◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, April 27, 2013

Destini Anak Bangsa dan UiTM Dihatiku

Salam , Alhamdulillah , kali ni aku dapat menyiapkan cerpen untuk pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UiTM . So, tema cerpen tu adalah Destini Anak Bangsa dan UiTM Dihatiku. Mula-mula agak blur jugak nak tulis tentang apa tapi Alhamdulillah setelah meminta pendapat mereka yang lebih arif tentang hal ini , aku mula mengerti. Borang penyertaan dah lama ambil. I mean before cuti lagi dah pergi ambil tapi disebabkan minggu selepas aku ambil borang tu, kami dihujani dengan pelbagai assignment, kuiz dan test. Nak tak nak haruslah mengutamakan buku-buku pelajaran.


Alhamdulillah, hari Rabu aku mula menulis dan syukur ke hadrat Illahi. Hari Khamis aku dah berjaya siapkan. Idea datang mencurah-curah. Tunggu masa untuk dimuntahkan semuanya. Sebab tu lah, syarat penyataan 2000 hingga 3000 patah perkataan je. Tapi aku dah tulis sampai 5000 lebih patah perkataan. Allah beri pertolongan. Tak cepat atau lambat. Sentiasa on time. Syukurlah..

Kalah atau menang aku tak kisah. Itu rezeki masing-masing. Yang penting kita dah berusaha. Kita berdoa dan bertawakal. At least aku dapat asah bakat aku dalam bidang penulisan. Sebenarnya nak tebus rasa terkilan sebab tak dapat join pertandingan menulis cerpen  e-book tu, tapi di atas sebab-sebab tertentu , aku terpaksa melupakan niat aku tuh. Tak ada rezeki agaknya. Tak mengapalah...Mudah-mudahan untuk pertandingan ni, ada khabar gembira buat aku. InsyaAllah... Doakan ye ?

Mohon maaf di atas kenyataan sebelum ni untuk meng "update" blog. Macam cakap tak serupa bikin kan ? Maaf , kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukannya. ( ayat bajet macam ada pembaca setia je kat blog ni , haha ) . May Allah always bless you... 

Happy Moments –PRAISE ALLAH. 
Difficult Moments –SEEK ALLAH. 
Painful Moments –TRUST ALLAH. 
Moment By Moment –THANK ALLAH.

No comments:

Post a Comment