◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, August 07, 2012

BBQ Ramadhan :)

Gambar hiasan . Ambil dari google lah , hehe
Salam , Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menulis di sini. Walaupun sudah tidak bekerja secara partime tapi tetap aja tak sempat untuk meluangkan masa di sini . Baru2 ni pakcik aku balik dari Saudi Arabia. Maklumlah , beliau kerja di sana sejak tahun lepas. Sudah hampir setahun berada di sana. Pakcik aku ajak semua family berkumpul untuk buat bbq. Dah lama benar kami tak buat . Tak ingat bila kali terakhir kami buat dengan kehadiran the whole family cumanya pakcik aku lagi seorang tu tak adalah sebab terpaksa bekerja. Tak dapat datang. 

Meriahnya sebab dah lama kami tak buat bbq ni. Gelak tawa ahli keluarga. Gurau senda. Berkongsi cerita. Seronok. Bukan selalu dapat jumpa pakcik aku tu. Maklumlah , duduk jauh... Nak balik Malaysia makan masa 11 jam. Nak transit kat Oman lagi before ke Malaysia. Perjalanan yang sangat jauh. Beza waktu Malaysia dan waktu sana lebih kurang 5 jam. Kami cuma berhubung melalui laman sosial sahaja. Kadang2 tu skype. :)

Nak dijadikan cerita , makanan yang di bbq kan tu , heheh.. Macam arang jadinya. Kehangusan. Haihhh maklumlah , yang sifu tak ada . Lambat sikit datangnya sebab bekerja. Tapi aku tak makan apa pun . Sibuk. Dapat makan sikit2 ajer. Bolehlah daripada tak ada langsungkan. Dah last2 tu barulah okay sikit bbq nyer , hehe.. Pakcik aku ada jugak bawa ole2 dari sana. Semua family yang datang dapat. Termasuk perfume. Wangi. macam bau perfume designer branded namanya Celebration. tapi yang tu sebotol RM199.. Yang ni sekotak perfume tu RM200. Berbaloikan !

Itulah kata orang , air dicincang takkan putus. Walau sejauh mana pun kita ahli keluarga ni terpisah , hubungan keluarga tu takkan pernah putus. Seronok bila kita mempunyai ahli keluarga yang ramai . Suasananya sangat lah meriah! Susah nak gambarkan. Yang penting saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. insyaAllah... Semoga Allah sentiasa melindungi kami sekeluarga walau dimana sahaja kami berada dan tidak lupa juga kepada seluruh muslimin dan muslimat...

Banyak lagi story sebenarnya tapi cukuplah sampai sini. Nanti sambung lagi...

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment