◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, May 11, 2017

Pahit...

Salahkah aku menjadi manusia yang kadangkala mempunyai jiwa selembut sutera? Salahkan aku memberi sepenuh rasa kasihan dan simpati buat mereka? Tidak salah.. Ya.. Tidak salah sama sekali. Kau melakukan itu.. Cuma hanya mereka yang tidak pandai menghargai dan tidak punya rasa malu atas semua yang mereka lakukan. Kau memberikan sepenuh jiwa dan harapan untuknya namun semuanya diambil begitu sahaja oleh insan yang entah di mana dia meletakkan rasa malu di dalam dirinya. Kau berhempas pulas memastikan setiap harapan itu menjadi kenyataan.. Namun sekelip mata harapan yang kau letakkan dimusnah oleh mereka yang tidak punya sedikit pun rasa belas kasihan.

Belas kasihan? Tidak.. bukan belas kasihan yang pantasnya untuk mereka.. Sedang kau yang memberikan belas kasihan itu buatnya tapi apa balasan mereka? Tidak sedikit pun punya rasa malu lantas mencampakkan kau bagai kau yang mengemis harapan itu darinya.. Sesekali aku terasa diriku ini terlalu tidak berguna.. Ada ketika aku sangat membenci diriku.. Memberi 1001 belas ihsan buat mereka tetapi perasaanku tidak sedikit dihargai dan dipeduli.

Permainan apa yang mereka cuba tunjukkan? Tidak sedikit pun aku peduli jika tiada bersatunya kita di sini kerana hakikatnya aku lebih dibutuhkan. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku melangkah mencari suasana yang baru. Mungkin itu yang kamu mahukan kerna kamu merasakan kau lebih bagus bukan? Sungguh hati aku sangat kecewaaaaaa.....

Sunday, October 16, 2016

Secebis bahagia yang sukar dilepaskan

Kebahagiaan itu adalah satu rasa yang sukar digambarkan dengan perkataan tetapi lebih mudah dilihat dengan perbuatan dan riak wajah. Setiap insan pasti pernah merasai bahagia. Lumrah kehidupan, kebahagiaan itu tidaklah akan berkekalan selamanya. Pasti ada juga onak duri yang harus ditempuh untuk mencapai kebahagiaan. Kebahagiaan tidak datang sekelip mata. Seperti pelangi. Tidakkan muncul tanpa kehadiran hujan.


Kita pernah menangis.. Menangis yang sesungguhnya seperti tiada lagi erti kehidupan buat kita. Tapi.. hari demi hari, kita bangun dan terus bangkit melangkah ke hadapan. Kita merasakan tersangat sukar dan sulit untuk melaluinya namun kita berjaya melepasi halangan itu. Janji Allah.. Ya.. Itulah janji Allah.. Allah tidak akan menduga hambaNya melebihi apa yang terdaya dipikul oleh hamba tersebut. Dan Allah menyatakan lagi dalam surat-surat cintaNya.. Di setiap kesusahan pasti akan kemudahan..

Secebis bahagia itu sukar untuk dilepaskan. Walau akal mengatakan ya.. Hati sebolehnya menafikan.. Akal dan hati.  Saling berperang sesama sendiri cuba untuk menegakkan kebenaran sedang pada hakikatnya.. Hati lebih mengetahui apa yang di rasa.. Dan akal cuba untuk menidakkan rasa itu kerana tidak mahu hati disakiti lagi. Kebahagiaan itu mmg sukar untuk dilepaskan. Yakinlah.. Di setiap kepahitan yang dirasai sekarang pasti Allah simpan sebuah senyuman di masa hadapan. Be strong my dear. Keep praying for the best. He knows everything. He knows best.

Sunday, September 11, 2016

Antara dua darjat

Di saat semua mata sedang lena diulit mimpi.. Fikiran aku jadi tidak menentu.. Pada awalnya aku akui.. aku marah.. tp kini amarah itu telah lama berlalu pergi.. Hati aku kini dibayangi rasa sedih dan kecewa.. Ye.. sungguh.. hati aku sangat kecewa dan sedih dengan sikap segelintir manusia yang terlalu cepat menghukum dan menilai..

Pada awalnya, aku sendiri tidak menjangkakan yang aku akan jatuh cinta dengan pekerjaan ini. Pada awalnya, aku menjangkakan aku tidak mampu untuk bertahan lebih lama. Tp dengan izin Allah, Alhamdulillah sehingga kini aku masih di situ meneruskan pekerjaanku sbg seorang yang bergelar guru tadika. YE, GURU TADIKA. Aku ditempatkan di dalam kelas 4 tahun. 4 tahun yang penuh dengan gelak tawa dan ragam anak-anak kecil yang baru mula untuk mengembara dunia.

Antara anak-anak murid . Semuanya ada 12 orang. Sorang baru masuk.. 




Walaupun adakalanya stress dan pening kepala melayan karenah anak-anak kecil ini, namun selalunya telatah mereka jugalah yang menjadi penghibur hati. Walau seberat mana pun masalah yang dihadapi, bila mata ini melihat mereka.. semua masalah tu seakan-akan lenyap buat seketika. Diaorang ni kira macam ada super power la. Kau sedih macam mana pun, bila kau dah ada dalam dunia diaorg.. kau pun hanyut sama tenggelam dalam dunia diaorg. Automatik kau rasa tenang. Rasa gembira. Rasa seronok.

Tapi sayangnya, bila aku harus berdepan dengan realiti kehidupan, aku tak terlepas dari agenda *ANTARA DUA DARJAT* . Manusia gemar membeza-bezakan aku dgn yang lain. Gemar menjatuhkan hukuman terhadap aku. Terlalu cepat dalam menilai pekerjaanku. Mmg aku berkelulusan degree.. dan memang seharusnya aku tidak berada di situ. Tp salahkah aku untuk memilih? Memang aku tak nafikan.. ramai yg memandang rendah dgn title "cikgu tadika" . Tp pernah tak terfikir.. Semuanya bermula dengan guru tadika selain daripada ibu bapa. Memang gaji guru tadika tak besar. Tak setanding dgn kelulusan yg aku ada. Tp insyaAllah gaji yang Allah bayar kat aku lebih besar dari apa yang aku dapat. Aamiin..

Teringat kata-kata ustaz, jika kamu ingin menjadi kaya di dunia, bukalah business.. Tapi jika kamu ingin menjadi kaya di akhirat, pilihlah untuk menjadi pendidik..




Bukan kerja mudah.
Ye.. walaupun ada yang fikir kerja guru tadika ni senang je. Tp tak semua mampu hadapi "senangnya" itu. Berhadapan dgn keadaan anak murid terberak, terkencing, termuntah, demam, menangis.. tak semudah itu.. Tak ada kerja yang mudah kat dunia ni. Semuanya ada kesusahan yang perlu dihadapi. Ada cabaran-cabaran dia.. Dont simply said "alahh.. cikgu tadika.. senang je.."

Aku juga punya impian..
Aku juga ingin duduk di office, ber air cond..  bergaji besar.. bebas bergerak ke sana ke sini tanpa perlu memikirkan keadaan anak-anak kecil yang sedang sibuk dgn dunia mereka hampir setiap masa . Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Setiap kali berdoa, aku akan minta Tuhan berikan yang terbaik untuk aku, di dunia dan akhirat. Berulang-ulang ku minta padaNya tanpa rasa jemu. Bila Allah tempatkan aku di tadika, aku rasa ini yang terbaik buat aku.. pada masa ni.. Aku redha.. Aku ikhlas. Aku seronok bersama mereka.




Aku pasti suatu saat, Allah akan berikan sesuatu yang terbaik buat aku.. di luar jangkaan ku.. Aku yakin dgn setiap yang Allah tetapkan untukku. Jadi awak awak semua.. janganlah terlalu cepat menilai manusia. Hati manusia tak siapa yang tahu.. Luka di hati boleh dirawat tapi parutnya itu akan terus berkekalan. Sungguh telah lama ku pendam rasa ini. Tapi hari ni hatiku benar benar kecewa.. benar benar terluka.. Allah... :'(

Rezeki tu milik Allah. Kalau Allah kata, itu yang terbaik untuk kau maka itulah yang terbaik. Kalau Allah kata itu bukan yang terbaik, Allah pasti gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kau dan aku sama. Kita adalah hambaNya. Setiap rezeki datang dariNya. Janganlah kau berasa bangga dengan apa yang ada sekarang dan apa yang aku tidak ada sekarang. Tidak ada yang mustahil dengan izin dan pertolongan Allah.. Rezeki kita berbeza-beza. Perjalanan kita jugak tidak sama. Mendoakan adalah yang sebaik-baiknya. Allah knows best. Al Baqarah 216 and 286 :)

Tuesday, September 06, 2016

Ku pendam sebuah duka

Kedukaan itu sukar untuk diukur dengan kata-kata.. Perit luka itu masih terasa sehingga kini.. Walaupun telah ku rawat lukanya.. parutnya tetap berbekas di hati.. Bukan aku tidak ikhlas melupakan dan memaafkan.. Telah jauh ku buang rasa itu agar hati ini penuh dengan warna-warni sebuah kebahagiaan. Namun ada kalanya, hati ini terusik.. Mengenangkan kisah yang telah berlalu..

Aku tidak sempurna bahkan masih jauh lagi untuk mengejar kesempurnaan. Aku hanya insan biasa.. Yang adakalanya kuat dan gagah.. namun ada ketikanya, tersungkur lemah tidak berdaya.. Aku percaya, setiap insan ciptaan Allah tidaklah dia sepanjang masa menjadi seorang yang sangat kuat.. Aku pasti.. ada ketikanya.. walau tidak bersama teman, dia menangis sendirian melepaskan resah di hati.. mengadu hanya pada Penciptanya..




Setiap insan. Setiap makhluk.. pasti ada memendam kedukaan.. Bukan semua mampu memahami rasa hati kita.. lantas kita memilih untuk memendam dan membiarkan sahaja kedukaan itu.. Berharap satu masa nanti semua kedukaan itu mampu terhapus dengan sebuah kebahagiaan yang sungguh bermakna..

Masa.. Masa adalah penentu segalanya. Yakinlah, suatu saat pasti Allah hadirkan sesuatu.. merawat duka yang terpendam di hati. Tetapkanlah hatimu untuk terus berdoa.. terus bersangka baik dan percaya dengan perjalanan yang telah ditentukanNya.. Kadang-kadang Allah datangkan kepada kita hujan ribut sehingga kita menangis merindui sang mentari.. Rupa-rupanya telah Allah persiapkan pelangi nan indah di sebalik hujan dan ribut itu.. Keep strong and be strong.. Allah knows best.