◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Tuesday, April 23, 2013

Mid-Sem Break

Salam , Alhamdulillah kali ni berkesempatan untuk meng"update" blog ni. Penat dok kemas2. Banyak sawang dah kat blog ni. Oklah , Alhamdulillah sem 2 ni berjalan dengan lancar. Macam apa yang aku cerita kat entry sebelum ni. Sekarang dah cuti untuk mid-sem. For the first time rasanya aku tak balik melaka almost 1 month. Lama tak lama tak??? Lama kan... Cuti ni pun seminggu je. Al maklumlah sekarang ni masa pantas berlalu. Seminggu tu sekejab je dah berlalu. 


Balik Melaka hari Jumaat , tapi malam tu tak sempat nak rehat kejab , kemas2 baju balik kampung pulak. Ada kenduri tahlil. Kali ni agak meriah sebab ramai jugak orang yang dijemput. Semalaman kami tak tidur, memasak di dapur. memang meriahlah ceritanya. Semua orang dah tidur kami tak tidur lagi. Alhamdulillah esoknya majlis berjalan dengan lancar. Syukurlah.. Penat tu tak payah cakaplah. Seriously sangat penat !

Hari ni jumpa dengan kawan dari sekolah lama. Adawiyah dan Aisyah. Mula2 tu adah kata tak jadi datang sebab hujan tapi tiba2 je muncul depan rumah. memang kelam kabutlah citernya pergi bersiap. Yang malu sangat tuu bila kelam kabut nak keluar rupanya diaorang dah duduk pun kat ruang tamu. Allahu... Malu sangat3!!! Btw, adah datang buat tutorial blog. hehe.. Aku tak berapa pandai sangat blog-blog ni dan Agak pening sikit sebab fahaman kami berbeza but at the end , masing2 faham lah dengan apa yang cuba di sampaikan. Syukurlah.. Entry kali ni banyak mengucapkan syukur, Alhamdulillah. Tahu kan kalau kita belajar mensyukuri walau sekecil-kecil nikmat insyaAllah hati merasa tenang. Perjalanan semakin mudah . InsyaAllah.  Mudah-mudahan dipermudahkan . InsyaAllah :) 

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment