◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, May 30, 2011

Saya suka Handbag !



Lamanya tak update . Malam ni nak talk2 pasal handbag ! Menarikkan. bagi orang perempuan , handbang ni satu kewajipan . Satu kegilaan ! Boleh dikatakan majorit kaum hawa pasti menggilai handbag malahan ada yang sanggup berhabis duit beribu2 untuk membeli handbag. Yelah , Kaum hawa kalau tak pakai handbag bila keluar rasa tak selesa pulak kan.

Bermacam2 jenama handbag ni. Antara jenama2 yang popular Alain Delon,Polo,Bonia. Haishh .... banyaklah ! Payah nak sebut . Takut tersalah pulak sebutnya. Kalau yang berkerjaya tu mungkin menggemari handbag2 yang berjenama. Yelah,nama pun berkerjaya . Pasti akan ade suara2 yang bertanya " berapa harga handbag yang awak beli tu ." Atau mungkin " Jenama apa handbag tu " Hmm.. Biasalah . Masyarakat sekarang ni . Nak yang brand2 je. Sampaikan orang yang kurang berkemampuan untuk membeli handbag2 yang berjenama terasa segan pulak dengan handbag yang dipakainya.

Ingat ! Berjenama macam mana pun benda tu , kulit macam mana pun benda tu bila kita mati tak bawak pun .Teringat dengan entry kak Aina dalam blog beliau . Bila mati tak bawak pun . Kadang2 dalam berbelanja ni tak salah nak pakai yang bagus mungkin kita diberi rezeki yang lebih oleh Allah . Tapi cuba kita fikir dengan orang2 yang kurang bernasib baik macam kita . Jangankan handbag yang berjenama , mungkin makanan pun tak mampu nak beli.

Jika kita rasa kita senang , sebenarnya ada yang lagi senang dari kita . Kita tak perlu berhabis banyak sangat duit semata2 untuk berbelanja .Simpanlah sedikit duit tu untuk kegunaan lain pula . 

Tak salah kalau kita menggemari handbag malahan diri aku sendiri pun antara penggemar handbag cuma kita perlu jagalah batas2 dalam berbelanja tu . Jangan terlalu mengikut kehendak melebihi keperluan.

Kalau minat sangat dengan handbag,tak salah kalau kita beli handbag tu tapi jangan sampai beli banyak2 then tak pakai pulak . tersimpan je. Kan membazir namanya tu. Berhabis duit nak beli tapi tak pakai .Kita jugak yang rugi . betul tak ? 

*Berfikir seketika...

Tuesday, May 24, 2011

Kahwin vs couple




Kahwin vs Couple ? Pelik aje bunyinye. Bunyinye tak pelik tapi tingkah laku orang2 nye yang membuatkan aku rasa sangat pelik ! Bukan apa . Kalau kita berjalan2 di shopping2 complex mesti ada sahaja pasangan2 lelaki dan perempuan di sana sini. Dan yang menyakitkan mata,mereka bebas berpegangan tangan , berkelakuan mesra mengalahkan suami isteri. Meluat pulak melihatnya.Bila dilihat2 rupanya mereka ni masih belum ada apa2 ikatan yang sah iaitu ikatan pernikahan . Berlainan pula dengan pasangan2 yang sah ikatan mereka.Bila jalan,seorang ke sana,seorang ke sini.Bila beli barang,seorang ke kedai lain,seorang lagi entah kemana.

Pelik sungguh manusia ni.Sebelum kawen,bukan main lagi mesranya.sepertinya mahu menghebahkan di seluruh dunia "dialah kekasih hatiku" . Tapi bila dah kawen,bagaikan mahu disembunyi hubungan yang sah itu. Sebelum kawen,tidak mahu berenggang dengan kekasih hati.kemana sahaja pasti ingin diikut dan jika boleh,mahu duduk serumah.Tapi bila dah kawen kenapa semuanya mesti berubah? Mungkin telah bosan agaknya.hehe.. tapi tak semua pasangan begitu okay! yang dimaksudkan ini hanya segelintir sahaja . 


"Bukan PERKATAAN couple itu yang membuatkannya HARAM tetapi PERBUATAN ketika bercouple itu yang membuatkannya menjadi haram..."

Jagalah kelakuan semasa bercouple walaupun dalam Islam tidak menggalakkan hubungan tersebut malahan ada yang menyatakan ia haram kerana ia akan membawa kepada berlakunya zina.Islam telah menetapkan batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan.


Sebaiknya biarlah kita bercinta selepas kahwin.Itu yang lebih indah.Tersangat indah mungkin.itu yang selalu aku dengar dari insan2 yang lebih tua dariku.Mungkin ia benar kerana mereka telah makan garam dulu dari kita. maknanya mereka lebih banyak pengalaman dan pengetahuan berbanding kita.

Apa2 pun semoga segalanya diredhai dan diberkati Allah,insyaAllah...


*Berfikir seketika...

Sunday, May 22, 2011

LirikLagu: Biarkan Hati Mencintai...


Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…

Telah ku cuba tuk nyatakan
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…

Selamanya…
Selamanya…
Selamanya…

LirikLagu: Terhenti Di Sini...


Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Thursday, May 19, 2011

Hati lain, mulut lain


Dalam hati mencintainya ,
Dalam rindu ada namanya,
Dalam lena terbayang wajahnya.
Dalam diam terdengar suaranya,
Dalam menung teringat memori bersamanya...

Aku mencintainya setulus hatiku. Jangan pernah ditanya sejak bila aku mencintaimu kerana aku juga tidak tahu sejak bila perasaan ini mula berputik dalam hatiku ...ia hadir tanpa aku sedari... Aku cuba mendekatimu tapi setiap kali aku mencuba,kau semakin menjauh...Lalu aku biarkan saja semuanya berlalu pada waktunya... Sekarang engkau akan semakin jauh dariku...dan mungkin akan terus menjauh.

Sedarkah ia aku mencintainya? Sedarkah ia aku cuba untuk mendekatinya? Sedarkah ia semua itu ? Dapatkah dia merasakan ape yang aku rasakan? Dalam hati " semoga dia sedar aku mencintainya " . Dalam realiti " Ya Allah , janganlah sampai dia tahu aku maseh mencintainya..."

Ini adalah realiti kehidupan. Mengapa harus ada dua persoalan yang berbeda? Sedangkan hati kata cinta ? Pasti diri akan mengharapkan insan itu menyedari akan hakikat perasaan tersebut ? kan? dan seharusnya begitu. Namun mengapa pula dalam hati ia berlainan , dalam realiti ia sungguh berbeda. 

Mungkin di dalam hatinya ia mengharapkan insan itu mengetahui rasa cinta yang hadir buatnya. Kerana baginya , hanya Allah dan insan itu yang tahu isi hatinya yang sebenar. Baginya,penantian itu sungguh menyakitkan...Biarlah insan itu mengetahui perasaanya yang sebenar..Apapun jawapannya akan diterima...

Tapi dalam realiti ia berlawanan.. Dia tidak mahu insan itu mengetahuinya .Kerna dia tidak mahu sekiranya insan itu mengetahui akan hal sebenar,cintanya itu akan ditolak..Perasan ! Dia tidak sanggup orang mengatakan dia perasan atau dalam bahasa mudah dia hanya bertepuk sebelah tangan.Dan dia tidak mahu insan itu menyalah tafsir akan dirinya... Baginya , biarlah dia menunggu seberapa lama pun untuk memiliki cinta insan tersebut walau harus terpaksa memendam perasaan lantas membuatkan hati semakin terluka.

"Cinta itu ibarat kupu-kupu...semakin dikejar ia semakin jauh namun andai satu saat dia kembali, dia untukmu...jika tidak anggap sahaja ia tidak pernah hadir dalam hidupmu..."

Cinta itu tak harus memiliki atau mungkin cinta itu akan dia miliki  bila sudah tiba saatnya...Dia yakin dengan apa yang dia rasakan dan cinta yang hadir yang dalam hatinya itu tidak mudah untuk dibuang begitu sahaja .. tidak mudah juga untuk diganti dengan insan lain.Bagi dirinya insan itu adalah perkara yang terindah pernah ada dalam hidupnya.

***Berfikir seketika...


Monday, May 16, 2011

Nora Elena dan Nur Kasih !

Nora Elena ? Nur Kasih ? Apa kaitan kedua-duanya dengan aku ? ha ! Tu lah nak cerita . Untuk pengetahuan , hobi terbaru untuk mengisi masa yang terluang melimpah2 ni , hehe , tak adalah . Saja aje cakap begitu . Untuk menghiburkan hati , tengok cerita Nora Elena setiap Isnin hingga Khamis pukul 7.00 hingga 8.00 petang . Promote nih ... hhee ... Walaupun waktu cerita tu agak tak bersesuaian waktunya , maklumlah waktu nak maghrib .. orang sibuk buat persiapan tok solat maghrib , cerita dok tayang . Best lah cerita tu .. Diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci . Walaupun novelnye belum aku baca tengok kat tv pun oke lah .. Macam seronok aje . Hero Aaron Aziz.. heroin Siti Saleha . Mestilah bestkan .


Kadang2 terfikir kenapa tak novel Aina Emir macam novel Matahariku ke , Setulus Janji ke .. dijadikan sebuah drama atau filem . Sebab aku minat sangat novel Aina Emir. Buat masa ni hanya 1 daripada karya2 beliau diadaptasi menjadi cerita . Novel Kau Laksan Bulan . Pernah dengar tak ? Pernah baca tak ?

Kalau satu hari nanti kalau ade pengarah2 yang ingin menjadikan karya Aina Emir sebuah drama atau filem . Aku berharap sangat novel Sesuci Cinta menjadi pilihan ... Sebab bagi aku novel tu ade auranya yang tersendiri .. Sama seperti novel2 lain ... Atau mungkin ia menemukan cinta yang lama terpisah ... Sebab tu ia menjadi pilihan aku kot... Pertemuan cinta yang lama terpisah ...


Nur Kasih . Ingat lagi ? Lakonan Remy , Tiz dan Fizz ... Seronok part Adam nak usha Nur masa diaorang ade lawatan ke tapak projek . Time tu sweet sangat ... 19 Mei ni akan ade pulak tayangan Nur Kasih The Movie ! Tak sabar rasanya ... Tengok di sebalik tabir pun rasa best ! Harap2 lah tiket maseh ade untuk aku dan akak2 kesayanganku pergi tengok nanti ! Tak sabar nak tengok ape pengakhirannya cinta mereka ... 

Apa yang akan terjadi seterusnya ... tengok Tiz pakai tudung tu rasa jeles ! Sebab muke die sangat cantek bile pakai tudung macam tu ... Bak kata orang : Orang yng cantik pakai apa pun akan tetap nampak cantik ! Pengaruhnya kuat ! sampai kan kalau aku pergi shopping majoriti dok pakai tudung macam tu . Hmm .. Apa2 pun kita tunggu 19 Mei ni ! tak sabar nak tengok ! Nur Kasih The Movie ! 

Hari ibu dan hari guru !

Salam,

HARI IBU dan HARI GURU ! kedua-duanya disambut dalam bulan mei.. Baru sahaja beberapa minggu hari ibu diraikan . Hari guru pula membuka tirainya .


Hari ibu . Bukan sahaja Malaysia yang menyambut hari ibu malahan negara2 lain juga turut meraikannya ... Selamat Hari ibu . Happy mother's day . Walau apepun bahasa yang digunakan maksudnya tetap sama. Walaupun hari ibu diadakan setiap tahun bagi meraikan ibu2 di seluruh negara bukanlah bermakna pada hari tu je kita nak raikan ibu .. hargai ibu ... Setiap hari adalah hari ibu ... Tunjukkan kasih sayang anda setiap hari bukan sekali dalam setahun . :)


Mama,mak,mummy,ibu,ummi ! walau apepun panggilan yang digunakan, tetap sama artinya ! Pengorbanan ibu tak mungkin dapat dibalas sepenuhnya ... Pengorbanan ibu sangat besar ! Melahirkan kita dan menjaga tanpa mengenal erti jemu ... Di saat mata terpejam rapat , ibu masih belum melelapkan mata untuk menjaga anaknya . Seekor nyamuk pun tidak dibenarkan mendekati anaknya .. Sanggup berlapar untuk melihat anaknya gembira. Tak dilupakan jugak jasa bapa . Kenanglah jasa ibumu .. Teringat kata2 mama aku .. 

" Mama dengan ayah tak mintak duit kau . Cukuplah kau belaja betul2 jadi orang yang berjaya . Ingat mama ayah ni ... Tunjuk kat orang lain (orang2 yang tak berpuas hati dgn family kiteorg) kau pun boleh berjaya . Duit2 kau mama tak heran . Kau nak bagi , bagi . taknak bagi , tak kesah . "


Walau apepun yang kita lakukan tak kan dapat membalas pengorbanan insan yang bernama ibu ! Mom ! I love you so much ! 

"Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku berkati daku berkati ibu ayahku
Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku tak terbalas budi jasanya"

(Lirik lagu Anak Soleh...link share : http://www.liriknasyid.com/aeman-anak-soleh)


Kau dibuai mimpi dia jaga Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua Membilang usia
Di saat kau berjaya Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa Jasa bonda

( Lirik lagu Jasa Bonda...link share : http://www.liriknasyid.com/warisan-jasa-bonda )

Hari Guru . berbeza pula dengan Hari ibu . Kalau Hari ibu tarikh tidak tetap kadang2 . perasan tak ? Kalau Hari guru setiap 16 Mei untuk setiap tahun .. Guru diraikan pada hari tersebut . Tak perlu mengajar . Hari itu adalah hari untuk guru bersuka ria... hehe .. Kalau time sekolah dulu , Hari guru hari paling best . Macam2 aktiviti untuk guru2 . Ada karaoke , ade sukan . Yang wajib ade, guru2 akan menyanyi lagu tema Hari Guru ... Kemudian akan ade anugerah untuk cikgu2 ... 

Guru , cikgu , sama aje maksudnya .. ehhe .. Ade anugerah cikgu paling sporting lah .. cikgu paling garang lah .. Semua undian akan dilakukan oleh para pelajar ataw murid . Kalau guru sekolah rendah , pasti hadiah banyak menanti ! Tapi kalau guru sekolah menengah, kuranglah hadiahnya ... hanya ucapan paling banyak diterima . betul tak ? Biasalah ... Perubahan berlaku . Alam kanak2 dan alam meningkat dewasa .


Guru . Ibarat lilin yang membakar diri .Mendidik tanpa rasa jemu . Di sekolah dialah ibu dialah bapa . Hargailah gurumu ... alam sekolah adalah alam yang paling seronok .. Selepas kita menjejak keluar dari zaman persekolahan,saat2 indah yang terukir sukar di cipta semula... Guru2 bukan menginginkan hadiah dari anak muridnya , cukuplah sekadar dia yakni anak muridnya itu memberikan kejayaan baginya ...Bait2 puisi yang dipetik dari nukilan Allahyarham Dato Dr Usman Awang yang bertajuk Guru Oh Guru.

Dialah pemberi paling setia 
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala 
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

( Link share : http://penyair.wordpress.com/2007/03/06/guru-o-guru )

***Berfikir seketika...

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha...



PERKAHWINAN UNIK NABI YUSUF DAN SITI ZULAIKHA

KISAH INITISARIKAN DARI TALES FROM THE LAND OF THE SUFIS KARYA MOJDEH BAYAT DAN MUHAMMAD ALI JAMNIA…

Nabi Yusuf AS, sebagaimana dituturkan dalam kitab suci, dikenal sebagai lelaki yang sangat tampan.salah seorang yang sangat tergila-gila padanya adalah isteri tuannya sendiri,Zulaikha.Begitu tergila-gilanya isteri sang wazir agung yang sangat cantik ini, sehingga pernah suatu ketika dia hendak memperkosa Yusuf yang ketika itu masih remaja dan menjadi budaknya. Tetapi, Yusuf tidak tergoda oleh kecantikan dan kemolekan
tubuh Zulaikha.


Karena merasa sangat di kecewakan, Zulaikha lalu membuat semacam tipu daya,yang ujung-ujungnya menyebabkan Yusuf yang tanpa dosa harus masuk ke dalam penjara. Kisah selanjutnya, tentu kita pernah mendengar atau membacanya. Bahwa Nabi Yusuf akhirnya mendekam dalam penjara, hingga raja membebaskannya karena Yusuf dapat menterjemahkan mimpinya, dan selanjutnya Yusuf menjadi pembesar negeri Mesir.

Yang mungkin jarang diketahui kisahnya, putuskah hubungan Yusuf dan Zulaikha setelah dengan keji Zulaikha memfitnahnya?Ya, tapi untuk sementara saja. Di kemudian hari, Allah SWT mempersatukan keduanya dalam ikatan suami isteri. Bagaimana hal tersebut bisa terjadi?

Keajaiban apa yang terjadi atas diri Zulaikha sehingga dirinya yang ketika itu sudah jelek bahkan buta, bisa menikah dengan Yusuf, yang ketika itu sudah menjadi Wazir agung menggantikan suami Zulaikha?untuk itu begini ceritany...

DIKISAHKAN, Zulaikha kehilangan segala sesuatu karena cintanya kepada Yusuf. Sesudah kematian suaminya, dia meninggalkan istananya dan pergi ke reruntuhan bangunan, ditempat itu dia hidup dalam kesedihan, terus menerus menangis dan menyebut-nyebut nama Yusuf. Selama setahun, Zulaikha memberikan perhiasan emas dan peraknya kepada orang-orang yang lewat, yang membawa khabar tentang kekasihnya itu.akhirnya kemudian dia tidak mempunyai simpanan harta lagi.

Tahun demi tahun berlalu. Zulaikha tidak muda lagi.rambutnya yang menghitam berubah menjadi putih, kulitnya yang halus menjadi keriput, tubuhnya yang langsing menjadi bungkuk karena menanggung derita cinta, dan matanya yang hitam bersinar kini menjadi buta, lantaran banyak menangisi kekasihnya, sekalipun baru berumur empat puluh tahun,dia seperti wanita yang berusia delapan puluh tahun.

Suatu ketika,Zulaikha mengetahui rutin perjalanan Yusuf setiap hari. Dia lalu membangun sebuah gubuk dari buluh bambu disisi jalan yang biasa dilewati oleh Yusuf. Di sekeliling gubuk tersebut, dibuat pula pagar buluh bambu. Setiap kali dia melantunkan ratapan cinta penuh kesedihan, semua buluh bambu itu mengeluarkan suara ikut bersimpati kepadanya. Dia tinggal ditempat itu dengan suatu harapan, agar Yusuf melihatnya.

Ketika tiba saatnya sang wazir agung Yusuf AS melewati jalan itu. Zulaikha segera keluardari gubuknya dan duduk di tepi jalan, menunggu kekasihnya. Namun, begitu dia mendengar suara pengawal Yusuf mengumumkan kedatangannya, Zulaikha langsung jatuh pingsan.Kemudian setelah sedar, dia kembali kegubuk bambunya, yang ikut menyanyikan lagu-lagu sedih. 

Suatu malam, Zulaikha bersujud di hadapan berhala yang sudah di sembahnya selama bertahun-tahun dan berdoa, “Wahai engkau yang kusembah

denga penuh pengabdian selama hayatku, engkau yang mengetahui kehinaanku, jika aku tidak bisa bersama Yusuf, tidak bisa kah engkau memulihkan penglihatanku agar aku dapat sekurang-kurangnya melihat Yusuf sekali lagi saja,?”Demikian dia berdoa terus menerus sehingga fajar menyingsing di ufuk timur.

Pada pagi harinya, ketika terdengar suara kuda, dia pergi keluar. Ketika Yusuf semakin dekat, dia menjerit dari relung jiwanya. Akan tetapi, suaranya tenggelam oleh suara ringkikan kuda dan teriakan orang banyak. Tak seorang pun juga memperhatikannya barang sebentar saja.Dengan hati hancur dia kembali pulang.lalu Zulaikha mengambil batu dan menghancurkan berhalanya sambil berseru, “Engkau tak lain hanyalah batu belaka. Kini, aku akan membebaskan diriku dari belenggu kekuasaanmu untuk selama-lamanya. Dengan bantuan batu lain, aku akan menghancurkan permata kekuasaanmu”.

Dari ledakan, tiba-tiba itu, dia menerima cahaya baru. Zulaikha pun di bersihkan dan disucikan oleh air matanya. Dengan penuh kesungguhan, Zulaikha lalu berdoa kepada Tuhan dan mohon ampunan, “Wahai Tuhanku, kalau aku menyembah sebongkah batu, sesungguhnya aku sendirilah yang tersesat. Sayangi dan ampunilah aku, ubati dan sembuhkanlah hatiku dengan luka penyesalan, dan izinkan aku memetik sekuntum bunga dari taman Yusuf.Wahai wujud hakiki yang menjadikan seorang raja menjadi budak dengan mahkota raja…..”

Tepat saat itu, Yusuf AS kebetulan lewat disitu. Mendengar suara seorang wanita tua meratap, dia terpesona oleh ketakzimannya dan memerintahkan agar wanita itu di cari serta di bawa menghadap istananya.ketika wanita itu dihadapkan padanya, Yusuf bertanya tentang jati dirinya. 

“tidakkah engkau mengenalku? Akulah orang yang lebih memilih dirimu berbanding dunia ini, sejak pertama kali aku melihat dan mencintai dirimu,” papar Zulaikha.

“Zulaikha?Benarkah ini engkau ?Wahai Zulaikha, apa yang terjadi pada dirimu ? kemanakah hilangnya kecantikanmu ?”Tanya Yusuf yang erkejut bukan kepalang. “Ketika aku kehilangan dirimu, aku kehilangan diriku dan kecantikanku juga,”jawab Zulaikha. 

“Apa yang terjadi pada tubuhmu yang ramping semampai?”

“Tubuhku jadi rusak karena terlalu berat menanggung beban perpisahan denganmu.”

“Mengapa matamu jadi buta?”.”karena kehilangan dirimu, mataku menangis dan
mengeluarkan air mata darah hingga tak bisa melihat lagi.”

“lantas, bagaimana dengan kekayaanmu?”.
“kuberikan seluruh kekayaanku kepadasiapa saja yang membawa berita tentang dirimu. Kini, tiada lagi yang tersisa kecuali hatiku.tak ada lagi yang ku inginkan kecuali melihatmu sekali lagi.”


Yusuf AS merasa keheranan dan bertanya-tanya dalam hati, menga pa Tuhan belum juga mematikan mahluk ini dan membuatnya menderita demikian lama?tiba-tiba terdengar suara jawaban masuk ke dalam hatinya dari Allah SWT;

“Aku belum mengambilnya, sebab dalam dirinya terkandung dunia cinta kepada orang yang juga Ku-cintai. Siapa yang akan mengizinkanmu untuk mematikan sekuntum mawar di Taman Kami dan menginginkan kehancuran salah seorang kekasih-Ku? karena dia sangat sayang kepadamu, bagaimana engkau mengira Aku akan mengambil hidupnya? Matanya yang menangis memberikan kesaksian akan cintanya. Kini Aku akan membuatnya kembali muda. Ia telah memberikan kepadamu jiwanya yang sangat berharga. Jika sekarang aku memberkahinya, jadikan ia sebagai bagian dari jiwamu.”

Dengan ketentuan dan kuasa Allah SWT, Zulaikha kembali muda dan cantik. Dan matanya yang buta kembali dapat melihat serta dapat memancarkan cahaya. Sementara kemolekan tubuhnya, seperti layaknya gadis berumur tujuh belas tahun.


Kemudian perintah Allah SWt kembali terdengar, “Kini Kusatukan engkau dengan Zulaikha di arsy pernikahan.ikatkan dirimu dengan simpul abadi.”

Sinar matahari kebenaran menerpa mata Zulaikha sedemikian cemerlang, sehinggayusuf lenyap di dalamnya laksana seberkas cahaya di dalam sinar sang surya. Sangpecinta dan kekasih, akhirnya bersatu. Ya, bersatu dalam mahligai rumah tangga yang penuh kedamaian dan kebahagiaan.

Waktu tersu berjalan. Pada suatu hari, setelah cukup lama membina rumah tangga, Yusuf kembali ke pangkuanNya. Di pemakaman, Zulaikha tak sanggup menanggung kepedihan. Dia menjatuhkan dirinya di atas kuburan lalu berkata,

”Wahai dimanakah engkau kini Yusuf, yang menyayangi orang-orang yang menderita? Kini engkau tersembunyi jauh di bawah akar sebatang pohon mawar, sementara aku berada di atas ranting-ranting yang menjulang tinggi. Engkau telah meresap ke dalam tanah seperti air, sementara aku berada di atas laksana api dalam sekam. Engkau sudah pergi sedemikian jauh sehingga aku tak bisa memperoleh kabar tentang dirimu dari siapapun. Kehilangan dirimu telah menyulut api dalam diriku sehingga asapnya membuat setiap orang menangis.Aku tak sanggup hidup tanpa dirimu.” 


Sambil meletakkan wajahnya yang berurai air mata di tanah, Zulaikha berdoa dengan kerendahan hati, kemudian wafat juga.

Wassalam...

Saturday, May 07, 2011

Merisik , Meminang dan Bertunang Pokcu...


Baiklah. Ini tentang kami. So, dah pukul 1.05 am... tapi rumah aku lampu maseh lagi terang benderang , riuh suara adik2 sepupuku , makcik2 ku , pakcik2 ku dan kami adik beradik! Kemeriahan suasana untuk menanti majlis esok. Merisik, meminang dan bertunang yang akan berlangsung lepas Zuhur ... hehe .. Excited pulak nak pergi ni. Tema yang dipilih oleh paksu aku adalah PINK! Pergh! Memang smartlah!!! Meriah beb ... Hantaran pink! Rombongan nak pergi esok pun pink, seronok sangat.. hehe.. Macam boria kan tapi cantik pakai kaler tema ni. 

 Sekarang ni rumah masih lagi bising! Dapur masih lagi terang! Maklumlah, tadi sibuk buat persiapan akhir dulang2 hantaran! My mum dengan kak Nong buat sirih junjung... Mokde pulak buat buah-buahan.. 

Gubahan pada dulang hantaran dibuat oleh My beloved mum: Puan Mahiran binti Mohd Said bersama dengan jiran kami: Cik Gayah! 

Cantik2!!! Lepas ni tak payahlah nak bazir2 duit hantar kat orang lain, my mum can do it... Dok bual2 dengan paklong pasai dialog tok esok.. Tergelak2 pecah perut den semua ... Kelakar betul! Antaranya:


Paklong : ok2 , macam ni lah .. " dengan lafaz bismillah ....." (belum sempat paklong aku sambung, aku dah sambung dulu ..hehe)

Aku : Saya merasmikan majlis pertunangan ini , (yang lain gelak meriah terutama sekali akak aku , haha .. kelakar lah ..)

Bukan apa. Pak long tu tengah nerbes dok pikir nak cakap apa esok. Dok cari ayatlah tu. hehe. Tapi dalam kemeriahan ni, teringat kat arwah makwe.. Kalau arwah makwe ade mesti tersenyum je pandang kiteorang .. Makwe suka tengok bila orang2 ramai datang rumah... Sunyi rasanya tak ada makwe kat sini.... Rindu sangat2 kat makwe... ya Allah , Rindu sangat! Semoga makwe ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman .. Aamin... Esok pagi nak pergi kubur, insyaAllah .... 

Semoga dipermudahkan segala urusan esok ... Mudah-mudahan , amin ... Seelamatt bertunang paksu !! Semoge kekal hingga ke jinjang pelamin hingga ke syurgaNya, hehe ... :)

Tuesday, May 03, 2011

Majlis Anugerah Kecemerlangan !


Alhamdulillah akhirnya apa yang aku impikan dulu jadi kenyataan ... Kerana keputusan SPM , aku berjaya melayakkan diri aku untuk mendapat anugerah kecemerlangan . Syukurlah .. Kenangan terindah sepanjang persekolahan .. Masa aku form 4 , aku hanya mampu melihat dari jauh kakak2 and abang2 naik ke pentas untuk menerima anugerah pelajar cemerlang SPM . Dari situ aku simpan azam untuk naik ke pentas tu satu hari nanti sebagai pelajar cemerlang Spm.. Kalau ikutkan result SPM aku tak adalah cemerlang mana tapi syukurlah kerana reslt tu aku berjaya menjadikan impian aku satu realiti. Betullah kata orang ,

 "Kejayaan itu bermula dari satu angan2 kemudian diri kita sendirilah yang akan menjadikan ia realiti!!!" 

Aku tak setuju bila orang kata angan2 tak bawa ke mana2 pun .. Ye betul angan2 cuma melekakan tapi semua tu bergantung pada diri kita sendiri .. 


"Kalau kite terus hanyut dibawa ombak fantasi , angan2 itu takkan menjadi impian .."

Tapi jika kita bangun dari mimpi,berusaha menjadikan angan2 itu satu realiti , insyaAllah kejayaan menanti kita di penghujungnya ..
"Berusaha , Berdoa , Bertawakal ..."
Sexy Rafia High Heel Wedge Sandals and wide range of Unique Wedge Sandals at ElectriqueBoutique.comOk,sambung cerita : masa nak amik sijil tu , Ya Allah .. punyalah nerves.. dengan kasut tumit tinggi,nak naik pentas ! peh memang nerves lah .. first nerves sebab nak amek sijil atas pentas .. second punyer nerves pulak sebab takut terjatuh atas pentas tu . Kalau jatuh ,memang malu gile lah ! Dah lah photographer sikit main ramai lagi ! huhu .. Gempaklah kalau aku jatuh ... 


"Sentiasa berdoa supaya semuanya berjalan lancar .Allah itu Maha Mengetahui.."

 Alhamdulillah semuanya ok .. Walaupun perasaan nervous tu ade , tapi nasib baik lah tak pape..

Sambung lagi cerita : Lepas je amek anugerah , aku dengan kawan2 aku apa lgi , sesi mem"perasan" kan diri lah .. posing sana posing sini. Tapi kan , gambar yang amik tu tak banyak pun sebab macam2 hal nak settlekan .. Baru nak posing , cikgu panggil. Baru nak posing, orang lain panggil .. Aduhai .. Tapi tak pelah . Ada sikit pun ok .. cumanya aku tak dapat nak bergambar dengan sorang classmate aku : Anis zain ! DIe macam chipsmore , kejab2 hilang .. Tak ada rezki tak apalah ... 

Ok lah, tutup cerita ni dengan kata-kata motivasi daripada Ibnu Yusuf. Katanya..

"Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup. "

***Berfikir seketika...