◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Thursday, March 21, 2013

Alhamdulillah, Hadiah Terindah!


Salam , 

Alhamdulillah hari dapat berita gembira from my only one lil brother. Malam tadi memang aku tak boleh nak lelap mata memikirkan dia yang akan ambil result SPM dia. Minggu ni hati aku memang nervous semacam je. Ada je tak kena dengan apa yang aku buat. Dan yang paling teruk sekali, handphone kesayangan aku jadi puzzle masa aku keluar pergi beli buku dengan kawan2. Memandangkan kelas hari ni semuanya telah dibatalkan oleh lecturer ( cuma kelas koku jelah tetap berjalan macam biasa hari khamis malam ) , aku semakinlah nervous memikirkan dia. 

Hubungan kami adik beradik sangat rapat. Bagai aur dengan tebing. Dia tahu masalah aku , aku pun tahu masalah dia. Hampir semua kawan2 aku dia tahu. So,aku memang tak boleh nak sembunyikan apa2 dari dia. Kami sering berkongsi cerita bersama. Teringat masa sem 1 dulu, waktu tu SPM dia semakin hampir, dia agak stress. Kami berbual agak lama. Aku baru topup RM10 malam tu , habis terus. Adakalanya kitaorang ketawa, adakalanya menangis. Macam2 cerita yang kami kongsi bersama.

Pagi tadi, dia call.. Suaranya kedengaran sayu sahaja. ( sedang menahan tangisan ). Aku lagilah cuak. Mujur aku on number hotlink aku. Then dia kata " Umie, aku rasa aku tahu aku dapat berapa. Cikgu aku dah tengok. Dia kata aku ada 1 subjek dapat B. Kawan aku straight A's. Tak apelah, aku redha je.." Suaranya kedengaran sangat sedih. Walaupun tak berada di tempat dia, sedikit sebanyak aku memahami perasaan dia ketika itu. Tak naklah buat dia makin risau. Aku just cakap, " Result tak dapat lagi kan. Tak apelah, Tengok dulu macam mana. " . Sebelum handphone aku cedera parah, semalam aku sempatlah hantar mesej kat dia bagi kata2 semangat. 

Aku tahu dia macam mana. Itu yang membuatkan hati aku semakin risau dan tak senang duduk. Dalam hati sentiasa berdoa kepada Allah mohon yang baik2 untuk dia. 2 jam lepas tu aku dapat mesej dari ayah, katanya ewan straight A's. Kemudian kak long juga menghantar mesej yang sama. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Air mata jatuh tak henti2 tatkala aku mendengar suara ayah dan mama. Kemudian bercakap pulak dengan dia, hati aku semakin sayu. Air mata kesyukuran tak dapat ditahan. Ya Allah, Alhamdulillah...

Satu-satunya adik lelaki yang aku ada. Loveyou! :')

Terima kasih ewan. Sungguh ini adalah hadiah yang terindah buat mama dan ayah terutamanya. Biarlah orang sering merendahkan kita, Allah itu Maha Adil. Terima kasih ya Allah di atas rahmat dan kasih sayangMu buat kami sekeluarga. Di sebalik hujan yang lebat , rupanya Allah nak hadiahkan pelangi yang sangat indah. Alhamdulillah...Dia telah melakarkan sejarah yang paling indah dalam keluarga kami. Kami sangat bersyukur dikurniakan dia dalam kehidupan kami. Hadiah terindah , Alhamdulillah :')


p/s: Buat mereka yang mengambil keputusan SPM , tahniah. Walau apapun keputusan yang anda perolehi, percayalah itu yang terbaik buat anda. SPM bukan pengakhirnya. SPM adalah permulaan untuk semuanya. Perjalanan masih panjang, hidup perlu diteruskan. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya dan berjaya sekali bukan bermakna berjaya selamanya. Apa yang penting, kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Dia Maha Mengetahui. Jangan sesekali melupakan Dia.. :)


***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment