◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, June 26, 2012

Apabila kenangan kembali menyapa...




Salam , beberapa hari yang lalu , aku berkesempatan berkunjung ke tempat yang sudah bertahun aku tinggalkan. Di situlah persahabatan mula terjalin, kenangan indah mula terukir satu demi satu.. Walaupun itu bukan tempat pertama aku mengenal ilmu dan mencari erti persahabatan namun tempat itu telah meninggalkan beribu kenangan di hati aku yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Itulah sekolahku... Sekolah yang mengajar aku pelbagai erti suka dan duka. Kebetulan masa tu aku tak sibuk , dapatlah aku ke sana menemani akak ku untuk mengambil buku rekod adik2 kami.


Tapak perhimpunan! Kelas kitaorang selalu menang! 
Tatkala kaki melangkah masuk ke pintu utama sekolah , tempat yang sering menjadi laluan aku untuk masuk ke sekolah, semua kenangan indah mula bermain di minda.. Masih jelas tergambar memori indah aku sepanjang di sana. Langkah demi langkah aku ambil , meneruskan perjalanan ke dalam. Bila kaki sudah melangkah di tapak perhimpunan sekolah , semuanya kembali jelas di mata ku... Rakan2 yang berbaris mengikut arahan, kegembiraan rakan2 ku dan tepukan daripada murid2 lain tatkala kelas kami sering menjadi juara dalam pertandingan keceriaan kelas. Sebagai penolong ketua kelas, akulah yang ambil piala tu . Tapi bergilir2 lah dengan ketua kelas aku. Kalau asyik aku je , seganlah . Macam tak ada orang lain . Mujurlah ketua kelas aku tu tak banyak songeh nye . Okay je bila kita suruh . Jangan pelik pulak bila baca perkataan SURUH tu . Bukan mengarah tapi berkongsi tanggungjawab yang diamanahkan. Tapi kadang2 tu rasa bengang jugak dengan ketua kelas aku tu. Haishh.. Manusia.. Biasalah . Macam2...


Selepas melalui tapak perhimpunan , kaki mula melangkah ke tangga tempat menuju ke kelas kami. Tak sabar2 rasanya nak ke sana. Macam ada magnet pulak. hehe.. Nasib baiklah adik aku tu kelas yang sama dengan aku dulu. Sampai aje ke pintu kelas, aku tersenyum sendiri. Kenangan di situ semuanya bermain di minda. Kembali segar di ingatan. Masih terdengar suara kami memberi salam kepada guru2 yang mengajar kami apabila beliau masuk ke kelas. Gurauan rakan2 dan gelak tawa semuanya terngiang2 di telinga ku. Ya Allah , aku sangat merindui saat2 itu. Tapi itulah realiti kehidupan . Semuanya hadir buat seketika . Meninggalkan memori indah untuk kita jadikan pengubat rindu di hati. 

Ni lebih ceria rasanya! hehe
Teringat mula2 aku menjadi ahli kelas ni. Masa tu aku darjah 5. Mula2 masuk ke kelas ni, aku rasa takut sangat . Maklumlah , semua orang kata guru kelasnya garang. So, mula2 masuk tu aku memang takutlah juga. Bila hari pertama , cikgu minta murid2 calonkan ketua kelas dan penolong, guess what??? tiba2 nama aku dicalonkan. Ya Allah  punyalah terkejut. Dahlah tu 1st time kali aku masuk kelas tu . Tak kenal siapa2. 

Yang aku kenal, rakan2 kelas tu yang satu rumah sukan dengan aku. Sekolah rendah aku aktiflah jugak sukan2 ni. Darjah 4 aku kenal diaorang. Budak baru lah katakan time tu. Sebelum tu aku sekolah lain. Atas sebab2 tertentu terpaksa pindah sekolah. Yang calonkan tu kawan satu rumah sukan dengan aku. Aduhai.... Terasa dikenakan pulak. Tapi aku tak expect aku akan jadilah sebab budak baru . Takkanlah diaorang nak vote kan. Tapi entah macam mana , nama aku pulak yang naik jadi ketua kelas.. Ya Allah , dugaan2... Nilah padahnya takut sangat dengan cikgu kelas tu . Last2 jadi ketua , kenalah selalu jumpa cikgu. Puan Sharipah! Guru kelas kami.. Bonda kami... Sebut sahaja nama Puan Sharipah,semua murid pasti kenal! 

1st time reunion . Cikgu sebak ! kami juga ! 
Memang orangnya garang tapi kalau kita dengar cakap dia, buat apa yang disuruh kita buat , beliau taklah garang pun . Malah sangat baik dan penyayang ! Dari situ aku mula kenal semua kawan2 dalam kelas tu. Mana taknya, kalau dah hari2 kena bagi kedatangan, nak tak nak kenalah tahu nama + orangnya sekali. Mula2 tu kawan2 bantu , dah lama2 alhamdulillah semuanya jadi senang. Tapi bila darjah 6, turun pangkatlah . Jadi penolong pulak. Memang sepatutnya begitukan. Lelaki yang menjadi ketua bukan perempuan . Tapi tugas masih tetap sama. Mula tu tak banyaklah kenangan sebab aku masih tak kenal baik kawan2 kelas tu tapi bila masuk darjah 6 , nah! Banyak kenangan yang dikutip. Ada suka,ada duka. Complete! Yelah , tak lengkap Mr.Gembira tanpa Mrs. Sedih. kan? 

Banyak pulak nak tulis. hehe.. Kalau dah berkunjung ke sana , mestilah nak jumpa cikgunya. Mujurlah adik aku tahu di mana kelas cikgu kami tu. Maklumlah , dah bertahun tinggalkan. Semuanya berubah. Cikgu dah tak pegang kelas kami. Kalau tak, senang cari sebab kedudukan kelas kami masih di tempat yang sama. Cikgu masih seperti dulu. Dan yang paling seronok , semua murid2 nya cikgu masih ingat. Maklumlah , kata kawan2 aku , cikgu memang pegang kelas tu sejak diaorang darjah 2 . Memang kenal sangat lah murid2 nya. Tahun lepas 1st time jumpa cikgu balik cikgu terus buat satu Reunion untuk kitaorang. Masa reunion tu cikgu sebak masa bagi ucapan . Yelah ,kami bagaikan anak2nya . Lama terpisah akhirnya bertemu kembali.



 Ada FACEBOOK semuanya jadi mudah sebab kami ada group untuk kelas kami. Dari situ kami mula menjejaki rakan2 yang lain. Chemistry antara kami memang kuat! Allah mudahkan kami mencari teman2 yang lain. Alhamdulillah.. Facebook kalau kita gunakan dengan betul, baiklah jadinya. Tapi ramai jugak yang tak dapat hadir time tu . InsyaAllah ,lepas ni kitaorang akan buat lagi Reunion dan harapnya semua dapat hadirlah kan . Seronok bila dah jumpa ramai2 then cakap pasal kenangan2 time sekolah dulu. Memang tersenyum sampai ke petang lah !
Apabila kenangan kembali menyapa , terasa diri tidak berpijak di bumi yang nyata! Desakan hati untuk kembali ke zaman tersebut tersangat kuat namun harus menerima hakikat bahawa semuanya sudah menjadi lipatan sejarah dalam hidup kita. Tak mungkin detik tu akan kembali lagi sama seperti dulu. Tanpa melalui sesuatu hal , kenangan tidak akan terukir,pengalaman tidak akan ada. Apapun yang datang, kita kena laluinya. Yang baik jadikan teladan , yang buruk kita jadikan pengajaran supaya kita menjadi lebih matang di masa hadapan. 

So,hargailah setiap detik yang hadir dalam hidup kita agar penyesalan tidak menyelubungi diri kita kerana suatu saat bila kita mula teringatkan masa lalu kita , kita akan merasa bangga untuk menceritakannya kepada orang lain dan kita sendiri akan tersenyum mengenangkan peristiwa itu. Ukhuwah fillah abadan abada... :)

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment