◕‿◕。)Assalamualaikum readers ◕‿◕。..:: Terima kasih sudi singgah ! ::..◕‿◕。What's meant to be will always find a way.◕‿◕。

Monday, March 28, 2011

Kami akan Reunion !


REUNION ??!! Hebat! Perkara yang paling menyeronokkan . Sebab :

1.Dapat bertemu semula dengan kawan2 lama yang memang dah lame tak jumpe 

2.Bila bertemu pasti akan bercakap tentang kenangan2 dulu , maksudnyer mengimbau kenangan dulu lah

3.Dapat jumpa dengan cikgu yang mendidik kami time sekolah dulu , kalau cikgunyer join lah kan ,

4.Dapat bertukar2 cerita tentang perkembangan diri masing2

5 .Nak tahu ape lagi try la buat ye , :)

Cakap pasal reunion ni , aku nak kongsi lah cerite mase aku ader reunion dulu . Dengan kawan2 mase form 3 . Time uh kawan aku yang cadangkan and die mintak tolong aku plan lah kan . Sebab aku outsider . Dia insider . Dok asramalah katakan. Aku pun setujulah , cume inform je kan budak2 ni then mintak dorang sependapat bagi tarikh . Tapi ia tak semudah yang disangke kawan . Semuanya menjadi kucar kacir . Berlaku pertelingkahan antara kami dan membuatkan reunion menjadi hambar . Bayangkanlah , reunion ! kalau kita fahami betul2 maksud reunion ni , memang seronok . Tapi bila dah jumpe , kumpulan reunion terbahagi kepada 2 dan semuanya berpecah kepada 2 kumpulan . Sedihkan ! Tak seindah yang aku fikirkan...


Beberapa hari yang lepas aku ade join kawan2 pergi sekolah rendah untuk jumpe cikgu yang mengajar kami dulu . Tak ramai pun . Maklumlah lepasan SPM , semua dok sibuk kerja . Tapi ade jugak yang nak datang , transport plak takde . Cuma 5 orang jelah yang ada termasuk aku . Jumpa dengan cikgu ,


 then dapat berita baik ! cikgu nak plan satu reunion untuk kami ! bertemu kembali . Dalam bulan 4 ni !   Memandangkan aku ader buat group untuk geng kami kat facebook , kebanyakkan seronok mendengar khabar berita ni . Yelah , lama kot tak jumpe . Masing2 dah besar . Semua beri kerjasama dan ade seorang geng kiterorang ni memang memberikan komitmen yang sangat bagus. Yang pasti aku mengharapkan reunion ini berjalan seperti yang dirancang , Amin ...

Kalau bercakap soal kenangan yang maseh aku ingat time darjah 6 dulu , tersangatlah banyak!! yang pasti kalau diaorang , iaitu insan2 yang pernah bagi aku kad raya mase darjah 6 tanya pasal kad raya tu , pasti akan aku tunjukkan sebab semua tu maseh tersimpan rapi , elok ! termasuk biodata2 mereka , hehe .. 

MOOD : Tak sabar nak tunggu REUNIOn!!!

No comments:

Post a Comment