◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Friday, March 15, 2013

Bertemu yang Maha Pencipta


Salam , maaf buat sementara waktu aku takkan update blog ni. Ingat lagi post terakhir aku? Mokde yang sangat aku sayang telah kembali ke rahmatullah sehari selepas aku pergi menziarahinya. Means , hari pertama aku start belaja untuk Sem ke 2. Masa tu aku tengah duduk berbual dengan rakan2 kelas sementara menunggu azan Zuhur. Suddenly aku dapat mesej dari akak aku. Katanya pokde hantar mesej kata mokde tengah nazak. Ya Allah , masa tu Allah je yang tahu perasaan aku macam mana. Hati aku tak henti-henti berdoa. Tapi ajal maut tu di tangan Tuhan. Tak cepat atau lambat walau sesaat pun. Lepas aku menunaikan solat Zuhur , aku dapat mesej dari akak aku mengatakan mokde dah tak ada. Air mata berguguran seakan-akan tak mahu berhenti. Semangat aku hilang entah ke mana. Aku terus memikirkan anak2 nya. Lebih-lebih yang nombor 3 sebab dia belajar di Kolej Matrikulasi Perlis. Perjalanan dia untuk pulang mengambil masa yang lama. Entahlah , aku tak ada mood nak menulis buat masa ni. Sampai hari ni hati aku masih menidakkan.... Walaupun aku lihat sendiri... InsyaAllah aku akan sambung cerita ni. Kak Aina kata , " kena belajar terima kenyataan. Segala-galanya adalah pinjaman. Doa untuk dia selalu, supaya rohnya aman di alam barzakh. Amiin."

Doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mokde aku, Aliah binti Tawil . Mudah-mudahan beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin... Kami sayang mokde sangat2!!! Kami rindu mokde sangat2!!! :'(

No comments:

Post a Comment