◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, September 30, 2013

SEPTEMBER 2013

Salam,

First of all, syukur ke hadrat Illahi kerana masih memberi ruang dan peluang untuk aku menulis di blog ni walaupun dah terlalu lama tak update blog ni. Alhamdulillah, minggu ke-2 September 2013, aku melangkah pula ke tahun 2 pengajianku di sini. Tahun pertama membawa seribu satu pengalaman dan kenangan yang mengajar aku erti sebuah kehidupan. Perjalanan masih jauh. Terlalu banyak perkara lagi ujian yang harus ditempuh. Moga Allah beri kekuatan untuk aku.





SEPTEMBER. Apa yang aku suka dengan bulan September ni? Apa yang special sangat?
#FAKTA :



   Bulan ni paling ramai ahli keluarga besar aku yang sambut ulangtahun kelahiran.

   Paling sweet sekali, birthday aku dan 2 org adik aku, jarak antara kami hanya 11 hari je. 


    Bermula dengan Adik Aqis 05.09.2013
Diikuti oleh Adik Aca 16.09.2013 
Dan diakhiri oleh aku sendiri 27.09.2013

   Bulan ni jugak dengan izin Allah, aku dilahirkan ke dunia.


Alhamdulillah, 3 hari yang lepas officially aku dah pun 20 tahun. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Ada insan di luar sana yang telah pun pergi sebelum usianya mencecah 20 tahun. Ada insan yang tak sempat rasai kehidupan pada usia 20 tahun. Ya Allah, syukur di atas kesempatan yang diberikan di hari ulang tahun kelahiranku.

Dan yang specialnya bulan SEPTEMBER tahun ni :



27 SEPTEMBER 2013. 
21 ZULKAEDAH 1434.
JUMAAT. :')



Lama menunggu birthday jatuh hari Jumaat. Alhamdulillah, 1434H adalah tahunnya. 21 Zulkaedah adalah bulannya. Jumaat yang penuh barakah. Kalau 27 September yang sebenar-benarnya aku lahir adalah hari Isnin. 

Dan untuk first time kalinya sepanjang hidup,



Kena prank dengan kawan-kawan. My best friends! Nasib baik kena dengan bedak je.

♥ Elisa, Zafirah,Far,Fiqah,Janna ♥ 



Masuk sem 3, kami makin rapat. Masa tu tak jangka langsung akan kena. Malam birthday ada jugak fikir, kot-kot kena prank macam budak2 lain. Tapi bila fikir balik, tak mungkin sebab aku bukanlah jenis yang meriah sangat dalam kelas tu. Biasa-biasa je. Then dengan apa yang berlaku sepanjang hari tu, lagilah jangkaan akan terus hilang. Apa yang berlaku? Nanti aku cerita. InsyaAllah. Thanks korang. Dan yang lain2 jugak yang terlibat sekali. 

Walaupun birthday tahun ni ada sesuatu yang membuatkan kekuatan dan semangat aku seolah-olah di bawa pergi, namun keluarga dan rakan-rakan adalah kekuatan bagi aku untuk terus melangkah ke hadapan. Moga Allah beri aku kekuatan agar tabah untuk berhadapan dengan realiti yang sebenarnya. Aamiin.

Alhamdulillah, semoga dengan pertambahan usia ini makin mematangkan aku dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Moga dengan usia yang masih diberi pinjam ni, dapat aku gunakan dengan penuh manfaat. Terima kasih mama dan ayah. Terima kasih akak, kakngah, ewan, adik dan aca. Terima kasih semua ahli keluarga. Terima kasih rakan-rakan. Terima kasih untuk semua yang mendoakan kesejahteraan hidup aku. Doa kalian adalah hadiah yang terindah buat diriku. Moga Allah memberkati dan merahmati hidup kita semua. Aamiin... 



No comments:

Post a Comment