◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Sunday, August 04, 2013

26 RAMADHAN 1434

Salam,

Alhamdulillah, 26 Ramadhan dah kan. Sekejab je masa tu berlalu. Rasa macam baru lagi update tentang awal Ramadhan tu. Ramadhan tahun ini semakin dipenghujung. Tapi entah kenapa Ramadhan kali ni dirasakan begitu hambar. Bukan kerana bulan Ramadhan ini membosankan, tapi faktor2 sekeliling yang membuatkan Ramadhan tahun ini bagaikan sebuah " Ramadhan yang hilang ". Kehadiran Syawal tidak lama lagi turut dirasakan kosong. Bak kata paksu, tahun ni Ramadhan dan Syawal yang hilang. Hmm..Tak apelah. Kita banyakkan berdoa. Semua yang jadi atas izin Allah. Pertolongan Allah akan tiba. Cepat atau lambat aje. 



So, 2 weeks kerja sebagai temporary promoter. InsyaAllah hari Selasa ni tamatlah kerja aku. Seharusnya Isnin dah habis kerja tapi disebabkan pihak atasan telah melewatkan warehouse tu sampai Isnin, so hari Selasa kenalah datang untuk sesi mengemas bin-bin yang sangat banyak tuh. Nak raya dah kot. Dengar DJ dok pasang lagu raya, seriously rasa sayu. Teringat kat makwe. :'(

Dan kemudian... tahu dah yang si dia tu dah ada seseorang. Rasanya itu sangat betul. Tunggu masa je kot tu. Tak mengapalah. Semoga Allah mudahkan segala urusan dia dan si dia. Aamiin. Mohon diberi ketabahan hati untuk terus melangkah ke hadapan dengan yakin tanpa perlu menoleh ke belakang. Memberi peluang pada yang lain. Tapi tak semudah tu nak terima orang lain. Hanya yang benar2 memiliki kuncinya sahaja yang berjaya membukanya. :')

Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Mohon maaf di atas segala janji-janji yang tidak ditepati atau tutur kata yang menyakitkan hati. Masih ada beberapa hari lagi untuk menikmati bulan yang mulia ini . May Allah bless. 

No comments:

Post a Comment