◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, June 07, 2011

Alhamdulillah,sambung belajar lagi,

Andai perjuangan ini mudah,pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai akan tertarik padanya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya,sakit pedihnya umpama kemanisan yang tak terhingga.
Andai rebah,bangkitlah semula.
Andai terluka ingatlah janjiNya...


Nampaknya aku pun akan jadi seperti insan2 lain yang menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Alhamdulillah. Hmm, Nampaknya tak dapatlah nak update blog selalu.. Nak email selalu. Nak bercerita selalu...Sedih pulak rasanya nak tinggalkan semua ni. Kan best kalau aku ada lappy sendiri. Senanglah . Dapat online bile2 je aku suka. Dapat bawak kemana sahaja lappy tu.Ni nak sambung belaja,lappy terpaksa dilupakan.... Maklumlah ,lappy pun pakai share dengan adik beradik yang lain. Kenalah memahami.

Tanpa perjuangan tiada pengorbanan.Tanpa pengorbanan tiada kejayaan...

Bila nak sambung belaja,rasa takut pulak nak bertemu dengan rakan2 yang baru,suasana yang baru dan pelajaran yang baru.. Takut tak dapat nak sesuaikan diri di sana. Seram pulak bila dengar macam2 cerita di sana.Tapi mudah-mudahan semuanya ok.Hope everything is going to be fine. InsyaAllah... Semoga dipermudahkan segala jalanku...Amin... 

Sebenarnya perkara biasa sahaja.Semua orang akan alami lepas melangkah kaki dari alam persekolahan.Semuanya bergantung pada diri sendiri bagaimana nak menghadapinya..Kalau bijak melaluinya,insyaAllah semuanya akan ok.Perjalanan kita masih panjang.Ni baru permulaan bagi aku sebelum aku melangkah lebih jauh.

“Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Langkah Yang Pertama” (Loa Tze)

Tanpa permulaan kita tidak akan kemana2... Kalau aku,aku suka pada 1 kata2 hikmah ni.Kata2 ni dipetik dari Ibn Yusuf.. Katanya...

Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup...

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment