◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, February 13, 2015

Rezeki itu kurniaan Allah

Salam,

Alhamdulillah.. Kegembiraan yang kurasakan ini tidak tergambar dengan kata-kata. Sedang asyik membantu adik menyiapkan tugasan sekolah, bunyi telefon bimbit cukup menggetarkan rasa hati. Satu notification email telah diterima. Dengan pantas tangan mengambil telefon bimbit dan membuka email yang diterima. "sims" . Perkataan itu sahaja sudah cukup memberikan tamparan hebat buat diri. Keputusan peperiksaan final exam semester ke 5. For the first time aku menerima email seawal ini sepanjang 5 semester di UiTM.. Dikuatkan hati, selawat dan zikir sentiasa bermain di bibir. Takut tapi aku harus berhadapan dengan realiti.. Bukak sahaja peti inbox, mata terus melihat keseluruhan gred subjek kerana bagiku itulah yang paling penting. Pengalaman pahit yang pernah menimpa diri suatu ketika dulu cukup menjadikan aku seorang yang sangat paranoid dan sentiasa hilang keyakinan diri.. Alhamdulillah.. Kesemua subjek yang diambil tidak ada yang gagal. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sepanjang minggu ini, semakin dekat tarikh keputusan akan diumumkan, semakin terasa debaran di hati. Semakin hilang mood untuk bergembira dan bergelak tawa.. Susah hati setiap masa namun tetap menyerahkan segala harapan dan impian pada yang Maha Kuasa agar diberikan sesuatu yang terbaik dan menjadikan hati ini redha dengan setiap yang diberikan. "Ya Allah, apapun yang bakal aku terima, aku yakin itu yang terbaik buat aku menurutMu.. Mudah-mudahan hati aku redha menerima setiap yang bakal Engkau berikan.. ya Allah, mudah-mudahan apa yang bakal Engkau berikan tidak akan menghampakan hatiku dan yang paling utama adalah hati kedua ibu bapa.." Seringkali doa ini yang terdetik di hati.. Semakin dekat tarikh keputusan bakal diumumkan, semakin bertambah kerisauan hati. Yelah, hati mana yang tak risau memikirkan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN (klik sini) yang bakal diterima.




Setiap hari akan minta mama mendoakan yang terbaik.. Dan sebelum email diterima pun, masih meluahkan keresahan hati pada mama dan akak.. Begitu juga pada insan-insan yang rapat dengan diri.. "Malam ni tak boleh tido kot.. Esok result keluar.. Susah hati.." Hanya Allah yang lebih memahami apa yang aku rasa.. Tak sanggup rasanya andai kata aku harus menambah semester pengajianku.. Tak sanggup melihat raut wajah kedua ibu bapaku yang telah banyak bersusah payah. Apatah lagi semester kali ini aku menetap di luar kolej kerana dipindahkan ke Puncak Alam. Pastinya telah banyak wang dilaburkan untukku.. Perjalanan dari Melaka ke Puncak Alam bukannya dekat dan disebabkan itu mama dan ayah hanya 2 kali sahaja naik ke Puncak Alam itu pun pada awal semester dan akhir semester berbeza semasa keberadaanku di Shah Alam. Di penghujung semester pula, macam-macam yang menimpa diri makin menambahkan kerisauan di hati mama terutamanya. Seringkali mama menelefon ketika itu dan sering jugak aku pulang ke Melaka.

Walaupun keputusan yang aku terima mungkin tidaklah sehebat rakan-rakan yang lain, namun aku tetap sangat bersyukur kerana aku yakin dan percaya, apa yang Allah beri itu adalah terbaik buat diriku. Perjalanan hidupku telah diatur oleh yang Maha Kuasa. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat diri. Aku yakin rezeki Allah itu luas. Ada di mana sahaja dan setiap manusia yang Allah jadikan telah ditentukan rezeki mereka.. Janji Allah itu pasti.. Kita yang harus sentiasa bersangka baik padaNya. Selagi mana kita berusaha dan bertawakal hanya kepadaNya, pasti ada ganjaran yang disimpan olehNya buat kita. Itu jaminan Allah..

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. 
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya."
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Tidak perlu membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain sebab tiap orang kemampuan mereka berbeza.. Berusaha menjadi lebih baik dan menerima segala ketentuanNya. Sentiasa berdoa dan berbaik sangka. Pergantungan dan harapan yang tinggi hanya padaNya. Ku sandarkan hanya padaNya. Mungkin inilah kurniaan Allah di atas segala ujian yang ditimpakanNya. Rezeki Allah itu ada di mana-mana. Kalau Allah dah tetapkan itu yang terbaik buat kita, pasti Allah lebih tahu kenapa dan mengapa. Rezeki itu kurniaan Allah. Milik Allah. Kita hanya hambaNya yang sangat kerdil berlumur dosa. 


Masa ambil result PMR. Satu family ikut sama sebab baru balik dari bercuti kat PD. Tengok result, terus menangis. Beyond my expectation.. Family pun tak sangka sebab aku ni study dalam tido. hehee


Rakan-rakan yang lain masih lagi cuak, risau dan ada yang tak boleh tidur ketika aku sedang ralit berkongsi kegembiraan ini. Sabar ye rakan-rakan.. Mudah-mudahan Allah berikan mereka yang terbaik. InsyaAllah everything will be okay my sayang-sayang sekalian.. Bersangka baik dan berharap padaNya. InsyaAllah ada pelangi yang indah Allah simpan buat kalian. Wallahu a'lam..


"Ya Allah, mudah-mudahan hati ini Kau pelihara kerana sesungguhnya Kau yang membolak-balikkan hati manusia. Aku bimbang sekiranya terdetik sedikit perbandingan result ini dengan rakan-rakan yang lain. Aku bimbang sekiranya mulut, hati dan fikiran ini mula menyoalkan apa yang telah Kau berikan buatku.. Sesungguhnya aku tahu, "kalau" itu akan membuka pintu masukkannya syaitan. Mudah-mudahan hati ini Kau pelihara sentiasa untuk sentiasa mensyukuri segala rezeki kurniaanmu.. Aamiin ya Rabb.."



Berfikir seketika...


p/s: Gembira sangat sebab result semua lulus.. Seriously tak hebat mana macam rakan-rakan yang lain.. Cukuplah semuanya lulus dan lepas.. One step closer.. InsyaAllah :') . Terima kasih kepada semua yang mendoakan . Moga Allah membalas kebaikanmu dengan sesuatu yang indah dan penuh makna. 

Tuesday, February 10, 2015

Cinta itu BUKAN milik kita

Salam,

Alhamdulillah sebab masih diberi kesempatan untuk bernafas. Biasakan diri sebut Alhamdulillah sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala yang dikurniakanNya. Okaylah, mood hari ni adalah cinta. Pyaar is dosti. Love is friendship. Ni ayat Rahul dalam Kuch Kuch Hota Hai. hehe.Ni kes malam semalamlah dok belek-belek buku lama then jumpa ayat-ayat cinta yang penulis suka tulis dalam buku then simpan. hehe..

Cinta. Tak perlulah nak explain panjang-panjang kut. Sebab semua orang tahu cinta tu apa. Tak tahu, boleh tanya cik google yang mempunyai 1001 jawapan tentang cinta. Semua orang pernah jatuh cinta. Semua orang pernah bahagia kerana cinta. Tapi.. tak semua orang mampu memiliki apa yang dia cintai. Berbahagialah wahai hati andai apa yang engkau cintai, mencintaimu kembali sebab love is not only about I love you and you love me. No! The way to love anything is to realize that it might be lost. Ni baru betul..




Pernah dengar madah pujangga cinta? Katanya,


Untuk cinta yang tidak kita miliki.. biarkanlah dia pergi. Lepaskan dia dari hati.. Doakan kebahagiaan dia bersama cinta yang dipilih. Mudah-mudahan kebahagiaan itu menjadi penawar buat hati yang terluka. 


Tak mudah bukan untuk bertindak sebegini? Melihat orang yang kita cinta bersama dengan insan lain. Serious memang tak mudah. Macam mana nak jadikannya mudah? Adakah dengan menangis sepanjang malam menangisi pemergian dia? Atau drive kereta laju-laju tak tahu ke mana arah tuju untuk melepaskan kesedihan di hati? Atau mungkin bawak motor laju-laju tanpa memikirkan keselamatan diri dengan harapan kekecewaan dan kesedihan itu reda?

Semua tu bukan cara yang betul. Memanglah tak mudah untuk melepaskan rasa cinta yang telah lama bertapak di lubuk hati tapi semua yang terjadi pasti ada hikmahnya yang Allah sembunyikan dari kita buat sementara sebab Allah akan bagi kat kita bila dah tiba masa yang sesuai menurutNya. Belajar melepaskan dan belajar untuk redha.. Redha.. Itulah kunci kebahagiaan diri. Bila kita redha dengan setiap inci ujian yang Allah beri, perjalanan hidup kita akan lebih mudah dan kita akan lebih tenang mengharungi hari-hari yang mendatang, insyaAllah dengan izinNya.. 

Memula memanglah kita pasrah je tengok orang yang kita sayang dengan orang lain. Sedih, kecewa.. Tapi lama-lama pasrah tu akan berubah menjadi redha. Bila hati kita dah redha, kita dah tak ada rasa apa-apa dah bila tengok dia. Kita cuma akan rasa seronok tengok dia dengan pilihan dia. Rasa seronok tengok dia bahagia tanpa kita. Kita sama-samalah mendoakan kebahagiaan dia. Aku cakap macam senang je kan? Tak mudah. Aku tahu tak mudah... Really take times. 



Relationship is more than finding the right person. Maybe it's about being the right person. To be loved, be lovable. When the time is right, the right person will appear. Let love be the one to knock at your door. Besides, true love is worth waiting for.



Cinta itu BUKAN milik kita. Frust macam mana pun kita, kalau Allah dah kata dia bukan milik kita, dia tetap takkan jadi milik kita. Merintih dan merataplah sepuas hati. Dia tetap bukan jalan kita. Tak salah menangis. Sekurang-kurangnya dengan tangisan itu, kita dapat meredakan sedikit rasa hati yang kecewa.. Aku sendiri pernah je frust sebab cinta.. Emosi menguasai diri. Memang kerja aku time tu menangis jela.. Cari kawan nak cerita tengah2 malam buta. Nasib baiklah time tu dia okay je nak dengar. Aku pun tak tahu kenapa boleh nak cerita kat dia. Lepas dah cerita, malu sedunia. Haha.. Tapi biasalah.. Bak kata orang.. 


Meletakkan pengharapan yang tinggi dan cinta kepada manusia, pasti akan dikecewakan.. Tapi meletakkan pengharapan yang tinggi dan cinta itu kepada Pemilik Cinta iaitu Allah, pasti tidak akan pernah dikecewakan walau sedikit kerana itulah cinta yang hakiki..




Apapun, ingat! Frust menonggeng macam mana pun kita, jangan buat sesuatu yang membahayakan diri. Fikirlah sikit perasaan mak dengan ayah dah jaga kita sejak kecik. Tatkala kita kehilangan si dia yang kita cinta, kita masih punya ramai manusia yang mengasihi kita. Ramai... Paling penting family kita. Jangan terlalu mengikut rasa hati yang kecewa tu. Sebab masa tu akal di luar pertimbangan. Emosi menguasai diri. Bila emosi menguasai diri, kita lupa semuanya. Kita turut rasa hati yang dah dikawal oleh emosi tu. Sepatutnya kita yang mengawal emosi. 

Setiap pertemuan pasti akan perpisahan. Pasti.. Semuanya telah diatur oleh Allah. Mungkin kita mengenali dia sebab dia memang jodoh kita. Tapi mungkin juga Allah aturkan pertemuan kita dengan dia sebagai satu ujian dan boleh jadi juga kedua-duanya sekali. Ingat kisah Asiyah isteri Firaun? Jodoh itu telah Allah tentukan namun perkahwinan itu menjadi satu ujian untuk menguji keimanan Asiyah. Walau sehebat mana ujian yang Allah beri buat Asiyah, sedikit pun Asiyah tidak goyah dan berputus asa. Malahan semakin mendalam keimanan Asiyah kepada Allah. Subhanallah.. Mampukah aku menjadi seperti Asiyah?  :'(


Being single doesn't mean that you're weak, it mean that you're strong enough to wait for what you deserve. If you keep thinking the past, you can't see a front of you and become blindness. Past is past and you will go forward..


p/s: Penulis tak perfect. Kekadang kalah jugak dengan emosi. Kekadang ke? Selalu jugak kot. hehhe.. Yang mana kenal, mungkin faham.. Biasalah.. Setiap hari kita akan bermain dengan emosi. Kadang-kadang kita tewas dengan emosi. Nak-nak, aku ni jenis yang cepat touching walaupun benda tu bergurau je. Apa yang aku tulis sebagai peringatan untuk diri sendiri jugak. Macam yang aku cakaplah, bila kita menulis, kita berfikir.. dan kita mengingatkan jugak diri sendiri.. Wallahu a'lam. 



Berfikir seketika...


Sunday, February 08, 2015

Nak kurus tapi malas

Salam,

Alhamdulillah. Minggu ke 3 berada di rumah tercinta. Sekejab sangat masa ni berjalan. Seperti minggu-minggu yang telah berlalu, ayat yang selalu keluar dari mula penulis blog ni adalah, nak kurus, nak kurus, nak kurus. Haih.. Penat orang sekeliling duk dengar aku cakap nak kurus nak kurus tapi malas pulak nak exercise. Setakat jaga makan, banyak minum air. Memanglah tak dinafikan boleh je kurus tapi lambatlah..

Tak percaya? Seriously jaga makan, minum air make sure banyak. InsyaAllah boleh kurus tapi lambat. Sebab sebelum ni before my sepupu kahwin, aku diet. Acah-acah nak nampak kurus masa wedding dia supaya boleh pakai dress cecantik. Jaga makan and minum banyak air. Alhamdulillah, lose weight about 3kg je. Tak nampak sangat 3kg tu sebab tak exercise kan.. So, nampak sama jelah walaupun dah turun 3kg. Lepas dia kahwin, teruskan program diet untuk pre graduation night pulak. Diet atkins kononnya. Tapi tak mampu nak bertahan. hahhaa..




Nak beli ubat kurus, parents tak kasi. Lebih2 lagi ayah. Ayah sangat pantang kalau dengar anak dia ni cakap nak beli ubat kurus. Mesti kena marah sebab takut nanti untuk jangka masa panjang, ubat tu akan beri kesan sampingan pada buah pinggang. Nak kurus ni bukan setakat petik jari je, cakap nak kurus, then malam ni kau tido, esok bangun pagi, kau dah kurus. Kalau semudah itu nak kurus, nescaya takkan wujudlah masalah obesiti kat dunia ni dan nescaya tidak ada business pelangsingan badan. hahaa. Gym-gym pun rasanya tak ada kut.

Nak kurus, kena berkorban sikit. In fact, kalau kau nak hasil yang memuaskan, kena berkorban banyak. Kena rajin minum air kosong berliter-liter. Setiap 25kg bersamaan dengan 1 liter, so kiralah berapa berat korang then minum lah air sebanyak tu. Lagi banyak lagi bagus. Makan kena pantang. Yang manis-manis ni kalau boleh, stop kejab. Minuman berais, minuman sejuk, stoplah buat sementara waktu ye dok. Nak kuruskan.. Memang banyak songehnya.

Nak hasil yang memuaskan, pi jogging, exercise sikit. Main skipping ke, lompat bintang ke. Banyak exercise yang boleh buat. Workout. Bak kata akak aku,


"Kau makanlah ubat kurus apapun, pakailah losyen apa pun. Kalau kau malas nak exercise, memang tak ada maknanya. Setakat kurus sekejab sebab makan ubat tu then kau gemuk balik. Sia-sia. Nak kurus, exercise. Ni asyik cakap nak kurus, nak kurus tapi tak nak exercise. Tak kemana" 


Sentap kot aku. Haha.. Akak2 aku ni pattern yang kalau nak kurus, memang sangat berdisiplin. Memang dulu diaorg ni lagi gemuk dari aku tapi disiplin yang tinggi, sekarang aku pulak yang dapat title gemok tu. Aduihh.. Sedih betul. Dah duk umah ni, memang lagi payah lah nak diet. Mama asyik goda je suh makan.

Kak ngah pulak tengah nak bina badan. bahahaha. Suka sangat pi gym. Then pukul 5.30 je dia dah start workout. Dengan aku-aku sekali terjebak. "Umi, kau pergi keluar sekarang" . hahha. Coach yang sangat garang. Kalau aku berdisiplin follow dia jugak, mesti aku boleh kurus macam dia jugak. Hahhaa..





"Dont wish for a good body. Work for it.."

Malas tu racun. Sejak azali lagi aku dah tau malas tu racun tapi aku suka sangat duk ternak racun ni. Ternak banyak2 dalam diri. Selalu motivate diri, kalau nak kurus, kena usaha. Sama macam nak berjaya, kena usaha. Kalau setakat cakap nak berjaya, tapi usaha habuk pun tak ada.. memang berat nanang mu nih.. hehehee.. Lepas tu memang excited semangat gila nak kurus tapi masuk hari kedua, malas balik. adeeh..

Mungkinlah kan bila nak kahwin nanti gaknya baru aku semangat exercise nak kurus hahaa. Yelah, perempuan selalu macam tu. Nak kahwin, semangat tu entah dari mana datangnya, terus disiplin tu tinggi. hahha. Okay, hari ni memang mood merapu manjang kat blog nih. Terima kasihlah kalau anda baca sampai habis. hehe....


" If I don't feel confident about my body, I'm not going to sit at home and feel sorry for myself and not do something about it. It's all about taking action and not being lazy. So you do the work, whether it's fitness or whatever. It's about getting up, motivating yourself and just doing it. " (Kim Kardashian)


p/s: Conclusionnya, nak kurus, kena rajin. Jangan malas-malas ye.. hehe. Lagi satu, nak kurus ni, niat tu kena jaga. Jangan pulak masa kita gemuk, kemain pakai baju besar-besar, longgar-longgar. Perfect. Aurat ditutup sempurna. Tapi bila dah kurus, slim melim, kau dedah sana sini, pakai ketat2 sebab nak tunjuk kat orang yang kau dah kurus. Dah salah dah tu... Bezakan dan fahami konsep menutup aurat dan membalut aurat. Sesungguhnya peringatan ni untuk cik penulis blog ni jugak.. :'(





Saturday, February 07, 2015

MyKarya: Tak Mudah ku katakan CINTA

Tak mudah untuk aku katakan aku cinta
Tak mudah juga untuk aku melupakan apa yang aku rasa
Tak mudah untuk ku tepis bayangannya
Tak mudah juga untuk aku melupakan dirinya

Pertemuan yang singkat memberi 1001 hikmah tersembunyi
Aku yakin dengan ketentuanNya
Walaupun pahit untuk ku terima
Namun ku yakin Engkau Maha Mengerti rasa hati ini

Terima kasih ya Allah
Kerana telah menghadiahkan dia dalam hidupku
Memberi aku peluang untuk mengenalinya walau hanya seketika
Mengenalinya satu anugerah
Kehadiran dia banyak merubah aku
Aku bersyukur ya Allah
Walaupun tidak kau takdirkan untuk kami bersama

Ya Allah
Kau Maha Mengetahui apa yang aku rasa
Kau Maha Mengerti apa yang aku lalui
Berilah aku kekuatan untuk melepaskan dia sepenuhnya
Dari pengharapan yang terlalu tinggi ini
Agar aku yakin untuk terus melangkah ke hadapan
Menerima segala ketentuanMu yang Maha Mengetahui

Ya Allah
Kau letakkanlah kebahagiaan di hati hambaMu ini
Tatkala melihat kebahagiaan dia bersama pilihannya yang telah Engkau rencanakan
Redhakanlah hatiku dengan apa jua ketentuanMu ya Allah
Jika pasrah itu menyerah dan redha itu mengikhlaskan
Sesungguhnya ya Allah
Aku sedang cuba untuk merubah pasrah menjadi redha
Agar aku merasai manisnya ujianMu ini
Aku aku sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang masih Kau berikan buatku

Yakinkanlah hati hambaMu
Untuk bangkit dari kekecewaan
Moga ujian yang Kau berikan ini
Menjadikan aku hamba yang semakin dekat dengan Penciptanya


Hamba Allah,
Farra Miera
2B-01-40(A) / 080114 / 09:47pm


"Sunset dipetang hari ,walaupn terasa bahang disebabkan sinaran matahari , aku tetap melindungimu kerna aku amat menyayangimuu.." (Marul Apexx 2015)

p/s: credit photo to Marul my sepupu. Sory epen, cilok dari fb anda. 

Friday, February 06, 2015

Tak ada mood..

Salam,

Tak ada mood nak update. Otak melayang-layang.. Mood pun tak ada.. InsyaAllah kemudian menyusul entry terbaru dengan topik yang lain. Perbanyakkan selawat. Jangan lupa baca surah Al-Kahfi .  Have a nice day :)


Thursday, February 05, 2015

Tapi saya tak cantik..

Salam, 

Alhamdulillah masih di sini. Baiklah, hari ni tak tahu kenapa hati nak sangat tulis topic ni. Mungkin sebab aku rasa macam dah hilang keyakinan diri untuk keluar jumpa orang, keluar jalan2 semua. Tak confident dengan apa yang aku pakai dan paling teruk aku dah tak suka nak amik gambar muka sendiri. Amik gambar then aku delete balik. haha.. Can you feel me? Kenapa ek? Mungkinlah sebab people keep saying that, "kenapa hang tak cantik macam akak2 hang ek. kenapa hang pakai macam tu. Hodohlah... bla bla blaa..." . Malas nak tulis lebih2 sebab rasa down sesangat lahai bila orang cakap macam tu.

Kalau nak banding membanding ni, memang aku kalahlah. Tak pandai bergaya. Tak reti make up. Aku jenis pakai je apapun asalkan aku selesa walaupun kekadang apa yang aku pakai tu kena gelak. haha. Sejak2 duk umah ni aku lebih selesa pakai tudung bawal je. Segala jenis shawl2 tu semua aku simpan elok2 dalam beg. Tak pandang dah. haha. Lagi suka terperap je kat rumah ni. Ternaklah lemak tu banyak2 fara oi.. Jadi macam katak, duk bawah tempurung je. Tapi aku maju sikit kot. Alah2 katak dalam gelas. Walaupun tak keluar, tapi nampak sekeliling. Kalau duk dalam tempurung, gelap je. Tak nampak apa. Advance sikit jelah. hehe . Okay, macam hambar la pulak. hiks

Okay then.. Entah apa penyakit dalam diri aku ni, bila tengok gambar orang2 cantik yang aku adore sesangat, aku akan down, diam je then nangis sedunia lepas tu tidur. haha. Aduihh.. Jenis-jenis manusia yang tek reti bersyukur gaknya.. Kan orang dah kata, hal-hal dunia ni jangan selalu lihat manusia yang berada di atas, pasti kau akan rasa lebih kecewa. Lihatkan manusia yang berada di bawah nescaya kau akan lebih bersyukur. Astaghfirullah.. Al fatihah buat diri.. Semalam duk membaca artikel2 kat internet, I found this quotes,



"Don't feel that you're not beautiful. You're perfect in your own way. You're beautiful, and nobody has the right to make you feel like you're not."




Bab2 motivasi ni, senang sangat semangat aku nak naik balik tapi bila masuk balik ke alam realiti, temperature tu terus negative. Menjunam tak boleh baca. haha. Aduiihh.. Okaylah, pendekkan cerita.. Cantik ni kan satu yang subjektif. Definisi cantik bagi setiap orang tu sangat berbeza.. Semua manusia Allah jadikan cantik cuma mata yang melihat membeza-bezakan di mana kecantikan itu tersembunyi.. Bila yang pattern2 manusia macam aku ni terjebak dengan manusia-manusia yang cantik, hah! Kat situlah mata manusia mula mainkan peranan membanding-bandingkan satu sama lain.


"Kita terlupa bahawa kadang-kadang, tak penting pun wajah org itu cantik ke tidaknya tapi kalau hatinya cantik, serinya kelihatan di wajah." (AinaEmir)



Adore her so much! 

Mungkin entry ni aku tulis sebab aku nak naikkan semangat aku jugak. Nak ingatkan diri jugak supaya jadi manusia yang lebih bersyukur atas setiap kejadian yang Allah ciptakan. Yelah, saling ingat mengingatkan. Bila kita sendiri tulis, otak-otak kita perlu berfikir. Bukan main hentam keromo je nak tulis apakan. Aku pernah terbaca kata-kata pujangga ni.. Katanya, di saat kita menangisi diri kita, ada insan lain di luar sana yang berharap untuk menjadi seperti kita. Bersyukur dengan apa adanya. Berjalan terus ke hadapan kerana hidup ni is a journey from Allah to Allah.. Sebelum ni pun, masa mula2 tulis blog, aku ada jugak tulis pasal cantik ni (klik sini)


"Tapi.. saya tak cantik..." 


Awak.. biarkan mulut manusia berkata-kata, you yourself yang kena take action sama ada nak terima bulat-bulat then duk terperap menangis kat bilik atau take it and shows to them that you're beautiful in your own way. Yakin dengan diri. Mama selalu cakap, kalau kita sendiri tak yakin dengan diri kita, macam mana kita nak orang yakin dengan kita. Mama selalu jugak cakap, rupa tu Allah dah jadikan tak boleh ubah, perangai tu boleh kasi ubah. Elok perangai, semuanya cantik. ( Tazkirah mama hari tu bila aku asyik merungut tak tentu hala.. haha. deep sangat )


"The key to being beautiful is knowing that you already are."



Itu memang kunci yang betul. Kalau kita rasa kita dah cantik, tak ada apa yang perlu menyemakkan kepala otak kita ni. Kecantikan di wajah takkan kekal selamanya. Tapi akhlak yang baik, akan sentiasa ada. Cantik akhlak, cantik semuanya. Hidup ni bukan untuk kita meraih pujian manusia. Yang mana baik, kita ambil, Yang mana kurang, usah difikirkan. Apa yang terpenting adalah pandangan Allah terhadap kita. Wallahu a'lam..





p/s: Bukan senang nak yakinkan diri, tapi bila kita belajar apa tu ertinya syukur, mungkin kita akan lebih yakin dengan diri kita. Try lah.. InsyaAllah berkesan. Susah memang susah tapi tak salah mencubakan? Kita sendiri yang kena memotivasikan diri kita. Naikkan semangat kita. Kalau asyik nak harapkan orang untuk naikkan semangat kita, memang payahlah.. (Note to self)


Berfikir seketika...

Wednesday, February 04, 2015

Jangan salah faham

Salam,

Alhamdulillah. Masih dalam mood untuk menulis. Al maklumlah dah lama bersara, tetiba nak start engine balik, jenuh jugaklah. hehe.. Okay, hari ni why not kita cuba berbicara tentang salah faham. Saban hari, mesti kita takkan boleh lari dari isu salah faham. Baik dengan keluarga, kawan mahupun kekasih. Ops... heheee

Salah faham tu adalah situasi di mana ia melibatkan dua pihak atau lebih terhadap sesuatu perkara yang dilihat oleh mata ataupun didengar oleh encik telinga sambil ditambah sedikit perasa dari nafsu lalu membawa ke sel-sel otak untuk berhubung. Yang menjadikan salah faham ini bahaya bila perasa itu menguasai diri. Nafsu. Ye nafsu.. Nafsu kalau kita tak berjaya kawal, dia yang akan tuan kita. Seharusnya kitalah yang menjadi tuan dalam mengawal nafsu. Betul tak? 

Di situlah munculnya nilai iman dalam diri. Benteng keimanan kena kuat. Iman yang kukuh mampu mengawal nafsu buruk daripada menguasai diri. Tapi kita sendiri sedia maklumkan. Kita hamba yang lemah. Iman kita pun sentiasa turun dan naik. Bukan macam para Nabi yang imannya sentiasa meningkat naik.. Bukan pula macam para malaikat di mana imannya constant. 


Hakikat sebenar, kita hanya manusia biasa. 
Iman kita sentiasa berubah-ubah..


Misal kata kita terjebak dengan situasi salah faham ni, kita sendiri kena amik langkah dari awal to avoid benda ni jadi serious. Kenapa? Sebab salah faham tu tak bawak kebaikan sama sekali. Sama sekali tidak. Salah faham tu hanya akan mengeruhkan lagi suasana. Pihak yang terlibat tak bertegur siapa, hubungan menjadi renggang, tarik muka, masam muka dan kalau dibiarkan berlanjutan, akan jadi pulak balas membalas dendam. Okay, dendam. Itu parah..




Berbalik pada fakta kita hanya manusia biasa. Iman kita sentiasa berubah-ubah. Jangan terlalu mudah percaya dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Bahkan dengan perasaan kita pun, kita jangan mudah sangat percaya. Kadangkala apa yang kita lihat, kita dengar dan kita rasa tak sama dengan apa yang sebenar-benarnya terjadi. 

Berbincang, Face to face with one another. Cerita apa yang terbuku kat hati memasing. Minta penjelasan sebelum nak mengamuk sakan, bergaduh, tarik muka semua. Tak kesian ke kat hati kita sebab nak menanggung semua rasa yang menyakitkan tu. Apatah lagi kalau sampai membawa kepada benci. Benci tu makin lama di simpan, lama2 boleh jadi dendam. Jangan mudah terpengaruh dengan emosi. Kelak merana diri. 


Istighfar. Zikir.. 
Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang. 


Aku sendiri pernah terlibat semua ni. Selalunya memang emosi sukar dikawal and I really admit it. Lepas beberapa ketika, kalau aku rasa benda tu need explaination, aku akan jelaskan dulu apa yang aku rasa sampai habis then barulah lagi sorang akan explain. If not, aku diamkan je.. Pernah suatu ketika, aku sendiri tak tahu apa salah aku yang sebenar-benarnya sampai diperlakukan sebegitu dan ye ia berkait dengan salah faham. Aku menangis. Bahkan selalu menangis. Bukan sebab aku lemah, tapi sebab aku dah tak mampu nak tahan. Sampai satu tahap, aku dah tak mampu nak nangis, hati aku betul2 tawar and aku dah tak tahu nak respond macam mana dah.. Aku biarkan je. Malas nak fikir lagi..


"To avoid misunderstanding, you say everything or end up saying nothing at all.."


Apapun, semua yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya. Aku redha andai itu kesudahan buat kami. So, kepada anda yang sedang membaca ni, please try to avoid salah faham. Pleasee... Jangan rosakkan hubungan yang sedia ada. Percayalah, akan ada suatu detik ketika ada bersama dengan orang lain ataupun sedang bersendirian, anda akan toleh ke belakang mengenang apa yang terjadi.. Tanpa disedari, air mata berlinangan..Menyesal.. dan rindu... Wallahu a'lam..

Berfikir seketika...

Tuesday, February 03, 2015

2015 : 1st Entry

Salam,

Alhamdulillah, dah sebulan 3 hari tahun 2014 melabuhkan tirai. Lama sungguh tak menulis. Satu semester berehat daripada merapu sakan sorang diri kat blog ni. Melalui sem 5 di tempat yang baru dengan suasana yang baru betul2 menguji kesabaran dan kekuatan diri. Apatah lagi di hujung2 semester, final exam , dugaan yang lebih hebat Allah beri untuk  menguji kekuatan dan ketabahan hati. Biar pun beribu air mata yang menitis, Allah sentiasa ada. Semuanya berjaya kulalui dengan iringan doa mama dan ayah serta keluarga.

Alhamdulillah semester 5 telah 3 minggu melabuhkan tirai. Mudah-mudahan ada ganjaran yang Allah simpan di sebalik semua ujian yang diberi. Mudah-mudahan keputusan peperiksaan juga Allah beri yang terbaik. Lagi selangkah perjalanan yang harus ku tempuh sebelum aku menamatkan pengajianku di UiTM. Focus kembali tertumpu untuk menulis. Semoga Allah permudahkan langkahku menjadi hambaNya yang memberi manfaat buat yang lain dunia dan akhirat. InsyaAllah.. Aamiin.. 


BM222 Group C
UiTM Shah Alam/Puncak Alam
Batch SEPT2012