◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, August 23, 2011

Indahnya Ramadhan !

Salam semua . Lamanya tak update blog ni kan.Pejam celik pejam celik Ramadhan semakin tiba di penghujungnya ..Semakin berakhir. Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan olehNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini dan meneruskan kehidupan sehinggan ke hari ini.. Ya Allah,terlalu pantas masa berlalu..

Suasana Ramadhan ni sangat berlainan dari bulan-bulan lain. Tenang dan damai je. Malahan dalam bulan Ramadhan ni lah keluarga yang sibuk dengan urusan kerja masing2 dapat sama-sama berkumpul dengan mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Seronok sebenarnya bulan Ramadhan ni. Malahan banyak keistimewaan yang kita peroleh dalam bulan Ramadhan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: 
Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.

Paling indah sekali dalam bulan Ramadhan ni kerana adanya solat sunat terawih. Bulan2 lain tak ada kan? Malahan dalam 10 terakhir bulan Ramadhan adanya malam yang lebih mulia dari seribu malam iaitu Malam Lailatul Qadar.Subhanallah...


Daripada Aisyah r.a.Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: 
Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dalam Al-Quran ada menerangkan mengenai malam lailatul qadar. Dalam surah Al-Qadr. Maksudnya :

Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Ramadhan tahun lepas telah membawa pergi insan sangat aku kasihi... Sungguh aku masih merasai kehadirannya dalam hari-hari yang aku lalui. Namun aku redha di atas ketentuan Illahi. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya . Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat dan keberkatanNya... Amin...Selamat menjalani ibadah puasa. (masih belum terlambat kan .)

***Berfikir seketika


No comments:

Post a Comment