◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Wednesday, February 05, 2014

Sebagai permulaan..



Salam, 

Alhamdulillah, hari ni dapatlah jugak nak menulis kat sini. Sehari lagi genaplah setengah tahun aku tak update blog ni. Haha. Lama sangat tu kan.. Tempoh masa yang tersangat panjang dan terlalu lama bagi seorang blogger kan. So confirm2 lah follower pun dah lari. hehhe. This entry aku jadikan sebagai permulaan bagi tahun ni dan juga sebagai permulaan untuk aku kembali menulis dengan aktif di blog ni. InsyaAllah kali ni bebetul nak aktif menulis walaupun tak ada orang baca kot. haha. 

Dah masuk minggu ketiga cuti semester, insyaAllah jika diizinkan akan meneruskan pulak pengajian ke semester ke 4 pulak, Tahun ke 2. InsyaAllah. May Allah ease. Sekejab je rasanya dah nak masuk semester 4. Mengisi masa lapang dengan bekerja, aku temui banyak pengalaman dan aku lihat pelbagai ragam manusia di sekelilingku. Sekarang ni ramai berkawan2 dengan adik-adik, macam2 gelagatnya dan berlainan pulak ceritanya. Tapi ada dua orang ni buat aku happy dan bersemangat nak pergi kerja, haha. Zulikha dan Thiveeya. Walaupun diaorang ni adik2 je tapi senang ajer aku masuk dengan diaorang. Moga persahabatan yang terjalin ni tak berhenti sampai sini je. Biarlah berterusan meskipun nanti aku dah berhenti kerja situ. 

Zulikha yang mintak aku untuk aktif semula menulis kat blog ni. Terharu rasanya. haha. InsyaAllah akak cuba ye. Terima kasih dik sebab singgah sini. Lama tak menulis, banyak pulak cerita yang ingin dikongsi. Moga Allah mudahkan jalanku dalam mengejar cita-citaku dan dalam mencari redhaNya.

Rabbi yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bil khoir. Aamiin.

p/s : Entry bertajuk SEPTEMBER 2013 tu sebenarnya dah tulis lama. Masa 30 September dah tulis tapi baru malam ni nak publish. Tarikh tu ikut tarikh entry tu ditulislah ea. hheehee...

No comments:

Post a Comment