◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, May 29, 2013

Cuti , Pesta Buku, Macam2 ! :)

Salam, 

Alhamdulillah sekarang aku sedang bercuti seminggu. Sejak balik hari Jumaat tu, baru hari ni ada kesempatan untuk aku dok lelama depan laptop ni. *Acehcehh* Ada je masa sebenarnya. Tapi tak ada mood nak update. Sebelum cuti hari tu, alhamdulillah berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Akhirnya diizinkan Allah untuk kami bertemu. Teruja dan seronok. Lama juga meluangkan masa bersama beliau, Aina Emir. She is very friendly. Walaupun macam2 halangan yang datang, tapi alhamdulillah dapat jugak pergi sana. 

Kemudian macam biasalah. Minggu sebelum cuti kami memang sibuk. Setiap hari ada discussion. Pantang ada masa terluang mesti ada discussion untuk group assignment. Banyak nak kena submit. Aduh, pening. dengan aktiviti kolej yang kami join lagi. Badan satu, tapi nak dibahagi2 kan tu tak dapatlah. Kadang2 terpaksa dahulukan yang lebih penting daripada yang penting. Tapi tak apa. Walaupun rasa tak tertanggung, jangan pernah lupa dengan firman Allah SWT ,

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." ( Surah Al-Baqarah : 286 )

Dan bukankah Allah juga ada berfirman ,


"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." 
(Surah Al-Insyirah: 6)


Alhamdulillah walaupun kelam kabut, semuanya berjalan lancar. Perbarisan Sukol selesai. Firedrill pun berjalan dengan lancar. Assignment pun Alhamdulillah okay lah. Cumanya untuk group discussion yang aku tak dapat nak hadirkan diri, aku terpaksalah merelakan diri aku untuk mewakili group jadi presenter. Hopefully everything gonna be okay. Amiin ya Rabb... 

Semua yang terjadi itu kan adalah ujian daripada Allah. Terimalah dengan hati yang sabar kerana di setiap kepahitan terselit seribu satu kemanisan .

"Apakah manusia itu mengira mereka dibiarkan saja mengatakan,"KAMI TELAH BERIMAN" sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta." (Al-Ankabut: 2 - 3)
Kemudian Ahad lepas aku sekeluarga hantar adik ke Shah Alam. Alhamdulillah dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di INTEC untuk program A-level selama 2 tahun. InsyaAllah kalau dia lepas, dia akan ke Germany untuk sambung dalam bidang engineering. InsyaAllah... Sedih jugak sebenarnya nak berjauhan dengan dia. Tapi dia pergi untuk menuntut ilmu kan. Sabarlah ye fara... Time tu kan dah graduate, insyaAllah... Semoga semuanya berjalan dengan lancar, diberkati dan dirahmatiNya sentiasa. Amiin ya Rabb... Takecare ( ceh bajet mcm ada pembaca setia, wakaka ) . Barakallahufik :)

***Berfiikir seketika...

( Gambar untuk tatapan ^^ )

She is Aina Emir. My bestfriend forever ! 

Ingat novel je ada kompilasi. Nih ha kompilasi gambar2 aku bersama Kak Aina . hee. Effect gambar over. haha 

Comel je kostum mereka. Tak ingat pula kolej mana ni, hee

Meriah. Teruja ^^
With Zafirah masa perbarisan sukol, kolej mawar :)

Nak ambil gambar dengan Rimau tu tapi tak dapat., :(
Smart kan baju merah tu. Diaorang menang perbarisan sukol ni. 

Ini adalah latihan firedrill kolej saya. Aku salah seorang ajk yg terlibat. Seram woo.. Kolej blackout

Cara-cara memadam kebakaransedang ditunjukkan oleh pijak JPAM .


No comments:

Post a Comment