◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, April 13, 2013

1st Entry For This Month :)

Salam , Alhamdulillah sebab hari ni dapat jugak curi-curi buka blog ni. hehe.. Nak kata sibuk tu, sibuklah jugak tapi tak adalah sesibuk Perdana Menteri. Cumanya aku malas nak on laptop. Entahlah, sem ni rasa macam laptop ni tak ada apa-apa yang penting. Buat apa nak bukak. Padahal kena selalu check i-learn. Aduhai fara.. Macam mana ni.. By the way, Im quite active on twitter. Just mention my name, or tweet. InsyaAllah I'll reply. Boleh dikatakan hari2 pantang ada peluang akan online twitter. Facebook tu dah jarang. Dah tawar hati gaknya nak online facebook.




So, hari ni tak ada apa yang menarik sangat. Macam biasalah.. Life as a student. Assignment, presentation, quiz, test memang takkan pernah lari jauh. Lebih-lebih lagi dah nak cuti mid-sem. Memang bertimbun2 kerja yang perlu disettlekan. So, ni pun sebab nak siapkan assignment, tu yang sempat curi2 on blog ni. Rinduu... 

Sem 2 ni tak berapa nak tertekan sangat macam sem 1. Maksud aku dari segi berkawan. Walaupun sebenarnya sem ni aku rasa macam lebih jauh dengan mereka2. Tapi mungkin sebab pengalaman dari sem 1 mengajar aku sesuatu yang membuatkan aku lebih tabah menghadapi sem 2. Syukurlah.. See?? Setiap ujian dan dugaan yang Allah jadikan tu pasti akan ada hikmahnya. Alhamdulillah sekarang aku lebih tenang. Dah jarang menangis. Apa yang penting, diri kita sendiri. Bagaimana kita nak menghadapinya. Tabah dan sabar. Doa sentiasa. Jangan lupa pada Allah. Bersyukur atas sekecil-kecil nikmat yang Allah berikan. Jangan selalu mempersoalkan. InsyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

copypaste. tu link pemiliknya ;)

Cakap tentang syukur, banyak yang ingin aku kongsikan. InsyaAllah di masa akan datang. Walaupun aku dah boleh survive sikit hidup kat sini tapi jauh di sudut hati aku masih mencari2 sahabat yang boleh berkongsi  suka dan duka bersama. Macam kita masa zaman sekolah dulu. Ye, aku masih ada sahabat tapi kami jarang jumpa. Sahabat yang aku maksudkan di sini adalah sahabat di sini. Di Universiti ni. Aku cuba baiki diri aku. Tapi entah kenapa aku rasa macam kawan2 ni susah nak terima aku. Mungkin sebab penampilan aku? Wallahualam... Aku cuba ubah cara aku. Masih je sama. Ya Allah , aku tahu ini dugaanMu. Ku mohon kekuatan untuk aku terus tabah melaluinya..


Bila tengok kawan2 lain yang akrab dengan group masing2, sedikit sebanyak rasa cemburu dan kecil hati tu ada. Manusia. Biasalah. Kadang2 aku rasa macam dipinggirkan. Macam tak ada je. Entah di mana silapnya. Aku masih mencari jawapan. Tapi hingga kini masih belum kutemui. Aku ingin sekali menjadi salah seorang daripada mereka tapi  bagaimana pula dengan mereka? Boleh ke terima aku? Ya Allah , aku yakin masanya akan tiba juga. Aku akan bertemu dengan sahabat yang boleh berkongsi suka duka denganku. Sahabat yang saling memerlukan. Bukan sahabat yang mencari bila susah, meninggalkan bila senang.

Aku merindui sahabat-sahabatku... Sukar nak mencari pengganti. Satu hari nanti insyaAllah.. Buat masa ni , kawan je dengan semua orang. Buat baik dengan semua orang. InsyaAllah ada ganjarannya. Allah tak nak bagi sekarang. Allah nak simpan dulu. Sampai masanya nanti mesti Allah akan bagi. Amiin3 :)

Okay. Sampai di sini buat setakat ni. Take care, Barakallahufik.

***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment