◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, June 04, 2013

La Tahzan, Innallaaha Ma'ana :')

Salam ,

Cinta itu milik Allah. Hati ini Allah pegang. Rasa cinta itu fitrah dan perasaan ini sama sekali tidak haram. Cuma apabila perasaan ini di salah gunakan oleh pihak-pihak tertentu, cinta ini menjadi haram. Bukan kerana perasaan yang hadir, tapi kerana perbuatan insan tersebut yang menjadikan cinta itu haram. Sudah pasti dalam diri setiap insan, rasa ini akan hadir. Kan ? *angguk-angguk kepala* . 



Cinta bukan sahaja kepada Allah dan Rasul. Tapi jugak cinta kepada sahabat, cinta kepada mama dan ayah, cinta kepada keluarga. Namun sudah menjadi fitrah kejadian manusia, cinta yang hadir ini bukan sahaja untuk mereka tapi juga untuk insan yang bergelar lelaki atau perempuan yang bukan siapa2 bagi mereka. Dalam ayat yang mudah, cinta kepada seseorang yang bukan mahram. *senyum*

Semua orang mesti ada perasaan ni kan? Budak sekolah pun dah pandai cinta-cinta ni. Oklah, sekarang bukan nak cerita pasal budak sekolah okay. So, ada ketika cinta kita kepada seseorang itu tidak berbalas. Ayat mudah, cinta bertepuk sebelah tangan. A cinta B tapi B tak cinta pun kat A tu. A sibuk2 cari tahu pasal B, caring sangat tapi B tak kisah langsung pasal A. Tak kisah langsung. Sedih kan? *amik tisu lap airmata* Kalau ada pun sebagai seorang sahabat. Benda ni ada terjadi di sekeliling kita. Mungkin kita yang tak sedar.

When a girl gives up, it's not because she doesn't love you, but 
because she's tired of getting hurt and feels like you'll never care.

Dalam bab-bab ni kalau nak dibincangkan memang panjang. Tapi cukuplah dengan berkata  La Tahzan, Innallaaha Ma'ana. Janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah bersama kita. Lumrahlah tu. Mencintai tak bermakna akan memiliki kan. Kadang-kadang kita kena merelakan. Semua tu ketentuan Allah. Kalau benar dia adalah jodoh kita, lari jauh mana pun tetap akan bersatu dengan izin Allah. Adam dan Hawa pernah terpisah lama. Tetapi mereka bertemu kembali. Kerana apa? kerana dengan izin Allah. Ada jodoh tak kemana. Jangan sedih okay? Doakan kebahagiaan dia bersama insan pilihan hatinya. Allah amik orang yang kita sayang dan cinta, pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. InsyaAllah :')  





Benar kata orang, mulut petah berbicara tapi hati yang merasai. Kita tak boleh nak paksa orang untuk cinta kat kita. Kalau dia dah ada pilihan dia, doakan yang terbaik buat dia. Buka hati, beri peluang pada insan lain. Tapi bukan senang nak lupakan seseorang yang dah lama bertakhta kat hati. Doalah mudah-mudahan Allah mudahkan buat kita. Jangan diharap cinta orang yang dah pergi jauh dari hidup kita. Jarang sekali mereka akan kembali. Mungkin anda dah jadi sejarah dalam hidup dia.


Love someone because of Allah, Allah will make it last for ever. 
Leave someone because of Allah, Allah will give you someone much better...

Perjalanan hidup kita masih panjang. Teruskan capai cita-cita. InsyaAllah cinta yang baru akan hadir. Jangan seksa hati awak tu. Penat hati awak menangiskan. Dekatkan diri awak dengan Allah. InsyaAllah awak akan lebih tenang. Walaupun kita selalu cakap " tengok dia bahagia, kita pun bahagia " tapi hati yang merasai Allah sahaja yang tahu. Fara kuatkan ? :')

***Berfikir seketika... 

No comments:

Post a Comment