◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, November 08, 2011

Belajarlah untuk menghargai

cute beach love girl

Seringkali aku duduk termenung mengenangkan kisah lama yang telah lama menjadi lipatan sejarah dalam buku perjalanan hidupku. Dalam hidup ni , kadang2 kita sebagai manusia selalu terlepas perkara-perkara yang kita anggap remeh tapi sebenarnya itulah yang bererti.. Kadang-kadang dalam mendapatkan sesuatu kita seringkali terlepas pandang bahawa apa yang kita cari itu sebenarnya dekat dengan kita. Sebagai manusia biasa kita tak pernah terlepas dari membuat kesilapan. Dan setiap kesilapan yang berlaku itu mematangkan kita tentang erti kehidupan yang sebenar. 

Kadang-kadang kita terlalu leka menantikan kehadiran insan yang telah pergi dari hidup kita sedangkan tanpa kita sedari ada insan lain yang sedang menanti kita . Kita harus belajar untuk cuba merelakan. Melepaskan .. Dan cuba menghargai kehadiran insan lain dalam hidup kita.. Menghargai apa yang berlaku di sekeliling kita. Kerana setiap yang berlaku itu adalah di atas kehendakNya. Dan pasti Dia telah mempersiapkan sesuatu yang lebih baik buat kita.. Atau mungkin ianya bukanlah suratan takdir semata-mata. kadangkala mengajar kita juga untuk berfikir. Walaupun hakikatnya aku sendiri tidak mampu untuk lakukan... untuk merelakan pemergian cinta itu dari hatiku... KIta harus belajar untuk cuba menghargai...

Aku belajar melupakan seseorang yang melupakanku
Aku belajar memaafkan semua yang menyakitiku
Aku belajar untuk menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi
Tapi satu yang sukar untuk aku pelajari adalah
Aku harus bisa tersenyum di saat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain..
kerana kebahagiaan baginya adalah kebahagiaan buatku....

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment