◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Saturday, March 15, 2014

Doa dan Harapan untuk MH370

Salam,

Alhamdulillah.. Minggu ke dua belajar, baru hari ni dapat connect dengan wifi kolej guna laptop. Cuti 6 minggu dah pun berakhir. Jejakkan kaki ke UiTM semula, meneruskan perjuangan selama 14 minggu sebelum bercuti semester lagi. hehe. Macam biasalah, bila dah masuk sessi Mac to July, mesti UiTM banyak cuti sebab bulan 5 ada sambutan Gawai. So, sem ni akan ada 2 kali cuti. Bersamaan 2 minggu cuti. Seminggu untuk mid-sem. Seminggu lagi untuk Gawai. Yeah! Seronok je dengar tapi tang study week tu dah jadi 2 hari je. Adeehh. Seronok? Ni bukan study week namanya. hahaa. May Allah ease everything. 

Sekarang ni kita dikejutkan dengan insiden kehilangan pesawat MH370 semasa dalam perjalanan ke Beijing. Hari ni dah masuk hari yang ke 8, kehilangan pesawat. Berita dari masa ke semasa semua orang akan ikuti perkembangannya. Kehilangan pesawat ini benar-benar mendapat liputan media serata dunia. Worldwide. Mudah-mudahan Allah lindungi dan selamatkan pesawat tu. Minta tolong kepada semua orang di luar sana, stop spreading rumours or speculations tentang kehilangan pesawat tu. Mungkin kita tak kisah sebarkan benda-benda tak betul tu tapi fikirlah perasaan ahli keluarga mereka.. Mereka masih berharap akan ada khabar gembira, begitu juga kita. Tolong jangan punahkan harapan mereka.





Make it easy. Cuba kita bayangkan dalam pesawat tu ada ayah atau ibu kita. Adik beradik kita. Suami atau isteri kita. Anak-anak kita. Sahabat kita. Saudara mara kita. *banyak pulak kitanya* . Yang penting dalam tu ada orang-orang yang kita sayang. Apa perasaan kita? Sedangkan selipar kita kalau hilang pun kita dah kalut. Inikan pulak orang yang kita sayang dan kita cinta.. Selagi belum ada apa-apa confirmation, jangan sebarkan gambar2 palsu atau buat kenyataan palsu. Fikirkan perasaan waris mereka. Letakkan diri kita dalam situasi mereka. Itu lebih mudah. Agar kita lebih faham apa yang mereka rasa.


Wallahi bila aku terfikir tentang pesawat tu, aku terfikir jugak macam mana kalau orang-orang yang aku sayang ada sekali dalam tu and secara automatik, hati akan rasa sebak, sayu. Air mata pun rasa nak keluar sekali. Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kesemuanya. Doa itu kan senjata umat Islam. Please keep praying. 



Dalam situasi ni, kita jangan tuding jari kat sesiapa. Satu jari menuding kesalahan orang, 4 lagi jari menunjuk ke arah kita. Bukan masanya untuk kita cari salah orang. Bukan tugas kita cari salah orang. Jangan jadi hamba Allah yang sentiasa mencari kesalahan orang lain. Kita ni nampak baik sebab Allah tutup aib kita. Ingat tu. Dalam keadaan Malaysia yang sedang dilanda kemarau, jerebu dan kehilangan pesawat yang menggemparkan dunia, kita harus sedar ini adalah ujian dari Allah. Pasti terselit pelbagai rahsia dan hikmah. Contoh yang kita nampak sekarang, hampir di setiap negeri, di merata tempat, solat hajat berjemaah di adakan bagi mendoakan kesejahteraan Malaysia. See? Kita bersatukan. Umat Islam bersatukan. Alhamdulillah.




Soal tok bomoh tu semua, mohon pihak yang bertanggungjawab, please do something. Perkara syirik dan khurafat tu tak patut terjadi. Jangan biarkan hal ni terus berleluasa. Perkara-perkara macam ni mendatangkan kemurkaan Allah.. Doakan mudah-mudahan tok bomoh tu semua kembali ke pangkal jalan. Perkara macam ni tak patut terjadi. Apatah lagi sampai dapat liputan media antarabangsa. Sangat memalukan negara dan agama Islam itu sendiri. Kita ada Allah, mintak pada Allah. Allah Pemilik langit dan bumi. Allah menciptakan segala-galanya. Kenapa nak minta kat kuasa lain sedangkan Allah Maha Berkuasa.


“Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” 
(Al-Insyirah 94:5)


Terus mendoakan itu jalan yang terbaik. Jangan menambah-nambah cerita yang kita sendiri tak pasti kesahihannya. Selagi ada harapan, selagi itu doa terus dipanjatkan. Walaupun kita rasa harapan tu dah tak ada, teruskan juga berdoa. Tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kun fa ya kun. Remember? Serahkan pada Allah. Hanya Allah yang mampu meleraikan segala kesulitan ini.. Wallahu a'lam. May Allah ease everything.. Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi hamba yang tahu erti bersyukur dan bersabar. Aamiin...


***Berfikir seketika...

No comments:

Post a Comment