◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, August 01, 2012

Hidup kita ini tidak menentu


Salam , kadang-kadang dalam hidup ni susah untuk kita merungkai apa yang kita rasa. Kadang2 kita rasa sedih yang teramat .. Kadang-kadang tu kita rasa sayu tiba-tiba yang entah dari mana datangnya lantas membuatkan kita rasa begitu sedih dan kadangkala kita merindui susuk tubuh yang sudah pergi jauh dari hidup kita. Tapi kadangkala kita rasa marah hinggakan sanggup memutuskan hubungan antara sahabat malahan adik-beradik.

Hidup kita di muka bumi ini seringkali tidak menentu. Inilah yang dinamakan sebahagian daripada ujianNya. Hanya insan yang terpilih sahaja yang akan merasainya. Sukar rasanya untuk melalui semua ini. Namun Allah telah berfirman dalam Surah Al-Mukminun, ayat 62,
maksudnya,



“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"


Ini bermakna setiap ujian yang Allah jadikan buat kita adalah mengikut kemampuan kita. Allah takkan uji kita melebihi kemampuan kita.  Allah itu Maha Mengetahui. Walaupun kita rasa kita tak kuat menghadapi semua ujian itu namun kita juga harus tahu Allah Maha Mengetahui. Ikhlaskan apa yang jadi. Insya Allah segalanya akan menjadi lebih mudah.


Aku juga insan biasa . Kadangkala aku juga menangis tatkala datangnya ujian yang aku rasakan tidak kuat untuk aku lalui. Puas aku menangis rupanya di sebalik tangisan itu hadirnya sinar cahaya yang mampu menghapus pergi airmataku. Alhamdulillah dengan sokongan keluarga, mama, ayah, adik beradik dan yang lain. Begitu juga rakan-rakan yang memahami. Kak Aina yang sentiasa memberi kata semangat dan motivasi . Syukurlah . Allah menghadiahkan aku insan-insan ini untuk membuatkan aku lebih tabah mengharunginya. 

Yang penting kita jangan pernah lupa padaNya. Berdoa sentiasa agar dipermudahkan jalan hidup kita. Cuba menjadi muslim dan muslimah yang baik. InsyaAllah... Jangan pernah putus asa dengan setiap ujian yang datang. Tabahkan hati. Ujian ini semua mematangkan kita. Banyakkan berzikir supaya hati kita lebih tenang.


"Life is a continuous challenge, full of ups & downs. We are not made rich by what's in our pockets, but by what's in our hearts. ♥"



***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment