◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, August 17, 2012

Ramadhan dan raya :)


Salam, sedar tak sedar hari ini dah masuk 28 Ramadhan.. Kejab sungguh masa berlalu ye kawan2.  Ramadhan semakin meninggalkan kita. Untuk tahun yang akan datang nanti , mungkinkah kita akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan? Wallahualam... Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Ramadhan tahun ni membawa seribu satu cahaya terutamanya buat pakcik aku kerana isterinya which is my auntie selamat melahirkan anak sulung mereka. Perempuan. This is my newcousin . :)

Weight : 3.3 kg
Name given : Nur Auni Nabihah

Pastinya dengan kehadiran baby comel ni membawa seribu satu kebahagiaan buat pakcik aku. Tahniah pak andak !

Kami juga ada baby tau. Umurnya 7 bulan baru. Baby girl jugak. She is very cute girl ! Tiap kali tengok dia ,mesti rasa tenang je. Happy !

Name given : Ainul Mardhiah :)


Ok, now, start talking about raya preparation. Seperti tahun2 sebelum ni , our family akan sibuk untuk mengemas rumah,memasang langsir dan membeli barang2 untuk persiapan raya. Macam tak ada mood nak raya tahun ni. Kenapa ehh.. :'(

Semestinya buat adik2 , mereka tak sabar2 nak beraya. Mood mereka dengan mood kita lain ye. #fakta. 



For my family, every year kami akan sibuk bila nak kena buat kuih raya. Selalunya kuih raya memang kami akan buat sendiri. Sejak kecil lagi macam tu. Kuih yang goreng2 and yang tak sempat buat ajer kami akan tempah sikit2. Selalunya kami akan buat kuih raya seminggu sebelum raya. Kadang2 tu 3 hari sebelum raya baru nak buat. Time tulah tak tidur malam nak buat kuih. Haishhh.. Tapi setahun sekali ajerkan. My mum memang pakar buat kuih2 raya ni. My mum kata dulu masa kecik arwah makwe selalu buat kuih.



Tapi setiap kali kehadiran Syawal , pasti terselit rasa sunyi dan sedih bila orang yang paling aku sayang tak ada di sisi. Tahun ni genaplah 2 tahun makwe meninggalkan kami. Bila dengar takbir raya , sayu je hati... Semoga rohnya tenang dan aman di sana. Amin..

Nothing much to write. ==Busy==

Selamat menjalani ibadah puasa. :)

No comments:

Post a Comment