Bimbang tersilap tafsir , kita yang kecewa,kan? Apa2 pun, yang terbaik adalah kita kena sentiasa mendoakan sahabat2 kita walau di mana sahaja mereka berada. Mohon pada Allah agar ukhwah yang terjalin tu tak berhenti setengah jalan. Hati ini milik Allah . Kita serahkan pada Allah sebab Allah tu Maha Mengetahui. Allah knows our situation, trust Him and pray to Him.

Hati manusia kita tak tahu . Mungkin kita rasa andaian kita sama dengan apa yang dia rasa tapi kita tetap tak tahu. Melainkan kita sendiri bertanya atau dia sendiri yang beritahu. Hati manusia kita tak tahu kerana kita sendiri kadangkala sukar mentafsir rasa hati kita. Kalau hati sendiri sukar difahami bagaimana pula kita nak faham hati orangkan? Hati kita,kita jaga sebaiknya ok. Be cool and enjoy life as it comes.

***Berfikir seketika...

Ya Allah, sekiranya hatiku terpaut kepada seseorang, berilah hatiku terpaut kepada orang yang hatinya terpaut kepadaMu. Amin. :')

Thursday, February 14, 2013

Hidup Tak Selalunya Indah dan Mudah

Comelkan gambar ni ? hehhe
Salam , 

Dalam kehidupan seharian , kita sedar bahawa hidup ni tak semudah menulis A,B,C dan juga tak semudah membaca Alif, Ba ,Ta . Kehidupan ni pastinya banyak sekali dugaan dan cabaran yang akan melanda,bak kata kawan aku , tak payah pergi jauh2 lah , tengok je kat sekolah dulu. Berapa banyak ujian yang kita kena ambil. Ujian Berkala 1 lah , Berkala 2 lah , Pertengahan Tahun lepas tu Ujian Akhir Tahun. hehe.  Daripada markah yang kita dapat dalam ujian tu pulak yang menentukan pula kita ni masuk kelas mana sama ada kelas pertama ? kedua? ketiga? atau mungkin kelas terakhir? Untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik , masing2 berusaha untuk ke kelas pertama. Itupun merupakan satu ujian dalam kehidupan jugak tu kan? heehee.. 


"In school, you're taught a lesson and then given a test. In life, you're given a test that teaches you a lesson."


Sakit pening , loya nak muntah , migrain, pun ujian juga. Ada duit banyak (kekayaan lah tu maksudnya), ramai orang sayang, ramai sahabat2 yang baik  tanpa kita sedar tu pun ujian jugak sebenarnya. Kenapa? Sebab hidup ni tak selalunya indah dan mudah. Semua itu nak uji kita sama ada kita ni makin dekat dengan Allah yang Maha Kuasa atau tidak. Dalam hidup ni tak semuanya indah macam yang selalu kita fikirkan. Kata orang hidup tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah.

Janganlah disebabkan angan-angan yang indah , kita tenggelam di lautan fantasi hanyut dibuai mimpi. Kita kena tahu hidup ni tak selalunya indah. Ada suka dan duka. Tak lengkap Tuan Happy tanpa Puan Sedih. Tak lengkap juga Encik Senyuman tanpa Cik Tangisan.

Hidup tak selalunya indah dan mudah kerana pasti dalam perjalanan kita menuju kejayaan, dugaan dan cabaran datang bersilih ganti. Dalam hidup tak semuanya akan putih, pasti akan ada pelbagai warna lain . Macam lukisan . kalau putih je , jemu dan bosan orang pandang . Tapi kalau ada warna biru , hijau , pink mesti orang akan tertarikkan? Macam tu jugak dengan kehidupan. Kalau asyik putih je warnanya pasti membosankan. Sebab tu Allah jadikan siang dan malam. Siang untuk bekerja, malam untuk berehat. Kalau asyik siang je tanpa malam , mesti bosankan? 


Dunia ibaratnya roda
Naik turun tiada hentinya
Sama juga hidupnya manusia
Ada yang riang
Dan ada yang duka
(P Ramlee: Barang Yang Lepas)


Dijadikan ujian agar kita lebih menghargai saat indah yang hadir dalam hidup ni. Sebab kadang2 manusia tak pernah appreciate detik indah yang hadir dalam hidup Bila semua itu dah pergi jauh , barulah nak dikenang-kenang. Bak kata P Ramlee , "barang yang lepas, hai janganlah dikenang. Kalau dikenang hai meracunlah diri " .  bak kata kak Aina pula, "Hidup ini sentiasa ada turun naiknya. Kadang-kadang kita berlama-lama duduk di atas, ada ketika kita turun ke bawah pula. Dunia juga berubah-ubah. Ada masa ia menjadi besar bila kita mencari dan tak jumpa, ada masa ia menjadi kecil bila yang kita sangka berada jauh, rupa-rupanya ada dekat sahaja. Apa sahaja yang berlaku, setiap pengalaman itu adalah satu pengetahuan dan pelajaran buat kita. Semakin lama, semakin matanglah kita, insyaAllah."

***Berfikir seketika...

Sunday, February 10, 2013

Alhamdulillah , gembira :)


Salam , Alhamdulillah semalam adalah hari yang sangat menggembirakan. Walaupun pagi tu agak tension sikit, hehe.. Ok , semalam setelah sekian lama aku tunggu , akhirnya sampai jugak novel tu dengan selamat kat rumah . hehe.. Menurut orang yang bagi aku novel tu , novel tu dah di post hari Isnin. Jadi setiap hari aku akan menanti pakcik posmen untuk bagi novel tu . Tunggu punya tunggu akhirnya sampai jugak hari Sabtu . Lama jugak. Mungkin pejabat pos sedang sibuk dengan perayaan Tahun Baru Cina. Tak mengapalah, yang penting aku dapat novel tu! Alhamdulillah , syukur sangat2! Lebih2 lagi novel tu hadiah daripada orang yang sangat aku sayang. Sentiasa ada untuk beri aku sokongan dan motivasi. Terimakasih! 

Lepas je dapat novel tu , aku dengan excitednya tunjuk kat family aku. hehe.. Teruja! Then aku terus balut kulit novel tu supaya tak kotor. Memang itu yang selalu aku buat bila aku beli novel baru. Dah terbiasa. Sedap mata memandang bila novel yang kita sayang berada dalam keadaan baikkan. Habis balut novel, siap2 untuk pergi picnic dengan family sebelah mummy aku. Semua ada, Pak Long dan keluarga, begitu juga Ode dan Pak Andak. Abah (panggilan untuk atok aku) pun ada sekali. Tapi walaupun semua ada , pok cu dan Pak Ibik tak ada. Tak berapa nak lengkap lah. Pok cu dan isteri kerja. Pak Ibik pula menetap di Saudi Arabia. ( yang ni lagilah susah nak jumpa. Setahun sekali je. Tu pun sekejab je. Takpelah). InsyaAllah next time kitaorang akan berkumpul lagi. Dengan izinNya, insyaAllah, Amin. 

Oklah , memandangkan buat masa ini camera tak ada dengan aku sebab adik aku bawa pergi Seremban (nak pergi kenduri kahwin cikgu katanya. Esok baru balik.) Jadi tak dapatlah nak masukkan gambar. Apapun insyaAllah nanti akan diupload. Have a nice day :) May Allah always bless us, Barakallahufik ...

"Gunakanlah waktumu untuk saling memberi dan berbagi kasih bersama keluarga, itulah yg akan membuat hidup lebih berarti."  :) 

Friday, February 08, 2013

Tulis yang BAIK-BAIK tapi ...


Salam, Alhamdulillah hari ni masih dapat bertemu dengan penghulu segala hari, Jumaat. Oklah , semalam ada orang yang cakap kat aku " Post yang baik-baik (entry aku), tapi orangnya biasa-biasa je." Oklah , let me explain here supaya benda ni tak berlanjutan dan orang lain tak salah anggap dengan aku. Bak kata kak Aina, "Lagipun, bila tulis, mulut kita terjaga. Kita tak akan keluarkan benda-benda mengarut. Kalau bercakap dalam keadaan yang sakit hati atau marah, mungkin ada benda yang keluar yang sepatutnya tak keluar. Kalau menulis, kita sempat lagi untuk berfikir." AinaEmir: Tulis Jangan Cakap

"Writing is the best way to talk without being interrupted." Jules Renard 

Oklah , kalau ada yang baca link dari blog kak Aina tu jangan salah faham ye. Kami tak berkelahi sama sekali ye. Entry tu menarik dan sesuai digunakan untuk semua orang bila nak tulis sesuatu dalam emosi yang tak menentukan. Untuk mengelakkan salah satu pihak kecil hati atau mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. 

So, kalau ada sesiapa yang singgah di blog ni , sikit pun mesti korang akan tengok About Me kan? Kalau tak tengok, biarlah aku letak kat sini apa yang aku letakkan di About Me.

" Dgn mengeluarkan kata2 agama,tak semestinya aku seorang ustazah.
Dgn menasihati org lain tak pula bermaksud aku ini adalah org yg sebaik-baiknya.
Aku cuma insan biasa yang mempunyai keinginan seperti kamu.
Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku tahu di samping mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik.. :) Semoga apa jua bidang yang aku ceburi akan dipermudahkan jalanku..Amin.. :) "

So,harap kat sini dah clear lah apa yang aku nak cakap. Yes, aku mengaku aku ni bukan orang yang alim sangat, tudung pun biasa-biasa aje . AKU HANYA ORANG YANG BIASA-BIASA. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri aku . Cuma aku berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku tahu di samping mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik. Seperti yang aku tulis sebelum ni , aku masih mencari sinar yang aku dambakan. Aku mohon doa2 yang baik dari kalian untukku. Aku buat blog ni sebab dari sini aku dapat menulis sebanyak yang aku mahu. Berkongsi cerita walaupun tidak ada yang selalu singgah membaca. Aku seronok dalam dunia aku di blog ni. 

 

Mohon maaf di atas segala salah dan silap. Aku hanya insan biasa yang berkongsi apa yang aku pelajari dan apa yang aku tahu di samping mengingati diri sendiri supaya menjadi lebih baik. Aku post entry yang baik2 bukan sebab aku nak berlagak baik ke apa ke . Tak. Tolong jangan salah faham ye... Kita sama2 belajar untuk jadi yang terbaik. Tak salahkan? Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidup kita,Amin :)

***Berfikir seketika...

Thursday, February 07, 2013

Rindu Nora Elena!


Salam , heee. Macam tak ada apa nak tulis je kan. Tapi tak apalah. Aku menulis ikut apa yang terlintas di benak fikiran. InsyaAllah takkan menyimpang jauh dari aku. Kalau tak suka maaflah ye. Oklah , semalam dok layan lagu Opick, Kak Siti, keluar pulak cerita Nora Elena part Seth suruh Nora panggil dia abang. Haha. Comel sangat2! Banyak kali tengok. Tiba-tiba rasa rindu pulak kat drama tu. Tu lah drama yang berulang kali aku tengok tak jemu-jemu.

Tapi sayangnya sekarang drama tu dah tak ada dalam simpanan aku. Hilang masa my sister format laptop dia. Aduhai, sedihnya... Rindu Nora Elena. Habis tengok kat tv, aku akan tengok pulak kat tontontv3. Masa tu memang mood tiap hari Nora Elena jelah aku. Cerita lain tak layan aku. Aku suka tengok Aaron Aziz dengan Siti Saleha. Diaorang ni ada chemistry. Seriously sepadan. 


Sekarang ni dah dok umah time-time cuti ni, aku layan Setia Hujung Nyawa dan Aliya. ( semua nak bagitahu kan? hee) . Kalau korang tengok Aliya , watak Faris tu comel kan? Suka sangat tengok si Faris tu! Tengok pulak Surat dari Langit Biru , macam menarik. Semenjak dua menjak ni macam minat pulak kat Johan Asari tu. Haishh.. Tengok Siti Ooo..Som kat Astro Prima? Comel je kan. Kak Siti asyik ketawa je. Pecah perut tengok. Cumanya tak suka dengan 2 orang girls dalam tu yang pakai seluar yang entah apa-apa je.

Inilah Faris dalam sinetron Aliya tu :)


p/s: Mohon maaf di atas segala entry yang telah aku tulis sekiranya ada yang menyakiti  hati kalian atau kurang menyenangkan kalian. Entry2 bosan pasal rindu lah ape tu semua mohon tidak salah anggap tentang aku. Itu semua cerita lama. Kita mulakan episod baru. Aku pun dah tak nak tulis benda2 macam tu . Dan atas sebab itu , beberapa entry yang agak over telah aku hidekan. Entry2 yang tak dihidekan tu kalau membuatkan korang rasa tak suka bila baca, tolong tutup terus ye. Terimakasih. May Allah always bless you.  Thanks for being my readers :)