◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, August 24, 2011

Semangat Kemerdekaan dan Kemeriahan Aidilfitri !

Salam .Apa kata hari ni berbicara soal kemerdekaan dan aidilfitri..Alhamdulillah,tahun ni genaplah negara tumpah darah kita mengecapi kemerdekaan yang ke 54. Pada masa yang sama juga, kita akan meraihkan kedua-duanya  pada bulan yang sama. Ramadhan menjelma dalam bulan kemerdekaan.. Syawal pula hadir sehari sebelum kemerdekaan.. Betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan. 

Bercerita sedikit soal Kemerdekaan. Tahukah kita sejarah2 kemerdekaan. (kalau yang masih bersekolah tu,jangan nak bohong kata tak tahu.. hehe) sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara,kita semua haruslah mengambil tahu tentang sejarah kemerdekaan negara,Bagaimana payahnya nenek moyang kita dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan.. Perjalanan untuk mendapatkan kemerdekaan tidaklah semudah yang kita sangka melainkan ia penuh dengan pengorbanan dan linangan air mata. Sambutan hari kemerdekaan adalah untuk kita memperingati pahit manis perjuangan mereka.Untuk kita hayati kepayahan memperoleh kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman:Bapa Kemerdekaan 

Kita semua telah Allah kurniakan akal fikiran,gunakanlah ia ye. Fikir-fikirkanlah apa yang baik,apa yang tidak.. Beralih pulak pada topik yang pasti ramai sukakan iaitu Aidilfitri. Kebetulan,tahun ni kita akan meraikan kedua-duanya sekali. Jangan lupa pasang bendera malam raya nanti ye. Biar nampak bersemangat nak sambut kedua-duanya.. hehe ... Bila tiba hari raya(dah macam lagu rayalah pulak) , semua pasti sibuk dengan segala persiapan.mana nak cari bajunya,kasutnya. Yang perempuan dengan tudungnya lagi. Pasti ayah dan bonda pening melihat telatah anak-anak mereka. Pakaian berwarna warni. Tapi ingat ! Jangan kita terlampau berhias di pagi raya nanti. Berhiaslah ala kadar saja. Bersederhana itukan baik. 



Apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin. Raya tu raya lah jugak . Merdeka pun merdeka juga ye ! :)

***Berfikir seketika

No comments:

Post a Comment