◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, June 01, 2011

Selendang itu Tudung




Salam, 

Terdetik untuk berbicara soal tudung sebenarnya. Tapi memandangkan kebuntuan idea untuk tulis tajuk, tiba-tiba dapat pulak ilham tajuk tu. Selendang itu tudung. Semakin masa berlalu semakin banyak pula perubahan. Yelah,perubahan ni perlulah bergerak seiring mengikut arus pemodenan. Kalau tidak kita ni digelar ketinggalan zaman pulak. Tapi kadang2 tak semua yang perlu kita ubah terutama dalam cara kita berpakaian. 

Memang tak dinafikan zaman sekarang ni macam2 fashion baju yang kita akan jumpa. Macam2 trend terbaru yang up to date la sangat. Sekarang ni fashion yang tengah hangat adalah berselendang dan bertudung syria(macam2 nama lagi untuk fashion tudung sekarang ni). Perubahan corak dan gaya berpakaian untuk tudung yang semakin meluas dan adakalanya nampak sangat mengarut membawa kepada perubahan yang sangat besar dalam kalangan masyarakat. Yang tak bertudung sekarang semakin ramai bertudung. Satu perubahan yang sangat baik. Tapi pernah tak terfikir mengapa perubahan itu berlaku?

Adakah rasa itu hadir dari dalam diri untuk bertudung atau ia sekadar hanya untuk berfashion mengikut perubahan semasa? Lepas tu bila dah tak popular buang ke tepi je tudung tu. Mana2 tempat yang kita kunjungi pasti bilangan yang berselendang lebih banyak berbanding yang bertudung fashion2 ala2 skema tu.

Kalau kita tengok perubahan ni sangat bagus. yelah, yang tak bertudung dah bertudung. Tapi biarlah rasa itu hadir kerana diri sendiri.Bukan kerana ingin mengikut perubahan semasa.

Biar ikhlas jangan hipokrit.

Kadang2 tu tak berkenanlah tengok orang yang pakai tudung tapi pakaiannya macam sarung nangka.Ada pulak yang bertudung tapi pakai legging. Hello ? Wake up ! Cuba tengok lame2 depan cermin tu,cantik ke pakai tudung tapi pakai legging. Serupa macam tak payah pakai seluar.Sakit mata orang yang melihatnya.

Yang memakai terasa dirinya seksi yang melihat rasa seksa. 

aduh... Pakailah elok sikit kalau diri tu bertudung.Janganlah sampai orang mempunyai persepsi yang buruk terhadap diri anda dan agama Islam.Islam tidak melarang kita untuk berfashion tapi ada batas2nya untuk kita berfashion...CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud:


 "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)


Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT ertinya : 


"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


Seandainya rasa ingin bertudung itu hadir dari dalam diri,syukurlah... Semuanya bergantung pada diri kita... Kalau kita ingin yang terbaik maka yang terbaiklah akan jadi.Sekiranya tidak, tidaklah.Yang penting tanya pada diri sendiri apa yang kita mahukan dan adakah itu yang terbaik buat kita dan yang lain. Memetik kata-kata dari Aina Emir 


"Ada yang baik dan ada juga yang tidak baik. Mungkin terpulang pada diri individu itu. Kalau memang niat dan hati memang tak baik, maka buat apa pun akan jadi tak baik juga. Wallahua'lam."







Teringat kata-kata ustaz dan ustazah. Bertudung itu menutup aurat atau berfashion.Katanya,bertudung tu adalah satu tuntutan.Kita sebagai manusia ada 2 pilihan,sama ada kita nak memakai tudung atas kerelaan atau sudah terpaksa baru nak pakai.Tak salah katanya untuk kita berfashion tapi sebelum nak berfashion fikirkan dahulu tuntutan menutup aurat barulah kita boleh berfashion.

***Berfikir seketika...


p/s: Aku bukanlah insan yang baik tapi aku cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Mudah-mudahan. InsyaAllah, Amin.. Peringatan untuk diri sendiri juga... 

No comments:

Post a Comment